Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Keusangan Budaya.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Keusangan Budaya."— Transcript presentasi:

1 Keusangan Budaya

2 Sajak Ketika dulu Kelihatan sang dara bersimpuh ayu Bersalut songket tenunan Melayu Menganyam segar Kelihatan Sang teruna menebang ara Berbaju Melayu warisan bangsa Meniup seruling bambu Merdu dan sayu Ketika ini Tiada lagi sang dara ayu Tiada juga teruna gagah Kini yang ada Cuma Tubuh-tubuh lesu Tubuh-tubuh kaku

3 Kedengaran Irama gamat menodai kedamaian Seruling bambu diam keusangan Songket dan batik muram disisihkan Ayahanda bonda di pondok Memalu nobat di sisi Melihat sayu sang Sita Dewi Yang usang tidak bermaya lagi

4 Maksud Setiap Rangkap Rangkap 1:pada zaman dahulu,gadis-gadis duduk dengan bersopan santun dan memakai pakaian tradisional Melayu Rangkap 2:pemuda-pemuda pada masa dahulu amat rajin bekerja namun tetap mempertahankan nilai-nilai warisan bangsa Rangkap 3:Kini keadaan sudah berubah.Gadis dan pemuda tidak lagi menitikberatkan budaya Melayu.Mereka kurang bersemangat dan tidak produktif. Rangkap 4:Pemuda-pemudi lebih menggemari muzik Barat hingga menyebabkan muzik dan pakaian tradisional semakin dipingirkan Rangkap 5:Generasi tua berasa sedih kerana budaya kita semakin dilupakan oleh generasi muda

5 Tema Tema sajak ini ialah peranan golongan muda dalam mempertahankan adat dan budaya Melayu

6 Persoalan Keindahan dan kesopanan budaya Melayu yang perlu dipertahankan Pengaruh budaya asing dalam budaya Melayu Kecendurungan anak-anak muda terhadap budaya asing selain melupakan budaya sendiri Harapan golongan tua agar budaya warisan terus dipertahankan

7 Bentuk Berbentuk bebas Terdiri daripada lima rangkap
Rangkap pertama mempunyai empat baris,rangkap kedua mempunyai lima baris,rangkap ketiga mempunyai enam baris,rangkap keempat mempunyai empat baris,dan rangkap kelima mempunyai empat baris Bilangan katanya satu hingga lima patah kata sebaris Terdiri daripada empat hingga empat belas suku kata sebaris Rima akhir rangkap pertama ialah aaab,rima akhir rangkap kedua ialah abbcc,rima akhir rangkap ketiga ialah abcdbb,rima akhir rangkap keempat ialah aaaa,dan rima akhir rangkap kelima ialah abbb

8 Unsur-unsur bunyi Asonasi(perulangan vokal a). Contohnya : kelihatan sang dara bersimpuh ayu,berbaju Melayu warisan bangsa,menganyam segar. (perulangan vokal e)Contohnya:bersalut songket tenunan Melayu,meniup seruling bambu. (perulangan vokal u).Contohnya:tubuh-tubuh lesu,merdu dan sayu. Aliterasi(perulangan konsonan d).Contohnya:Ayahanda bonda di pondok (perulanagan konsonan m).Contohnya:irama gamat menodai kedamaian

9 Gaya Bahasa Anafora(perulangan kata pada awal baris).Contohnya,kata tiada pada rangkap ketiga baris 2 dan 3 ;kata tubuh-tubuh pada rangkap ketiga baris 5 dan 6 Personifikasi. Contohnya:irama gamat menodai kedamaian,seruling bambu diam keusangan,songket dan batik muram disisihkan. Inversi (ayat songsang).Contohnya:tiada lagi sang dara ayu

10 Nilai Kesopanan. Contohnya,memelihara tingkah laku.
Kerajinan. Contohnya,sentiasa mengamalkan sikap ringan tulang Bertanggungjawab. Contohnya , mempertahankan warisan Penghargaan. Contohnya,menghargai budaya bangsa

11 Pengajaran Golongan muda hendaklah mengekalkan warisan pakaian tradisional kita. Golongan muda janganlah mudah terpengaruh oleh budaya asing. Kita mestilah mempunyai jati diri. Golongan muda perlulah rajin berusaha Kita perlulah menjaga perasaan golongan tua.


Download ppt "Keusangan Budaya."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google