Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PAF 3013 : Accounting Theory and Practices

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PAF 3013 : Accounting Theory and Practices"— Transcript presentasi:

1 PAF 3013 : Accounting Theory and Practices
Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik dan Penyata Kewangan

2 Isi Kandungan Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik Pengguna Penyata Kewangan
Batasan Penyata Kewangan

3 Aset Australia Accounting Standard Board (AASB) mendefinisikan aset :
Aset adalah faedah ekonomi masa hadapan dikawal oleh entiti akibat dari urusniaga atau peristiwa yang lepas

4 Manfaat Ekonomi Masa Hadapan
Manfaat ekonomi masa hadapan digunakan untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan bagi pertukaran yang menghasilkan aliran masuk tunai bersih (Cth: jualan output yang tercipta dari penggunaan aset) Pengertian manfaat ekonomu masa hadapan berkaitan dengan sumber ekonomi : (a) Kekurangan (b) Kegunaan

5 Jika sumber tidak berkurang – di mana jika ia mencukupi untuk sesiapa sahaja yang mengkehendaki – maka sumber tersebut tidak lagi ekonomi. Kegunaan/utiliti berkaitan dengan faedah masa hadapan di mana ianya merujuk kepada kepuasan kehendak manusia

6 Dikawal oleh entiti yang melaporkan
manfaat ekonomi tersebut mestilah dikawal oleh sesebuah entiti untuk melayakkannya menjadi aset.

7 Urusniaga atau peristiwa lepas
Kelayakan bahawa aset mesti di kawal oleh entiti yang melaporkan adalah bagi memastikan bahawa aset masa hadapan (contingent asset) tidak termasuk di dalam laporan kewangan (Cth : mesin yang telah miliki adalah aset tetapi mesin yang mana akan dibeli seperti dalam belanjawan adalah tidak boleh diambil kira, kerana urusniaga adalah belum berlaku)

8 Kebolehtukaran Terdapat pengkaji yang berhujah bahawa definisi aset mestilah memasukkan satu lagi elemen iaitu kebolehtukaran. SAC 4 mendefinisikan kebolehtukaran sebagai “berasingan daripada entiti dan mempunyai nilai pelupusan yang tersendiri”. Pada 1939, McNeal menghujahkan bahawa. “Barang yang tidak mempunyai sifat kebolehtukaran tentulah tidak mempunyai nilai ekonomi kerana mustahil kerana belian atau jualan tidak akan berlaku selama-lamanya, dan ianya tidak memiliki nilai pasaran” Aset yang terkesan secara langsung dengan syarat ini adalah muhibbah di mana ianya tidak boleh dijual secara berasingan dengan aset-aset lain.

9 Liabiliti SAC 4 mendefinisikan liabiliti adalah seperti berikut: “Liabiliti adalah pengorbanan pada masa akan datang dari manfaat ekonomi di mana entiti adalah bertanggungan terhadap entiti yang lain, akibat dari urusniaga atau peristiwa yang lepas ”

10 Tanggungan masa sekarang
Liabiliti adalah sesuatu yang merujuk kepada tuntutan “spesifik” ke atas aset entiti: (a) tuntutan dari pemiutang (liabiliti), (b) tuntutan dari pemilik (ekuiti pemilik) Pemiutang mempunyai prioriti ke atas tuntutan aset jika berlaku kes kebankrapan. Semasa dividen diisytiharkan, tuntutan dari pemilik menjadi liabiliti (dividen belum bayar). Jadi, liabiliti adalah tanggungan syarikat pada masa sekarang, manakala sebahagian lagi tuntutan adalah milik ekuiti pemilik, tetapi entiti tidak berkewajipan untuk memindahkan aset kepada pemegang saham.

11 Urusniaga atau peristiwa yang lepas
Syarat bahawa tanggungan mestilah akibat dari urusniaga atau peristiwa lepas adalah untuk memastikan bahawa hanya tanggungan masa sekarang di rekod dan bukan tanggungan/ liabiliti pada masa hadapan.

12 EKUITI PEMILIK SAC 4 mendefinisikan ekuiti adalah : “ Baki kepentingan dalam aset sesuatu entiti yang masih tinggal selepas ditolak dengan liabiliti” Pemilik mempunyai hak, kuasa dalam operasi syarikat tetapi penghutang tidak mempunyai hak tersebut. Pemilik perlu berani terhadap sebarang kerugian yang berpunca daripada aktiviti dalam firma. Mereka perlu bersedia untuk menghadapi risiko dalam perniagaan.

13 Perbezaan utama di antara hak pemiutang dengan pemilik ialah pemiutang mempunyai hak untukmendapatkan semula wang yang di pinjamkan, manakala pemilik mempunyai hak dalam keuntungan. Perbezaan bagi risiko ekonomi dan pulangan bagi dua jenis tuntutan: Pemiutang mempunyai risiko yang lebih rendah dan mendapat pulangan tetap secata relatif (faedah dan bayaran prinsipal) manakala pemilik menghadapi risiko yang lebih besar dan mendapat pulangan yang sentiasa berubah-ubah (selalunya pulangan lebih tinggi) Pemilik atau wakil pemilik mempunyai kawalan ke atas pembelian, kandungan, kegunaan dan penyusunan aset firma. Mereka perlu mengawal operasi dan bertanggungjawab menjalankan dan meneruskan perjalananan perniagaan, dan mendapat keuntungan.

14 Jenis Pengguna Maklumat yang di perlukan Pemegang saham dan bakal pemegang saham Melihat kepada pulangan yang diperolehi dari syarikat. Dalam jangka pendek, hasil/pulangan akan diukur dalam bentuk dividen dan dalam jangka masa panjang, pulangan adalah dalam bentuk kenaikan harga saham. Nilai saham akan meningkat berdasarkan prestasi yang baik dalam syarikat tersebut. Pemegang saham sedia ada perlu memilih samaada untuk meneruskan pelaburan atau menjual pelaburan tersebut. Bakal pemegang saham perlu membuat keputusan samaada untuk melabur atau tidak. Maklumat yang diperlukan adalah dividen, dan keuntungan.

15 Pemberi pinjaman, pemiutang dan pembekal
-Melihat kepada kemampuan membayar balik pinjaman beserta caj faedah yang dikenakan (creditworthiness) -Maklumat yang diperlukan dalam jangka pendek adalah kedudukan kecairan dan dalam jangka masa panjang adalah aset bersih dan lain-lain aset.

16 Penganalisis Kewangan
- Untuk memberi gambaran kepada pengguna mengenai pelbagai perkara yang berkaitan pelaburan dan menganalisis prestasi dalam syarikat. - Pelanggan terdiri daripada bakal pemegang saham, bank, kerajaan dan lain-lain. -Maklumat yang terperinci diperlukan dalam analisis kewangan untuk melihat keseluruhan prestasi kewangan.

17 Pengguna Kepercayaan terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang di sediakan dalam sesebuah syarikat boleh diukur dengan melihat kestabilan sesebuah syarikat.

18 Kepentingan kerajaan dalam perniagaan terdiri dari aspek mikro dan makro iaitu dari segi pengumpulan cukai dan mengukur prestasi industri secara keseluruhan untuk melihat perkembangan ekonomi. Kerajaan -Melibatkan keselamatan tempat kerja mereka dan faedah lain seperti kenaikan gaji tahunan dan bonus. -Maklumat yang diperlukan adalah maklumat yang berkaitan dengan kestabilan syarikat. Pekerja

19 dan beroperasi dalam masyarakat, aktiviti syarikat mempunyai kesan
- Apabila sesebuah syarikat itu wujud dan beroperasi dalam masyarakat, aktiviti syarikat mempunyai kesan kepada orang awam seperti dari aspek pekerjaan, pencemaran, kesihatan dan keselamatan. - Maklumat yang diperlukan adalah sebarang maklumat atau polisi syarikat yang berhubung dengan perkara yang memberi kepentingan kepada awam. Orang Awam

20 PENGEHADAN PENYATA KEWANGAN
Penyata Kewangan mungkin terlalu teknikal. - Walaupun pengguna dianggap mempunyai pengetahuan dalam perakaunan, pengguna masih juga menghadapi masalah untuk memahami penyata kewangan terutamanya jika terdapat maklumat di dalam penyata kewangan yang bersifat terlalu teknikal. - Ini mungkin di akibatkan oleh sesuatu polisi perakaunan atau prinsip yang menentukan cara perekodan perakaunan dan cara maklumat dipersembahkan, (contoh: pelarasan untuk akaun penggabungan -consolidated)

21 Terdapat maklumat yang tidak relevan
- Walaubagaimanapun relevan adalah salah satu ciri kualitatif yang perlu ada pada penyata kewangan, masih terdapat sedikit maklumat yang tidak berkaitan. (contoh:maklumat yang terlalu banyak untuk sesuatu item adalah tidak sesuai).

22 Kelewatan dalam proses penyediaan dan penyelesaian Penyata Kewangan.
- Perakaunan melibatkan data sejarah, Penyata Kewangan hanya boleh di sediakan selepas tahun perakaunan tamat. - Sebarang kelewatan dalam penyediaan akaun boleh dimaksudkan bahawa maklumat yang disertakan sudah lapuk selepas ia dipersembahkan.

23 Kualiti pengurusan, belanjawan dan perancangan masa depan yang tidak sesuai.
- Penyata Kewangan hanya melaporkan transaksi semasa bagi tahun sebelumnya. - sebarang maklumat ke atas perancangan pengurusan, belanjawan dan perancangan masa depan adalah dikecualikan dari Penyata Kewangan. - Perancangan masa depan sesebuah perusahaan hanya dimasukkan ke dalam laporan tahunan sebagai sebahagian daripada Penyata Pengarah.

24 Maklumat dalam Penyata Kewangan adalah terhad kepada maklumat kuantitatif.
- Fungsi Penyata Kewangan secara asasnya adalah laporan ke atas prestasi sesebuah perusahaan yang diukur dalam terma kewangan. - Oleh itu, sebarang maklumat kualitatif berkenaan dengan sesebuah perusahaan adalah dikecualikan dari Penyata Kewangan.


Download ppt "PAF 3013 : Accounting Theory and Practices"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google