Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

HUBUNGAN ETNIK (ETHNIC RELATIONS) KURSUS WAJIB WAJ3106 SEMESTER 3

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "HUBUNGAN ETNIK (ETHNIC RELATIONS) KURSUS WAJIB WAJ3106 SEMESTER 3"— Transcript presentasi:

1 HUBUNGAN ETNIK (ETHNIC RELATIONS) KURSUS WAJIB WAJ3106 SEMESTER 3 PISMP – IPGM / PPPRPET (BAB 7)

2 TAJUK: HUBUNGAN ETNIK, INTERGRASI DAN MENANGANI CABARAN

3 Dasar Penswastaan Dasar Penswastaan diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun Penswastaan bermaksud proses pemindahan perkhidmatan atau perusahaan kerajaan kepada sektor swasta.

4 Konsep / Maksud / contoh
1. Memindahkan tanggungjawab pengurusan agensi-agensi kerajaan kepada pihak swasta. 2. Syarikat dibenarkan menyusun operasi dan menentukan gaji kakitangan tetapi matlamatnya masih diawasi kerajaan.

5 Latar belakang Penswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan tahun 1983 apabila Y.A.B. Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia yang juga telah menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara. Penswastaan adalah bertentangan dengan pemilik negaraan (nationalization), iaitu satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan Kerajaan dalam ekonomi. Pada dasarnya, pengswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.

6 Tujuan 1. Mengurangkan beban kewangan kerajaan.
2. Membolehkan kerajaan menumpukan perhatian terhadap pembangunan sektor-sektor lain. 3. Memberikan peluang kepada sektor swasta untuk turut terlibat dalam pembangunan negara. 4. Meningkatkan mutu perkhidmatan agensi-agensi yang diswastakan. 5. Kerajaan turut memperoleh keuntungan daripada cukai yang dibayar oleh syarikat tersebut.

7 Strategi Pelaksanaan Beberapa isu penting perlu diselidiki, dikaji dalam menimbangkan cadangan-cadangan penswastaan sesuatu perkhidmatan itu.  Antara isu-isu yang perlu di pertimbangkan ialah:

8 Pemecahan sesuatu khidmat (fragmentation)
Soal keselamatan Perundingan Implikasi kewangan Penentuan harga Implikasi kepada kakitangan Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

9 Berdasarkan kepada angka perbelanjaan dan peruntukan-peruntukan pembangunan awam, sektor swasta pula mengkaji keupayaan mereka dalam mengurus dan mengambil alih harta-harta yang akan diswastakan. Pengawasan dan penilaian yang rapi terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang diswastakan juga merupakan sebahagian dari program pengswastaan. Tingkat kecekapan daya pengeluaran, daya persaingan yang sihat serta tingkat harga yang dikenakan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan perlu diawasi untuk menilai kos dan faedah dari perkhidmatan yang diswastakan.

10 Penswastaan yang dilaksanakan kerajaan adalah dalam pelbagai bentuk,Antaranya ialah penjualankeseluruhan, pajakan, kontrak pengurusan, Bina-Kendali-Pindah ( BKP ) dan Bina-Kenali ( BK ).

11 Bina – Kendali - Pindah Kaedah BKP melibatkan pembinaan sesuatu kemudahan awam seperti jalan raya dan bekalan air oleh pihak swasta dengan pembiayaannya sendiri dan akan mengendalikan dalam sesuatu tempoh konsesi. Kemudahan-kemudahan ini akan diserahkan balik kepada kerajaan pada akhir tempoh konsesi tersebut.

12 Bina-Kendali Dalam tempoh berkenaan, pihak swasta dibenarkan mengutip caj secara terus daripada pengguna. Kaedah BK adalah sama dengan kaedah BKP, tetapi kaedah BK tidak melibatkan penyerahan balik kemudahan berkesan kepada kerajaan. Penswastaan boleh melibatkan satu bentuk atau gabungan beberapa bentuk bergantung kepada kesesuaian sesuatu projek.

13 Kelemahan dasar penswastaan
1. Motif agensi berkenaan beralih daripada perkhidmatan kepada keuntungan. 2. Perkhidmatan ditumpukan di tempat wujudnya pasaran; kawasan penduduk yang tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi mungkin diabaikan. 3. Harga / bayaran perkhidmatan akan menjadi tinggi. 4. Pihak swasta juga tidak akan teragak-agak untuk mengutamakan orang-orang asing jika didapati lebih menguntungkan.

14 Dasar Pendidikan Negara

15 Ciri-ciri Pendidikan sebelum merdeka
Setiap jenis sekolah khusus untuk sesuatu kaum. Tidak ada dasar mengenai bahasa penghantar yang tunggal. Sekolah-sekolah terpisah di antara satu dengan lain menurut kedudukan Geografi dan taburan pendudukannya. Kurikulum adalah berbeza dan tidak sehala.

16 Objektif Dinyatakan dalam pendahuluan akta pelajaran 1961:
“Bahawanya dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam Ordinan pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya...”

17 Matlamat Matlamat Dasar Pendidikan Negara ialah perpaduan Negara.
Untuk mencapai matlamat tersebut, Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1965) telah mengariskan tiga asas utama seperti berikut: Sistem persekolahan yang sama bagi semua. Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Penghantar utama di semua peringkat persekolahan. Kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan.

18 Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

19 Strategi Pelaksanaan Menjadikan Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. Mewujudkan system peperiksaan yang sama bagi semua. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

20 Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.
Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberiperhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M. Matlamat untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh. Memperluas pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978. K 20

21 Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan diperingkat Universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa lain seperti Bahasa Cina dan BahasaTamil. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin seperti kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

22 Dasar Pembangunan Nasional
Nasional(DPN)telah dilancarkan oleh Y.A.B.Dato’Seri Dr.Mahathir Mohamad pada tahun 1991.

23 DPN merupakan satu strategi untuk menjadikan Malaysia mencapai taraf negara maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial,nilai,etika dan moral,kualiti hidup,kestabilan politik,kecekapan pentadbiran kerajaan,dan kecemerlangan ekonomi. Bagaimanapun matlamat terakhir DPN ialah perpaduan negara kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan kestabilan politik dan sosial dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.

24 DPN bertujuan mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek berikut: 1.Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang sama. 2.Menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara di kalangan semua rakyat Malaysia. 3.Mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif.

25 4.Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu aspek penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi. 5.Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif supaya semua rakyat dapat menikmati kesejahteraan hidup di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta bangga dan cintakan negara.

26 Sekian, Terima Kasih

27 Jati Diri konsep jati diri merujuk kepada keperibadian atau sahsiah, atau pengenalan kepada diri. Jati diri menekankan kepada sifat ketuanan diri (jeri dan nilai) tidak lupa kepada nilai nilai kebudayaan bangsa, tidak mudah terpengaruh dengan nilai-nilai asing pada masa yang sama dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa

28 Jati diri adalah bagaimana hati, perasaan dan akal budi memahami dan mengenali diri kita sendiri serta bagaimana orang pula mengenali kita. Inilah jati diri atau identiti kita yang paling asasi. Dengan jati diri yang kuat akan melahirkan individu yang cintakan negara dan akan taat kepada negara dalam apa jua keadaan.

29 Menonjolkan semangat Nasionalisme
Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Ia merupakan suatu elemen penting yang dijadikan sebagai pemangkin kepada pembentukan sesebuah negara bangsa.

30 Kemerdekaan dan demokrasi yang dikecapi oleh Malaysia hari ini tidak akan dicapai tanpa perjuangan gigih yang telah dilakukan oleh rakyat dan pemimpin negara sebelum ini Untuk merealisasikan impian dan wawasan membina Melayu dan Malaysia sebagai suatu bangsa yang maju, kuat dan berdaulat, generasi muda hari ini perlu mempunyai kesedaran dan keberanian mengambil tanggungjawab dan risiko bagi meneruskan perjuangan memartabatkan kedudukan serta meningkatkan pencapaian bangsa Melayu.

31 Ekstremis bermaksud pelampau atau golongan radikal yang menakutkan, membimbingkan dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain, masyarakat atau negara. generasi muda perlu mempertahankan kemerdekaan tanpa membenarkan sesiapa pun mencerobohi negara ini. Individu di Malaysia perlu menambah nilai kepada apa yang telah diperoleh oleh para pemimpin yang mendahului kita.

32 4. Berdaya Saing Rakyat yang mempunyai daya saingan ialah warganegara yang sentiasa melaksanakan aktiviti yang mempunyai arah tuju pembangunan yang berkualiti sehingga dipuji dan diikuti oleh negara yang lain Seorang patriot yang mempunyai daya juang yang tinggi merupakan seseorang yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan negaranya lebih baik

33 Mengikut pandangan pertama, contoh terdekat bagi mengambarkan patriot yang mempunyai daya juang yang tinggi ialah seseorang yang bersemangat mengibarkan bendera dan melaung-laungkan slogan negaranya. Itu sudah memadai walapun mungkin tidak banyak perkara yang telah dilakukan untuk menjadikan mereka ‘lebih baik’

34 pandangan kedua, seseorang yang suka berbakti untuk kebajikan masyarakat, terlibat membersihkan tempat perlindungan rakyat dan beperlakuan secara bertanggungjawab di luar negara juga merupakan seorang yang patriot. Tun Dr. Mahathir Mohamad seharusnya dijadikan contoh sebagai seorang individu yang mempunyai daya juang yang tinggi. Ini kerana beliau bukan sahaja mengukuhkan konsep Persekutuan Malaysia, bahkan meletakkan negara ini di persada dunia melalui kepesatan pembangunan bidang perindustrian serta teknologi maklumat dan komunikasi.

35 5. Semangat Kekitaan ‘Bersatu teguh, bercerai roboh’ ayat ini sudah sinonim dalam diri kita sejak kecil lagi.Seseorang yang dikatakan mempunyai semangat patriotisme adalah seseorang yang mempunyai semangat kekitaan 6. Ketahanan diri Ketahanan diri amat penting ditanam dalam diri seseorang individu. Ketahanan diri merujuk kepada kekuatan diri seseorang untuk melawan pengaruh luar yang negatif.

36 7. Perpaduan Perpaduan merupakan matlamat penting bagi semua Negara yang bebas, merdeka dan berdaulat. Ia adalah satu jaminan yang terpenting bagi keutuhan Negara dan pentadbirannya. Rakyat yang mempunyai semangat perpaduan akan Berjaya membentuk sebuah Negara yang aman dan membangun karana ciri-ciri patriotik ini penting bagi keutuhan sesebuah Negara.

37 Tindakan bagi mencapai perpaduan yang harmoni dan tahap kerjasama yang erat di antara kerajaan –kerajaan Negeri dan Kerajaan-kerajaan Persekutuan serta anggota masyarakat yang berbilang bangsa aamat penting. Secara amnya setiap Negara menginginkan perpaduan tapi secara khususnya hanya segelintir Negara yang Berjaya mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat. Negara yang mengamalkan perpaduan akan Berjaya dalam bidang pembangunan, politik mahupun ekonomi

38 Cara Pembentukan Rakyat Malaysia Yang Patriotik Dan Sanggup
Berkorban Demi Agama, Bangsa Dan Negara

39 Politik Memetik kata-kata Perdana Menteri ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah menyampaikan Amanat Patriotisme Alaf Baru, patriotisme perlu diertikan sebagai cinta kasih yang kental dan kekal terhadap bangsa dan negara Malaysia. Ia bukan ideologi

40 Peranan politik dalam aspek untuk mewujudkan dan seterusnya mengekalkan semangat patriotisme adalah amat penting. Kerajaan perlu memilih barisan pemimpin yang berwibawa, berwawasan dan seterusnya mempunyai kecintaan negara yang tinggi. Jika para pemimpin mempunyai semangat patriotisme sudah pasti rakyat juga akan mempunyai semangat tersebut.

41 KEKUKUHAN EKONOMI

42 3.Ekonomi Pembangunan ekonomi turut dikaitkan dengan tahap pendemokrasian dalam ertikata ekonomi yang lebih maju turut menyumbang kepada peningkatan tahap demokrasi yang diamalkan oleh sesebuah negara Faktor kestabilan politik bukanlah satu – satunya faktor yang boleh menjamin pembangunan mampan negara di Asia Tenggara. Dasar kewangan dan fiskal yang realistik perlu digubal.

43 Perlu ada keazaman politik yang utuh dalam menggubal dasar ekonomi bagi mempastikan wujudnya kesamaan relatif dalam memiliki kekayaan dikalangan etnik yang pelbagai di mana ketaksamaan kekayaan lahir akibat dasar kolonial. Dasar Ekonomi Baru yang digubal dan dilaksanakan di Malaysia di mana salah satu objektif utamanya untuk membasmi kemiskinan adalah contoh yang terbaik dalam hal ini.

44 Kerajaan masih berpeluang untuk meningkatkan motivasi golongan masyarakat ini dengan mendedahkan mereka pada sektor industri kecil dan sederhana dan seumpamanya. Negara yang tiada masalah kemiskinan pasti mempunyai masyarakat yang bersemangat patriotisme Mesti ada perancangan rapi bagi membina sumber manusia tempatan; perlu wujud sistem insentif bagi mendorong simpanan tempatan.

45

46 Terima Kasih Selamat Berkursus…InsyaAllah Jika Panjang Umur
Boleh Kita Jumpa Lagi!!!….

47


Download ppt "HUBUNGAN ETNIK (ETHNIC RELATIONS) KURSUS WAJIB WAJ3106 SEMESTER 3"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google