Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Konsep negara bangsa dalam sistem politik Melayu tradisional

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Konsep negara bangsa dalam sistem politik Melayu tradisional"— Transcript presentasi:

1 Konsep negara bangsa dalam sistem politik Melayu tradisional
Dalam masyarakat Melayu tradisional kemunculan kerajaan disebabkan oleh adanya raja. Kedudukan raja begitu tinggi dan istimewa dalam kerajaan. Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilaayah kekuasaannya. Rakyat pula perlu mengakui kekuasaan raja. Kesetiaan rakyat terhadap rajanya akan menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oeh raja tersebut.

2 Perubahan konsep negara bangsa masyarakat Melayu tradisional selepas penjajahan kuasa Barat
Bagi masyarakat Melayu tradisional negeri bererti kawasan, contohnya negeri Larut, negeri Bernam dan Negeri Krian. Dalam perjanjian antara sesebuah kerajaan Melayu dengan kuasa asing pula, keseluruhan kerajaan telah disebutkan sebagai negeri dengan segala jajahan takluknya. Apabila British campur tangan di Tanah Melayu, British merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri. British telah menetapkan sempadan setiap kerajaan. Konsep kerajaan beransur luput dan digantikan dengan konsep negeri.

3 Pembentukan negara bangsa Malaysia hari ini
Konsep bangsa Malaysia berlaku apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemudiannya Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, maka lahirlah negara dan bangsa Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berlainan bahasa, budaya, kepercayaan dan pendapat. Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengalaman kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara.

4 Pembentukan negara bangsa di Eropah
Idea ini tercetus kesan Revolusi Inggeris, Revolusi Perancis dan Perang Kemerdekaan Amerika. Maka muncul idea hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa. Pembentukan negara moden ini adalah mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan negara feudal.

5 Di Eropah Barat, kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa. Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa yang baru. Penyatuan dan pembentukan negara bangsa merupakan matlamat akhir para nasionalis ini. Di Perancis, Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan malalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. Deklarasi ini mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa. Kesannya, empayar Austria-Hungary dan Turki yang kalah telah dibahagi-bahagikan. Keadaan ini menyebabkan muncul negara baru berasaskan etnik dan bangsa seperti Czechoslovakia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia.

6 Pembentukan negara bangsa di Itali
Itali pada asalnya terbahagi kepada beberapa wilayah. Di bahagian utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria. Orang Itali mahu menyatukan wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan dan menghalau Austria dari bumi Itali. Mereka menggunakan amalan realpolitik, Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara. Beliau sangat menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan beliau telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (Pemerintah Perancis) bagi menentang Austria pada tahun 1860. Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria.

7 Melalui pungutan suara rakyat, Count Camillo Benso di Cavour memperoleh majoriti untuk menyatukan Itali. Kesan kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austria, wilayah Venetia (jajahan Austria) dipulangkan kepada Itali. Apabila Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, Count Camillo menyatukan pula Rom dan Itali dan membentuk negara bangsa Itali. Amalan realpolitik di Itali ini dipelopori oleh Niccolo Machiavelli dalam bukunya, The Prince. Amalan ini menawarkan apa sahaja cara seperti tipu helah, kekerasan bersenjata dan peperangan untuk mencapai matlalamat politik.

8 Count Camillo Benso di Cavour

9 Pembentukan negara bangsa di Jerman
Otto Eduard von Bismarck juga mengamalkan realpolitik serta politik darah dan besi untuk menyatukan negara Jerman pada tahun 1871. Bismarck menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan perang. Matlamatnya untuk menyatukan Jerman. Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang dianjurkan oleh Bismarck. Bismarck telah menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia. Bismarck pernah menjadi peguam, berkhidmat dengan perkhidmatan awam dan duta Prussia di Rusia dan Perancis serta pernah menjadi Perdana Menteri.

10 Otto Von Bismarck

11 Pembentukan kerajaan Islam di Madinah
Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh penyatuan melalui prinsip Islam. Nabi Muhammad s.a.w. menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam. Piagam Madinah menyatukan penduduk berbilang kaum, iaitu orang Yahudi, Kristian dan Arab. Dengan cara diplomasi, musyawarah dan permuafakatan, baginda berjaya membentuk kerajaan Islam. Kerajaan Islam di Madinah telah membuktikan bahawa kejayaan tersebut disebabkan oleh wujudnya amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.

12 Masjid Nabawi di Kota Madinah

13 Bangsa ialah kumpulan manusia yang menetap di satu wilayah dan mempunyai tamadun.

14 Bangsa Malaysia

15 Ciri-ciri negara dan bangsa
Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang beribawa. Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan. Bangsa ialah sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah. Idea bangsa kini sering digunakan untuk melahirkan perasaan bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum.

16 Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar negara. Kerajaan atau institusi pemerintah ini merangkumi semua badan yang membuat, mentafsirkan dan melaksanakan dasar-dasar tersebut. Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara. Kerajaan Malaysia merujuk kepada tiga badan, iaitu Badan Perundangan, Pelaksana dan Kehakiman. Perlembagaan ialah peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan mentadbir dan memerintah negara. Di Malaysia, perlembagaan merupakan peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara.


Download ppt "Konsep negara bangsa dalam sistem politik Melayu tradisional"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google