Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KOM 3362: ISU-ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KOM 3362: ISU-ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI"— Transcript presentasi:

1 KOM 3362: ISU-ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI
Unit 4: Teknologi Komunikasi dan Pembangunan Komuniti Oleh: Prof Madya Dr Siti Zobidah Omar

2 Kandungan Pengenalan Usaha NITA E-komuniti
Kesediaan rakyat terhadap projek dan program ICT Ke arah K-masyarakat: Adakah kita bersedia? Kesimpulan

3 Pengenalan membincangkan tentang usaha-usaha untuk menjadikan ahli masyarakat celik komputer dan projek-projek yang dijalankan untuk membantu masyarakat supaya menjadi e-komuniti.

4 Contoh: Kempen orangramai memiliki komputer Memiliki komputer tetapi tidak tahu menggunakannya Perlunya latihan diberikan Perlu ada perkhidmatan lepas jualan dan perkhidmatan menaik taraf komputer Harga komputer perlulah berpatutan Pembekal dan penjual komputer perlulah mempunyai tanggungjawab sosial

5 Usaha NITA (National IT Agenda)
Agenda Teknologi Maklumat Negara (NITA) telah digubal pada tahun 1996 – utk menyediakan satu rangka kerja komprehensif ke arah pembangunan di era maklumat. NITA – membuka peluang seluas-luasnya kepada setiap anggota masyarakat mengakses infostruktur yang saksama.

6 NITA Mengutamakan tiga komponen strategik:
Pembangunan insan Pembangunan infrastruktur Pembanguan aplikasi dan kandungan

7 1998 – DAGS (Demonstrator Application Grant Scheme) dilancarkan pada 21 April 1998, bagi merealisasikan NITA. Matlamat DAGS – untuk menggiatkan kemajuan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia melalui penggunaan inovatif ICT. Kumpulan sasaran skim ini – individu, syarikat/organisasi tempatan, agensi kerajaan, pertubuan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan tidak berorientasikan keuntungan.

8 Terdapat 3 jenis Demostrator Application (DA):
1. Perdana DA - tumpuannya adalah untuk menggalakan kerjasama antara syarikat atau kumpulan syarikat dengan orang ramai atau pihak swasta dan organisasi berasaskan komunikasi bagi melaksanakan projek pada peringkat kebangsaan.

9 2. Public Sector DA - memberi penekanan terhadap penghasilan projek yang disokong oleh kementerian dan kerajaan negeri dengan penglibatan pihak swasta, institusi pengajian tinggi dan ‘non-profit organisasion’.

10 3. People DA - bertujuan utk memberi peluang kepada individu, persatuan, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan organisasi lain untuk mengadakan projek yang boleh ‘re-engineer’ serta memberi penyelesaian kepada masalah yang khusus dalam masyarakat.

11 Bidang-bidang yang menjadi tumpuan di bawah People DA:
e-komuniti - membantu masyarakat mendapat manfaat dari aplikasi ICT bagi meningkatkan taraf hidup mereka. e-perkhidmatan - memudahkan penyampaian perkhidmatan dengan lebih berkesan kepada orangramai dan pihak perniagaan secara elektronik. e-pembelajaran (learning) - meningkatkan keupayaan organisasi dan individu untuk mendapatkan dan membangun ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai melalui interaksi elektronik.

12 Bidang-bidang yang menjadi tumpuan di bawah People DA:
e-ekonomi – menggalakkan e-perdagangan dan e-perniagaan bagi menyokong ekonomi yang berasaskan pengetahuan. e-kedaulatan (sovereignity) - memberi keteguhan kepada identity, keselamatan dan intergriti negara di zaman dunia tanpa sempadan.

13 Antara projek e-komuniti yang telah dijalankan:
Masjid as a neighbourhood Nutrition e-community: NutiWeb Malaysia Family place

14 Komuniti Komuniti elektronik – e-komuniti wujud ekoran daripada perkembangan ICT untuk pelbagai kegiatan manusia Dua pemangkin bagi mencapai ciri-ciri komuniti: Pemangkin Luaran Pemangkin Dalaman

15 Kenapa E-komuniti? Matlamat e-komuniti:
Meningkatkan daya saing dan produktiviti Memacu usaha inovasi produk Membangunkan proses serta menjana keupayaan kreatif Menyumbang dan melestarikan ekonomi Malaysia berasaskan perkhidmatan dan bersifat global

16 Tujuan E-komuniti Untuk memperkasakan masyarakat ke arah kualiti hidup yang lebih gemilang menerusi penggunaan ICT. Kualiti hidup (Quality of life) boleh dilihat dari pelbagai askpek: Pencapaian matlamat peribadi Kebahagiaan dan kepuasan (fizikal, psikologi, sosial, kebendaan dan keperluan struktural) Kegunaan (utiliti) sosial dan keutamaan

17 Kesediaan rakyat terhadap projek dan Program ICT
projek atau usaha yang dijalankan oleh kerajaan dengan kerjasama pihak swasta adalah untuk melahirkan masyarakat yang celik dan menggunakan komputer/ICT lain untuk memajukan diri dan keluarga masing-masing persoalannya berapa ramaikah rakyat biasa yang terlibat di dalam projek atau usaha sedemikian? Sudahkah rakyat Malaysia bersedia untuk menjadi masyarakat maya atau masyarakat siber?

18 Towards k-society: Are we ready?
Kajian dilakukan oleh Dr Narimah Ismail dan Prof. Dr Musa Abu Hassan (1999) K-society adalah masyarakat yang berpengetahuan yang mempunyai keupayaan untuk mencari, menerima dan berkongsi maklumat. Masyarakat ini mestilah mampu untuk menterjemah, memahami dan menggunakan maklumat untuk pembangunan diri disamping menyumbang kepada masyarakat

19 Tahap kesediaan diukur dari aspek:
25% responden yang didapati tahap kesediaannya sederhana dan tinggi untuk menerima IT Tahap kesediaan diukur dari aspek: menggunakan komputer memiliki komputer di rumah komputer di rumah disambung ke Internet pernah mengikuti latihan atau kursus komputer

20 KOM 3362: ISU-ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI
Unit 5: ICT dan Komunikasi keluarga dan keorganisasian

21 Kandungan Pengenalan ICT dan komunikasi keluarga
ICT di tempat kerja dan organisasi Rumusan

22 Pengenalan pemilikan peralatan ICT adalah perlu supaya ahli keluarga dan oragnisasi dapat pendedahan dan kemahiran perlu ada latihan dan bimbingan yang sewajarnya agar kemudahan dapat digunakan secara optimum. Kehadiran ICT di rumah sepatutnya menggalakkan dan merapatkan komunikasi di antara ahli keluarga. Kehadiran ICT di tempat kerja dapat menyebarkan maklumat dengan lebih berkesan lagi.

23 2. ICT dan komunikasi keluarga
setiap rumah sekurang-kurangnya mempunyai satu media komunikasi/ peralatan ICT. Antara peralatan ICT di rumah: radio, TV, VCR, DVD, Pemain CD, talipon, talipon bimbit, komputer (dengan Internet), melanggan akhbar, majallah, buku, buku teks sekolah

24 ICT masa kini Kini, komunikasi antara ibubapa dan anak amat aktif pada waktu malam atau selepas waktu pejabat Situasi kini ibubapa bekerja sedikit sebanyak mengorbankan masa komunikasi di antara keluarga Oleh itu, terdapat keluarga yang bergantung kepada peralatan ICT untuk menyambung komunikasi.

25 Kesan penggunaan ICT di rumah
Kesan positif – anak-anak mendapat pendedahan ICT yang tinggi dan meningkatkan kemahiran menggunakan ICT. Kesan negatif – pendedahan ICT berlebihan tanpa pemantauan boleh merosakan anak-anak itu sendiri, dari segi pemikiran, akhlak, sosialisasi dll.

26 Peranan keluarga terhadap ICT
Perlulah mengambil tahu tentang perlakuan, pergaulan serta kawan-kawan dan kemahiran komunikasi anak masing-masing. Peranan masyarakat- perlu ada sikap ‘menjaga tepi kain orang’ kerana kawalan sosial mampu untuk mendidik anak-anak secara bersama.

27 Ibubapa perlulah bijak untuk membeli ICT yang perlu dan mendatangkan manfaat kepada keluarga.
Perlu ada perancangan awal dan mengambil kira kos perbelanjaan yang akan dikenakan – kos pembelian ICT, lektrik, perkhidmatan, kos perisian dan lain-lain kos sampingan untuk penambahan pada ICT yang sedia ada supaya mendapat pulangan yang setimpal.

28 Unit 6: ICT Dalam Organisasi

29 ICT di tempat kerja Kelengkapan ICT di tempat kerja amat penting untuk produktiviti, kelancaran pekerjaan dan komunikasi sesama pekerja, pekerja dengan majikan, syarikat dengan pelanggan, pembekal dan bagi mereka yang mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan atau ‘stakeholder’.

30 Organisasi memerlukan maklumat dengan pantas, dapat menghubungi pelanggan dengan mudah, boleh membuat keputusan dengan cepat dan pantas. ‘maklumat itu adalah kuasa’ kerana maklumat yang banyak dan berkenaan akan memberikan seseorang itu kelebihan untuk membuat keputusan yang lebih mantap, bertepatan dan kurang risiko.

31 Pelaburan bagi sesebuah organisasi/ syarikat terhadap ICT perlulah seimbang antara ‘hardware, software dan humanware’. Perbelanjaan berjuta-juta untuk melengkapkan organisasi dengan ICT terkini dan canggih tidak akan berjaya tanpa kakitangan yang mahir dalam mengendalikan ICT dan tiada ada latihan berterusan.

32 ICT dan pekerja/organisasi
Sikap kakitangan juga perlu – prihatin terhadap perkembangan kemahiran dalam ICT (bukan sikap tak kisah). Pihak majikan perlu prihatin – agar beban kerja diberikan kepada semua pekerja setimpal dengan gaji yang diberikan.

33 Peralatan ICT mestilah mencukupi bagi kakitangan menggunakannya (contoh set komputer – satu orang, satu komputer). Perlunya pengaliran maklumat yang berkala antara syarikat dan pihak yang berkepentingan akan mengurangkan risiko timbulnya krisis.

34 Unit 7: Isu-isu penggunaan ICT

35 Kandungan Pengenalan Teknologi Komunikasi Jurang Digital Rumusan
Kajian Kes

36 Pengenalan bagaimana pengguna dapat menggunakan peralatan dan perisisan ICT dengan mudah dan selamat peranan pihak peniaga untuk memastikan pengguna mendapat peralatan dan perkhidmatan yang baik

37 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK/ICT)
Adalah semua jenis teknologi yang digunakan untuk memproses, menyimpan dan memindahkan maklumat dalam bentuk elektronik. Peralatan fizikal termasuklah perkakasan komputer dan perkakasan komunikasi (Mokhtar Ahmad, 2002)

38 TK - Kemudahan untuk semua
untuk melahirkan k-masyarakat kempen satu rumah satu komputer adalah satu permulaan yang baik menyediakan kelengkapan prasarana dan peralatan harga komputer perlulah berpatutan

39 Di peringkat sekolah setiap sekolah perlulah dibekalkan dengan komputer Mempunyai tempat bilik komputer yang bersesuaian Setiap murid diberi peluang mempelajari menggunakan komputer

40 Di peringkat masyarakat
kemudahan ICT ke kawasan luar Bandar seperti projek Internet Desa Komputer diletakkan di sekolah-sekolah untuk kemudahan penggunaan orang ramai dan interaksi dengan guru. Sekolah sebagai asas kepada pembelajaran ICT

41 Jurang Digital menerangkan keadaan yang membezakan masyarakat di dunia ini yang mempunyai dan yang tidak mempunyai akses dan keupayaan untuk menggunakan teknologi komunikasi moden seperti telefon, TV dan internet. Wujud di antara bandar dengan luar bandar, antara mereka yang berpendidikan tinggi denan tidak berpendidikan, antara mereka yang berpendapatan rendah dengan berpendapatan tinggi, dan antara negara maju dengan negara membangun.

42 Keselamatan di alam siber
keselamatan di alam siber adalah berbeza dari keselamatan di alam nyata/fizikal di alam siber ancamannya adalah lebih terhadap keselamatan serta kerahsiaan maklumat yang kita ada di alam siber.

43 Gangguan terhadap maklumat yang kita masukkan dalam komputer/laman web – ditambah, diubah, dikurangkan/ dimusnahkan dengan virus, disalahgunakan dll. contoh: kad kredit Membina ‘fire-wall’ atau perisian yang lain supaya maklumat dalam komputer tidak diketahui, diambil atau disalahgunakan oleh orang lain. ICT adalah alat yang tidak tahu apa itu benar atau bohong.

44 Rumusan Negara kita mempunyai banyak akta, polisi dan undang-undang yang berkaitan dengan teknologi komunikasi Yang perlu ialah perlaksanaan Polisi dan undang-undang digubal adalah untuk tujuan kebaikan bersama.

45 Sekian... 45


Download ppt "KOM 3362: ISU-ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google