Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH"— Transcript presentasi:

1 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
9/18/2018 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH KSSR (SEMAKAN) Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Peneraju Pendidikan Negara

2 KURIKULUM KEBANGSAAN PERATURAN- PERATURAN PENDIDIKAN
DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal selari dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” “… suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan” Peneraju Pendidikan Negara

3 LATAR BELAKANG

4 2017 2011 2003 1993 1983 PERKEMBANGAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) KSSR (Semakan) Penjajaran semula/ Semakan kandungan kurikulum berlaku dalam tempoh 8 ke 10 tahun Penjajaran semula/ Semakan kandungan kurikulum agar selaras dengan standard antarabangsa dilakukan untuk; menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran* melonjakkan pencapaian semua murid* memastikan setiap murid memiliki dan menguasai pengetahuan & kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21* Mampu berfikir secara kritis & kreatif Mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap Berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global Berupaya mengharungi dan mengatasi cabaran masa depan meningkatkan kedudukan pencapaian negara* setiap kanak-kanak menghargai keunikan identiti sebagai warganegara Malaysia* meningkatkan keberhasilan dan kualiti kemenjadian murid* * pppm 2017 2011 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) KBSR (Semakan) 2003 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1993 1983 Peneraju Pendidikan Negara

5 KERANGKA KSSR KERANGKA KURIKULUM Peneraju Pendidikan Negara
Kerangka KSSR terdiri daripada enam tunjang. Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi. DSKP KSSR menyepadukan 6 tunjang tersebut selain mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan kesemua tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan pembelajaran secara didik hibur Kejayaan KSSR antaranya bergantung kepada pdp guru yang perlu memberi penekanan kepada KBAT dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21 Peneraju Pendidikan Negara

6 ASAS PEMBANGUNAN KURIKULUM
Semakan KSSR dilakukan berpandukan syor yang terkandung di dalam PPPM Tujuan semakan dilakukan adalah bagi memastikan kurikulum persekolahan kekal relevan dengan perkembangan dan keperluan semasa serta masa depan khususnya bagi melalui dan menangani cabaran-cabaran dalam ABAD KE-21. Apabila KSSR mula dibangunankan dan kemudian dilaksanakan mulai tahun 2011 asas pertimbangan dalam membangunkan kurikulum tidak meliputi syor oleh PPPM keranan pelan ini muncul pada tahun Pada ketika itu KSSR sudahpun siap dikonsepsikan dan telah pun mula dilaksanakan. Justru bagi menyahut syor-syor yang terkandung di dalam PPPM maka itulah KSSR di semak semula. Perkara-perkara yang disyorkan oleh PPPM adalah: Di dalam Bab 2 menyebut bahawa murid-murid yang dilahirkan melalui sistem pendidikan mencapai 6 Aspirasi murid iaitu: Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan Kerohanian, Identiti Nasional. Murid-murid juga perlu disediakan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan Abad ke-21 Kekuatan dan kedaulatan sesebuah negara mempunyai hubungkait dengan bagaimana rakyatnya menjalani sistem kehidupannya. Perpaduan dan keharmonian dalam menjalani kehidupan dalam sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum menjadi tunjang kepada kedaulatan sesebuah negara. Justru itu elemen perpaduan dan keharmonian di tekankan dan bagi menyambut syor ini, kurikulum persekolahan hendaklah mengintegrasikannya. ASAS PEMBANGUNAN KURIKULUM 6 ASPIRASI MURID Selaras syor: KEMAHIRAN ABAD KE-21 PERPADUAN DAN KEHARMONIAN KAUM KEMAHIRAN KOMUNIKASI Peneraju Pendidikan Negara

7 6 ASPIRASI MURID PPPM 9/18/2018 Peneraju Pendidikan Negara
Penting bagi murid menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa, Matematik, Sains dan Sejarah. Mereka juga digalakkan untuk memperolehi dan menguasai maklumat dan pengetahuan dalam bidang lain yang menyumbang kepada kemenjadian secara holistik, seperti seni, muzik dan sukan dan mengaplikasi pengetahuanyang diperolehi dalam kehidupan seharian. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan mendepani situasi kehidupan yang semakin mencabar dan kompleks memerlukan kapasiti pemikiran yang bukan sekadar tahu dan faham tetapi melangkau sehingga penyelesaian masalah dalam kehidupan serta menghasilkan ciptaan-ciptaan bagi bersaing di peringkat global. Sistem pendidikan berperanan menyediakan murid dengan pelbagai ilmu, pengetahuan dan nilai termasuk kemahiran Memimpin. Kemahiran ini bukan bermaksud murid perlu menjadi pemimpin negara tetapi ciri-ciri kepimpinan bermula dari memimpin diri sendiri, rakan, kumpulan dan semakin meluas dalam kehidupannya kemudian. setiap murid mencapai potensi masing-masing sepenuhnya melalui pelibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan Di era dunia tanpa sempadan kini, komunikasi berlaku melangkau sempadan Geografi. Dunia semakin kecil. Bagi membolehkan komunikasi berlaku dengan berkesan, kemahiran berbahasa adalah antara skill yang dituntut. Keboleh menguasai pelbagai bahasa menjadi advantage atau kelebihan. Sistem pendidikan Malaysia menyarankan supaya murid menguasai sekurangnya-kuranya 3 bahasa. Ini membolehkan interaksi internal dan external berlaku. Sesebuah negara yang berdaulat turut dilihat dari sudut cara hidup rakyatnya. Bagi mencapai hasrat melahirkan sebuah negara yang rakyatnya bersatu padu dan hidup penuh harmonis dan saling menghormati, elemen etika dan kerohanian di beri penekanan. Hebatnya sebuah negara juga dilihat dari sudut amalan dan nilai patriotisme rakyatnya. Kita pernah mendengar slogan…Negara kita acuan kita…tujuannya adalah bagi memastikan masyarakat seluruh dunia mengenal Mlysia melalui bentuk identiti yang tersendiri dan mungkin ekslusif milik Mlysia. Peneraju Pendidikan Negara

8 CIRI-CIRI KEMAHIRAN BERFIKIR KOMUNIKASI KERJA SEPASUKAN KEPIMPINAN
9/18/2018 CIRI-CIRI KEMAHIRAN BERFIKIR KOMUNIKASI KERJA SEPASUKAN KEPIMPINAN FLEKSIBEL BERINISIATIF DAN TERARAH KENDIRI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KEUSAHAWANAN BELAJAR SEPANJANG HAYAT KEBOLEHAN MENYESUAIKAN DIRI Kemahiran abad ke 21 adalah dihasilkan oleh Partnership for 21st Century Skill yang menyatakan hasil murid dan sistem sokongan merangkumi kemahiran hidup dan kerjaya, kemahiran belajar dan inovasi (pemikiran kritis, komunikasi, kolaborasi dan kreativiti) serta kemahiran informasi, media dan teknologi. Rumusan dari pelbagai penjelasan tentang kemahiran yang diperlukan oleh murid sebagai kemahiran abad ke 21 adalah kemahiran berfikir, komunikasi, kerja sepasukan, kepimpinan, fleksible, berinisiatif dan terarah kendiri, teknologi maklumat dan komunikasi, keusahawanan, belajar sepanjang hayat dan kebolehan menyesuaikan diri Kemahiran ini akan dapat menghasilkan profil murid yang kita kehendaki iaitu murid yang berdaya tahan, pemikir, mahir berkomunikasi, kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, prihatin dan patriotik BPK (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi Di Sekolah, KPM Peneraju Pendidikan Negara

9 2 3 1 KONSTRUK UTAMA BAGI PERPADUAN 9/18/2018 Menerima Kepelbagaian :
Murid yang berbeza kaum boleh bersikap terbuka, bertoleransi, percaya dan sanggup bekerjasama walaupun berbeza kaum, budaya, agama dan bahasa. 2 Menghormati Kepelbagaian : : Murid yang berbeza kaum mengamalkan sikap atau tingkahlaku yang berhemah tinggi, menghargai dan prihatin terhadap kaum lain walaupun berbeza kaum, budaya, agama dan bahasa. 3 Mengurus Kepelbagaian : Elemen perpaduan sentiasa menjadi antara fokus utama negara. Perpaduan sebenarnya melangkau jauh daripada keinginan melihat rakyat berbilang kaum hidup bersatu sebagai rakyat Mlysia, tetapi roh perpaduan ini diberi penekanan supaya masyarakat itu mengamalkan hidup bersatu padu tetapi perpaduan juga seharusnya dipanjangkan merentas sempadan negara. Misalnya apabila negara jiran menghadapi musibah…kita sebagai rakyat negara berdekatan turut berupaya memainkan peranan membantu keranan kesan musibah di negara jiran itu tidak mustahil memberi kesan kepada negara berdekatan. Murid yang berbeza kaum mengamalkan sikap atau tingkahlaku yang amanah, adil dan rasional walaupun berbeza kaum, budaya, agama dan bahasa. Peneraju Pendidikan Negara

10 KEMAHIRAN KOMUNIKASI Murid menguasai sekurang-kurangnya
9/18/2018 KEMAHIRAN KOMUNIKASI Murid menguasai sekurang-kurangnya 3 bahasa untuk berkomunikasi secara berkesan dan mampu bersaing di peringkat global Kemahiran Komunikasi mempunyai hasrat untuk mengupayakan rakyat Malaysia memain peranan sebagai global player. Peneraju Pendidikan Negara

11 PROFIL MURID Berdaya Tahan Pemikir Mahir Berkomunikasi Kerja Sepasukan
9/18/2018 PROFIL MURID 6 ASPIRASI MURID KEMAHIRAN ABAD KE-21 PERPADUAN DAN KEHARMONIAN KAUM KOMUNIKASI Berdaya Tahan Pemikir Mahir Berkomunikasi Kerja Sepasukan Bersifat Ingin Tahu Berprinsip Bermaklumat Prihatin Patriotik Rumusan yang dapat dibuat adalah 4 perkara ini merupakan antara elemen nilai tambah baharu yang diselaraskan dlm penggubalan KSSR bagi melahirkan profil murid spt yang dihasratkan. Perkara lain sprt FPK, Wawasan 2020, MBE, 4 Pillars of Education Unesco, Konsep Ulul Albab dan lain-lain yang menjadi asas pertimbangan pembangunan KSSR (2011) masih dikekalkan. Peneraju Pendidikan Negara 9/18/2018

12 PEMBAHARUAN KSSR (SEMAKAN)
Penambahbaikan kandungan mengikut trend global dan tanda aras antarabangsa Pembaharuan dalam KSSR (Semakan) – Aspek, Prinsip & Strategi 1. Aspek Kandungan Aspek Pedagogi Aspek Pentaksiran 2. Prinsip Kandungan Penambahbaikan kandungan mengikut trend global dan tanda aras antarabangsa Memperkukuhkan penerapan KBAT Prinsip Pedagogi Pendekatan pembelajaran mendalam, kontekstual dan berkesan Prinsip Pentaksiran Perkembangan pembelajaran murid ditaksir secara berterusan 3. Strategi Kandungan Penjajaran semula kandungan kurikulum sesuai dengan tahun dan tahap persekolahan Mengeksplisitkan KBAT dalam penyataan standard DSKP Strategi Pedagogi Peruntukan waktu mengikut jam, penggabungan mata pelajaran dan modul tambahan Strategi Pentaksiran Perkembangan dan pencapaian murid ditaksir berdasarkan Standard Prestasi yang diintegrasikan dalam DSKP. KANDUNGAN ASPEK KURIKULUM Pendekatan pembelajaran secara mendalam, kontekstual dan berkesan PEDAGOGI Perkembangan pembelajaran murid ditaksir secara berterusan PENTAKSIRAN Peneraju Pendidikan Negara

13 Trend Global TREND GLOBAL 9/18/2018 Pendidikan Tanpa Sempadan
Computational Thinking Pendidikan Tanpa Sempadan Peningkatan Kreativiti Design Thinking Kelestarian Global Sustainable Development Literasi Kewangan TREND GLOBAL PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL Definisi: Pemikiran Komputasional merupakan keupayaan berfikir secara logik dan sistematik dalam menyelesaikan masalah menggunakan prinsip sains komputer melalui kemahiran algoritma dan pengaturcaraan. Kemahiran: Menyelesaikan masalah kompleks dengan pemikiran komputasional menggunakan teknologi komputer. Menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik. Menterjemah data melalui konsep peniskalaan (abstraction) seperti model dan simulasi. Menyelesaikan permasalahan melalui pemikiran algoritma. Mengenal pasti, menganalisis, dan melaksanakan penyelesaian yang mungkin bagi mencapai matlamat untuk mendapatkan kombinasi langkah dan sumber yang paling cekap dan berkesan. Peneraju Pendidikan Negara

14 ANTARA TANDA ARAS ANTARABANGSA
9/18/2018 Kajian oleh Pearson berkaitan kurikulum mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains – Malaysia, UK dan Singapura ICHPER-SD menjadi rujukan dalam membangunkan kurikulum Pendidikan Jasmani CEFR – menjadi rujukan dalam membangunkan kurikulum Bahasa Inggeris Kerangka kerja TIMSS dan PISA ANTARA TANDA ARAS ANTARABANGSA Tanda Aras Antarabangsa turut dilakukan dalam membangunkan KSSR Semakan. Dilakukan terhadap kurikulum negara-negara maju dunia seperti UK, Amerika, Finland Jepun dan negara Scandinavia. Kurikulum negara-negara serantau yang telah menampakkan keberkesanan turut ditanda aras. Bagi menghasilkan kurikulum yang menepati standard yang bertaraf dunia…pakar-pakar bidang ilmu mata pelajaran dilibatkan semasa pembangunan. Peneraju Pendidikan Negara

15 PEMBELAJARAN SECARA MENDALAM
9/18/2018 PEMBELAJARAN SECARA MENDALAM Pembelajaran secara mendalam: membolehkan murid mendapat pengalaman bermakna dan memperoleh kefahaman yang tinggi; menggunakan pendekatan inkuiri melalui aktiviti seperti pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pendekatan STEM, ke arah penyelesaian masalah dan membuat keputusan. KBAT diaplikasikan dalam p&p semasa melaksanakan pembelajaran secara mendalam. (rujuk grafik pada slaid berikutnya) Peneraju Pendidikan Negara

16 PEMBELAJARAN SECARA MENDALAM
9/18/2018 PEMBELAJARAN SECARA MENDALAM Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan Pembelajaran berasaskan masalah Pembelajaran berasaskan projek Pendekatan STEM, dll. Pendekatan Inkuiri Aplikasi KBAT melalui Pembelajaran secara mendalam: membolehkan murid mendapat pengalaman bermakna dan memperoleh kefahaman yang tinggi; menggunakan pendekatan inkuiri melalui aktiviti seperti pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pendekatan STEM, ke arah penyelesaian masalah dan membuat keputusan. KBAT diaplikasikan dalam p&p semasa melaksanakan pembelajaran secara mendalam. Peneraju Pendidikan Negara

17 PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI Pelibatan Penerokaan Penerangan
· Guru merangsang pengetahuan masa lalu untuk menjana perasaan ingin tahu murid bagi aktiviti semasa. · Mencari maklumat/data menggunakan pelbagai sumber. · Menggunakan kemahiran untuk menjalankan aktiviti penerokaan. · Meneroka soalan, kebarangkalian situasi dan menjana idea baru. · Menjalankan aktiviti penyiasatan yang merupakan salah satu kaedah dalam penerokaan. · Membantu murid menggunakan pengetahuan sedia ada. · Menerangkan pengalaman dalam penglibatan dan penerokaan bagi memperkenalkan sesuatu konsep, proses, kemahiran atau tingkah laku. · Meningkatkan pemahaman murid dengan lebih mendalam. PENGEMBANGAN · Mengembangkan pemahaman dan kemahiran dengan lebih mendalam serta lebih luas. · Mengaplikasi pengetahuan dan pemahaman murid tentang sesuatu konsep dengan menjalankan aktiviti tambahan. · Menghubungkait topik dengan kehidupan harian. · Menggalakkan murid untuk menilai pemahaman dan kebolehan mereka. · Memberi peluang kepada guru untuk menilai kemajuan murid ke arah mencapai objektif pembelajaran. Pelibatan Penerokaan Penerangan Pengembangan PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI Penilaian Peneraju Pendidikan Negara

18 Ciri-Ciri Pembelajaran Berasaskan Projek Guru sebagai fasilitator
Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi Menggunakan kaedah pengalamn ‘hands-on’ Memberi pemahaman yang tinggi Boleh dirujuk oleh semua pelajar Melibatkan pelbagai mod komunikasi Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkn yang baru dengan yang lama Pembelajaran merentasi kurikulum Guru sebagai fasilitator Mengintegrasi pengetahuan dengan aktiviti Dijalankan secara individu atau secara berkumpulan Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap Sesuai dengan murid dan kurikulum Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid Ciri-Ciri Pembelajaran Berasaskan Projek Peneraju Pendidikan Negara

19 Laluan pembelajaran yang menawarkan pakej mata pelajaran elektif STEM
STEM boleh dilihat daripada 3 sudut iaitu: SEBAGAI BIDANG Bidang yang terdiri daripada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik SEBAGAI PAKEJ Laluan pembelajaran yang menawarkan pakej mata pelajaran elektif STEM SEBAGAI PENDEKATAN Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM Peneraju Pendidikan Negara

20 MASYARAKAT TEMPATAN DAN GLOBAL
Matlamat STEM adalah supaya murid menjadikannya sebagai budaya dalam kehidupan yang mana kaedah ini bukan sahaja diaplikasikan dalam pdp tetapi penglaman yang diperolehi itu di gunakan dalam kehidupan seharian bagi menyelesaikan isu atau permasalahan dalam hidup seharian. KONSEP STEM DALAM KURIKULUM KEHIDUPAN HARIAN Pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM menerusi p&p STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar ke arah membudayakan Amalan STEM Pengetahuan AMALAN STEM Pembudayaan P&P STEM Kemahiran Nilai MASYARAKAT TEMPATAN DAN GLOBAL ALAM SEKITAR Peneraju Pendidikan Negara

21 Amalan STEM Menyoal dan mengenalpasti masalah
Murid menyoal untuk mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar Murid membangunkan dan menggunakan model yang mungkin dalam bentuk replika, rajah, perwakilan matematik(graf, formula), analogi dan simulasi Murid merancang dan menjalankan penyiasatan dalam bentuk inkuiri Murid mengumpulkan data, menganalisis dan mempersembahkan supaya boleh difahami/digunakan oleh orang lain Murid menggunakan matematik untuk mewakili pembolehubah dan hubungan antaranya dalam membuat ramalan secara kuantitatif. Penggunaan matematik yang lain adalah spt logik, geometri dan kalkulus. Murid juga menggunakan pemikiran komputasi spt strategi untuk mencari dan menyusun data, mencipta algoritma, menggunakan dan membentuk simulasi dan merekabentuk sistem. Murid menunjukkan pemahaman mereka dengan menggunakan perkataan mereka sendiri tentang sesuatu fenomena ataupun pemerhatian, perwakilan secara grafik atau formula boleh juga diterima. Murid merekacipta dengan mengulangi proses untuk menambahbaik produk (termasuk kaedah) secara sistematik Murid bersoal jawab untuk menerangkan hasil ciptaan yang mereka bina, mempertahankan interpretasi dan hasil ciptaan tersebut berdasarkan data. Amalan STEM Menyoal dan mengenalpasti masalah Membangunkan dan menggunakan model Merancang dan menjalankan penyiasatan Menganalisis dan mentafsir data Menggunakan pemikiran matematik dan pemikiran komputasi Menjelaskan dan merekabentuk penyelesaian Melibatkan diri dalam perbahasan, dan perbincangan dengan berdasarkan eviden Peneraju Pendidikan Negara

22 Keupayaan mengaplikasi Membuat penaakulan & refleksi
9/18/2018 PENGETAHUAN KEMAHIRAN NILAI Keupayaan mengaplikasi Menyelesaikan masalah Membuat keputusan Berinovasi Berupaya mencipta sesuatu Membuat penaakulan & refleksi ELEMEN UTAMA Kurikulum Pedagogi Pentaksiran KBAT ELEMEN SOKONGAN Kokurikulum Sokongan Komuniti & Swasta Bina Upaya Sumber KBAT: Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Peneraju Pendidikan Negara

23 KBAT PENERANGAN Mencipta Menilai Menganalisis Mengaplikasi Memahami
9/18/2018 PENERANGAN TAHAP PEMIKIRAN Menghasilkan idea atau produk atau kaedah kreatif dan inovatif Mencipta Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta memberi justifikasi Menilai Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan Menganalisis Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara Mengaplikasi Mengingat semula maklumat dan boleh menjelaskan idea dan konsep Memahami Mengingat semula maklumat, fakta atau konsep Mengingati KBAT Dibangunka.n selaras Taksonomi Bloom. Tahap pemikiran dalam Taksonomi Bloom semakan Anderson menunjukkan tahap pemikiran mengingat dan memahami dikelaskan sebagai KBAR. Manakala tahap pemikiran dikategorikan sebagai KBAT merujukan kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. KBAR Peneraju Pendidikan Negara

24 1 2 3 4 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH
Proses p&p yang menggunakan pelbagai pendekatan/strategi Pentaksiran menerusi pelbagai instrumen dan pertimbangan profesional bagi menetapkan Tahap Penguasaan Merekod kemajuan murid Pelaporan Tahap Penguasaan murid 9/18/2018 1 2 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH 3 4 Peneraju Pendidikan Negara

25 TAHAP PENGUASAAN Kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok
9/18/2018 TAHAP PENGUASAAN Kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan Daripada pentaksiran yang dibuat dengan merujuk Standard …Tahap Penguasaan murid dipastikan. Maksud TP adalah….. Peneraju Pendidikan Negara

26 1 2 3 4 5 6 TAFSIRAN TAHAP PENGUASAAN SECARA UMUM 9/18/2018
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. 2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. 3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. 4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. 5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif. 6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi. TAFSIRAN TAHAP PENGUASAAN SECARA UMUM Dibangunkan dengan merujuk model-model pentaksiran terutama Taksonomi Bloom semakan yang mencadangkan 6 tahap. Setiap tahap membawa indikator tersendiri dan susun daripada peringkat mudah ke peringkat kompleks. Peneraju Pendidikan Negara

27 1 2 3 4 PELAPORAN TAHAP PENCAPAIAN MURID 9/18/2018
Tidak secara dalam talian Menggunakan aplikasi Ms Excel Rekod disimpan di sekolah untuk tindak susul Pelaporan kepada pihak berkepentingan Guru perlu membuat pentaksiran apabila lengkap mengajar satu kelompok Standard Kandungan dan Pembelajaran PELAPORAN TAHAP PENCAPAIAN MURID 1 2 3 4 Peneraju Pendidikan Negara

28 DOKUMEN KURIKULUM

29 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)
9/18/2018 APA MENGAPA BAGAIMANA Guru melaksanakan p&p dan menjalankan pentaksiran dengan merujuk satu dokumen sahaja. Guru mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui Standard Prestasi. Satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi). Membantu untuk memudahkan guru melaksanakan pentaksiran dalam proses P&P. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) KBSR – SP dan HSP KSSR 2011 Tahap 1 - DSK Tahap 2 - DSKP KSSR Semakan Tahap 1 dan 2 – DSKP Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang DSKP kita fokus kepada 3 perkara penting….Apa? Mengapa? Bagaimana? Peneraju Pendidikan Negara

30 Contoh DSKP Sains Tahun 1
9/18/2018 DSKP mempunyai 3 lajur utama iaitu: Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Catatan (Opstional) Pelaksana kurikulum dituntut untuk Up Pack kurikulum dan terjemahkan dalam PdP. Peneraju Pendidikan Negara

31 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) KSSR ( ) Bahasa Sains dan Teknologi Pendidikan Alam Sekitar Patriotisme Nilai Murni Keusahawanan Kreativiti dan Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Pendidikan Kewangan KSSR (Semakan 2017) Bahasa Sains dan Teknologi Pendidikan Alam Sekitar Patriotisme Nilai Murni Keusahawanan Kreativiti dan Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Asas Aplikasi Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Pendidikan Kewangan Kelestarian Global Penggunaan dan Pengeluaran Lestari Kewarganegaraan Global Perpaduan Semua perkara yang disenarai merupakan elemen merentas kurikulum. Dalam KSSR Semakan, bagi memperkukuh perkara Teknologi Maklumat dan Komunikasi , 2 modul dihasilkan iaitu Modul Kemahiran Asas dan Modul Aplikasi Bagi memperkukuh Kelestarian Global, 3 modul dihasilkan iaitu Modul Penggunaan dan Pengeluaran Lestari, Modul Kewarganegaraan Global dan Modul Perpaduan Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pdp. EMK diperkenalkan semasa dalam pelaksanaan KBSR – namun hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis Berbeza dalam perlaksanaan KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu:- a. Elemen Kreatif dan Inovasi b. Keusahawanan c. Teknologi Maklumat dan Komunikasi 7. Elemen ini diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini 8. Penambahan tiga elemen ini diharap dapat memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian mulia. Peneraju Pendidikan Negara

32 MODUL TAMBAHAN Teknologi Pendidikan Maklumat Keselamatan & Komunikasi
Sejumlah 4 modul tambahan disediakan dalam KSSR Semakan bagi dijadikan EMK bagi membantu guru merancang dan membina p&p: TMK Asas Aplikasi Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Pendidikan Kewangan Kelestarian Global Penggunaan dan Pengeluaran Lestari Kewarganegaran Global Perpaduan Modul disediakan untuk menyokong dan memperkayakan lagi mata pelajaran berkenaan serta membantu para guru dalam p&p. Di dalam KSSR Semakan, EMK ini diintegrasikan ke dalam p&p melalui dua pendekatan iaitu dinyatakan secara lansung di dalam kandungan kurikulum mata pelajaran atau disisipkan ketika p&p dengan merujuk kepada modul-modul yang disediakan. Teknologi Maklumat & Komunikasi Pendidikan Keselamatan Jalan Raya MODUL TAMBAHAN Kelestarian Global Pendidikan Kewangan Peneraju Pendidikan Negara

33 MATA PELAJARAN KSSR

34 BIL. MATA PELAJARAN TAHAP I JAM SEMINGGU SK SJK 25.0
MATA PELAJARAN TERAS SK SJK 1 Bahasa Melayu 6.0 5.0 2 Bahasa Inggeris 3.0 3 Bahasa Cina/ Bahasa Tamil - 4 Matematik 4.0 5 Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral 2.0 6 Sains 1.5 7 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 8 Pendidikan Kesenian MATA PELAJARAN TAMBAHAN 9 B. Arab/ B.Cina SK/ B. Tamil SK/ B. Iban/ B. Kadazandusun/ B. Semai Perhimpunan 0.5 JUMLAH JAM SEMINGGU 25.0 CADANGAN Mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukan Peratura-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Peruntukan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan ialah 1.5 jam seminggu. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik digabungkan menjadi Pendidikan Kesenian. Peruntukan waktu Pendidikan Kesenian ialah 2 jam seminggu. BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama dengan Bahasa Arab dan lain-lain, dengan peruntukan 1 jam seminggu. Peruntukan waktu 1 jam bagi BCSK/BTSK dipindahkan kepada mata pelajaran Sains. Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Sains kini menjadi 2 jam seminggu. MATA PELAJARAN & PERUNTUKAN WAKTU TAHAP I KSSR (Semakan) Peneraju Pendidikan Negara

35 Dilaksanakan untuk murid sekolah rendah mulai Tahun 1 Tahun 2017
9/18/2018 ? Apa itu PENDIDIKAN KESENIAN Melahirkan insan berliterasi seni Gabungan disiplin ilmu Seni Visual dan Seni Muzik Kemenjadian murid secara holistik selaras FPK Pengupayaan kemahiran berfikir aras tinggi melalui penghasilan karya dan persembahan seni serta aplikasinya dalam kehidupan Pembangunan dimensi estetik, emosi, intelek, fizikal, nilai, kemahiran generik dan kemahiran sosial 1 2 3 4 5 Dilaksanakan untuk murid sekolah rendah mulai Tahun 1 Tahun 2017 KSSR Semakan Peneraju Pendidikan Negara

36 PENDIDIKAN KESENIAN KSSR
Matlamat PENDIDIKAN KESENIAN KSSR Pendidikan Kesenian Sekolah Rendah bermatlamat untuk melahirkan murid berliterasi dan berkemahiran dalam bidang kesenian bagi mengembangkan potensi diri sebagai insan yang harmonis, kritis, kreatif dan inovatif, serta mempunyai kesedaran terhadap estetik kesenian dari pelbagai budaya seterusnya meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa. Peneraju Pendidikan Negara

37 A B C D F G SKOP PENDIDIKAN KESENIAN KSSR
Pemupukan pengetahuan dan pemahaman bahasa seni dalam disiplin ilmu seni visual dan seni muzik. Pembinaan kemahiran seni visual dan muzik dalam aktiviti bersepadu yang menyeronokkan dan bermakna. SKOP PENDIDIKAN KESENIAN KSSR Pembinaan daya kreativiti dan inovasi dalam pengkaryaan/ persembahan/ projek seni. Aplikasi pengetahuan, kemahiran dan keupayaan seni dalam menghayati dan menghargai karya seni. C D Aplikasi pembelajaran secara kontekstual dengan menghubungkaitkan pengetahuan ilmu kesenian dalam kehidupan. Integrasi bidang ilmu lain contohnya kelestarian global. F G Peneraju Pendidikan Negara

38 PENGOPERASIAN PENDIDIKAN KESENIAN Guru – 2 orang: 1 Seni Visual
1 Seni Muzik 2. Peruntukan masa – 1 jam 30 minit : 1 jam Komponen Seni Visual 30 minit Komponen Seni Muzik (secara berturutan) 3. Guru Seni Visual dan guru Seni Muzik merancang projek kesenian (skala kecil) seperti: persembahan/ pameran atau berdasarkan kreativiti guru dan murid PENDIDIKAN KESENIAN SENI VISUAL SENI MUZIK GURU SENI VISUAL GURU SENI MUZIK PROJEK KESENIAN Peneraju Pendidikan Negara

39 MATA PELAJARAN DAN PERUNTUKAN WAKTU TAHAP II
BIL. MATA PELAJARAN TAHAP II JAM SEMINGGU MATA PELAJARAN TERAS SK SJK 1 Bahasa Melayu 5.0 2 Bahasa Inggeris 3.0 3 Bahasa Cina/ Bahasa Tamil - 4 Matematik 5 Sains 2.0 6 Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral 7 Sejarah 1.0 8 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 1.5 9 Pendidikan Kesenian 10 Reka Bentuk dan Teknologi MATA PELAJARAN TAMBAHAN 11 B. Arab/ B.Cina SK/ B. Tamil SK/ B. Iban/ B. Kadazandusun/ B.Semai Perhimpunan 0.5 JUMLAH JAM SEMINGGU 26.0 CADANGAN Mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukan Peratura-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Peruntukan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan ialah 1.5 jam seminggu. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik digabungkan menjadi Pendidikan Kesenian. Peruntukan waktu Pendidikan Kesenian ialah 2 jam seminggu. BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama dengan Bahasa Arab dan lain-lain, dengan peruntukan 1 jam seminggu. Peruntukan waktu 1 jam bagi BCSK/BTSK dipindahkan kepada mata pelajaran Sains. Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Sains kini menjadi 2 jam seminggu. MATA PELAJARAN & PERUNTUKAN WAKTU TAHAP II KSSR (Semakan) Peneraju Pendidikan Negara

40 MATA PELAJARAN & PERUNTUKAN WAKTU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN
BIL. MATA PELAJARAN JAM SEMINGGU MATA PELAJARAN TERAS TAHAP I TAHAP II 1 Bahasa Melayu 6.0 5.0 2 Bahasa Inggeris 3 Bahasa Cina/ Bahasa Tamil - 4 Matematik 4.0 3.0 5 Sains 1.5 2.0 6 Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral 7 Pendidikan Jasmani* dan Pendidikan Kesihatan 8 Pendidikan Kesenian 1.0 9 Sejarah 10 Reka Bentuk & Teknologi* 11 Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan MATA PELAJARAN TAMBAHAN 12 B. Arab/ B.Cina SK/ B. Tamil SK/ B. Iban/ B. Kadazandusun/ B. Semai Perhimpunan 0.5 JUMLAH JAM SEMINGGU 25.0 26.0 MATA PELAJARAN & PERUNTUKAN WAKTU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN KSSR (Semakan) CADANGAN Mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukan Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Peruntukan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan ialah 1.5 jam seminggu. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik digabungkan menjadi Pendidikan Kesenian. Peruntukan waktu Pendidikan Kesenian ialah 2 jam seminggu. BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama dengan Bahasa Arab dan lain-lain, dengan peruntukan 1 jam seminggu. Peruntukan waktu 1 jam bagi BCSK/BTSK dipindahkan kepada mata pelajaran Sains. Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Sains kini menjadi 2 jam seminggu. * Kurikulum Suaian Peneraju Pendidikan Negara

41 JAM SEMINGGU MATA PELAJARAN & PERUNTUKAN WAKTU PENDIDIKAN KHAS MASALAH
BIL. MATA PELAJARAN JAM SEMINGGU MATA PELAJARAN TERAS TAHAP I TAHAP II 1 Bahasa Melayu* 5.0 2 Bahasa Inggeris* 3 Bahasa Cina/ Bahasa Tamil - 4 Matematik 4.0 3.0 5 Sains 1.5 2.0 6 Pendidikan Islam*/ Pendidikan Moral 7 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 8 Pendidikan Kesenian 1.0 9 Sejarah 10 Reka Bentuk & Teknologi 11 Bahasa Isyarat Komunikasi 2.5 Perhimpunan 0.5 JUMLAH JAM SEMINGGU 25.0 26.0 MATA PELAJARAN & PERUNTUKAN WAKTU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN KSSR (Semakan) CADANGAN Mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukan Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Peruntukan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan ialah 1.5 jam seminggu. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik digabungkan menjadi Pendidikan Kesenian. Peruntukan waktu Pendidikan Kesenian ialah 2 jam seminggu. BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama dengan Bahasa Arab dan lain-lain, dengan peruntukan 1 jam seminggu. Peruntukan waktu 1 jam bagi BCSK/BTSK dipindahkan kepada mata pelajaran Sains. Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Sains kini menjadi 2 jam seminggu. * Kurikulum Suaian Peneraju Pendidikan Negara

42 MATA PELAJARAN & PERUNTUKAN WAKTU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
BIL. MATA PELAJARAN JAM SEMINGGU MATA PELAJARAN TERAS TAHAP I TAHAP II 1 Asas 3M 6.0 - 2 Bahasa Melayu 3.0 3 Bahasa Inggeris 2.0 4 Matematik 2.5 5 Pengurusan Kehidupan 7.5 6 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 7 Pendidikan Jasmani 8 Pendidikan Jasmani & Kesihatan 1.5 9 Pendidikan Seni Kreatif 4.0 10 Pendidikan Muzik 1.0 11 Pendidikan Seni Visual 12 Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar 13 Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 14 Kemahiran Hidup Asas Perhimpunan 0.5 JUMLAH JAM SEMINGGU 23.0 24.0 MATA PELAJARAN & PERUNTUKAN WAKTU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN KSSR (Semakan) CADANGAN Mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukan Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Peruntukan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan ialah 1.5 jam seminggu. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik digabungkan menjadi Pendidikan Kesenian. Peruntukan waktu Pendidikan Kesenian ialah 2 jam seminggu. BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama dengan Bahasa Arab dan lain-lain, dengan peruntukan 1 jam seminggu. Peruntukan waktu 1 jam bagi BCSK/BTSK dipindahkan kepada mata pelajaran Sains. Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Sains kini menjadi 2 jam seminggu. Peneraju Pendidikan Negara

43 TERIMA KASIH Sekian 9/18/2018 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Peneraju Pendidikan Negara


Download ppt "KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google