Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENUBUHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM (PPS) SEKOLAH

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENUBUHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM (PPS) SEKOLAH"— Transcript presentasi:

1 PENUBUHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM (PPS) SEKOLAH
Definisi PPS Persatuan/Badan/Pasukan/Pertubuhan/ Pergerakan yang ditubuhkan secara formal oleh sesebuah institusi atau agensi berdasarkan sesuatu akta dengan ahlinya memakai pakaian seragam yang ditetapkan mengikut peraturan yang telah diwartakan atau termaktub dalam peraturan dan undang PPS berkenaan.

2 Dasar Penubuhan PPS Guru besar atau pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis bagi penubuhan PPS/badan beruniform di sekolah masing-masing. (Peraturan Pendidikan (Persatuan sekolah) Warta kerajaan [P.U.(A).196] Guru besar atau pengetua digalakkan supaya menubuhkan PPS/badan beruniform yang boleh didaftarkan sebagai sebagai badan/pasukan/unit gabungan dengan PPS yang sedia ada di peringkat daerah/negeri/kebangsaan/antarabangsa – [Peraturan 11; Peraturan Pendidikan (Persatuan sekolah) 1998]

3 Jenis PPS Terdiri daripada 4 kategori
a. PPS agensi/pertubuhan kerajaan (GO) - Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (darat/laut/udara) - Pasukan Kadet Polis - Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat - Pasukan Kadet JPA 3. - Pasukan Kadet Trafik

4 b. PPS agensi/pertubuhan bukan
kerajaan (NGO). - Persatuan Pengakap - PBSMM - St.John Ambulan Malaysia (SJAM) - Persatuan Pandu Puteri Malaysia - Persatuan Puteri Islam Malaysia - Persatuan Briged Puteri Malaysia

5 c. PPS Kementerian Pelajaran
Malaysia. - Kadet Remaja Sekolah (Menengah) - Tunas Kadet Remaja Sekolah (Rendah) - Pasukan Pancaragam Sekolah

6 d. Pasukan/pertubuhan Seni Bela Diri
(Diiktiraf sebagai PPS dalam Surat perkeliling iktisas Bil. 2/1997) - Persatuan Silat Gayong - Persatuan Teakwando - Persatuan Karate Do - Persatuan Wushu - Persatuan Judo - Persatuan Silamban - Persatuan Silat Cekak

7 Matlamat Penubuhan Objektif Am;
Melahirkan pelajar bersemangat patriotik yang cintakan masyarakat,bangsa, negara dan agama. Melahirkan pelajar yang menginsafi kewujudan mereka sebagai ‘bunga bangsa’ menjadi warga negara yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada kesejahteraan, keamanan, keselamatan dan kemakmuran masyarakat, bangsa dan negara.

8 3. Melahirkan pelajar yang bersatu padu menjunjung aspirasi bangsa pelbagai kaum ke arah pembentukan sebuah Malaysia yang berbudaya, berdisplin, berilmu dan berperikemanusiaan. 4. Melahirkan pelajar yang prihatin kepada masalah dan cabaran yang mendepani masyarakat, bangsa dan negara serta sanggup berkesanggupan menghadapi dan mengatasinya. 5. Melahirkan pelajar yang memahami dan menginsafi tanggungjawab dan peranan masing-masing demi menjaga kemakmuran dan keharmonian masyarakat, bangsa dan negara.

9 6. Melahirkan pelajar yang meminati dan menghayati nilai-nilai kesukarelawan dan semangat pasukan yang utuh. 7. Melahirkan pelajar yang berani dan cekal menghadapi pelbagai masalah dan cabaran serta berkemampuan menyelesaikan dan mengatasi masalah dan cabaran dengan bijaksana, inovatif, kreatif dan penuh berdisplin. 8. Melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran asas dalam bidang kerjaya yang mereka minati, khusus kerjaya dalam PPS.

10 Ojektif khusus; Memupuk dan memantapkan lagi displin kendiri dalam mematuhi peraturan dan undang-undang. Memperteguh semangat patriotik dan esprit de corps Menambah dan mempertingkatkan kemahiran ikhtiar hidup dan membantu orang lain Memupuk semangat dan kemahiran berdikari dalam menghadapi sebarang masalah dan dugaan Memantapkan jasmani dan emosi demi meningkatkan ketahanan diri.

11 6. Mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang aspek keselamatan diri, masyarakat, bangsa dan negara 7. Menyalurkan jasa dan bakti kepada rakan-rakan, masyarakat, bangsa, negara dan agama. 8. Memupuk dan memantapkan pengetahuan berkaitan kerjaya yang diminati yang berasaskan PPS. 9. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi untuk memupuk keharmonian dan perpaduan. 10. Memupuk dan memantapkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kepimpinan. 11. Menyemai dan menyuburkan semangat kesukarelawanan dan sikap tolong menolong ke arah pembentukan perpaduan masyarakat majmuk

12 Proses Penubuhan Tubuhkan jawatankuasa penaja
Kemukakan surat permohonan penubuhan PPS kepada pengetua. (Tindakan JK penaja) Terima permohonan bertulis untuk menubuhkan PPS dan pertimbangkan untuk diberi sokongan (tindakan- pengetua) Rujuk permohonan ke Pusat PPS yang terdekat Terima Ulasan dan surat sokongan dari pusat PPS dan hantar ke Jabatan Pendidikan Negeri. Terima dan kaji proses permohonan (tindakan – JPN) Panjangkan permohonan yang disokong ke PPS Negeri (Tindakan – JPN)

13 Terima keputusan permohonan penubuhan daripada PPS negeri dan hantar salinan ke PPD dan sekolah berkenaan Menerima keputusan dan memulakan proses penubuhan PPS disekolah; - Tubuhkan organisasi pentadbiran dan pengurusan. - Melantik pegawai/penasihat - Pendaftaran keanggotaan Menyediakan laporan penubuhan PPS beserta jadual latihan dan aktiviti ke JPN dan PPD (tindakan – pengetua)


Download ppt "PENUBUHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM (PPS) SEKOLAH"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google