Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

jurang pencapaian matematik murid

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "jurang pencapaian matematik murid"— Transcript presentasi:

1 jurang pencapaian matematik murid
sekolah menengah

2 DEFINISI JURANG : beza, kelainanan, ketidaksamaan
PENCAPAIAN : apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi MATEMATIK : ilmu pengetahuan mengenai nombor, bentuk, susunan, hubungan dan lain-lain dengan menggunakan simbol

3 Jurang Pencapaian Akademik
Lokaliti Budaya Gender Sosial

4 Lokaliti Bandar dan Luar Bandar

5 “... merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.” YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein (Perutusan Tahun Baru, 2006)

6 Bandar Menurut Melvin G.Marcus & Thomas R. Detwyler 1985, menyatakan bahawa terdapat 3 definisi utama Pertamanya bandar adalah suatu unit politik, suatu petempatan. Keduanya bandar adalah satu gabungan antara tempat dengan penghuninya. Ketiganya dari segi fungsi.

7 Luar Bandar “Kawasan desa merupakan kawasan selain daripada kawasan bandar. Ia merupakan petempatan yang meliputi semua jenis kampung dan penempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang penduduk dan bercirikan kawasan pertanian serta kawasan sumber alam semulajadi”

8 Statistik SPM 2009 *sumber dari Kementerian Pelajaran Malaysia
Pencapaian Calon Tahun % Lulus Bandar % Lulus Luar Bandar Perbezaan % lulus Bandar – luar bandar 2008 81.1 72.6 8.5 Matematik 2009 81.8 9.2 Beza 0.7 0.0

9 Jurang antara bandar dan luar bandar
No. Bandar Luar bandar 1. 2. 3. Kemudahan infrastruktur dan kemudahan yang lengkap Guru terlatih dan mencukupi Kemudahan ICT lengkap dan mengcukupi Kekurangan kemudahan infrastruktur Kekurangan guru Kekurangan kemudahan ICT

10 KPM telah mengenalpasti 5 jurang iaitu :
Jurang Bandar dan luar Bandar Jurang digital Jurang antara tahap pencapaian pelajar Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas Jurang sosioekonomi

11 Jurang bandar dan luar bandar
Penyediaan infrastruktur dan penempatan kepada para guru yang mengajar. Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan yang paling ketara sekali ialah sekolah di kawasan pedalaman. Perbezaan ini biasanya merujuk kepada perbezaan daripada segi kemudahan-kemudahan seperti bas awam, perpustakaan awam dan sebagainya.

12 Jurang digital Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru. Keadaan geografi yang berbukit-bukau yang menyebabkan perkhidmatan bagi mengakses internet menjadi terhad.

13 Jurang antara tahap pencapaian pelajar
Kesulitan pelajar dalam menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dalam situasi ini, kebanyakan pelajar sekolah rendah tidak mampu menguasai 3M ini disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada faktor dalaman mahupun faktor luaran. Selain itu, kegagalan mencapai standard minimum oleh KPM. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang pelajar itu berisiko tinggi tercicir daripada sistem pendidikan.

14 Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas.
Ia merujuk kepada perbezaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai. Bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar berkeperluan khas termasuklah mereka yang kurang upaya, pintar cergas dan berbakat. Golongan kelainan upaya biasanya memerlukan kemudahan teknologi yang canggih bagi membantu mereka dalam sistem pembelajaran dan pengajaran

15 Jurang sosioekonomi Ibu bapa yang berpendapatan tinggi menunjukkan tahap pencapaian yang lebih baik berbanding sebaliknya.

16 Segala hal yang berkaitan dengan masyarakat.
Sosial Segala hal yang berkaitan dengan masyarakat. Perlu ada komunikasi.

17 TARAF SOSIO EKONOMI PERSEKITARAN KOMUNIKASI

18 TARAF SOSIO EKONOMI Abdullah (2004) yang menyatakan bahawa sosioekonomi memberi impak terhadap pencapaian murid. Ibu bapa pada zaman Ini sedar akan kepentingan pelajaran bagi anak mereka tetapi tidak di luar bandar. Masih lagi terdapat ibu bapa yang kurang pendedahan dan menyebabkan anak mereka tercicir dalam pelajaran.

19 Iba Bapa berpendapatan tinggi menunjukkan pencapaian yang baik berbanding sebaliknya.
Ibu Bapa yang berpendapatan rendah tidak mampu menyediakan pelbagai kemudahan seperti komputer. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa masih ramai lagi murid yang datang dari keluarga berpendapatan rendah berjaya ke menara gading

20 Ini kerana murid mendapat perhatian dan galakan daripada ibu bapa.
Faktor keluarga memberi impak kepada pencapaian murid dalam pelajaran matematik. Ini kerana murid mendapat perhatian dan galakan daripada ibu bapa. Ini turut disokong oleh Orr (2003) menyatakan kekayaan & sokongan keluarga memberi impak yang positif dalam motivasi dan inspirasi di kalangan kanak-kanak sekolah.

21 PERSEKITARAN Rakan Sebaya Luar Sekolah Suasana Kelas

22 Satu proses memindahkan makna dalam usaha membina satu fahaman
KOMUNIKASI Satu proses memindahkan makna dalam usaha membina satu fahaman Proses komunikasi diantara guru dengan pelajar merupakan salah satu aspek yang penting dalam proses pembelajaran matematik. Komunikasi yang wujud ini memberi ruang interaksi yang membolehkan proses penyampaian ilmu dilakukan dengan berkesan dan pembelajaran dilakukan secara komprehensif (Zaleha, 2008).

23 PPSMI MBMMBI

24 Budaya Budaya Di Sekolah Di Rumah
Keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi). Budaya Di Sekolah Di Rumah

25 Budaya Sekolah Menurut Mohd Salleh (1997), dalam pengisian budaya formal sekolah, guru memainkan peranan penting dalam memahami matlamat sekolah jangka pendek dan panjang. Sebagai contoh, guru berbincang mengenai perkembangan sistem pembelajaran termasuk kurikulum yang memang menjadi agenda penting setiap tahun. Menurut Amir (2006), budaya formal sekolah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Maka boleh dikatakan bahawa budaya formal sekolah berdasarkan dari aspek fizikal, sosial dan budaya ilmu memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Terdapat sekolah yang menekankan tindakan instrumental yang mana lebih menumpukan kepada matlamat sekolah pada masa akan datang dan lebih berorientasikan peperiksaan. Namun terdapat juga sekolah yang memberi penekanan pada tindakan ekspresif iaitu menumpukan kepada kegiatan kokurikulum dan nilai-nilai afektif. Sehubungan dengan itu, para pelajar dipengaruhi oleh budaya formal sekolah mereka.

26 Siapakah Yang Membentuk Budaya di Sekolah
PENGETUA Kuasa(Perubahan) Melibatkan Guru

27 Sikap Guru Pelajar Budaya di Sekolah

28 FAKTOR GURU Pendekatan pengajaran guru PELAJAR Konsep pembelajaran
Sikap dalam mempelajari Matematik Kebimbangan dalam mempelajari Matematik Tabiat dalam mempelajari Matematik

29 Kajian Dalam Negara Menurut Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli dan Yusof Boon (2007), terdapat hubungan yang lemah antara sikap murid terhadap mata pelajaran Matematik dan pencapaian mata pelajaran tersebut.

30 Menurut Aminah (2008), dalam kajiannya mendapati bahawa sikap pelajar Melayu terhadap pembelajaran kurang menggalakkan apabila 73 peratus tidak suka membuat latihan tambahan, 50 peratus gagal menyelesaikan kerja rumah dan 48 peratus terlalu bergantung kepada guru (Utusan Malaysia, 17 Jun 2008).

31 Analisis kajian yang dibuat oleh Sabita Mahanta et al
Kajian Luar Negara Analisis kajian yang dibuat oleh Sabita Mahanta et al

32 Budaya Di Rumah Menurut Orr (2003) menyatakan kekayaan & sokongan keluarga memberi impak yang positif dalam motivasi dan inspirasi di kalangan kanak-kanak sekolah. Anak boleh diibaratkan seperti sehelai kain putih bermula dari peringkat bayi lagi. Maka, ibu bapa merupakan orang yang paling bertanggungjawab dalam mencorakkan kain putih tersebut disebabkan ibu bapa adalah teras bagi sesebuah keluarga dan mereka juga merupakan agen sosialisasi dalam kehidupan anak-anak mereka (Atan Long, 1978). Collins dan rakan (Collins et al., 2000) yang mengatakan tingkah laku ibubapa secara tidak langsung akan menjadi ikutan anak-anak dari kecil sehingga menjadi dewasa kelak. Kajian yang dijalankan oleh Grolnick dan Ryan (1989) ke atas pelajar sekolah, menyatakan bahawa terdapat hubungan antara gaya keibubapaan dengan keupayaan mereka di sekolah.

33 Kesan Didikan Ibubapa Menurut Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, anak-anak sebagai pewaris generasi akan datang perlu dilatih dan dibimbing dengan cara yang betul mulai sekarang. Pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan anak-anak mendapat pendidikan sempurna. (Utusan Malaysia, 21 April 2001). Dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar tidak kira sama ada pelajar cemerlang ataupun pelajar lemah, institusi kekeluargaan dilihat sebagai platform terbaik dalam memperkukuhkan lagi penguasaan pembelajaran dan minda pelajar Hess dan Holloway (1984), mengenalpasti lima faktor keluarga yang mempengaruhi pencapaian anak-anak iaitu i) interaksi lisan antara ibu dan anak, ii) ekspektasi ibubapa dalam soal pencapaian, iii) hubungan yang berkesan antara ibu-bapa dan anak-anak, iv) kepercayaan ibu bapa terhadap keupayaan anak-anak, dan v) kawalan strategik dan disiplin dalam keluarga.

34 Hall dan Lindzey (Abdul Hamid, et al. 1999) menyatakan bahawa ahli psikologi bersependapat bahawa setiap individu boleh dan berpotensi untuk maju dalam segala aspek kehidupan mereka sekiranya mereka dibimbing dengan sempurna. Untuk itu, selain dari usaha pelajar-pelajar itu sendiri, ibu bapa dan guru sekolah seharusnya berperanan untuk terus meningkatkan potensi pelajar itu.

35 Noran Fauziah dan Ahmad (1991), menekankan bahawa sikap ibu bapa akan
Kajian dalam Negara Noran Fauziah dan Ahmad (1991), menekankan bahawa sikap ibu bapa akan menjadi faktor yang menentukan sikap dan pencapaian anak-anak. Perkara yang diberi penekanan oleh pengkaji ialah kesedaran dan pengorbanan daripada ibu bapa dalam memberikan komitmen yang sewajarnya dalam mendidik anak-anak.

36 Langkah Mengatsi Luang masa bersama anak-anak GURU IBU BAPA
Guru memberi contoh-contoh matematik yang berhubung dengan kehidupan harian. Luang masa bersama anak-anak Guru mengadakan aktiviti-aktiviti yang mudah dan menarik Bimbing pelajar dalam pembelajaran anak mereka Memberikan motivasi dan kaunseling kepada pelajar Memupuk minat belajar matematik di kalangan pelajar dengan cara simulasi. Guru memeringkatkan bahan pengajaran-pembelajaran upaya mendahului dengan topik yang senang, diikuti dengan topik yang kompleks. Mempraktikkan diri sebagai pendengar dan penyokong yang positif GURU IBU BAPA Langkah Mengatsi

37 JANTINA

38 Pencapaian dalam Matematik : Pelajar lelaki atau pelajar perempuan lebih cemerlang???

39 Menurut beberapa kajian lepas…
Dalam kajian Jamil Ahmad et.al (2001) yang menbincangkan perbezaan prestasi pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam sistem pendidikan di Malaysia, hasil kajian mendapati pelajar perempuan lebih mengatasi pelajar lelaki berdasarkan keputusan peperiksaan awam bagi tempoh lima tahun ( ).

40 Peratus Kelulusan Matematik PMR Mengikut Jantina (1996-2000)
Peratus Kelulusan Matematik SPM Mengikut Jantina ( )

41 Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Bhasah Hj
Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Bhasah Hj. Abu Bakar dan rakan-rakan (2009) , iaitu kajian tentang pencapaian dan penguasaan konsep dalam Matematik peringkat SPM mengikut jantina, aliran dan jenis sekolah. Kajian ini melibatkan 777 orang pelajar lelaki dan 934 pelajar perempuan dan kajian dijalankan berdasarkan pencapaian Matematik kertas 2 bahagian A dan bahagian B. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lelaki lebih mengatasi pencapaian pelajar perempuan kerana kertas 2 lebih tertumpu kepada soalan yang berkaitan kemahiran seperti ungkapan pecahan tunggal, persamaan serentak, sudut dan poligon, geometri koordinat dan kecerunan.

42 Min Markah Pencapaian Matematik Kertas 2 SPM 2001

43 Menurut Wahid Hashim (2005) dalam akhbar utusan yang bertajuk “ Matematik – Senario aneh di Malaysia”, beliau berpendapat pelajar perempuan lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki dalam bidang Matematik berdasarkan statistik pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Matematik teras tahun 2004.

44 Peratusan Pencapaian Cemerlang Matematik Teras Mengikut Jantina (2004)

45 Dr Zalizan menyuarakan pendapatnya dalam petikan Berita harian yang ditulis oleh Rosniza Mohd Taha tentang jurang akademik dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Menurut beliau, keputusan peperiksaan awam peringkat kebangsaan 1996 hingga 2007 jelas menunjukkan pelajar perempuan mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir semua mata pelajaran.

46 Mengapa??? Pelajar Guru Rakan sebaya

47 Pelajar GAYA PEMBELAJARAN LELAKI PEREMPUAN Tidak menentu Pelbagai
Tidak bersedia Bersedia Concrete random Concrete sequential SIKAP LELAKI PEREMPUAN Sikap negatif Lebih positif

48 Guru Kaedah mengajar yang tidak menarik
Guru menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Tidak mewujudkan kreativiti dalam bilik darjah. Kaedah mengajar yang tidak menarik Kurang positif terhadap pelajar lelaki. Kurang memberi perhatian terhadap pelajar lelaki. Mengabaikan pelajar lelaki yang sering menimbulkan masalah. Persepsi guru terhadap pelajar lelaki dan perempuan

49 Rakan Sebaya Lelaki Perempuan Berkawan dengan semua orang
Berkawan dengan orang sekeliling sahaja Memilih rakan untuk berseronok Memilih rakan yang mementingkan pelajaran Mengutamakan masa berseronok dan bersosial bersama Suka belajar bersama dan berkongsi idea Mudah mengikuti tingkahlaku rakan sebaya Tidak mudah mengikuti tingkahlaku yang tidak baik

50 Langkah Mengatasi Guru perlu mengubah suasana bilik darjah seperti mobiliti, bunyi dan persekitaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran yang diminati oleh pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Guru perlu memberi tumpuan yang seimbang atau tidak bias antara pelajar lelaki dan perempuan. Guru perlu mempelbagaikan strategi, kaedah dan pendekatan pengajaran yang lebih kreatif, berinovasi serta disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar lelaki dan perempuan

51 Rumusan Secara keseluruhan, jelaslah bahawa jurang pencapaian Matematik di sekolah menengah dipengaruhi oleh beberapa faktor yang telah dibincangkan. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan bagi mewujudkan keseimbangan dalam pencapaian Matematik di sekolah menengah.

52 Sekian, terima kasih.


Download ppt "jurang pencapaian matematik murid"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google