Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

LARAS BAHASA KHUTBAH JUMAAT

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "LARAS BAHASA KHUTBAH JUMAAT"— Transcript presentasi:

1 LARAS BAHASA KHUTBAH JUMAAT
MASHAFIZAH HJ MASRI (08B3114) NORAZIAHANI MOHD NASIR (08B3076) DK NUR AMNI PG BAHARUDIN (08B2930) SUHANA HJ SULAIMAN (08B2992)

2 Kandungan 1 Pendahuluan 2 Permasalahan kajian 3 Tujuan&Objektif kajian
Metodologi 4 Analisis kajian 5 Dapatan kajian 6 Kesimpulan 7

3 PENDAHULUAN Definisi laras bahasa Ure dan Ellis (1977): laras sebagai  jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Halliday (1968): laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau, laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi.

4 Laras bahasa ialah sesuatu variasi bahasa yang mempunyai ciri-ciri khusus dalam penggunaannya mengikut bidang. Secara umumnya, laras bahasa bermaksud gaya atau cara bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, maksud dan tujuan sama ada secara lisan atau bertulis.

5 Khutbah Jumaat: Khutbah Jumaat adalah salah satu rukun dari solat Jumaat. Nabi menganjurkan kita untuk mendengarkan khutbah Jumaat. Bahkan pahala solat Jumaat kita akan gugur ketika kita berbicara saat Khutbah Jumaat dibacakan. Rasulullah bersabda: "Jika engkau berkata kepada sahabatmu "Diamlah!" pada hari Jum'at dan Imam sedang berkhutbah, maka engkau telah mengatakan perkataan sia-sia" (Riwayat Bukhari 934, Muslim 851)

6 Definisi Khutbah Jumaat
Khutbah secara bahasa bererti ‘menyampaikan’. Sedangkan secara istilah adalah perkataan yang di dalamnya terdapat nasihat dan pelajaran, dilaksanakan sebelum sembahyang Jumaat, yang terdiri atas dua khutbah yang dipisahkan dengan duduk di antara keduanya.

7 Permasalahan kajian Penyelidikan dibuat berdasarkan pendapat Ure dan Ellis dengan melihat pada linguistik semata-mata dalam satu teks khutbah Jumaat yang diambil pada 17 rabiulawal 1433 hijrah bersamaan dengan 10hb feb 2012

8 Tujuan dan Objektif Melihat struktur bahasa yang terdapat dalam teks khutbah Jumaat dari segi Morfologi dan Sintaksis sahaja dengan berdasarkan pendapat Ure dan Ellis.

9 Metodologi Kajian: Menggunakan sumber sekunder iaitu dari perpustakaan dan laman web Contoh-contoh diambil dari teks Khutbah Jumaat pada 10 Februari 2012 bertajuk “Sihir dan Khurafat”.

10 Kajian Lepas: Ada dua kajian lepas:
Dyg Hjh Suhana Binti Hj Salleh mengenai laras bahasa Khutbah: Satu Tinjauan awal Dyg Exzayrani mengenai laras bahasa Kartun Dalam kajian Dyg Hjh Suhana lebih kepada perbandingan dua teks khutbah Manakala kajian Dyg Exzayrani pula menumpukan pada laras bahasa Kartun dengan satu contoh yang diambil dari salah satu majalah iaitu ‘Majalah Gila-gila’

11 ANALISIS KAJIAN: CONTOH KHUTBAH:(sebahagian dari petikan)
17 Rabiulawal 1433 H Bersamaan 10 Februari 2012: ‘SIHIR DAN KHURAFAT’ “WAHAI kaum muslimin yang dirahmati Allah, Marilah kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhanNya, dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat didunia dan selamat diakhirat. Agama islam adalah yang mulia lagi suci, lengkap dan sempurna yang menyelamatkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, daripada kebatilan kepada kebenaran, memimpin umat manusia kejalan kebaikan untuk mencapai kebahagiaan didunia dan diakhirat. Sesungguhnya tiada agama yang benar dan diredhai disisi Allah Subhanahu Wata'ala selain dari agama islam, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Imran ayat 19,tafsirnya: "Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai disisi Allah ialah islam." Kita amat bersyukur kerana agama rasmi negara kita ialah agama islam menurut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Maka adalah menjadi kerugian besar kepada sesiapa yang memilih agama lain selain daripada agama islam sebagai agamanya, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Imran ayat 85,tafsirnya: "Dan sesiapa mencari agama selain agama islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima agama itu daripadanya dan diakhirat termasuk orang-orang yang rugi."

12 ANALISIS MORFOLOGI Menurut Abdullah Hassan, Morfologi ialah dari segi ciri-ciri linguistik, pengkaji akan meneliti dari segi Morfologi. Morfologi ialah bagian dari ilmu bahasa yang membicarakan seluk beluk bentuk kata serta pengaruh perubahan-perubahan bentuk kata terhadap golongan dan erti kata.

13 Kata Tunggal Kata Tunggal ialah bentuk kata yang terdiri dari satu bentuk kata dasar yakni yang tidak menerima sebarang imbuhan atau kata dasar yang lain. Dalam teks khutbah yang dianalisis ini terdapat menggunakan kata tunggal.

14 Kata Tunggal muslimin Insan akidah syirik amalan hidayah

15 Kata terbitan Kata terbitan ialah kata dasar yang mengalami proses-proses tertentu contoh imbuhan, kata ganda, kata majmuk dan akronim. Walau bagaimanapun kajian ini hanya menumpukan pada kata imbuhan dan kata gandaan sahaja.

16 Imbuhan Imbuhan awalan ialah imbuhan yang diletakkan di awal perkataan di dalam pemakaiannya. Menurut Raminah dan Rahim iaitu imbuhan yang diletakkan pada akhir pemakaian.

17 Awalan Akhiran Sisipan Apitan mencapai sajian menyelamatkan bersyukur inginkan kegelapan menjadi kebatilan terlibat kebahagiaan bercanggah kerugian membawa perbomohan berisi menyekutukan

18 Penggandaan Menurut Raminah dan Rahim (1984: 167) ialah proses membentuk perkataan dengan cara mengulang atau menggandakan perkataan itu seluruhnya atau sebahagian daripadanya dan dengan demikian timbul perkataan baru yang membawa makna yang berlainan.

19 Kata ganda Kes-kes Perbuatan-perbuatan Anasir-anasir Orang-orang cecair Bermacam-macam Jampi-jampi

20 Definisi perbendaharaan kata:
Khazanah kata yang dimiliki oleh leksikon. Perbendaraan kata juga merupakan konsep yang penting dalam penggunaan laras bahasa. Jika sesuatu laras itu menggunakan istilah maka akan wujudlah istilah-istilah yang berlainan berdasarkan bidang yang diperkatakan dalam laras tersebut. Setelah diteliti teks khutbah Jumaat ini kebanyakan teks menggunakan kata pinjaman dari bahasa Arab.

21 Perbendaharaan kata taqwa akidah syariat syirik Ahli sunnah wal jamaah

22 ANALISIS SINTAKSIS Menurut Raminah dan Rahim (1984: 182) sintaksis ialah mengkaji hubungan antara perkataan dengan perkataan dalam pembentukan ayat. Sintaksis merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat iaitu unit-unit yang membentuk ayat

23 Contoh dari teks khutbah:
‘bahagian kawalan akidah telah menemui benda-benda yang mencurigakan diletakkan di beberapa tempat di negara ini..’ Dari contoh ayat di atas, ‘bahagian kawalan akidah’ merupakan subjek ayat, manakala ‘telah menemui benda-benda yang mencurigakan..’ merupakan predikat ayat.

24 Kata kerja bantu Kata bantu ialah perkataan yang bertugas membantu frasa kerja (kata kerja bantu), frasa adjektif dan frasa sendi nama untuk menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Selain itu, kata bantu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: Kata bantu aspek: merupakan kata bantu yang menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa sesuatu kata kerja dilakukan sama ada belum berlaku, sedang berlaku atau sudah berlaku. Kata bantu ragam: kata yang menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.

25 Kata kerja bantu aspek Kata kerja bantu ragam Ayat boleh “sesungguhnya amalan perbomohan yang bercanggah dengan syariat Islam boleh membawa kepada syirik iaitu menyekutukan Allah Subhanahu Wataala.” telah “seharusnya kita hendaklah berwaspada dengan kegiatan perbomohan yang bercanggah dengan syariat Islam kerana telah banyak didapati kes-kes penyelewengan akidah yang berpunca daripada aktiviti perbomohan.” masih “apa yang mendukacitakan terdapat dikalangan kita yang beragama Islam masih mendapatkan khidmat perbomohan bagi membantu menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan...”

26 Kata hubung Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata, dengan rangkai kata ayat dengan ayat. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu: Kata hubung gabungan Kata hubung pancangan Kata hubung pancangan relatif Kata hubung pancangan komplemen Kata hubung pancangan keterangan Kata hubung pasangan.

27 Kata hubung gabungan Kata hubung pancangan Contoh Ayat dan “Marilah kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhanNya, dan meninggalkan segala laranganNya” serta “Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.” atau “Adapun perbuatan-perbuatan syirik itu termasuklah mempercayai adanya kuasa tertentu di dalam tangkal, wafak, azimat, keris, parang, batu cincin, kayu dan sebagainya yang digunakan atau dipakai untuk menolak bala bencana atau untuk menyembuhkan sebarang penyakit.” agar “Oleh itu, umat Islam adalah disarankan agar sentiasa menghindari diri dari terpedaya dan terjerumus kedalam penyelewengan akidah melalui perkhidmatan perbomohan.” yang

28 Ayat berlapis Ayat selapis ialah ayat yang dibentuk hasil dari gabungan dua atau lebih ayat selapis. Contoh ayat: ‘Agama Islam adalah yang mulia lagi suci lengkap dan sempurna yang menyelamatkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, daripada kebatilan kepada kebenaran, memimpin umat manusia ke jalan kebaikan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat’.

29 Ayat kompleks Menurut Raminah dan Rahim (1984: 187) ayat kompleks ialah ayat yang terdiri dari dua klausa, iaitu klausa bebas dan klausa tidak bebas. Contoh ayat: ‘seharusnya kita hendaklah berwaspada dengan kegiatan perbomohan yang bercanggah dengan syariat islam kerana telah banyak di dapati kes-kes penyelewngan akidah yang berpunca daripada aktiviti perbomohan’.

30 Ayat majmuk Ayat majmuk ialah ayat yang terhasil daripada gabungan dua atau lebih ayat yang mempunyai subjek dan predikat yang berlainan. Contoh ayat: ‘Adapun perbuatan-perbuatan syirik itu termasuklah mempercayai adanya kuasa tertentu didalam tangkal, wafak, azimat, keris, parang, batu, cincin, kayu dan sebagainya yang digunakan atau dipakai untuk menolak bala bencana atau untuk menyembuhkan sebarang penyakit.’

31 Ayat seruan Ayat seruan ialah ayat yang melahirkan perasaan seseorang seperti gembira, takut. Contoh ayat: ‘Marilah kita meningkatkan keimanan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhanNya.

32 Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang menghendaki orang yang menerima atau mendengar pertuturan melakukan sesuatu. Menurut Raminah dan Rahim (1984:193) ayat perintah terbahagi kepada enam jenis, tiga daripadanya ialah ayat suruhan, ayat harapan dan ayat tegahan.

33 Ayat Suruhan Ayat yang terkandung dalamnya suruhan atau perintah. Contoh dalam teks khutbah Contoh ayat: ‘Sebagai umat islam kita hendaklah menjaga dan memelihara akidah kita’.

34 Ayat Harapan Ayat harapan ialah menyatakan suatu harapan tertentu terhadap seseorang dan dilembutkan oleh perkataan-perkataan yang mengambarkan nada mengharap. Contoh ayat: ‘mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman di dunia dan di akhirat’.

35 Ayat Tegahan Ayat tegahan ialah ayat yang mengandungi perintah atau larangan dari melakukan sesuatu. Contoh ayat:‘Dan janganlah kamu menyembah selain daipada Allah, apa yang tidak memberi manfaat dan tidak pula mendatangkan mudarat kepada mu, sebab jika engkau melakukan yang sedemikian itu, maka sesungguhnya engkau termasuk daripada orang-orang yang zalim’.

36 DAPATAN KAJIAN: Dalam analisis kajian menumpukan pada struktur ayat dari segi Morfologi dan Sintaksis dengan berdasarkan pendapat Ure dan Ellis. Ure dan Ellis (1977): laras sebagai  jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan.

37 Maka dengan berdasarkan pendapat Ure dan Ellis memang sudah dibuktikan dikatakan laras sebagai jenis bahasa yang digunakan dengan mengikut situasi yang berbeza sama dengan dalam contoh teks Khutbah Jumaat ini. Dalam teks contoh ini juga menekankan nasihat dan pendidikan yang menumpukan perkembangan informasi masa kini.

38 Dalam analisis kajian ini juga, tiada kajian imbuhan sisipan ditemui dalam teks contoh Khutbah Jumaat melainkan banyak contoh imbuhan yang bersifat awalan, akhiran dan apitan.

39 KESIMPULAN: Sebagai kesimpulan, dalam laras bahasa Khutbah Jumaat ini adalah berdasarkan pada kejadian yang berlaku masa kini dan ia selaras pada pendapat Ure dan Ellis berkenaan dengan laras bahasa. Maka Ure dan Ellis berpendapat dengan berasaskan pada keadaan dan situasi yang sesuai dengan penyampaian laras.

40 Terima Kasih


Download ppt "LARAS BAHASA KHUTBAH JUMAAT"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google