Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) Frasa Kerja (FK) dalam Bahasa Melayu

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) Frasa Kerja (FK) dalam Bahasa Melayu"— Transcript presentasi:

1 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) Frasa Kerja (FK) dalam Bahasa Melayu
Interaksi 2

2 OBJEKTIF KAJIAN Pada akhir tugasan ini, guru pelatih dapat:
Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja. Menganalisa dan menghuraikan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek. Menghuraikan unsur keterangan dalam frasa kerja.

3 DEFINISI FRASA KERJA (FK)
Siti Hajar Abdul Aziz (2008): Frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Abdullah Hassan (2006): Frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat. Nik Safiah (2008): Frasa kerja ialah binaan ayat yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja.

4 Predikat ( Frasa Kerja)
FRASA KERJA (FK) Binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa seperti contoh- contoh yang berikut : Subjek Predikat ( Frasa Kerja) Ibu sedang menjemur kain. Dia menendang bola.

5 BINAAN FRASA KERJA Binaan frasa kerja boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek, iaitu ia tidak diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkannya. Contoh : 1. Bendera-bendera berkibaran. 2. Anak kucingnya terjatuh.

6 BINAAN FRASA KERJA Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek, iaitu kata kerja yang mesti diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkan kerja tersebut. Contoh : 1. Sharul menulis surat kepada sahabatnya. 2. Puan Aini menyiram pokok bunga setiap petang. Catatan Penting: Surat dan pokok bunga sebagai objek atau penyambut bagi KK Transitif.

7 BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK
Tidak memerlukann objek. Jika sesuatu ayat aktif tidak dapat dipasifkan, maka kata kerja tersebut bukan kata kerja transitif dan tidak berobjek. Kata Kerja Tak Transitif Tanpa pelengkap Dengan pelengkap (a) Kata adjektif (b) Frasa sendi nama (c) Kata nama Dengan kata nama sebagai penerang Semua murid bangun. Kesihatan ibunya beransur baik. Saya tinggal di Kuala Lumpur. Dia berbantalkan lengan. Lelaki itu berseluar jean.

8 KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP
Kata kerja tak transitif ini tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap kerana kata kerja telah mempunyai makna yang sempurna. Contoh ayat: 1. Pokok kelapa itu tumbang. 2. Penduduk kampung bergotong-royong. 3. Semua pelajar bangun.

9 KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP
Kata kerja tak transitif + Pelengkap adjektif: Kesihatan datuknya beransur sihat. Budak itu tidak berbuat jahat. Kata kerja tak transitif + Pelengkap Frasa Sendi Nama: Saya tinggal di Kuala Lumpur. Lorinya membelok ke kanan. Kata kerja tak transitif + Pelengkap Kata Nama: Rumah Aidil beratapkan nipah. Pengemis itu berselimutkan embun.

10 KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN KATA NAMA (KN) SEBAGAI PENERANG
Kata nama sebagai penerang yang memgikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan. Kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna kata kerja tersebut. Subjek Frasa Kerja Kata Kerja Penerang 1. Nyonya itu berkain batik. 2. Isterinya berniaga rempah. 3. Pemuda itu berbaju Melayu.

11 BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK
Dikenali sebagai frasa kerja transitif. Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek dan mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Ayat-ayat yang mengandungi frasa nama sebagai objek itu boleh dipasifkan menjadi ayat.

12 BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK
Frasa Kerja dengan Satu Objek Frasa Kerja dengan Dua Objek

13 FRASA KERJA DENGAN OBJEK
Frasa kerja dengan satu objek ialah frasa kerja yang hanya mempunyai satu objek sebagai penyambut bagi ayat berkenaan. Contoh bagi frasa kerja dengan satu objek ialah: Frasa Kerja dengan Satu Objek Menaiki Menjawab Mendekati Mengabaikan kereta surat itu bangunan itu tanggungjawabnya

14 FRASA KERJA SATU OBJEK Kata kerja transitif yang mengandung KN sebagai objek, dan bilangan objek itu hanya satu. Contoh: Jamu itu dapat menguatkan tenaga.(aktif) Tenaga dapat dikuatkan (oleh) jamu itu (pasif). Zainuddin meminjamkan payung kepada Hayati.(aktif) Payung dipinjamkan (oleh) Zainuddin kepada Hayati (pasif). Pemuda itu menyewa kereta.(aktif) Kereta disewa (oleh) pemuda itu (pasif).

15 FRASA KERJA DENGAN DUA OBJEK
Frasa kerja dengan dua objek mengandungi dua objek sebagai kata nama yang mendukung maksud objek tepat dan objek sipi. Objek tepat merupakan objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja. Objek sipi merupakan objek yang tidak menjadi penyambut secara langsung bagi kata kerja. Anita membelikan baju untuk adiknya. Kata kerja Objek Tepat Objek Sipi

16 FRASA KERJA DAN KATA BANTU
Kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Frasa Kerja dengan Kata Bantu Kata Bantu Aspek Kata Bantu Ragam Memerihalkan masa lampau, kini atau masa hadapan. Contoh: telah, sedang, masih, akan belum, akan Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. Contoh: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat

17 KATA BANTU ASPEK Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan. Kata bantu aspek boleh digolong kepada 3 jenis aspek masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah, sedang, atau belum dilakukan. Kata Bantu Aspek Sudah Dilakukan Sedang Dilakukan Belum dilakukan sudah telah pernah Baru sedang masih mula belum akan

18 KATA BANTU RAGAM Kata bantu ragam ialah perkataan yang menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu perbuatan itu dilakukan. Antara kata bantu ragam termasuklah mungkin, hendak, mahu, harus, enggan, boleh, dapat, mesti dan patut. Contoh ayat: 1. Pelajar itu enggan memberikan kerjasama. 2. Dia harus pulang ke kampung segera

19 FRASA KERJA DAN AYAT KOMPLEMEN
Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008), frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku, ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk.

20 FRASA KERJA DAN AYAT KOMPLEMEN
Frasa Kerja Transitif + Ayat Komplemen: Cikgu Zainal menegaskan bahawa senaman adalah penting untuk kesihatan badan. Pemuda itu mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam Persatuan Bulan Sabit Merah. Frasa Kerja Tak Transitif + Ayat Komplemen: Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan. Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar.

21 UNSUR KETERANGAN FRASA KERJA
Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut lagi. Unsur keterangan juga berfungsi sebagai frasa adverba. Unsur keterangan hadir selepas objek, boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba.

22 UNSUR KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja, unsur keterangan dapat dibahagikan kepada 8 jenis, iaitu: Keterangan tempat dan arah Keterangan waktu Keterangan cara Keterangan tujuan atau harapan Keterangan alat Keterangan penyertaan Keterangan hal atau perkara Keterangan bagai/seperti/seumpama

23 KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
Jenis Huraian / Deskiptor Contoh Ayat Keterangan tempat atau arah Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya sesuatu peristiwa. Kata sendi nama yang digunakan ialah di, ke, dari, daripada, kepada dan pada. Dia belajar di universiti. Cikgu Chua berasal dari Johor. Abang memanjat ke atas bumbung rumah. Keterangan waktu Terdapat dua bentuk keterangan waktu iaitu: Bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama pada, dalam, sejak dan hingga. Bentuk frasa nama seperti semalam, tahun lepas, dua dekad yang lalu. Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam. Pameran kraf tangan itu bermula sejak semalam. Nora menunggu kepulangan suaminya hingga pukul 12 malam.

24 KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
Keterangan cara Terdapat dua bentuk keterangan cara iaitu: Keterangan cara bersumberkan kata adjektif. Keterangan cara yang dibina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti oleh kata adjektif yang menerima kata pembenda-nya. Air sungai mengalir deras. (KA berfungsi KAdv) Air sungai mengalir dengan derasnya. (FS) Azman berlari pantas. (KA berfungsi KAdv) Azman berlari dengan pantasnya. (FS) (c) Monorel itu bergerak laju. (KA berfungsi KAdv) Monorel itu bergerak dengan lajunya. (FS)

25 KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
Keterangan tujuan atau harapan Unsur yang menerangkan maksud sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata sendi nama yang digunakan ialah demi, untuk dan bagi. Navin belajar bersungguh-sungguh demi masa hadapan. Penghulu kampung berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar. Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup.

26 KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
Keterangan alat Unsur yang menerangkan peralatan, perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. Guru pelatih itu datang dengan menaiki teksi. Encik Mohan memotong kek dengan pisau. Hamiz memukul bola dengan kayu hoki. Keterangan penyertaan Unsur yang menerangkan maksud ikut serta, ikut bersama-sama atau melibatkan diri. Aminah datang ke masjid dengan suaminya. Puan Zainon masuk ke pejabat dengan pembantunya.

27 KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
Keterangan hal Unsur yang menerangkan keadaan. Kata sendi nama yang digunakan ialah tentang, mengenai dan terhadap. Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu. Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu. Beliau membuat penilaian semula tentang projek tersebut.

28 KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
Keterangan bagai Unsur yang menerangkan keserupaan, kesamaan atau hampir sama. Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti, bagai, sebagai dan bak. Azlan berlagak seperti pegawai tinggi. Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung. Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang. Hidungnya mancung bak seludang.

29 Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga)
Buku rujukan rasmi tentang tatabahasa BM yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, sebuah agensi perancang bahasa dan sastera di bawah KPM. Dijadikan tatabahasa pegangan oleh KPT & KPM.

30 Kamus Dewan (Edisi Keempat)
Rujukan utama pengguna yang hendak mendalami Bahasa Melayu. Kamus ekabahasa Melayu yang paling lengkap dari segi kosa kata dan dari segi penjelasan maklumat tentang sesuatu kata.


Download ppt "PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) Frasa Kerja (FK) dalam Bahasa Melayu"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google