Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "SISTEM PENTADBIRAN NEGARA"— Transcript presentasi:

1 SISTEM PENTADBIRAN NEGARA
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA SISTEM PENTADBIRAN NEGARA PENDAHULUAN Sebelum ini,kita telah didedahkan dengan satu pembentangan kertas kerja yang bertajuk Tanah Air. Di mana ramai yang menganggap perkataan NEGARA dan TANAH AIR adalah merupakan perkara yang sama, tetapi konsep TANAH AIR yang dimaksudkan dalam kertas kerja tersebut telah memberi gambaran yang jelas tentang proses pembinaan negara yang berdaulat. Seterusnya kita melihat komponen kedua konsep kenegaraan iaitu KERAJAAN. Komponen ini juga penting kepada penentuan kestabilan dan kemakmuran negara kita. Kerajaan adalah sekumpulan rakyat yang dipilih secara sah untuk mentadbir negara. Di kalangan mereka, seorang ketua akan dilantik untuk memimpin kerajaan tersebut. OBJEKTIF Selepas pembentangan kertas kerja ini peserta dapat: Memahami pentingnya sebuah kerajaan kepada sesebuah negara. Memahami senario politik negara sejak sebelum merdeka sehingga sekarang dan kesannya kepada situasi hari ini. Menganalisa maklumat berkaitan dengan kepimpinan dan tokoh tempatan dan pemimpin dunia yang mencorakkan sesebuah negara seperti yang wujud pada hari ini. Mengetahui sistem pentadbiran dan dasar-dasar kerajaan Malaysia. Memahami akan kepentingan kerajaan yang kuat bagi kesejahteraan rakyat.

2 SKOP Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan
Konsep Pengasingan Kuasa Pengenalan Struktur Organisasi Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

3 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang demokratik dimana ia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Demokrasi merupakan satu bentuk sistem politik yang terbaik dalam membina kehidupan bernegara dan bermasyarakat.Demokrasi merupakan satu sistem kerajaan yang bersumberkan rakyat dan berkhidmat kepada rakyat.Sistem bagini sangat sesuai diamalkan oleh negara yang mempunyai rakyat pelbagai bangsa,agama dan budaya seperti Malaysia. Bagi menjamin keamanan dan ketenteraman yang berkekalan, semua golongan rakyat mesti bersama-sama menghayati prinsip demokrasi yang memberi hak dan kebebasan kepada semua seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sistem demokrasi yang diamalkan ini perlu dipertahankan dan dimanfaatkan oleh semua kaum di Malaysia agar hak setiap individu yang bergelar warganegara tidak dieksplotasi oleh orang lain. DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN

4 Raja-Raja Melayu (Kuasa Mutlak)
Hak Milik Tanah Melayu Penjajahan (1511 – 1957) Raja kekal (Kuasa Terhad) Inggeris serah tanah kembali pada Raja Kontrak Sosial Persetujuan antara Inggeris, Raja-raja Melayu, orang Melayu dan bukan Melayu Sejarah telah menunjukkan bahawa semua tanah di negara ini asalnya adalah hak milik Raja-Raja Melayu. Apabila penjajah memasuki negara ini mereka telah memaksa raja untuk menyerahkan urus tadbir tanah kepada mereka. Misalnya, kutipan cukai, pembangunan tanah, pembahagian sempadan, dan sebagainya. Namun begitu, semasa Inggeris menjajah negara ini, mereka juga mengiktirafnya. Kedudukan Raja masih kekal dengan kuasa raja agak terhad kepada agama dan adat istiadat Melayu sahaja. Hakikatnya, sebelum meninggalkan negara ini, pihak Inggeris telah menyerahkan semula tanah kepada kuasa Raja, seterusnya Raja menyerahkan kuasa pentadbiran kepada rakyat menerusi Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Demi untuk mencapai kemerdekaan maka telah berlaku satu persefahaman antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu yang dipanggil sebagai “Kontrak Sosial”. Setelah Inggeris berpuas hati bahawa perpaduan dan keharmonian kaum dapat dicapai di negara ini, maka secara rasminya negara ini merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. MERDEKA RAJA BERPERLEMBAGAAN DEMOKRASI BERPARLIMEN Raja Terikat Oleh Perlembagaan

5 SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA
DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN YDP AGONG (Perkara 32) MAJLIS RAJA-RAJA (Perkara 38) SISTEM KERAJAAN MALAYSIA Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 32). Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. EKSEKUTIF (perkara 39) PERUNDANGAN (Perkara 44) KEHAKIMAN (Perkara 121) PERSEKUTUAN (Perkara 31) NEGERI (Perkara 71) DEWAN RAKYAT (Perkara 46) DEWAN NEGARA (Perkara 45)

6 Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan perundangan (Legislative), badan pemerintahan (Executive) dan badan kehakiman (Judicial). Yang di-Pertuan Agong berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa mengampun dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera. Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, dan kehormatan Raja- Raja Melayu. Sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-Undang X jika mendapati keselamatan negara terancam. Berkuasa melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. Kepentingan Raja Berperlembagaan Merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini Membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita Memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja

7 SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Perkara 32 Ketua Utama Negara bagi Persekutuan Diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan Tidak boleh dikenakan apa-apa jua prosiding di mana-mana mahkamah kecuali di Mahkamah Khas Perkara 3 Ketua Agama Islam bagi Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak

8 SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Perkara 39: kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang Persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain. Perkara 41: Pemerintah tertinggi angkatan tentera

9 Kedaulatan Raja-Raja Melayu memang akan tetap kukuh dan berkuatkuasa selagi pemerintahan berparlimen dan Raja berperlembagaan kekal di Malaysia. Sistem yang ada juga bermakna bahawa kepentingan warga bukan Melayu tidak diabaikan kerana kuasa Parlimen membuat undang-undang negara yang berasaskan keadilan dan kesaksamaan tetap wujud dan terpelihara. Ini bermakna semua rakyat Malaysia harus menghormati dan menghayati kedaulatan Raja.

10 Hanya Raja yang boleh dianggap Tuan kepada semua warganegara Malaysia
Hanya Raja yang boleh dianggap Tuan kepada semua warganegara Malaysia. Selainnya kita adalah sama di sisi undang-undang. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan: “Semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Klausa (2) pula memperuntukkan hendaklah tiada apa-apa pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan, atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang…”

11 Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga fungsi dan kuasa yang tidak boleh di persoalkan dan hal ini diperjelaskan dalam Perkara 40(2): Perkara 40(2): Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan tugas-tugas yang berikut, iaitu: Melantik seorang Perdana Menteri; Tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen; Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja- Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu.

12 KETUA NEGARA Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah ketua negara dan Seri Paduka Baginda juga adalah ketua kepada Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan bahawa hanya Seri Paduka Baginda sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang dan berkuasa untuk melantik ahli-ahli Dewan Negara dan memberhenti atau membubarkan Parlimen. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

13 BADAN PERUNDANGAN BADAN PERUNDANGAN
Parlimen Malaysia adalah badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan Sistem Westminster Parlimen. Di dalam sistem pemerintahan demokrasi Malaysia, Parlimen memiliki kuasa untuk menggubal undang-undang. Parlimen Malaysia mempunyai tiga komponen utama iaitu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara adalah majlis tertinggi atau senat, manakala Dewan Rakyat pula merupakan satu majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai Ahli Parlimen (MPs) manakala ahli-ahli Dewan Negara dipanggil Senator.

14 BADAN PERUNDANGAN Hanya Membuat Undang-undang Adalah Parlimen Malaysia
Ada Tiga Komponen Utama Yang Meluluskan Segala Undang-undang iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara Dan Dewan Rakyat

15 Dewan RAKYAT Dewan Rakyat adalah komponen ketiga dalam Parlimen Malaysia Ahli Dewan Rakyat adalah dipilih menerusi pilihan raya (mewakili kawasan parlimen pilihan raya) Keanggotaan Dewan Rakyat ialah 222 Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 219 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihanraya yang baru akan diadakan. Pemilihan ahli-ahli Dewan Rakyat adalah menerusi pilihan raya iaitu mewakili kawasan parlimen yang dimenanginya. Tempoh jawatan anggota Dewan Rakyat akan tamat apabila Parlimen dibubarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Namun begitu, anggota Dewan Rakyat (menerusi Perkara 51) boleh berhenti dengan menulis sepucuk surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat. Keanggotaannya juga akan hilang apabila ahli tersebut hilang kelayakan (Perkara 50) dan tidak menghadiri mesyuarat Dewan selama 6 bulan tanpa izin Dewan.

16 FUNGSI Membahas, meminda dan memperakukan draf rang undang- undang yang dicadangkan ahli. Membuat persetujuan ke atas apa-apa cadangan dasar, peraturan atau rang undang-undang biasanya melalui pengundian dan diserahkan kepada Dewan Negara. B. DEWAN RAKYAT Konsep Dewan Rakyat di negara kita telah pun bermula semenjak pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun Dewan Rakyat ialah sebuah dewan Parlimen yang amat mustahak kerana anggota-anggota Dewan Rakyat adalah dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Fungsi Dewan Rakyat ialah membahas, meminda dan memperakukan draf undang-undang yang dicadangkan oleh ahli. Ia juga membuat persetujuan ke atas apa-apa cadangan dasar, peraturan atau rang undang-undang yang melalui pengundian dan diserahkan kepada Dewan Negara untuk diluluskan.

17 Setiap Perlembagaan sesebuah Negara pasti mengandungi apa yang diiktiraf sebagai peruntukan-peruntukan "entrenched" atau yang tidak boleh diubah atau dipinda melalui proses biasa, yakni dengan hanya kelulusan 2/3 dari anggota Dewan Rakyat yang hadir bermesyuarat. Peruntukan-peruntukan ini seperti yang disenaraikan hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja (Perkara 159(5)).

18 Perkara 10 (4) [perihal kuasa Parlimen membuat undang-undang cegahan berkaitan keselamatan negara, keistimewaan-keistimewaan dan kewarganegaraan] Bahagian 3 [Kewarganegaraan] Perkara 38 [Majlis Raja-Raja] Perkara 63(4) [Keistimewaan-keistimewaan Parlimen] Perkara 70 [Keutamaan Yang Di-Pertua Negeri dan Raja] Perkara 71(1) [Jaminan Kerajaan Persekutuan terhadap Perlembagaan negeri] Perkara 152 [Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan] Perkara 153 [Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra] Perkara 181 [Kedaulatan & keistimewaan Raja-Raja Melayu]

19 Dewan negara Merupakan Majlis Tertinggi atau Senat.
Keanggotaan (70 orang): 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (setiap negeri diwakili 2 orang ahli) 44 ahli dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk 2 ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu ahli masing- masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Dilantik oleh SPB Yang di-Pertuan Agong. Tempoh keanggotaan: 3 tahun. Dewan Negara tidak mempunyai kuasa untuk menolak rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada YDPA, kecuali menangguhkannya sahaja. Ahli-Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong ialah orang-orang pada pendapatnya telah berbuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah mencapai kepujian dalam lapangan kerjaya profesional, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat, mewakili kaum minoriti seperti orang asli. Sehingga kini, keanggotaan Dewan Negara ialah seramai 70 orang iaitu 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (setiap negeri diwakili 2 orang ahli) dan 44 ahli dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuklah 2 ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Tempoh jawatan keanggotaan adalah selama tiga tahun (1 penggal) sahaja dan tempoh ini tidak terjejas dengan pembubaran Parlimen. Bagi seseorang Ahli Dewan Negara, mereka tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua penggal (6 tahun) terus menerus.

20 FUNGSI Memperhalusi draf rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat. Membahas dan memperakukan draf undang-undang yang dicadangkan oleh Dewan Rakyat. A. DEWAN NEGARA Antara dua fungsi utama Dewan Negara Malaysia ialah untuk memperhalusi draf undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat, dan membahas dan memperakukan draf undang-undang yang dicadangkan oleh Dewan Rakyat. Semua undang-undang yang dikemukakan di dalam Parlimen mestilah mendapat kelulusan daripada ketiga-tiga komponen iaitu Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong. Ini menunjukkan apa jua undang-undang dan dasar negara adalah sebenarnya diputuskan oleh majoriti Ahli Dewan Rakyat atau kerajaan yang dipilih secara demokrasi melalui pilihan raya umum. Oleh itu, kejayaan cemerlang Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi membuktikan kepimpinan beliau diterima oleh hampir keseluruhan rakyat.

21 BADAN PEMERINTAH Hanya Menjalankan Kuasa Eksekutif Mengikut Perlembagaan Dan Undang-Undang Mengikut Perlembagaan Persekutuan (Perkara 39) Kuasa Eksekutif Terletak Pada Yang di-Pertuan Agong Dan Kuasa Ini Dijalankan Olehnya Sendiri Atau Oleh Jemaah Menteri Kabinet Atau Jemaah Menteri Diketuai Oleh Perdana Menteri

22

23

24

25 Y.B. Tuan P Kamalanathan a/l P. Panchanathan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin Menteri Pendidikan YB. Dato' Seri Idris Bin Jusoh Menteri Pendidikan II   Y.B. Datuk Mary Yap Kain Ching Timbalan Menteri Pendidikan Y.B. Tuan P Kamalanathan a/l P. Panchanathan Timbalan Menteri Pendidikan II

26 Dasar Dan Arahan Kabinet Dilaksana Oleh Jentera Pentadbiran Kerajaan Di Peringkat Persekutuan
Kementerian, Jabatan, Badan-badan Kerajaan Melaksanakan Tugas-tugas Pemerintahan Negara Anggota Sektor Awam Menjalankan Tugas Dengan Cara Berkecuali, Tidak Berpihak Kepada Mana-mana Politik Dan Mesti Mematuhi Dasar-dasar Atau Arahan Kerajaan Badan pelaksana undang-undang ialah Jemaah Menteri atau kabinet. Kabinet adalah badan penggubal dasar yang tertinggi di negara kita, dan melaksanakan kuasa eksekutif di peringkat Persekutuan atau kerajaan pusat. Di peringkat negeri, fungsi yang sama dilakukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Jemaah Menteri Negeri di Sabah dan Sarawak. Kabinet menjalankan fungsi secara tanggungjawab bersama terhadap sesuatu keputusan yang diambil. Menteri bertanggungjawab kepada Parlimen, walaupun mereka dilantik oleh Yang diPertuan Agong. Menteri dipertanggungjawabkan mengetuai sebuah atau beberapa kementerian bagi melaksanakan undang-undang, perancangan serta dasar kerajaan. Bagi membantu menteri menjalankan tanggungjawabnya, perlembagaan memperuntukkan fasal perlantikan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan juga Setiausaha Politik. Sesebuah kementerian itu dilengkapkan dengan pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam yang berkhidmat dengan mana-mana kerajaan yang berkuasa ketika itu. Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang juga menjadi Setiausaha Jemaah Menteri. Ia adalah pegawai tertinggi dan mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Di peringkat kementerian pula, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan dibantu oleh kumpulan pegawai perkhidmatan tadbir dan perkhidmatan ikhtisas serta kakitangan am. Mereka ini lebih dikenali sebagai pegawai atau kakitangan kerajaan

27 Dasar Dan Arahan Kabinet Dilaksana Oleh Jentera Pentadbiran Kerajaan Di Peringkat Persekutuan
Kementerian, Jabatan, Badan-badan Kerajaan Melaksanakan Tugas-tugas Pemerintahan Negara Anggota Sektor Awam Menjalankan Tugas Dengan Cara Berkecuali, Tidak Berpihak Kepada Mana-mana Politik Dan Mesti Mematuhi Dasar-dasar Atau Arahan Kerajaan Badan pelaksana undang-undang ialah Jemaah Menteri atau kabinet. Kabinet adalah badan penggubal dasar yang tertinggi di negara kita, dan melaksanakan kuasa eksekutif di peringkat Persekutuan atau kerajaan pusat. Di peringkat negeri, fungsi yang sama dilakukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Jemaah Menteri Negeri di Sabah dan Sarawak. Kabinet menjalankan fungsi secara tanggungjawab bersama terhadap sesuatu keputusan yang diambil. Menteri bertanggungjawab kepada Parlimen, walaupun mereka dilantik oleh Yang diPertuan Agong. Menteri dipertanggungjawabkan mengetuai sebuah atau beberapa kementerian bagi melaksanakan undang-undang, perancangan serta dasar kerajaan. Bagi membantu menteri menjalankan tanggungjawabnya, perlembagaan memperuntukkan fasal perlantikan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan juga Setiausaha Politik. Sesebuah kementerian itu dilengkapkan dengan pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam yang berkhidmat dengan mana-mana kerajaan yang berkuasa ketika itu. Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang juga menjadi Setiausaha Jemaah Menteri. Ia adalah pegawai tertinggi dan mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Di peringkat kementerian pula, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan dibantu oleh kumpulan pegawai perkhidmatan tadbir dan perkhidmatan ikhtisas serta kakitangan am. Mereka ini lebih dikenali sebagai pegawai atau kakitangan kerajaan

28 Perkara 43(1): Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatkannya dalam hal menjalankan tugas-tugasnya. Perkara 43(2)(a): Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu, dan Perkara 43(2)(b): atas nasihat Perdana Menteri, Yang di- Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-menteri lain dari antara ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen.

29 Kuasa pengimbang tetap ada pada Raja-Raja Melayu samada yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, para Sultan masing- masing atau pada Majlis Raja-Raja yang berfungsi di bawah Perkara 38. Di semua negeri di Semenanjung, misalnya, hanya orang Melayu yang boleh di lantik sebagai Menteri Besar tetapi hal yang sama tak wujud di Persekutuan, di Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Keadaan ini jelas digambarkan dibawah Perkara 43(2).

30 BADAN KEHAKIMAN Hanya Menjalankan Penghakiman
Perkara 121(1) Perlembagaan, Kuasa Kehakiman Terletak Pada Mahkamah Tinggi Di Malaya Dan Mahkamah Tinggi Di Borneo Dan Mana-mana Mahkamah Bawahan Mengikut Undang-undang Badan Kehakiman Bebas Bertindak, Tidak Menyebelahi Mana-mana Pihak BADAN KEHAKIMAN Badan Kehakiman atau Judiciary adalah komponen yang ketiga. Badan ini merupakan badan bebas dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sistem kehakiman negara. Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia tercatat dalam Perkara 121(1) Perlembagaan Malaysia. Mahkamah di negara ini mempunyai kuasa yang besar terhadap badan perundangan dan kuasa eksekutif kerana: Mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan negara. Mempunyai kuasa mentafsir sesuatu undang-undang. Mempunyai kuasa mengisytihar sesuatu undang-undang bertulis samada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Mempunyai kuasa mengisytihar sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah dari segi undang-undang.

31 BADAN KEHAKIMAN Badan Kehakiman berperanan menyelesaikan sesuatu bentuk perselisihan di kalangan rakyat dan di antara rakyat dengan pihak berkuasa. Perkara 121, Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa kuasa kehakiman begi Persekutuan terbahagi kepada dua Mahkamah Tinggi, yang mana pewujudan mahkamah ini adalah bersesuaian dengan bidang kuasa dan tarafnya. 3. Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.

32 Perkara 121(1): Maka hendaklah ada dua Mahkamah Tinggi yang selaras bidang kuasa dan tarafnya, iaitu: Satu di Negeri-negeri Tanah Melayu, yang dinamakan Mahkamah Tinggi di Malaya dan yang mempunyai ibu pejabat pendaftarannya di Kuala Lumpur; dan Satu di Negeri-negeri Sabah dan Sarawak, yang dinamakan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dan yang mempunyai ibu pejabat pendaftarannya di mana-mana tempat di Negeri-negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

33 SENARAI PERUNDANGAN PERSEKUTUAN
Hal-ehwal Luar Negara Pertahanan Keselamatan Dalam Negeri Undang-undang Sivil Dan Jenayah Serta Pentadbiran Keadilan Kewarganegaraan Persekutuan Jentera Kerajaan Kewangan Perdagangan Dan Perusahaan Perkapalan

34 SENARAI PERUNDANGAN PERSEKUTUAN
Perhubungan Pendidikan Kesihatan Buruh Akhbar Dan Penapisan Syarikat Kerjasama Siasatan Dan Penyelidikan Perikanan Kerjaraya Kebajikan Orang Asli SENARAI PERUNDANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Sistem pentadbiran dan pengurusan negara diberi kepada Badan Pemerintah iaitu melalui kementerian dan jabatan yang dibentuk dalam struktur organisasinya. Slaid ini menunjukkan bidang kuasa yang ada pada Kerajaan Persekutuan. Selain daripada itu, berdasarkan peruntukan Perkara 94 Perlembagaan Persekutuan, ianya telah membenarkan kuasa eksekutif Persekutuan untuk menjalankan penyelidikan, menyelenggarakan pusat-pusat percubaan dan pertunjukan, memberi nasihat dan bantuan teknik kepada mana-mana Kerajaan Negeri, mengadakan pendidikan, penyertaan dan pertunjukan untuk penduduk mana-mana negeri, dan berkenaan dengan apa-apa perkara yang badan perundangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenainya.

35 SENARAI PERUNDANGAN KERAJAAN NEGERI
Hal-ehwal Agama Islam (Hukum Syarak) Tanah Pertanian Dan Perhutanan Kerajaan Tempatan Jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri Kerja-kerja Negeri Kerja-kerja Air Hari Pelepasan Negeri Hasil Sungai Siasatan Bagi Maksud-maksud Negeri SENARAI PERUNDANGAN KERAJAAN NEGERI Perkara 81 Perlembagaan Persekutuan memberi peruntukan bahawa kuasa pemerintah tiap-tiap negeri hendaklah dijalankan dengan cara sesuatu cara supaya: Apa-apa undang-undang Persekutuan yang dipakai bagi negeri itu dipatuhi. Tidak menghalang atau menyentuh perjalanan kuasa pemerintah Persekutuan. Walau bagaimanapun, Parlimen juga boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang dinyatakan di dalam Senarai Negeri, tetapi tertakluk kepada perkara-perkara berikut sahaja iaitu: Bagi maksud melaksanakan apa-apa perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negeri lain, atau apa-apa keputusan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan. Bagi maksud mengadakan persamaan undang-undang di antara dua buah negeri atau lebih. Jika diminta sedemikian oleh mana-mana Dewan Negeri.

36 SENARAI PERUNDANGAN BERSAMA
Kebajikan Masyarakat Biasiswa Ternakan Binatang Perlindungan Bagi Binatang Dan Burung Liar Perancangan Bandar Dan Kampung Perparitan Dan Pengairan Pemulihan Tanah Lombong Kutu Rayau Dan Penjaja Beredar Kesihatan Awam Kebersihan Mencegah Penyakit Pengangkutan SENARAI PERUNDANGAN BERSAMA (PERSEKUTUAN DAN NEGERI) Walaupun ada tugas dan tanggungjawab diagihkan mengikut kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, masih terdapat tanggungjawab yang merupakan tugas kedua-duanya. Hal ini membantu kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menjalinkan hubungan yang sangat rapat dan akrab. Segala masalah yang timbul di antara kedua-dua kerajaan ini dibincangkan dan diselesaikan bersama melalui jawatankuasa atau majlis-majlis tertentu di bawah bidang “Kuasa Bersama”. Ianya bertujuan agar kebajikan rakyat serta pembangunan dapat diteruskan dengan lebih pesat lagi.

37 Pengenalan Dan Perbandingan Struktur Organisasi Kerajaan Pusat Dan Kerajaan Negeri

38 CARTA ORGANISASI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

39 CARTA ORGANISASI KERAJAAN NEGERI KELANTAN

40 “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
HARAPAN YAB PM “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

41 RUMUSAN Kebijaksanaan pemimpin. Kerajaan yang berwibawa.
Kakitangan awam sebagai pelaksana. Kontrak Sosial perlu difahami. Kompromi Melayu dan perkongsian kuasa kukuhkan kerajaan. RUMUSAN Demikianlah pembentangan kertas kerja Kerajaan. Dari apa yang telah dibentangkan tadi bolehlah dibuat beberapa kesimpulan: Kemakmuran dan pembangunan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyat dan kebijaksanaan pemimpin yang dipilih. Malaysia telah dipimpin oleh kerajaan yang amat berwibawa dan bijaksana yang merangkumi segenap aspek seperti ekonomi, sosial, politik dan pengurusan negara. Penjawat awam adalah dilantik oleh kerajaan yang memerintah melalui kuasa-kuasanya. Oleh itu, sebagai penjawat awam perlu memberi sokongan padu terhadap semua dasar dan arahan yang yang diberikan oleh kerajaan. Semangat ‘Kontrak Sosial” yang dipersetujui bersama perlu difahami oleh semua rakyat di negara ini bagi mengekalkan perpaduan dan kemajuan negara yang berterusan. Perpaduan antara kaum perlu dikekalkan demi mencapai kejayaan bukan sahaja untuk mencapai wawasan 2020 tetapi untuk dinikmati oleh generasi-genarasi akan datang (Formula M+C+I dan lain-lain perlu dikekalkan).

42 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "SISTEM PENTADBIRAN NEGARA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google