Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN"— Transcript presentasi:

1 PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN
Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus tatabahasa tatabahasa tetapi juga perlu mengintegrasikan mekanik bahasa dengan aspek sosial dan budaya bahasa. Untuk tujuan ini, seseorang pengguna bahasa mestilah dapat menguasai aspek kesopanan dan kesantunan berbahasa, iaitu menggunakan neka bahasa. MINGGU 12

2 Kesopanan Berkomunikasi Berdasarkan Neka Bahasa
Mengikut Abdullah Hassan (1997:237), neka bahasa ialah jenis-jenis gaya bahasa yang digunakan mengikut taraf penggunaan bahasa dan penuturnya. Jenis bahasa ini dikenali sebagai laras sosial. Neka bahasa juga merujuk kepada penggunaan bahasa menurut konteksnya, seperti bahasa formal, bahasa tak formal, bahasa halus, bahasa istana, dan lain-lain (Marzuki Nyak Abdullah, 1993: 155).

3 Jenis-jenis Neka Bahasa
Abdullah Hassan (1997: 237) membahagikan neka bahasa kepada jenis yang berikut: Neka Baku Neka Istana Neka Tempatan (Dialek) Neka Basahan Neka Sopan Neka Mesra Neka Remaja Neka Manja Neka Kasar Neka Pasar

4 Pengelasan Bahasa Mengikut Neka
Pengelasan neka bahasa mengikut taraf penggunaannya boleh dibuat berdasarkan: Kegunaan rasmi: neka baku dan neka istana. Kegunaan tidak rasmi: neka tempatan (dialek), neka basahan, neka sopan, neka mesra, neka manja, neka remaja, neka kasar, dan neka pasar.

5 Pemilihan Neka Pemilihan neka bergantung kepada keadaan, sama ada rasmi (formal) atau tidak rasmi (tidak formal). Sesuatu keadaan itu dianggap formal jika mempunyai ciri yang berikut: Tempat yang rasmi Upacara yang rasmi Kehadiran rasmi Tujuan rasmi

6 Penentuan Neka Penggunaan neka yang betul amat perlu diberikan perhatian. Hal ini disebabkan kesilapan memilih atau menggunakan neka yang betul untuk keadaan tertentu dianggap melakukan kesilapan yang serius daripada kesilapan tatabahasa. Dengan kata lain, kesalahan ini berlaku disebabkan pengguna tidak tahu menggunakan tatabahasa sosial (social grammar). Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, pengguna bahasa Melayu perlulah: Mengenal pasti neka bahasa Melayu. 2. Mengetahui peraturan tentang masa dan tempat yang sesuai untuk menggunakan sesuatu neka bahasa.

7 Peraturan Pemilihan Neka Bahasa
Kata Ganti Penggunaannya Nama Saya i. Bersifat rasmi – secara lisan ii. Bersifat rasmi – secara tulisan iii. Bercakap dengan orang yang lebih tua atau muda tetapi dimuliakan iv. Bercakap dengan orang yang tidak dikenali Aku, kamu i. Bercakap dengan rakan sebaya awak, engkau atau rakan yang akrab. ii. Bercakap dengan orang yang lebih muda atau lebih rendah tarafnya.

8 Anda i. Bersifat rasmi – secara lisan
ii. Bersifat rasmi – secara tulisan iii. Khalayaknya banyak Beliau i. Bersifat rasmi – secara tulisan ii. Bersifat rasmi – secara lisan iii. Orang yang dirujuk lebih tua atau muda tetapi dihormati Dia i. Bersifat rasmi – secara tulisan iii. Orang yang dirujuk dianggap sama taraf atau lebih rendah Saudara, i. Bersifat rasmi – secara lisan Saudari ii. Bersifat rasmi – secara tulisan iii. Orang yang dirujuk masih muda dan dimuliakan iv. Orang yang dirujuk sebaya atau lebih tua

9 Jenis-jenis Neka Bahasa
Neka bahasa yang diklasifikasikan mengikut taraf penggunaan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Mengikut Abdullah Hassan (1997: ), neka bahasa dibahagikan kepada: Neka Baku Neka Istana Neka Tempatan Neka Basahan Neka Sopan Neka Mesra Neka Remaja Neka Manja Neka Kasar Neka Pasar

10 Neka Baku Dikenali sebagai bahasa sekolah, bahasa buku atau bahasa standard Digunakan dalam situasi formal (rasmi) Ditandai oleh penggunaan tatabahasa yang betul Sejenis bahasa yang dipelajari melalui proses pendidikan formal kerana neka baku tidak mempunyai penutur jati atau tidak ada penutur yang menuturkan neka baku sebagai bahasa ibunda

11 Neka Istana Sejenis bahasa yang digunakan dalam istana atau oleh kerabat diraja dalam upacara seperti pertabalan. Di luar istana, seseorang sultan akan menggunakan neka istana dalam majlis formal atau rasmi. Kerabat diraja boleh membuat pilihan, sama ada hendak menggunakan neka istana atau tidak apabila berkomunikasi dengan rakyat. Bagaimanapun, rakyat perlu menggunakan neka istana apabila berkomunikasi dengan golongan raja. Neka istana ditandai oleh kata tertentu yang bersifat khusus, contohnya: beta bersiram santap beradu istana titah kurnia murka gering mangkat dirgahayu perkenan

12 Neka Tempatan Bentuk penggunaan bahasa berdasarkan negeri atau daerah, dan digunakan dalam kalangan anggota dialek yang serupa. Anggota dialek yang sama boleh menggunakan neka dialek untuk tujuan rasmi (bukan keadaan rasmi). Neka dialek juga digunakan dalam keadaan tidak rasmi, misalnya di kedai kopi, pasar, rumah atau di padang bola. Apabila dua orang yang menuturkan dialek yang berbeza berkomunikasi, mereka akan menggunakan neka basahan apabila berkomunikasi dalam situasi tidak rasmi. Dalam keadaan rasmi, mereka menggunakan neka baku.

13 Neka Basahan Neka bahasa yang digunakan dalam keadaan tidak rasmi. Dalam keadaan rasmi, neka bahasa tidak boleh digunakan. Neka basahan tidak digunakan dalam bentuk tulisan tetapi hanya dalam wacana lisan. Ciri-ciri neka basahan: Tidak menggunakan peraturan tatabahasa yang lengkap. Imbuhan yang biasa digugurkan dalam neka basahan ialah imbuhan aktif –me. Imbuhan pasif di- dan ter- banyak digunakan dalam neka basahan. Pengguguran imbuhan transitif –i dan per-

14 Perbezaan Neka Baku dengan Neka Basahan
Dari segi kosa kata, terdapat tiga perbezaan antara neka baku dengan neka basahan, iaitu: Perbezaan kata yang berbeza untuk makna yang serupa Neka Baku Neka Basahan beliau dia ibu emak guru cikgu anda awak bagaimana macam mana mengapa kenapa oleh sebab sebab daripada dari minat suka sila jemput sedang tengah

15 Bentuk kependekan perkataan
Neka Baku Neka Basahan hendak nak sudah dah ini ni mahu mau Perubahan bunyi kecil kecik kah ke biji bijik nasi nasik bawa bawak bapa bapak juga jugak pula pulak

16 Neka Sopan Digunakan dalam bentuk tulisan dan lisan. Ciri neka sopan yang paling ketara dapat dilihat dari segi penggunaan kata ganti diri. Digunakan apabila seseorang penutur atau pengguna bahasa bercakap atau menulis kepada orang yang lebih tinggi tarafnya. Dalam masyarakat Melayu, kebiasaan kata ganti nama diri kedua digantikan dengan panggilan khas mengikut kedudukan atau taraf sosial. Kata panggilan yang bersifat kekeluargaan tidak boleh digunakan dalam komunikasi formal yang melibatkan bukan anggota keluarga.

17 Neka Mesra Neka yang digunakan oleh orang yang mempunyai ikatan hubungan persahabatan yang rapat. Kata ganti nama yang digunakan dalam neka mesra ialah seperti aku, engkau, atau dalam bentuk dialek seperti hang, demo, dan lain-lain. Kata ganti nama orang kedua digantikan dengan panggilan khas mengikut usia, seperti kakak, abang, pak cik, along dan sebagainya. Panggilan khas mengikut usia bagi orang yang tidak dikenali tidak boleh digunakan kerana dianggap sebagai biadap. Panggilan khas mengikut usia seperti kakak, pak cik, mak ngah hanya boleh digunakan untuk orang yang ada hubungan rapat dengan penyapa, misalnya orang sekampung atau yang sangat dikenali.

18 Neka Remaja Dikenali juga sebagai neka kutu.
Mengandungi kata dan perkataan yang mempunyai makna tersendiri, contohnya: bergetah mambang awek cun mengancam tangkap cintan cinabeng Perkataan yang digunakan berstatus rendah Kata dan frasa berubah mengikut generasi

19 Neka Manja Digunakan dalam kalangan anggota dalam sesebuah keluarga untuk memperlihatkan kemanjaan. Ciri utama neka manja ialah penggantian kata ganti nama orang pertama dengan nama diri, misalnya Fatimah akan membahasakan dirinya Mah atau Timah. Penggunaan neka ini dalam kalangan penghibur atau artis dalam wawancara atau temu bual di khalayak ramai dianggap perbuatan mengada-ngada kerana mereka bukan bercakap dengan anggota keluarga mereka.

20 Neka Kasar Neka kasar digunakan dalam suasana emosi yang negatif seperti marah, benci atau tersinggung, iaitu apabila hilang rasa hormat kepada orang yang disapa. Dua ciri utama neka kasar ialah: Penggunaan kata ganti diri seperti aku, kamu, awak, dan engkau. Pemilihan atau penggunaan kata yang kasar, misalnya: otak untuk fikiran jantan lelaki betina binatang pelesit nak mampus

21 Neka Pasar Neka pasar atau bahasa pasar digunakan apabila salah seorang penuturnya bukan penutur bahasa Melayu jati. Neka pasar juga digunakan apabila kedua-dua penutur bukan penutur jati bahasa Melayu. Neka pasar digunakan untuk tujuan tidak formal. Neka pasar mempunyai ciri tatabahasa dan kosa kata yang dipengaruhi oleh unsur bahasa asing, seperti bahasa Cina atau bahasa Tamil, contohnya: 1. Lu mana mau pigi? 2. Ibu besar punya rumah, siapa punya?


Download ppt "PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google