Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Sistem& Struktur Pemerintahan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Sistem& Struktur Pemerintahan"— Transcript presentasi:

1 Sistem& Struktur Pemerintahan

2 Soalan 1 Bincangkan fungsi Yang di-Pertuan Agong dalam konteks Raja Berperlembagaan di Malaysia. Adakah peranan Yang di-Pertuan Agong masih releven dalam persekitaran moden hari ini.

3 Soalan 2 Pemerintahan Beraja, Agama Islam, Bahasa Melayu & Kedudukan Istimewa Orang Melayu merupakan 4 unsur tradisi yang penting dalam Perlembagaan Persekutuan di Malaysia. Bincangkan.

4 Soalan 3 Kuasa Perundangan, Kuasa Eksekutif & Kuasa Kewangan adalah 3 perkara utama dalam pelaksanaan pengagihan kuasa di bawah Sistem Persekutuan di Malaysia. Bincangkan.

5 Soalan 4 Huraikan secara ringkas Jentera Pentadbiran di peringkat negeri & bagaimanakah penyelarasan pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan dgn Kerajaan Negeri dilaksanakan.

6 Soalan 5 Huraikan bidang kuasa Raja & Yang Dipertua Negeri & kemukakan hujah samada peranan Raja & Yang Dipertua Negeri masih releven.

7 Sistem Pemerintahan Struktur Pemerintahan Perlembagaan Persekutuan Demokrasi & Pilihanraya

8 Sistem & Struktur Pentadbiran

9 Kerajaan Persekutuan Sistem Persekutuan di Malaysia Sistem & Struktur Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sistem & Struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri Penyelarasan Pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

10 Sistem Pemerintahan Demokrasi & Raja Berperlembagaan merupakan dua konsep penting dlm sistem pemerintahan Malaysia & memainkan peranan utama dlm menentukan corak pemerintahan negara sejak merdeka & dikanunkan dlm Perlembagaan Persekutuan pd tahun 1957.

11 Demokrasi Berparlimen
Ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan Pembentukan kerajaan berasaskan persetujuan ramai Pemerintahan negara dijalankan secara perwakilan Rakyat mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil-wakil yang dipilih dalam pilihan raya. Raja tidak berkuasa secara langsung Kuasa raja diwakilkan kepada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri Raja dikehendaki menerima nasihat anggota kabinet dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu Raja menjalankan tugas-tugas secara simbolik

12 Ciri-ciri Negara Demokrasi Raja Berpelembagaan Bidang kuasa Yang Di-
Pertuan Agong ditetapkan oleh perlembagaan dan undang-undang Pilihan Raya Rakyat diberi peluang untuk melibatkan diri dalam proses pemerintahan melalui wakil-wakil yang dipilih Perlembagaan Menjadi garis panduan cara pemerintahan, sistem politik dan proses pentad- biran Parti-parti Politik Memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara dan memperjuangkan hak ke arah pemerintahan sebuah negara demokrasi yang makmur dan stabil Ciri-ciri Negara Demokrasi Badan Perundangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara berfungsi untuk menggubal undang-undang diperingkat Persekutuan Rajah : Ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen Badan Pelaksana Kabinet berfungsi sebagai badan penggubal dasar negara yang tertinggi dan melaksanakan kuasa eksekutif Badan Kehakiman Berfungsi untuk mentafsir- kan undang-undang dan menjatuhkan hukuman

13 Ciri ciri Demokrasi Berperlimen & Raja Berperlembagaan
Perdana Menteri & kebinet menjalankan kuasa politik & pemerintahan atas nama Yg di-Pertuan Agong & Yg di-Pertuan Agong menjakankan tugas secara simbolik Di peringkat Persekutuan, Yg di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak menurut nasihat Perdana Menteri & anggota kabinet. Di peringkat negeri, raja dikehendaki bertindak atas nasihat Menteri Besar & Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

14 Rakyat memilih ahli badan perundangan (Dewan Rakyat) melalui pilihan raya yg diadakan lima tahun sekali. Kemenangan sesebuah parti politik dlm pilih raya dgn kelebihan majoriti mudah akan menentukan jawatan Perdana Menteri dilantik daripada parti berkenaan

15 Perdana Menteri akan membentuk kerajaan dgn melantik anggota kabinet di kalangan anggota Dewan Rakyat & Dewan Negara.

16 Struktur Pemerintahan
Struktur pemerintahan diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Di bawah baginda terdapat tiga badan utama dlm sistem pemerintahan, iaitu badan perundangan, badan eksekutif & badan kehakiman.

17 YANG DI-PERTUAN AGONG Berperanan sbg Ketua Negara & berada di kemuncak ketiga bidang kuasa badan perundangan, eksekutif & kehakiman Menjalankan kuasa pemerintahan berpandukan perlembagaan & undang-undang, tonggak perpaduan & lambang kedaulatan undang-undang.

18 Jawatan Yg di-Pertuan Agong diwujudkan dlm Perlembagaan Persekutuan 1957, merupakan satu-satunya di dunia dgn seorang raja memegang jawatan secara dipilih, bukan dilantik secara turun-temurun Memegang jawatan selama 5 boleh meletak jawatan sebelum cukup tempoh secara boleh dilucutkan jawatan oleh Majlis Raja-raja dgn 5 menyokong.

19 Tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah kecuali dlm mahkamah khas & jika beliau melakukan kesalahan semasa menjalankan tugas rasmi, pihak yg mendakwa boleh membuat dakwaan dgn menamakan kerajaan Persekutuan sebagai defendan.

20 Kaedah Pemilihan Dipilih oleh Majlis Raja-Raja di kalangan 9 raja-raja melayu mengikut kedudukan yg terkanan berdasarkan baginda menaiki takhta & dibuat melalui undian sulit Raja di sesebuah negeri tidak boleh dipilih dua kali dlm pusingan yg sama bertujuan memberi peluang kepada setiap raja yg layak dipilih kecuali tidak cukup tidak mahu sebab kesihatan

21 Setelah menjadi Yang di-Pertuan Agong, tidak boleh meneruskan tugas sbg raja di negerinya kecuali sbg ketua agama Islam & tugas serta kuasa yg berkaitan dgn pindaan perlembagaan & kuasa untuk melantik Pemangku Raja dan anggota Majlis Pangkuan Raja di negerinya.

22 Bidang Kuasa - Eksekutif
Kuasa eksekutif terletak pada Yg di-Pertuan Agong (perkara 39 – Perlembagaan Persekutuan) namun baginda bertindak atas nasihat nasihat seorang menteri yg bertindak di bawah kuasa am kabinet (biasanya Perdana Menteri) Berhak memperolehi maklumat tentang pemerintahan Persekutuan daripada kabinet. Perdana Menteri akan mengiringi Yang di-Pertuan Agong di mesyuarat Majlis Raja-raja membeincangkan perkara-perkara berkaitan dasar-dasar negara

23 Bidang Kuasa - Perundangan
Meupakan salah satu daripada 3 unsur utama Parlimen. Parlimen terdiri drpd Yang di-Pertuan Agong & 2 majlis Parlimen iaitu Dewan Negara & Dewan Rakyat Berkuasa memanggil Parlimen supaya menangguh & membubarkan Parlimen

24 Rang undang-undang yg diluluskan oleh Parlimen perlu mendapat persetujuan drpd Yang di-Pertuan Agong (kecuali sebagaimana yg diperuntukkan dlm perkara 66 Perlembagaan Persekutuan) sebelum dijadikan undang-undang.

25 Bidang Kuasa - Kehakiman
Melantik Ketua Hakim Negara, Hakim-hakim Besar, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Tinggi atas nasuhat Perdana Menteri selepas berunding dgn Majlis Raja-raja Berkuasa mengampun untuk kesemua kesalahan berikut:

26 Segala kesalahan yang dibicarakan dan dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera
Kesalahan yang dilakukan dlm mana-mana bahagian Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya) Kesalahan yang dilakukan dan hukuman yg dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan)

27 Bidang Kuasa – Budi Bicara
Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dlm 3 perkara berikut: melantik seorang Perdana Menteri tidak mempersetujui permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja bagi membincangkan hal berkaitan kedudukan, keistimewaan, kemuliaan & kebesaran raja-raja.

28 TUGAS-TUGAS LAIN Menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia, ketua agam Islam di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan & negeri baginda sendiri Bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang melayu & bumiputera Sabah & Sarawak, selain menjaga kepentingan kaum-kaum lain

29 Perkara 150 Perlembagaan memperuntukkan bahawa dlm keadan tertentu baginda berkuasa mengiystiharkan darurat, jika ketenteraman awam terancam serta memperkenankan undang-undang darurat dilaksanakan Berkuasa melantik & melucutkan jawatan jemaah menteri & timbalannya (atas nasihat Perdana Menteri)

30 Berkuasa membuat pelantikan bagi jawatan berikut (kecuali pelucutan jawatan yg perlu dilaksanakan melalui prosedur dlm Perlembagaan Persekutuan) – Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam & Suruhanjaya Pilihanraya, Ketua Audit Negara, Ahli Dewan Negara (40 orang), Yang Dipertua Negeri (atas nasihat Perdana Menteri)

31 Melantik duta-duta & pesuruhjaya tinggi Malaysia ke negara-negara luar serta menerima tauliah daripada perwakilan asing.

32 Majlis Raja-Raja Mengandungi raja-raja & Yang Dipertua Negeri & ditubuhkan dgn tujuan menyatupadukan raja-raja supaya Persekutuan menjadi lebih rapat dgn negeri-negeri yg menjadi anggota Persekutuan Diwujudkan sejak 1897 & kekal sehingga hari ini & peruntukkan berkaitan majlis ini terdapat dlm Perlembagaan Union (1946) & Perlembagaan Persekutuan (1948)

33 SETIAUSAHA BIDANG TUGASAN AHLI-AHLI
Kanggotaan dan bidang tugas Majlis Raja-raja SETIAUSAHA Penyimpan Mohor Besar Raja-raja BIDANG TUGASAN Pemilihan dan pemecatan Yang di- Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Memelihara adat dan istiadat orang Melayu dan agama Islam di seluruh Persekutuan Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak Membincangkan dasar-dasar negara Membincangkan perkara-perkara diraja Mempertimbangkan perubahan sempadan negeri Merundingkan perlantikan hakim- hakim, Ketua Audit Negara dan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihanraya AHLI-AHLI Raja-raja Melayu dari kesemua sembilan buah negeri dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak

34 Majlis raja-raja bersidang 4 kali setahun & setiausaha Majlis ini ialah Penyimpan Mohor Raja-Raja & bertugas spt menguruskan urusan pentadbiran majlis, mencatat minit mesyuarat, mengesah dan mengumun keputusan mesyuarat, mengumum tarikh hari raya

35 Sistem Persekutuan Di Malaysia
3 bentuk sistem kerajaan yang diamalkan oleh kebanyakan negara di dunia iaitu kerajaan persekutuan (federalisme), kerajaan kesatuan (unitary) & kerajaan gabungan (confideration)

36 Sistem Kerajaan Kuasa Pemerintahan Contoh Negara
Perbezaan Sistem Kerajaan dan kuasa pemerintahan Sistem Kerajaan Kuasa Pemerintahan Contoh Negara Kerajaan Persekutuan Kerajaan pusat dan kerajaan negeri berkongsi kuasa pemerintahan dan perundangan Amerika Syarikat Australia Brazil India Kanada Kerajaan Kesatuan Kuasa pemerintahan dan perundangan tertumpu kepada kerajaan pusat Great Britain Denmark Indonesia Norway Kerajaan Gabungan perundangan terletak pada kerajaan negeri dan kuasa kerajaan pusat adalah terhad Konfederasi Jerman Utara, Perlembagaan Empayar Jerman 1871- 1918

37 Kerajaan Persekutuan Satu bentuk pembahagian kuasa di antara dua peringkat kerajaan, iaitu kerajaan pusat & kerajaan negeri Kuasa kerajaan pusat meliputi seluruh negara & untuk kepentingan negara Kuasa kerajaan negeri terbatas di peringkat negeri & untuk kepentingan tempatan

38 Pembahagian Kuasa di Bawah Sistem Persekutuan
Kerajaan persekutuan & kerajaan negeri tidak boleh menjalankan tugas tugas pentadbiran secara persendirian kerana kedua-duanya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Oleh itu kedua-dua pihak mesti mengetahui bidang kuasa masing-masing & sentiasa mengadakan rundingan untuk mencapai sesuatu persetujuan.

39 Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan & kerajaan negeri bertujuan melicinkan perjalanan sistem persekutuan serta mengelakkan timbulnya sebarang masalah & pertelingkahan antara kedua peringkat kerajaan

40 Perlembagaan persekutuan memperuntukkan pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Pembahagian kuasa ini diterangkan dlm Senarai Pertama & Senarai Kedua (jadual 9: Perlembagaan Persekutuan)

41 Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama
Hal-Ehwal Luar Negera Keselamatan Dalam Negeri Pertahanan Kewangan Kewarganegaraan Buruh dan Keselamatan Sosial Pelajaran Pengangkutan dan Perkapalan Kerja Raya Persekutuan dan Tenanga Penerbitan dan Penapisan Ukur Undang-undang Jenayah dan Sivil Perdagangan dan Perusahaan Ubat dan Kesihatan Pilihan Raya Persekutuan Hari Kelepasan Persekutuan Panggung Wayang dan Tempat Hiburan Kebajikan Orang Asli Perumahan Persekutuan Syarikat Kerjasama Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Pertanian dan Perhutanan Tamah Kerjaan Tempatan Perkhidmatan Tempatan Kerja Raya Negeri dan Bekalan Air Hari Kelepasan Negeri Jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri Penyisasatan Untuk Maksud-maksud Negeri Penyu dan penangkapan ikan di sungai Biasiswa Kebajikan Masyarakat Kesihatan Awam Perancangan Bandar dan Kampung Perparitan dan Pengairan Pengembaraan Pemulihan Tanah Lombong Kebudayaan dan Sukan Ternakan dan Haiwan Kutu Rayau dan Penjaja Perlindungan Binatang Negeri dan Burung Liar

42 Pembahagian kuasa & tanggungjawab antara kerajaan persekutuan & negeri dibuat berdasarkan beberapa keutamaan tertentu yang telah diputuskan & dapat dilihat dari sudut ‘kuasa perundangan’, ‘kuasa eksekutif’ & ‘kuasa kewangan’.

43 Bil. Bentuk Keahlian Cara Perlantikan Bilangan Ahli
Bentuk Keahlian Dewan Negara Bil. Bentuk Keahlian Cara Perlantikan Bilangan Ahli 1. 2. 3. 4. Dua orang wakil dari 13 buah negeri dalam Persekutuan Wakil dari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) Wakil dari wilayah Persekutuan (Labuan) Orang yang telah memberi sumbangan cemerlang kepada masyarakat, negera atau mewakili golongan tertentu Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong 26 2 1 40 JUMLAH 69

44 Jenis Rang Undang-undang
Empat jenis Rang Undang-undang yang dibentangkan di Parlimen Jenis Rang Undang-undang Pembentangan Rang Undang-undang Awam Rang Undang-undang Persendirian Rang Undang-undang Ahli Persendirian Rang Undang-undang Hibrid Dibentangkan oleh Menteri yang mewakili kerajaan dan melibatkan kepentingan awam Melibatkan pertubuhan, persatuan, perbadanan atau orang tertentu sahaja Dibentangkan oleh ahli-ahli Parlimen daripada parti pembangkang Dibentangkan oleh ahli-ahli Parlimen (mewakili parti pemerintah atau pembangkang) yang difikirkan mempunyai keuntungan tertentu

45 Nama Jawatankuasa Bidang Tugas
Fungsi setiap jawatankuasa Parlimen Nama Jawatankuasa Bidang Tugas Jawatankuasa Pemilih Berfungsi untuk memilih ahli-ahli untuk jawatankuasa Dewan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Bertanggungjawab untuk menimbangkan perkara-perkara diserahkan oleh Dewan Rakyat demi kepentingan ahli-ahli Dewan Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Bertanggungjawab untuk menimbang dan menyerahkan penyata yang diserah oleh Dewan Negara tentang perkara-perkara berkaitan dengan peraturan mesyuarat Majlis Dewan Jawatankuasa Dewan Menasihati Yang Dipertua Dewan dalam menyediakan kemudahan dan keselesaan untuk ahli Majlis Dewan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Memeriksa kira-kira kerajaan dan peruntukan wang oleh Parlimen menepati perbelanjaan negeri Memeriksa kira-kira badan-badan pentadbiran dan pertubuhan yang mengurus wang negeri yang akan dibentang dalam Majlis Dewan Memeriksa Penyata Kira-kira Negara yang dibentang dalam Majlis Mesyuarat Dewan

46 Ringkasan prosedur penggubalan rang undang-undang di Parlimen
Bacaan Pertama Menteri membaca buat kali pertama tajuk rang undang-undang yang akan dibentangkan. Menteri juga akan memberitahu secara lisan bila bacaan kali kedua akan dilakukan. Bacaan Kedua Rang undang-undang akan dibahaskan dengan membincangkan prinsip-prinsip am serta pengaruh dan implikasinya kepada rakyat dan negara Menteri akan menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan dalam sidang Dewan Rang undang-undang itu diundi untuk mendapatkan kelulusan sama ada melalui majoriti mudah atau majoriti dua pertiga Peringkat Jawatankuasa Rang undang-undang itu akan dibentang di peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan dengan lebih teliti dengan melihat semua fasal, jadual dan pendahuluan rang undang-undang serta pindaan yang sesuai dibuat. Bacaan Ketiga Menteri akan mengusulkan kepada Dewan Rakyat supaya rang undang-undang itu diluluskan. Undian akan dibuat untuk kali kedua sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat

47 Raja / Sultan / Yang Dipertuan Besar
Perbezaan antara Raja / Sultan dengan Yang Dipertua Negeri Raja / Sultan / Yang Dipertuan Besar Yang Dipertua Negeri Dilantik berasaskan sistem pewarisan takhta yang diamalkan di negeri masing-masing Menjadi ahli Majlis Raja-raja dan terlibat dalam proses pemilihan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong Layak untuk dipertimbangkan atau dicalonkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Melantik seorang Menteri Besar (yang berketurunan Melayu dan beragama Islam) untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Menjadi ketua agama Islam bagi negeri masing-masing Boleh didakwa hanya atas sifat peribadi di Mahkamah Khas Raja-raja Dilantik berasaskan nama yang dicalonkan oleh Ketua Menteri kepada Perdana Menteri untuk dipersembakan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi dibuat perlantikan. Bukan menjadi ahli Majlis Raja-raja dan tidak terlibat dalam proses pemililhan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong Tidak layak untuk dipertimbangkan atau dicalonkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Melantik seorang Ketua Menteri (tidak semestinya beragama Islam) untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Tidak menjadi ketua agama Islam di negeri itu, dan kuasa ini dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong Boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah awam berkaitan kes-kes sivil dan jenayah Boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat persetujuan tidak kurang dua pertiga undi di kalangan ahli Dewan Undangan Negeri


Download ppt "Sistem& Struktur Pemerintahan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google