Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR"— Transcript presentasi:

1 DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
KULIAH 13 DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR

2 RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA
Perancangan pembangunan Malaysia dibahagikan kepada: Rancangan Malaya 1 (1956 – 1960) Rancangan Malaya 2 (1961 – 1965) Rancangan Malaysia 1 (1966 – 1970) Rancangan Malaysia 2 (1971 – 1975) Rancangan Malaysia 3 (1976 – 1980) Rancangan Malaysia 4 (1981 – 1985) Rancangan Malaysia 5 ( ) Rancangan Malaysia 6 (1991 – 1995) Rancangan Malaysia 7 (1996 – 2000) Rancangan Malaysia 8 (2001 – 2005) Rancangan Malaysia 9 (2006 – 2010) Rancangan Malaysia 10 (2011 – 2015)

3 Dasar Ekonomi Baru - RM1, RM2, RM3 & RM4 (1971-1990)
Rancangan Pembangunan Malaysia – RM5 & RM6 (1991 – 2000) Dasar Wawasan Negara (2001 – 2010) Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (1971 – 1990) Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (1996 – 2000) Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (2001 – 2010)

4 DASAR EKONOMI BARU Disusun melalui strategi serampan dua mata: Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan membanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum Menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

5 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
Strategi asal DEB iaitu membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat adalah dikekalkan dan dimensi-dimensi baru telah diperkenalkan, di antaranya: Penegsan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama, iaitu menghapuskan kemiskinan dan mengurangkan kemiskinan relatif; Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Peridustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat; dan Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

6 MODEL BARU EKONOMI (2010) Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi; Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing; Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing; Memperkukuhkan sektor awam; Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran; Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan; Meningkatkan sumber pertumbuhan; Memastikan pertumbuhan yang mapan.

7 RANCANGAN MALAYSIA 1 RANCANGAN MALAYSIA 2 RANCANGAN MALAYSIA 3
Menekankan rancangan pembangunan luar bandar, infrastruktur dan khidmat sosial Agar pertubuhan ekonomi dapat dinikmati bersama oleh golongan miskin Penubuhan MIDA, MARA, PERNAS dll. RANCANGAN MALAYSIA 2 Membetulkan kegagalan RM 1 iaitu ketidakseimbangan sosial-ekonomi di antara kaum dan kawasan. RANCANGAN MALAYSIA 3 Menekankan aspek-aspek pembangunan wilayah, keselamatan dan alam sekitar.

8 RANCANGAN MALAYSIA 4 RACANGAN MALAYSIA 5 RANCANGAN MALAYSIA 6
Ekonomi dunia mengalami pertubuhan yang lembap (kemelesatan ekonomi) Dasar-dasar telah diperkenalkan untuk menghadapi kemelesatan tersebut Penekanan aspek-aspek seperti pertanian dan perindustrian. RACANGAN MALAYSIA 5 Meningkatkan sektor swasta, pertanian, pembangunan dan perindustrian, bidang penyelidikan dan pembangunan. RANCANGAN MALAYSIA 6 Meningkatkan pengunaan teknologi baru, meningkatkan sumber pembangunan manusia, mempelbagaikan asas industri dan menggurangkan ketidakseimbangan struktur.

9 RANCANGAN MALAYSIA 7 RANCANGAN MALAYSIA 8
Penekanan semula kepada konsep pembangunan seimbang Memperkenalkan strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh produktiviti bagi meningkatkan daya tahan negara. RANCANGAN MALAYSIA 8 Tiga teras utama: Mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi berasaskan input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan bagi meningkatkan potensi pertumbuhan keluaran; Mempercepatkan perubahan struktur sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan; Memperkukuhkan kestabilan sosio-ekonomi menerusi pengagihan pendapatan dan kekayaan negara secara saksama.

10 RANCANGAN MALAYSIA 9 Lima teras utama:
Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’ Menangani masalah ketidaksamaan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup Mengukuhkan keupayaan institusi dan perlaksanaan

11 RANCANGAN MALAYSIA KE 10 TERAS * Mencarta pembangunan ke arah negara berpendapatan tinggi * Sasaran pertumbuhan 6 peratus * Pendapatan perkapita dijangka meningkat kepada RM38,845 (US$12,139) pada * Membentuk ekonomi yang diteraju sektor swasta * Menyokong pertumbuhan yang diteraju oleh inovasi * Pekerjaan sepenuhnya * Penstrukturan subsidi

12 DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
Pelan Induk Perindustrian I Tiga matlamat utama: Menjadikan sektor perkilangan sebagai pertumbuhan perindustrian negara Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan teknologi tempatan Pelan Induk Perindustrian II Menekankan usaha-usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri

13 DASAR PERTANIAN MALAYSIA
Objektif: Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) Meningkatkan sekuriti makanan Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor pertanian Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain Memelihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mapan.

14 DPN3 telah memperkenalkan dua pendekatan strategik yang baharu:
Pendekatan perhutani Memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah Pendekatan berasaskan produk Produk dan pasaran utama dikenal pasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna.

15 DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA
Tujuan: Mewujudkan kerjasama yang erat, bermakna dan berkesan antara sektor awam dan swasta untuk mencapai faedah bersama. Menghapuskan sifat ‘permusuhan’ antara kedua-dua sektor, perkongsian maklumat dan saling faham memahami prosedue dan matlamat kedua belah. Meningkatkan hasil negara.

16 Perlaksanaan: Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh pihak kerajaan dan sektor swasta Semua kakitangan dan swasta merupakan pemilik saham dan pekerja yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan syarikat, iaitu Malaysia Sebuah panel perunding antara pihak kerajaan dengan sektor swasta ditubuhkan untuk membincangkan strategi dan masalah yang timbul.

17 DASAR PENSWASTAAN Objektif: Mengurangkan bebanan kewangan kerajaan
Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan keberkesanan negara Pembahagian sumber dan kecekapan Mempercepat pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru

18 DASAR HALACARA BARU DALAM PEMBANGUNAN
Tujuan – meningkatkan mutu dan daya pengeluaran pertanian, meninggikan pendapatan petani dan pekerja di desa serta memudahkan penyampaian perkhidmatan dan lain-lain pasaran. Melibatkan 3 aspek: Kemajuan pertanian dengan mengadakan cara pengurusan perladangan bagi kebun kecil dan bendang Perwujudan industri kampung dan perusahaan kecil atau lain-lain kegiatan ekonomi bukan pertanian Pengelompokan dan penyusunan semula kampung-kampung secara teratur untuk membibitkan pusat pertumbuhan baharu.

19 Strategi perlaksanaan
Program pertanian berkelompok Pengumpulan kampung berdekatan untuk dijadikan bandar kecil Pemberian latihan kepada pengurus ladang atau estet

20 Wawasan 2020 Matlamatnya ialah pembentukan sebuah negara malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Tumpuan – pembangunan menyuluruh – dari

21 Di kemukakan oleh Dato’ Seri Dr
Di kemukakan oleh Dato’ Seri Dr. Mahatir Mohammad dalam kertas kerja ‘Malaysia melangkah ke hadapan’ di Majlis Pelancaran Penubuhan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Feb Mempunyai 9 cabaran.

22 CABARAN I Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu CABARAN 2 Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri. CABARAN 3 Membangunkan masyarakat demokrasi yang matang CABARAN 4 Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaan.

23 CABARAN 5 Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran CABARAN 6 Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif CABARAN 7 Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang CABARAN 8 Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya CABARAN 9 Mewujudkan masyarakat yang makmur


Download ppt "DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google