Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

HUBUNGAN ETNIK ZZZT1043 TAJUK : PERANAN PENDIDIKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM NAMA KUMPULAN : No Name Pensyarah : Pn.Maznah Binti Hj.Ibrahim Disediakan.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "HUBUNGAN ETNIK ZZZT1043 TAJUK : PERANAN PENDIDIKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM NAMA KUMPULAN : No Name Pensyarah : Pn.Maznah Binti Hj.Ibrahim Disediakan."— Transcript presentasi:

1 HUBUNGAN ETNIK ZZZT1043 TAJUK : PERANAN PENDIDIKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM NAMA KUMPULAN : No Name Pensyarah : Pn.Maznah Binti Hj.Ibrahim Disediakan Oleh : Ketua: Fathin Amirah Binti Lotfi’ Amer (A132690) Nur Azwani Binti Zamri (A131388) Nurul Akmar Binti Abdul Rahman (A132125) Hasmah Binti Che Ngah (A133182) Ting See lin (A132580) Noor Farhana Binti Fadli (A133271) Nuraini bt Kamarudin(A133396)

2 PENGENALAN Definisi Perpaduan
Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana kepelbagaiannya yang bukan sahaja berbeza dari segi etnik malahan aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Ianya adalah mustahil untuk sesebuah etnik menjadi etnik yang lain, maka struktur ekonomi budaya dan pemangkin perlu dijadikan pemangkin dalam usaha mencapai perpaduan.

3 Objektif kajian MENGKAJI FAKTOR-FAKTOR PERPADUAN YANG SEMAKIN PUDAR DI KALANGAN PELAJAR MENGKAJI LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASI MASALAH PERPADUAN (PELAJAR) MENGKAJI AKIBAT-AKIBAT SEKIRANYA MASALAH PERPADUAN TIDAK DI ATASI(PELAJAR)

4 4) SISTEM PENDIDIKAN YANG BERBEZA
OBJ 1: MENGKAJI FAKTOR-FAKTOR PERPADUAN YANG SEMAKIN PUDAR DI KALANGAN PELAJAR 1) MASYARAKAT 2) JURANG EKONOMI FAKTOR-FAKTOR 3) MEDIA MASSA 4) SISTEM PENDIDIKAN YANG BERBEZA

5 1) MASYARAKAT Peranan ibu bapa dalam memilih sekolah yang sesuai untuk anak-anak mereka. - Pengasingan pendidikan mengikut kaum akan menghasilkan perpecahan yang berbahaya di masa akan datang.

6 2) JURANG EKONOMI Jurang ekonomi yang menempatkan sekolah setiap kaum di tempat pencarian rezeki masing-masing. - Berlaku pada zaman sebelum dan awal selepas kemerdekaan.

7 3) MEDIA MASSA -Elemen ini memainkan peranan besar dalam menyatupadukan rakyat. -Namun jika elemen ini disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu akan memberikan impak yang besar kepada perpaduan kaum.

8 4) SISTEM PENDIDIKAN YANG BERBEZA
Setiap kaum mempunyai sistem persekolahan masing-masing. - Tiada perasaan cinta kepada negara tetapi lebih kepada kepercayaan dan desakan ideologi mengikut kaum. kembali

9 OBJ 2: MENGKAJI LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASI MASALAH PERPADUAN (PELAJAR)
1) SISTEM PERSEKOLAHAN YANG SAMA 2) BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI BAHASA UTAMA LANGKAH-LANGKAH 3) KURIKULUM YANG SAMA 4) SUKATAN PELAJARAN YANG SERAGAM 5) PEPERIKSAAN YANG SERAGAM

10 1) SISTEM PERSEKOLAHAN YANG SAMA BAGI SEMUA
Laporan Razak - penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar ibunda masing-masing. Sekolah rendah – sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan pelajaran dan sistem persekolah disamakan. Sekolah menengah – Ditubuhkan sekolah menengah kebangsaan dengan pengantar Bahasa Melayu dan semua kanak-kanak akan memasuki sama ada Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa pengantar yang dilaluinya di peringkat sekolah rendah.

11 2) BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI BAHASA PENGANTAR UTAMA
-Penggunaan satu bahasa bagi semua kaum merupakan cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum. - Dengan cara ini, perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.

12 3) KURIKULUM YANG SAMA -Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai moral dan unsur-unsur kebudayaan serta kepercayaan. - Kurikulum berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga kerja yang terlatih untuk keperluan negara.

13 4) SUKATAN PELAJARAN YANG SERAGAM
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya seperti yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. - Matapelajaran sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan dan perpaduan.

14 5) PEPERIKSAAN YANG SERAGAM
Dengan sistem pendidikan yang seragan boleh mewujudkan peperiksaan yang seragam. -Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran pelajar tidak akan terganggu apabila terpaksa berpindah ke sekolah lain. -Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping keperibadian yang sama. Objektif kajian

15 OBJ 3: MENGKAJI KESAN-KESAN SEKIRANYA MASALAH PERPADUAN TIDAK DI ATASI
1)KELEMBAPAN EKONOMI AKAN BERLAKU 2) PENDIDIKAN SUKAR DISERAGAMKAN KESAN 3) KEAMANAN MALAYSIA TIDAK DAPAT DIKEKALKAN 4) VISI NEGARA TIDAK AKAN DAPAT DICAPAI 5) SUKAN MALAYSIA TIDAK AKAN MAJU

16 DATA DAN ANALISIS Kami membuat beberapa kaedah kajian untuk mengkaji masalah perpaduan yang melibatkan pelajar. 1) Temubual - Universiti – Dr. Mohd Isa Mohd Hamzah Penyelaras Program Sarjana Muda Pendidikan Islam & Al Quran. - Menengah – Pn. Noraizah Binti Mustafa Guru Sek. Men. Keb. Jalan 3 - Rendah En Jamal Guru Sek. Ren. Keb. Rompin 2) Soal selidik - 10 orang murid sekolah rendah - 10 orang murid sekolah menengah - 10 orang mahasiswa universiti 3) Pencarian Internet

17 HASIL SOAL SELIDIK Berikut merupakan keputusan daripada hasil soal selidik kami : 20% 80%

18 20% - memilih untuk tidak memikirkan cara-cara mengatasi masalah perpaduan kerana masih terlalu awal untuk mengambil berat mengenai masalah perpaduan 80% - mengatakan mereka faham maksud perpaduan tetapi tidak mempraktikkan dalam diri.

19 Berdasarkan soal selidik, responden merasakan masalah perpaduan di sekolah semakin serius.
>>>boleh menyebabkan permusuhan antara kaum >>>masalah berkomunikasi antara kaum >>>pemikiran pelajar semakin cetek Kebanyakan responden menyatakan guru bertanggungjawab mendidik pelajar bagi mengatasi masalah perpaduan >>mereka tidak mempraktikkan semangat perpaduan kerana mereka merasakan Malaysia sudah stabil dari segi keharmonian.

20 KESIMPULAN Perpaduan merupakan asas bagi kecemerlangan pendidikan, keseimbangan ekonomi dan kemajuan negara. Pendidikan merupakan salah satu medium bagi memupuk dan mengekalkan perpaduan di antara kaum. Negara akan kacau bilau sekiranya perpaduan tidak dipupuk sejak zaman sekolah lagi kerana pelajar atau remaja merupakan pemangkin generasi akan datang.


Download ppt "HUBUNGAN ETNIK ZZZT1043 TAJUK : PERANAN PENDIDIKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM NAMA KUMPULAN : No Name Pensyarah : Pn.Maznah Binti Hj.Ibrahim Disediakan."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google