Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU PENGAJIAN AM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU PENGAJIAN AM"— Transcript presentasi:

1 SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU PENGAJIAN AM
TAJUK: SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU PENGAJIAN AM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

2 PENGENALAN

3 PBS Salah satu bentuk pentaksiran dalam sistem pentaksiran baharu STPM
2. Dikendalikan oleh guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses P & P tingkatan enam di sekolah PBS 3. Dirancang, ditadbir, dihasil, ditaksir, diskor, dan dilaporkan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia 4. Pemantauan dan penyelarasan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pemeriksaan yang dilaksanakan di sekolah Kerja kursus pengajian am ialah penghasilan kerja projek

4 6. Kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am merupakan satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal 2 PBS Kerja kursus (kerja projek) calon akan ditaksir dari aspek penulisan dan pembentangan. Penyediaan kerja kursus (kerja projek) ini mestilah dijalankan pada penggal kedua mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

5 9. Kerja kursus mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran & pembelajaran bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan. Keputusan bagi mata pelajaran tersebut akan dicatatkan sebagai ”x” (tidak menduduki /tidak hadir) sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah kerja kursus. PBS 11. Setiap calon mestilah mempunyai markah kerja kursus setelah tamat tempoh pelaksanaannya. 12. Pelajar yang gagal menghantar kerja kursus pengajian am pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan keputusan bagi mata pelajaran tersebut mendapat gred gagal.

6 OBJEKTIF PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
(KERJA PROJEK)

7 Objektif Pentaksiran Kerja Kursus (Kerja Projek) 1. Kemahiran kognitif
2. Kemahiran Manipulatif 3. Kemahiran Insaniah (Soft Skills)

8 Mengenal pasti & menghuraikan masalah & isu berkaitan pembangunan negara serta mencadangkan langkah mengatasi KEM KOGN I T F 2. Mengaplikasikan teori & kaedah yang diajar dalam bilik darjah dengan tugas yang diberikan 3. Mentafsir, mensintesiskan & merumus data dan maklumat berkaitan dengan isu yang ditulis & dibentangkan

9 Mencari dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada pelbagai sumber
KEM MAN I PU L A T F 2. Memperoleh sumber melalui aktiviti memerhati, merekodkan, menemu bual & mengkaji selidik 3. Memperoleh sumber melalui kajian perpustakaan, penulisan agensi kerajaan dan swasta serta daripada sumber Internet 4. Mempersembahkan data serta maklumat yang diperoleh dalam bentuk grafik jadual, rajah, carta, dan tulisan

10 1. Berkebolehan untuk berkomunikasi secara lisan dan tulisan
2. Berkebolehan untuk bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasikan tugas, dan bekerja sebagai satu pasukan KEM I NSAN AH 3. Berupaya mengawal aktiviti kertas kerja projek yang disediakan secara berkesan Berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan 5. Berupaya menyelesaikan masalah 6. Berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif 7. Berkemampuan menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif 8. Berkebolehan menjalankan kajian secara jujur, amanah dan beretika 9. Berupaya tingkatkan keyakinan diri & motivasi SOFT SKILLS

11 (KERJA PROJEK) PENGAJIAN AM
CALON KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGAJIAN AM

12 Calon Calon Sekolah Kerajaan Calon Calon Persendirian Sekolah Bantuan
Individu Calon Sekolah Bantuan Kerajaan Calon Calon Sekolah Swasta

13 Calon sekolah kerajaan & sekolah bantuan kerajaan
Wajib melaksanakan kerja kursus dengan dibimbing dan ditaksir oleh guru sekolah masing-masing. Calon sekolah swasta Wajib melaksanakan kerja kursus dengan bimbingan guru masing-masing tetapi pemeriksaan kerja kursus dilakukan oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Calon persendirian individu Wajib melaksanakan kerja kursus secara individu dan pemeriksaan kerja kursus dilakukan oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM.

14 Bagi calon kes istimewa yang memerlukan bantuan khas,
calon dikehendaki membuat permohonan kepada MPM melalui Pengarah JPN untuk pertimbangan dan kelulusan.

15 Kos Pengendalian Kos dan pelaksanaan PBS adalah di bawah tanggungan serta tanggungjawab pihak sekolah dan calon. Kos dan pelaksanaan PBS menjadi tanggungan serta tanggungjawab calon tersebut. Calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, dan calon sekolah swasta Calon persendirian individu

16 (KERJA PROJEK) PENGAJIAN AM
PELAKSANAAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGAJIAN AM

17 TANGGUNGJAWAB GURU

18 TANGGUNGJAWAB GURU Memastikan semua calon memahami kehendak sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kajian kerja kursus Memuat turun Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus Pengajian Am (Manual PBS) dari portal MPM dan memperbanyakkan salinan panduan pelaksanaan dan penilaian kerja kursus tersebut untuk diedarkan kepada calon Memastikan setiap calon menghasilkan penulisan kerja projek secara individu Memastikan setiap calon melaksanakan kertas kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan seperti yang terdapat dalam Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Memastikan setiap calon menunjukkan kemajuan kerja penulisan kertas kerja kursus mereka mengikut masa yang ditetapkan oleh guru

19 TANGGUNGJAWAB GURU Membimbing calon dalam aspek berikut: (a) memilih tema, (b) mengenal pasti isu, (c) menetapkan tajuk, dan skop kerja kursus, (d) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan (e) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan Memantau dan membimbing aktiviti kerja kursus calon semasa mencari maklumat, memproses data/ maklumat, dan menghasilkan penulisan kertas kerja kursus Membimbing calon dari aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kertas kerja kursus Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan kertas kerja kursus

20 TANGGUNGJAWAB GURU Memastikan calon menghantar kertas kerja kursus pada tarikh yang ditetapkan Menyelia dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) Menilai penulisan akhir kertas kerja kursus setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) Mematuhi skema pemarkahan yang telah disediakan oleh MPM Menghantar markah kerja kursus calon kepada Majlis Peperiksaan Malaysia pada tarikh yang ditetapkan. Kegagalan menghantar maklumat tersebut akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus dan tidak mengambil kertas 900/4 Menghantar surat iringan, BMKKC, dan BRKKC calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu

21 TANGGUNGJAWAB CALON

22 TANGGUNGJAWAB CALON Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan kerja kursus Melaksanakan kertas kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Menghasilkan penulisan kertas kerja kursus secara individu Melaksanakan tugas (a) memilih tema, (b) mengenal pasti isu, (c) menetapkan tajuk, dan skop kerja kursus, (d) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, (e) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kertas kerja kursus Mengaplikasi kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/ pengumpulan maklumat dan pembentangan

23 TANGGUNGJAWAB CALON Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Pengajian Am pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah (pertemuan untuk membincangkan proses penghasilan kerja kursus) Mengakui kerja kursus yang dihasilkan adalah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) Menghantar hasil kerja kursus yang telah siap kepada guru Pengajian Am pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah Membentangkan hasil kerja kursus pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh pihak sekolah

24 TANGGUNGJAWAB PENGETUA/GURU PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM

25 TANGGUNGJAWAB PENGETUA/
GURU PENOLONG KANAN T.6 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas kerja kursus telah dibimbing dan diselia oleh guru Pengajian Am Mengesahkan bahawa penulisan kertas kerja kursus calon telah dijalankan serta telah dinilai dan diberi markah oleh guru mengikut peraturan yang ditetapkan dengan menandatangani Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)

26 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

27 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti
JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS Tarikh (Bulan) Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Guru Tindakan Calon Disember Tema kertas kerja kursus (kerja projek) dikirimkan oleh MPM & diterima oleh pihak sekolah dan calon persendirian individu  Melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia Melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (calon persendirian individu)

28 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti
Tarikh (Bulan) Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Guru Tindakan Calon Januari Pelaksanaan kertas kerja kursus Menyampaikan taklimat tugasan kepada calon Memaklumkan tarikh akhir penyerahan kertas kerja kursus (kerja projek) mengikut arahan Majlis Peperiksaan Malaysia Membimbing calon mengenal pasti tema serta memilih isu, tajuk, dan skop kertas kerja kursus (kerja projek) Menerima soalan tugasan dan pemakluman tarikh akhir penyerahan tugasan Memahami skop tugasan Membincangkan tema, isu, tajuk dan skop kerja kursus yang telah dipilih, dikenal pasti, dan ditetapkan bersama guru Merancang jadual kerja

29 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti
Tarikh (Bulan) Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Guru Tindakan Calon Menjelaskan elemen kemahiran insaniah (soft skill) yang akan dinilai kepada calon Membimbing calon melaksanakan tugasan Menilai elemen kemahiran insaniah (soft skills) Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik Maklumat diperolehi daripada pelbagai sumber

30 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti
Tarikh (Bulan) Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Guru Tindakan Calon Febuari- Mac Penulisan kertas kerja kursus (kerja projek) Menjelaskan item- item yang dinilai dalam penulisan kertas kerja kursus Membimbing calon memproses dan menganalisis data Membimbing calon menulis mengikut format yang ditetapkan Memantau kemajuan hasil penulisan calon Menyusun dapatan (data dan maklumat) Memproses data dan maklumat – mentafsir, menganalisis dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lain- lain yang difikirkan bersesuaian

31 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti
Tarikh (Bulan) Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Guru Tindakan Calon Membimbing calon membuat penambahbaikan Membincangkan dapatan kajian Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan kertas kerja kursus

32 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti
Tarikh (Bulan) Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Guru Tindakan Calon April 2013 Pentaksiran dan penyelarasan markah kertas Kerja Kursus (Kerja Projek) Menerima kertas Kerja Kursus (Kerja Projek) daripada setiap calon Menilai pembentangan kertas Kerja Kursus (Kerja Projek) mengikut skema jawapan yang disediakan oleh guru dan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM Menyerahkan kertas Kerja Kursus (Kerja Projek) mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru atau pemeriksa Membentang kertas Kerja Kursus (Kerja Projek) dalam masa 10 hingga 15 minit pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh guru atau pemeriksa

33 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti
Tarikh (Bulan) Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Guru Tindakan Calon Menghantar markah kepada MPM mengikut tarikh yang telah ditetapkan Menjawab secara lisan beberapa soalan yang dikemukakan oleh guru atau pemeriksa dalam masa 15 minit maksimum Mei 2013 Penyelarasan markah kertas Kerja Kursus (Kerja Projek) Memberikan sampel kertas Kerja Kursus (Kerja Projek) calon kepada Penyelaras Negeri/Daerah untuk tujuan penyelarasan markah Kerja Kursus (Kerja Projek) calon Menjawab secara lisan beberapa soalan yang dikemukakan oleh guru atau pemeriksa dalam masa 15 minit maksimum (sampel calon)

34 Pelaksanaan kerja kursus Pengajian Am adalah mengikut jadual perancangan dalam manual PBS mata pelajaran Pengajian Am. Manual bagi guru dan pelajar, dan tugasan PBS bagi mata pelajaran Pengajian Am akan dimuat naik dalam portal MPM dua minggu sebelum persekolahan penggal kedua bermula.

35 KAEDAH MUAT TURUN PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PBS PENGAJIAN AM BERSAMA TEMA PBS

36 Pemberian kata laluan (password) kepada guru sekolah kerajaan/ bantuan kerajaan/sekolah swasta dan calon persendirian individu

37 (KERJA PROJEK) PENGAJIAN AM
PENGGAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGAJIAN AM

38 Kerja Kursus (Kerja Projek)
Penggal 2

39 GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA KURSUS
(KERJA PROJEK)

40 Calon mengenal pasti isu dan menetapkan tajuk dan skop tugasan
MPM: Kemukakan 2 tema CONTOH Tema 1: Pencemaran Budaya Tema 2: Kebebasan Media Calon mengenal pasti isu dan menetapkan tajuk dan skop tugasan Calon pilih Tema 1: Pencemaran Budaya Calon mengenal pasti isu. Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/bandar/daerah/negeri/sekolah calon Contoh: Pengaruh budaya negatif dalam kalangan remaja Budaya lepak dalam kalangan komuniti Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan pencemaran bahasa Kelunturan nilai murni dalam komuniti Pengaruh golongan pendatang terhadap komuniti PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

41 KAJIAN

42 Satu pendekatan saintifik yang diguna untuk mencari jawapan/ penyelesaian kepada sesuatu masalah yang telah terlebih dahulu dikenal pasti Dikendalikan mengikut langkah-langkah yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik Berbentuk kuantitatif dan kualitatif

43 Jenis Kajian survei kajian kes kajian etnografi kajian sejarah
kajian reka bentuk eksperimen kajian reka bentuk quasi-experiment kajian ex-pos facto kajian tindakan

44 Kaedah Kajian Menerangkan cara sesuatu masalah disiasat Kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data/ maklumat supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan/ kesimpulan Jenis survei temu bual mendalam pemerhatian ikut serta pemerhatian tidak ikut serta eksperimen

45 FORMAT PENULISAN KERJA KURSUS
(KERJA PROJEK)

46 Kerja Kursus 4. Langkau (Spacing) 1.5 3. Bentuk Tulisan 1. Saiz Kertas
A4 (Warna Putih) 2. Garisan Tepi (Margin) Atas & Bawah - 1 Inci Kiri & Kanan – 1 Inci 3. Bentuk Tulisan Times New Roman (12 Font)

47 Kerja Kursus Panjang Sinopsis
No. Kad Pengenalan Ditaip pada bahagian atas sebelah kanan setiap halaman Panjang Penulisan Tidak lebih 5000 p.p. (tidak termasuk jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, lampiran, sinopsis, kandungan & penghargaan Panjang Sinopsis Antara 100 – 150 p.p. (meliputi permasalahan kajian, kaedah kajian, penemuan utama, dan kesimpulan – semua ditulis dalam satu perenggan) Susunan Skrip 1. Borang markah kerja kursus calon (bmkkc) 2. Kulit hadapan kerja kursus (seperti format) 3. Kerja kursus Peng. Am Penghasilan (produk akhir) bercetak dan berjilid PANJANG TAJUK – TAK LEBIH 15 PATAH PERKATAAN – GUNA ISTILAH YG TEPAT & PADAT – TAJUK MENGGAMBARKAN KANDUNGAN KESULURUHAN TOPIK PERBINCANGAN

48 (Calon Digalakkan Menggunakan) Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK)
Kerja Kursus (Calon Digalakkan Menggunakan) Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) Komputer Dalam Penyediaan Laporan Gambar Rajah Dalam Laporan

49 STRUKTUR PENULISAN KERJA KURSUS
(KERJA PROJEK)

50 8. Dapatan Kajian & Perbincangan
Struktur Penulisan 1. Sinopsis 2. Kandungan 3. Penghargaan 4. Pengenalan 5. Objektif Kajian 6. Lokasi Kajian 7. Kaedah Kajian 8. Dapatan Kajian & Perbincangan 9. Rumusan & Kesimpulan 10.. Rujukan 11. Lampiran (Jika Ada)

51 JAMINAN KUALITI KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

52 1. Pemeriksaan 3. Pemantauan 2. Penyelarasan

53 PEMERIKSAAN KERJA KURSUS
(KERJA PROJEK)

54 Pemeriksaan Guru mata pelajaran Pengajian Am di sekolah (bagi calon
sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan) Pemeriksa (guru sekolah kerajaan/bantuan kerajaan) yang dilantik oleh MPM (bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)

55 PENYELARASAN KERJA KURSUS
(KERJA PROJEK)

56 Penyelarasan markah calon oleh penyelaras negeri/daerah

57 PEMANTAUAN KERJA KURSUS
(KERJA PROJEK)

58 Pemantauan Pemantauan oleh pegawai dari Majlis Peperiksaan Malaysia
Pemantauan oleh Ketua Pemeriksa (KP) PBS 900/4

59 TAKRIFAN 1. PEMERIKSAAN Satu proses penilaian mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi setiap mata pelajaran STPM 3. PEMANTAUAN Satu proses mendapatkan maklum balas dan memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan 2. PENYELARASAN Satu proses untuk memastikan pemeriksaan PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman tentang peraturan, penggunaan, dan pemberian skor

60 PENSKORAN KERJA KURSUS
(KERJA PROJEK)

61 Pembentangan dan Soal Jawab Penskoran Kerja Kursus (Kerja Projek)
Penulisan Pembentangan dan Soal Jawab Penskoran Kerja Kursus (Kerja Projek) 900/4

62 Bil Aspek Pemarkahan Markah Markah Penuh Penulisan 33 (60%) 1. Sinopsis 2 2. Kandungan (butiran dan muka surat) 1 3. Penghargaan 4. Pengenalan 5. Objektif Kajian 6. Lokasi Kajian 7. Kaedah Kajian 4 8. Dapatan Kajian dan Perbincangan 15 9. Rumusan dan Kesimpulan 10. Rujukan 11. Lampiran (jika perlu) -

63 Bil Aspek Pemarkahan Markah Markah Penuh Pembentangan dan soal jawab 22 (40%) 1. Pembentangan Hasil Kajian Pembentangan Kreativiti Persembahan Keterampilan 6 4 2 2. Sesi soal jawab 10 JUMLAH MARKAH 55 (100%)

64 PENGURUSAN SKOR DAN EVIDENS (KERJA PROJEK) PENGAJIAN AM
KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGAJIAN AM

65 1. Pengurusan skor dan evidens adalah tanggungjawab sekolah.
2. Semua evidens hendaklah disimpan di tempat yang selamat dalam tempoh enam (6) bulan selepas keputusan peperiksaan STPM dikeluarkan. 3. Kerja kursus pengajian am mengandungi wajaran 20% (butiran lanjut tentang wajaran ini terdapat dalam manual PBS Pengajian Am). 4. Markah kerja kursus Pengajian Am hendaklah dihantar ke MPM untuk diambil kira bersama dengan markah peperiksaan bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan.

66 SEKIAN, TERIMA KASIH


Download ppt "SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU PENGAJIAN AM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google