Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN"— Transcript presentasi:

1 BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

2 Pengertian Tamadun Kata tamadun berasal daripada kata Arab ‘madana’ – perbuatan membuka bandar / kota, perbuatan memperhalus budi pekerti Dari perkataan maddana terbit madani – cara hidup yang menzahirkan budi pekerti terpuji. Kedua2 perkataan ini berasal dari kata ad-din – agama Kesimpulan : tamadun = pembangunan bandar & kehalusan budi pekerti Dalam bahasa Melayu: Tamadun – kebudayaan, kemajuan dan peradaban Peradaban – maju tingkat kehidupan (jasmani & rohani)

3 Terdapat perkataan lain yang wujud sebelum penggunaan istilah tamadun:
Umran – sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai bekalan ekonomi yang cukup, keselamatan nyawa dan harta Hadharah – sekumpulan manusia yang tinggal kekal di suatu tempat Istilah ini digunakan oleh Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muaqaddimah pd abad 14M Digunakan oleh: Abu Nasir al-Farabi – Al-Siasah al-Madaniah Muhammad Farid Wajdi – al-Madniah wa al-Islam Syeikh Muhammad Abduh – al-Islam wa al-Ilm wa al-Madaniah Al-Madaniah – berasal dari kata Madinah bermaksud bandar / kota Istilah tamadun banyak digunakan oleh Jurji Zaidan dalam kitabnya Tarikh al Tamaddun al-Islami

4 Dalam bahasa Inggeris – civilization (berasal dari kata civitas / civic) bermaksud kehidupan kota
Istilah lain – renaissance & culture. Istilah civilization lebih tepat Kesimpulan: Tamadun ialah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan seperti sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain yang tinggi, luhur, baik, halus dan sopan

5 Pengajian Ketamadunan dan Sejarah Tamadun

6 Pengajian tamadun Iaitu membicarakan teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoritikal dan abstrak Tidak terikat kepada batasan masa Perbincangannya meliputi masa lampau, masa kini dan masa depan Sejarah Tamadun Iaitu pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, kemajuan dan kemundurannya. Dibatasi faktor masa Perbincangannya terhad pada masa lampau Kedua2nya saling berkait kerana tanpa sejarah, kajian ketamadunan akan menjadi subjek yang hambar. Melalui sejarahlah ilmu dan teori ketamadunan dibentuk, dibina dan dibangunkan serta dikembangkan. Selain sejarah, disiplin-disiplin pengetahuan yang lain juga menjadi kompenan dlm pengajian ketamadunan spt agama, falsafah, kajian bandar, sosiologi, antropologi, kebudayaan, sains dan teknologi dsb.

7 CIRI-CIRI TAMADUN

8 Ciri Tamadun Wujud sistem kepercayaan dan agama
Wujud penempatan kekal di beberapa kawasan yang membentuk bandar seperti Lembah Nil, Lembah Indus Peningkatan kualiti hidup yang lebih baik Wujud sistem institusi sosial spt politik, pendidikan yg teratur Muncul penggunaan bahasa yang serumpun dan sistem tulisan tersendiri sebagai perantaraan komunikasi Wujud sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai Lahir daya reka cipta dlm teknologi dan pembinaan bg keselesaan hidup Lahir dan berkembang daya kreativiti dlm menghayati falsafah, kesenian, sastera dan nilai estetika.

9 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN AGAMA, BUDAYA DAN BANGSA

10 Hubungan Tamadun dengan Kepercayaan / Agama
Agama berperanan penting dalam kehidupan manusia dan mempunyai pertalian. Agama Islam menjadi sumber inspirasi dan kekuatan umat utk bentuk tamadun yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah Tamadun barat bersumberkan fahaman materialism bukan agama. Pekerti mulia dan bermoral terhasil drpd kepercayaan beragama dan ianya penting dalam kehidupan bertamadun. Peninggalan tamadun-tamadun silam menggambarkan penghayatan yg tinggi terhadap kehidupan berasaskan kepercayaan dan beragama. Dalam konteks hubungan, agama pentingkan hubungan sesama manusia dan dengan Tuhan. Tetapi yang menolak agama hanya pentingkan hubungan sesama manusia dan kebendaan sahaja. Tamadun Barat kontemporari memperlihatkan memisahkan nilai keagamaan dlm kehidupan.

11 Hubungan Tamadun Dengan Budaya
Budaya ialah tatacara bertindak ke atas persekitarannya dlm mengurus kehidupan bermasyarakat. Tamadun dan budaya berkait rapat kerana budaya yang terpuji menandakan kehidupan bertamadun. Masyarakat berbudaya terpuji bermakna mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral Tamadun mempunyai jangka hayat yang panjang berbanding budaya kerana budaya sering berubah

12 Hubungan Tamadun dan Bangsa
Suatu bangsa lazimnya ada pertalian dgn sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Ada tamadun yang dikaitkan dengan sebuah bangsa spt. Tamadun Cina Sifat tamadun merentasi geografi dan melampui batasan kebangsaan Terdapat tamadun yang berkembang dan dimiliki oleh lebih daripada satu bangsa seperti tamadun Eropah & tamadun Islam Imej tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa peneraju. Cth: tamadun Islam yg berkembang di Alam Melayu – memperlihatkan imej kemelayuan dan pd masa yg sama Islam sebagai asas nilai.

13 Kemunculan dan Kemerosotan Tamadun

14 Faktor Kemunculan Kedudukan geografi dan lokasi yang strategik
Rangsangan agama Bebas dari kesengsaraan hidup Penguasaan ilmu dan penghayatan nilai Toleransi terhadap tamadun lain

15 Kemerosotan Tamadun Sejarah merakamkan, setiap tamadun mengalami zaman kemerosotan / kejatuhan Menurut Ibn Khaldun, kebangkitan dan kejatuhan sesebuah tamadun adalah mengikut hukum kitaran sejarah. Pada peringkat permulaan berjaya kerana mempunyai nilai2 baik, namun akhirnya jatuh akibat kemewahan, penyelewengan dsb akibat nilai2 buruk.

16 Faktor Kemerosotan Wujud jurang sosial yang melebar
Berleluasa kezaliman Keruntuhan moral Wujud sikap jumud Berlaku bencana alam

17 INTERAKSI ANTARA TAMADUN

18 Interaksi Antara Tamadun
Interaksi = hubungan yang saling bertindak balas / saling mempengaruhi antara satu sama lain Agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial mempengaruhi interaksi Berlakunya interaksi disebabkan semangat toleransi dan saling menghormati

19 Jenis Interaksi Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama
Antara budaya dan tamadun yang berbeza Antara tamadun yang kuat dengan yang lemah

20 Mendapat perlindungan, keamanan, kestabilan.
Penyebaran agama Pengembangan dan pertukaran ilmu dan kemahiran Pengembangan ekonomi Kemajuan teknologi dan kebendaan Pengaruh budaya Kesan Positif Peperangan dan pembunuhan atas faktor agama dan kuasa serta ekonomi Kesan Negatif

21 PEMIKIRAN IBNU KHALDUN

22 Latarbelakang Abdul Rahman b. Muhammad b. Abi Bakr Muhammad b. Ibn al Hassan b. Khaldun Lahir 1332 M di Tunisia dan meninggal 1406M di Kaherah Mempelajari banyak ilmu spt ilmu bahasa, hadis, falsafah, geografi, matematik, astronomi dsb. Seorang yang pakar dalam sejarah dan sains sosial serta falsafah Pernah menjawat jawatan penting semasa di Tunisia dan Morocco Pernah menjadi hakim di Mesir semasa pemerintahan sultan Abul Abbas Pernah menjadi pensyarah di universiti al-Azhar dan universiti2 lain Karya agungnya – kitab al-Muqaddimah

23 Ibn Khaldun seorang ilmuan yang berkebolehan dan memahami realiti masyarakat Islam di Afrika Utara, Sepanyol dan Timur Tengah Pemikiran Ibn Khaldun Umran lebih besar dan baik akan terhasil apabila sebuah organisasi sosial dibentuk dan keanggotaan bertambah Ilmu dan pembelajaran mampu meningkatkan pemikiran dan beri kesan kepada pembentukan jiwa Pegawai-pegawai negara Islam perlu diberi kedudukan tinggi Penyalahgunaan paksa ke atas rakyat dan harta peribadi punca kejatuhan negara Penubuhan bandar perlu dirancang bagi memperbaiki kehidupan penghuninya dan ketahanan bandar Sektor pertanian, kesenian dan perdagangan sektor penting tingkatkan ekonomi Kekayaan suatu bangsa terletak pada kegiatan ekonomi bukan pada jumlah emas / perak yang dimiliki


Download ppt "BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google