Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Ayat Susunan Biasa dan Ayat Songsang

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Ayat Susunan Biasa dan Ayat Songsang"— Transcript presentasi:

1 Ayat Susunan Biasa dan Ayat Songsang
Bahasa Melayu TAABAHASA Ayat Susunan Biasa dan Ayat Songsang 11/9/2018 RPS

2 Pecahan Tajuk Ayat susunan biasa Ayat susunan songsang
Jenis-jenis ayat susunan songsang Latihan pengukuhan 11/9/2018 RPS

3 Susunan Ayat Ayat tunggal dibina oleh dua konstituen: Subjek Predikat
Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan: i) susunan biasa ii) sussunan songsang 11/9/2018 RPS

4 Ayat Susunan Biasa Subjek Predikat
Ayat susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan subjek adalah di hadapan predikat. Subjek Predikat 11/9/2018 RPS

5 Contoh Ayat Susunan Biasa
Subjek Predikat Seorang pelukis telah memenangi hadiah itu. Kebanyakan calon tidak memahami soalannya. Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran itu. Semua pelajar kelas itu berjaya dalam peperiksaan itu. 11/9/2018 RPS

6 Ayat Susunan Songsang Predikat Subjek
Ayat susunan songsang ialah ayat yang telah melalui proses pendepanan predikat. Unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan Predikat Subjek 11/9/2018 RPS

7 2 jenis pedepanan predikat
1. Pendepanan seluruh predikat 2. Pendepanan sebahagian daripada predikat 11/9/2018 RPS

8 1. Pendepanan Seluruh Predikat
Seluruh predikat dalam ayat dibawa ke hadapan mendahului subjek. Subjek Predikat Perangainya baik sungguh. ASB Predikat Subjek Baik sungguh perangainya. ASS 11/9/2018 RPS

9 Contoh : Pendepanan Seluruh Predikat
Susunan biasa Susunan songsang Pelajar itu sangat rajin. Sangat rajin pelajar itu. Rasa buah itu enak sekali. Enak sekali rasa buah itu. Pegawai itu masih belum sampai. Masih belum sampai pegawai itu. Razak sungguh bernasib baik. Sungguh bernasib baik Razak. Pendaki itu berjaya juga akhirnya. Berjaya juga akhirnya pendaki itu. 11/9/2018 RPS

10 2. Pendepanan Sebahagian Predikat
Predikat boleh mengalami pendepanan secara berasingan: Pendepanan frasa kerja Pendepanan frasa adjektif Pendepanan frasa sendi nama 11/9/2018 RPS

11 a) Pendepanan frasa kerja
Pendepanan kata kerja sahaja: i) Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di padang. Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang. ii) Ayah bekerja setiap hari. Bekerja ayah setiap hari. iii) Bayi itu menangis setiap malam. Menangis bayi itu setiap malam. 11/9/2018 RPS

12 a) Pendepanan frasa kerja
Pendepanan kata kerja dengan objek: i) Dia membaca buku di pusat sumber. Membaca buku dia di pusat sumber. ii) Budak-budak itu kena pukul kelmarin. Kena pukul budak-budak itu kelmarin. iii) Sampah sarap itu dibakar oleh ibu. Dibakar oleh ibu sampah sarap itu. 11/9/2018 RPS

13 a) Pendepanan frasa kerja
Pendepanan kata bantu dengan kata kerja: i) Budak-budak itu masih bermain. Masih bermain budak-budak itu. ii) Ramli belum sampai ke sekolah. Belum sampai Ramli ke sekolah. iii) Mereka akan pergi ke Melaka esok. Akan pergi mereka ke Melaka esok. 11/9/2018 RPS

14 b) Pendepanan frasa adjektif
i) Dia sakit pada masa itu. Sakit dia pada masa itu. ii) Pesakit itu lumpuh dengan tiba-tiba. Lumpuh pesakit itu dengan tiba-tiba. iii) Badannya lesu sepanjang masa. Lesu badannya sepanjang masa. 11/9/2018 RPS

15 c) Pendepanan frasa sendi nama
1. Frasa sendi nama sebagai predikat Hadiah itu untuk ibu. Untuk ibu hadiah itu Frasa sendi nama sbg. keterangan dalam predikat Saya berpegang pada janji. Pada janji saya berpegang. 11/9/2018 RPS

16 Latihan Pengukuhan (a) Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang. 1. Dia pergi ke Pulau Langkawi petang kelmarin. 2. Mereka bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang. 3. Cikgu Rosmah mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar Tingkatan Lima Mawar. 4. Anak kucing kakak saya comel sungguh. 5. Pengetua yang baru pindah ke sekolah itu masih muda. 6. Lelaki yang berbaju merah itu guru sekolah ini yang baru tiba. 11/9/2018 RPS

17 Latihan Pengukuhan (b) Tukarkan ayat susunan songsang di bawah ini
kepada ayat susunan biasa. 1. Rajin sungguh budak itu membersihkan kawasan rumahnya. 2. Sudah satu minggu dia tidak datang ke sekolah. 3. Sayang sungguh kawan – kawannya kepada Jasmin. 4. Dengan cermatnya, dia memandu kereta baru itu. 5. Sudah pukul dia sampai di sini malam tadi. 6. Ditulis oleh pelajar itu karangannya dalam tulisan jawi. 11/9/2018 RPS

18 Latihan Pengukuhan (c) Tukarkan ayat susunan biasa di bawah ini kepada ayat susunan songsang 1. Nama adik kamu yang belajar di sekolah itu siapa? 2. Abangnya Encik Zainal mana? 3. Zarina mempelajari tatabahasa? 4. Julaihi berasal dari Sarawak? 5. Hadiah yang baru dibeli Salmah itu untuk siapa? 6. Pelancong-pelancong dari Sabah tiba dari Pulau Langkawi bila? 11/9/2018 RPS

19 SEKIAN TERIMA KASIH 11/9/2018 RPS


Download ppt "Ayat Susunan Biasa dan Ayat Songsang"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google