Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL"— Transcript presentasi:

1 CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL

2 Objektif Pengajaran Menjelaskan faktor-faktor pembinaan dan acuan jatidiri rakyat Malaysia Menjelaskan cabaran-cabaran hubungan etnik di Malaysia Menjelaskan implikasi hubungan etnik yang terjejas Menerangkan bagaimana Islam wajar dijadikan panduan dalam menyelesaikan masalah hubungan etnik di Malaysia

3 Liputan Kuliah PENGENALAN PEMBINAAN JATIDI MALAYSIA
JATIDIRI ACUAN MALAYSIA MASYARAKAT MALAYSIA SEBELUM PENJAJAHAN INGGERIS MASYARAKAT MALAYSIA SELEPAS PENJAJAHAN INGGERIS MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA CABARAN HUBUNGAN ETNIK IMPLIKASI HUBUNGAN ETNIK PENGHAYATAN ISLAM SEBAGAI KAEDAH PENYELESAIAN

4 Pengenalan Malaysia sebuah negara pelbagai kaum: Masyarakat majmuk.
Kepentingan persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi bagi mewujudkan kestabilan negara Tun Razak: perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara, daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian

5 Pembinaan Jatidiri Malaysia
Definisi jatidiri Malaysia Ciri-ciri, gambaran atau keadaan khusus seseorang. Ia juga boleh dianggap sebagai identiti bangsa, peribadi nasional, semangat kebangsaan, patriotisme dan kewarganegaraan: menunjukkan ketahanan dan kemurnian nilai sesuatu bangsa. Sesuatu yang kita miliki bersama, yang mempunyai nilai sendiri, dihayati secara kolektif dan dominan sifatnya yang dapat mencirikan rupa dan peribadi bangsa, sama ada tentang semangat, sikap dan pendirian, kepercayaan, tekad dan visi bangsa. Mampu membina personaliti dan identiti kendiri yang bersifat dinamik dan struktural.

6 Cita-cita pemupukan jatidiri Malaysia memang boleh dicapai kerana sudah sedia ada negara, bahasa, nilai, minat dan perlakuan yang sama mengikat seluruh negara Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, sepatutnyalah Malaysia mempunyai budaya dan identiti tersendiri. Krisis pada tahun 1969 mencerminkan rakyat Malaysia belum mempunyai suatu budaya nasional yang menjadi asas bersama.

7 Asas pokok untuk mencirikan kebudayaan kebangsaan:
Kebudayaan Kebangsaan haruslah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal di rantau ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.

8 Dasar kebudayaan kebangsaan
Penerimaan terhadap Kebudayaan Kebangsaan ini sebagai jatidiri rakyat Malaysia kerana ia menjadi asas kebudayaan nasional. Kebudayaan penduduk asal negara ini bermakna kebudayaan Melayu yang merangkumi bukan sahaja nilai-nilai murni, sopan santun tetapi juga budi bahasa. Dasar kebudayaan kebangsaan mengandungi unsur yang berupaya mengekalkan jatidiri dan ketinggian peribadi masyarakat menerima semua unsur luaran yang sesuai dan wajar terutamanya dalam arus globalisasi. Situasi ini mewajarkan Kebudayaan Kebangsaan itu dijadikan asas jatidiri rakyat Malaysia

9 Empat faktor yang perlu diambilkira dalam pembinaan jatidiri
Islam Sebagai Agama Persekutuan Termaktub dalam Perlembagaan Malaysia bahawa agama persekutuan adalah agama Islam. Agama-agama lain yang bebas dianuti tidaklah sama kedudukannya. Islam telah memberi kesan dan pengaruh yang mendalam dalam pertumbuhan dan perkembangan kebudayaan Melayu. Peranan Islam dalam masyarakat dan kebudayaan Malaysia bukanlah hanya kesan yang sudah berlalu tetapi sedang dan terus memberi kesan yang berpengaruh.

10 Politik Melayu Wajarkah pembinaan jatidiri meminggirkan kedominanan kaum Melayu apabila penduduk kaum Cina merangkumi 26% dan kaum India 8%? Dalam negara demokrasi yang setiap rakyat setara dengan satu undi, maka jelas sekali majoriti yang ada adalah kaum Melayu dengan minoriti kaum-kaum lain. Dalam negara demokrasi, majoriti memerintah minoriti. Maksud persamaan di sini adalah persamaan satu undi, bukannya persamaan hak minoriti dengan majoriti.

11 Penguasaan ekonomi Walaupun kaum Cina dianggap minoriti, tetapi dari segi kekuatan ekonomi jelas sekali kedudukan kukuhnya berbanding dengan kaum lain. Pembinaan jatidiri seharusnya menerima hakikat ini kerana negara juga yang akan maju jika semangat patriotik semua rakyatnya sama-sama tinggi, sama-sama sedia berkorban demi kedaulatan negara. Negara juga akan bertambah maju jika kemewahan ekonomi tidak diwarisi oleh hanya sekelompok kecil penduduknya.

12 Etnik India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain
Semua kaum-kaum minoriti yang majoriti ini memainkan peranan yang ketara dalam pembangunan negara, baik dalam perkhidmatan kerajaan ataupun swasta. Penyertaan mereka sepenuhnya dalam setiap program pembangunan akan menguntungkan semua pihak kerana kepelbagaian budaya yang dimilikinya.

13 Jatidiri Acuan Malaysia
Bagaimana bentuk jati diri acuan Malaysia? Amerika : ‘salad bowl’. Indonesia : Pancasila. Singapura : ‘socio-engineering’. Jati diri acuan sendiri berasaskan kemahuan untuk hidup harmoni dan bersatu, tanpa menghirau kepelbagaian agama dan budaya.

14 Perkara yang perlu diteliti dalam acuan Malaysia
Kesedaran Menangani perbezaan Kerjasama Sistem pelaksana dan pemantauan Peranan agen hubungan etnik

15 Jatidiri Acuan Malaysia
Ramuan acuan jatidiri di Malaysia Political will Critical mass Kekukuhan ekonomi Agama Islam Shared vision Penggunaan sains dan teknologi Menerima Perbezaan Agama.

16 Menerima Perbezaan Antara Agama
Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini, kepelbagaian agama perlu diterima dan diakui. Perbezaan inilah yang perlu dihormati dan atas perbezaan ini jugalah perlunya sikap dan amalan toleransi. Walaupun setiap agama itu berbeza, namun terdapat banyak persamaan dalam persoalan yang menyentuh mengenai etika dan moral seperti tidak melakukan rasuah, menepati masa, berintegriti dan sebagainya.

17 Hubungan Etnik Sebelum Penjajahan Inggeris
Telah wujud kerajaan-kerajaan Melayu lama dan penemuan arkeologi – bukti Melayu penduduk natif Kemunculan Kerajaan Melayu Melaka dan penerimaan Islam Terdapat pelbagai kaum (Cina, India, Arab) tetapi tidak memberi implikasi yang besar. Kaum pendatang diasimilasikan dengan budaya tempatan Zaman Kegemilangan hubungan etnik di Malaysia – Baba dan Nyonya

18 Hubungan Etnik Semasa Penjajahan Inggeris
Bermula dengan dasar campurtangan Inggeris, yang membawa kepada pembukaan beberapa negeri Pembukaan lombong bijih timah dan kehadiran imigran Cina Pembukaan sektor perladangan dan kehadiran imigran India Imigran Cina di Sarawak Imigran Cina di Sabah Implikasi yang besar kerana mewujudkan masyarakat majmuk dan telah membentuk etnik tersendiri

19 Masyarakat Majmuk di Malaysia
Ciri-ciri masyarakat majmuk menurut J.S. Furnival ciri-ciri seperti berikut: i. Terdiri daripada penduduk berbagai kaum,agama dan budaya. ii. Terdiri daripada masyarakat yang mempunyai dua atau lebih unsur kebudayaan atau susunan sosial yang tinggal berdampingan tetapi tidak bercampur. iii. Rakyat dari keturunan asal yang berbeza itu lebih suka hidup di dalam kawasan petempatan yang berasingan antara satu sama lain. iv. Kehidupan masyarakat dicirikan dengan pertentangan, konflik dan paksaan. v. Interaksi sosial antara anggota masyarakat yang wujud sangat terbatas. Interaksi yang berlaku dalam kegiatan ekonomi berjual-beli umpamanya

20 Faktor-faktor konflik mudah berlaku
i. Perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam. ii. Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurangnya interaksi disebabkan tempat tinggal dan bidang pekerjaan yang berbeza. iii. Terdapatnya perbezaan dari segi pekerjaan dan tempat tinggal yang menyebabkan interaksi jarang dan sukar berlaku. iv. Prasangka dan prejudis yang menebal.

21 V. Keengganan anggota masyarakat. membuka dunia sosialnya kepada
V. Keengganan anggota masyarakat membuka dunia sosialnya kepada masyarakat lain dan cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing. vi. Adanya penguasaan dalam bidang- bidang tertentu seperti politik atau perniagaan yang hanya didominasikan oleh sesuatu kaum sahaja. vii. Bilangan anggota masyarakat majoriti dan minoriti yang lebih kurang sama mengakibtkan pertentangan dari segi kuasa kaum dan keadaan ‘tawar- menawar’ yang kuat.

22 Cabaran Hubungan Etnik
Terbahagi kepada tiga faktor utama i. Perbezaan dan pertentangan kepentingan di antara etnik ii. Perbezaan dan pertentangan nilai antara etnik iii. Cabaran globalisasi

23 Cabaran Hubungan Etnik
Perbezaan dan pertentangan kepentingan di antara etnik: Cabaran sosial 1. Pemisahan penempatan Pemisahan penempatan yang berlaku dalam masyarakat negara ini adalah akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British. British telah membawa masuk beramai-ramai imigran Cina dan India pada abad ke 19 untuk mengusahakan sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Implikasinya, penempatan masyarakat terpisah, majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar, kaum Cina di kawasan bandar, manakala orang India tinggal di estet.

24 Cabaran Hubungan Etnik
2. Pengasingan Sistem Pendidikan Setiap etnik mempunyai sistem pendidikan tersendiri. Pelajar Melayu akan belajar di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pula belajar di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar Cina, mereka belajar di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Cina. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan untuk memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Namun, dari segi kurikulumnya adalah Justeru, program RIMUP boleh digunakan bagi mengeratkan lagi interaksi dan perpaduan antara etnik seawal usia pelajar.

25 3. Polarisasi Dalam Kalangan Pelajar
Bidang pendidikan merupakan mekanisme penting dalam pembentukan insan yang beretika, bermoral, bertoleransi, berbudaya ikram, penyayang dan sebagainya. Walaupun integrasi kaum pada peringkat pra sekolah khususnya Tadika Perpaduan adalah baik, tetapi keterasingan di peringkat sekolah rendah dan kerenggangan pada peringkat sekolah menengah serta IPTA/IPTS masih wujud. Ini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia.

26 4. Kontrak Sosial Kontrak Sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan. Namun isu ini sering kali timbul dan ditimbulkan oleh pihak tertentu yang boleh membawa kepada kerenggangan hubungan etnik di Malaysia. Antara isu yang sering kali dibangkitkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, isu kemasukkan pelajar ke IPTA dan pelbagai lagi (Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional ).

27 Perbezaan dan pertentangan kepentingan nilai antara Etnik: Cabaran ekonomi
1. Perbezaan Pekerjaan Ini ketara kelihatan apabila orang Melayu kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Orang Cina sejak zaman British ditempatkan di lombong dan kebanyakannya terlibat dalam bidang perniagaan. Manakala orang India bekerja sebagai penoreh getah di estet dan pekerja landasan keretapi. Perbezaan pekerjaan ini menghalang interaksi yang lebih kerap sebaliknya interaksi itu berlaku dalam kalangan etnik yang sama. Perkara ini akan menghasilkan semangat perkauman terus menebal.

28 2. Penguasaan Ekonomi Dalam sektor ekonomi, terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi. Kebanyakan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Orang Cina, mereka lebih menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan dan berteknologi moden. Impaknya, wujud jurang pendapatan yang ketara dan ketidakseimbangan pendapatan turut berlaku. Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Perbezaan dan penguasaan ekonomi oleh sesuatu kaum dan wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yang sering membawa kepada ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk.

29 Perbezaan dan pertentangan kepentingan nilai antara etnik: Cabaran politik
Politik Perkauman Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambilkira kepentingan semua pihak. Tambahan pula, jika isu perkauman diperalatkan seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, ekonomi dan lain-lain untuk kepentingan sesuatu pihak untuk mendapat sokongan rakyat, ianya tidak menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

30 PERBEZAAN DAN PERTENTANGAN NILAI ANTARA ETNIK
Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Masing-masing kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik. Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar sekiranya fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.

31 CABARAN GLOBALISASI Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat sejagat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Semenjak orang barat memulakan era penjajahan mereka di Timur pada abad ke 15, mereka tidak berhenti untuk mendominasi masyarakat lain. Melalui penjajahan, mereka membawa pemikiran bahawa tamadun mereka lebih tinggi dan mengetengahkan bahawa bangsa lain kurang bertamadun. Di kala perkembangan pemikiran sosial dalam masyarakat mereka sendiri menolak perbuatan menjajah sesama manusia, maka berlaku era penjajahan negara-negara terjajah.

32 Barat membawa masuk pengaruh dari segi ideologi, budaya hedonisme dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua manausia. Melalui globalisasi juga mereka mengeksport segala macam keburukan yang merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksploitasian sumber manusia dan bahan mentah. Malaysia tidak terkeluar daripada pengaruh ini kerana arus pembaratan dan globalisasi terlalu mendesak.

33 Jika diperhatikan secara mendalam, secara tidak langsung, gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan pemikiran barat diterima secara halus ke dalam masyarakat. Globalisasi dalam bentuk yang terselindung dan tersirat adalah lanjutan daripada proses penjajahan budaya pada abad ke 19 dan berupaya melemahkan tradisi sendiri serta menjadi penghalang kepada pembinaan jati diri dan tamadun Malaysia.

34 Implikasi Hubungan Etnik
Bentuk hubungan etnik mengalami turun naik (rujuk Rajah 1, ms 28) Sejarah konflik antara kaum

35 Implikasi Hubungan Etnik
Iktibar Peristiwa 13 Mei 1969 Kerosakan harta benda dan nyawa Darurat dan perintah berkurung

36

37 Penghayatan Islam Sebagai Kaedah Penyelesaian
Kenapa Islam dipilih Telah wujud sejak 600 tahun lampau Agama Persekutuan dam Perlembagaan Norma-norma Islam adalah universal Semangat toleransi yang tinggi Dua pendekatan Sahifah Madinah Ibnu Khaldun

38 Penghayatan Islam Sebagai Kaedah Penyelesaian
Sahifah Madinah Penduduk Madinah pelbagai etnik Antara beberapa peraturan berhubung dengan orang bukan Islam : Semua orang bukan Islam dan penganut agama Yahudi di dalam kalangan kabilah Arab Madinah hendaklah mengikut orang Islam dan menolong mempertahankan negara bersama mereka di dalam mana-mana peperangan. Mereka tidak dibenarkan menolong orang Quraisy Mekah dan juga menghalang orang Islam menyerang orang Quraisy Mekah. Keselamatan mereka dijamin dan mereka diberi hak kewarganegaraan dengan syarat mereka memutuskan segala hubungan atau ikatan dengan orang Quraisy dan bersikap berkecuali. Setiap orang tidak mengira bangsa dan agama berhak mendapat pertolongan dan persamaan, tidak dizalimi dan diserang. Setiap orang hendaklah berpegang kepada agama mereka. Setiap orang tidak boleh dihalang daripada menuntut haknya apabila dicerobohi.

39

40 Penghayatan Islam Sebagai Kaedah Penyelesaian
Ibnu Khaldun Buku Muqaddimah Tahap perkembangan negara Tahap pertama Tahap kedua Tahap ketiga Tahap keempat Tahap kelima

41 Dalam bukunya juga, Ibnu Khaldun menghuraikan mengenai perlunya ikatan asabiyah yang kuat bagi membina jati diri masyarakat. Menurut beliau, asabiyah ialah penekanan kepada ikatan persaudaraan, semangat setia kawan dan saling bertolongan dalam masyarakat. Semangat asabiyah inilah yang perlu difahami oleh masyarakat Malaysia dalam menjaga keharmonian hubungan etnik. Namun semangat asabiyah yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad iaitu asabiyah jahiliah yang menolong etnik sendiri dalam kemungkaran atau melakukan kezaliman di kalangan etnik sendiri, perlulah dihindari.

42 Kesimpulan Usaha-usaha yang diambil bagi mengukuhkan lagi hubungan etnik, perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat. Usaha-usaha yang telah diambil baik dari segi ekonomi, politik dan sosial ternyata berhasil membawa masyarakat kepada pemupukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi. Usaha-usaha ini pula diasaskan kepada penghayatan Islam, perkongsian kuasa, semangat toleransi yang tinggi, rela berkorban dan persefahaman yang utuh di kalangan masyarakat Malaysia


Download ppt "CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google