Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA"— Transcript presentasi:

1 DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA

2 Apakah tujuan sesuatu dasar dibuat
Dasar (policy) Dari segi bahasanya, dasar dirujuk sebagai asas, tunjang, teras yang bertujuan untuk pengukuhan sesuatu perkara. Dasar menjadikan perjalanan kehidupan rakyat/warganegara berlangsung dengan baik. Dasar dibentuk untuk manusia mengatur perjalanan hidupnya.

3 Dasar-dasar digubal kepada empat tujuan utama
Kawalan Solusi atau penyelesaian masalah Kebajikan atau perkhidmatan Inovasi (Sufean Hussin, 2002)

4 Dasar-Dasar Kawalan Dalam Pendidikan
Tujuan utama adalah untuk pencegahan, pengajaran dan peringatan. Hukuman berat yang dikenakan kepada pelanggaran dasar ini adalah dalam bentuk penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Tindakan mendisiplin juga melibatkan amaran lisan, amaran bertulis, penahanan, pemindahan, pengekalan (statik) dan pemecatan.

5 Dasar-Dasar Solusi Dalam Pendidikan
Dasar ini berbentuk reaktif kerana bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul. Hal ini disebabkan trend atau perkembangan semasa yang berubah-ubah akibat tuntutan prioriti manusia dan ekonomi semasa. Contoh dasar-dasar pendidikan jenis ini ialah Dasar 60 : 40 Dasar 1 pelajar 1 sukan Dasar PPSMI Dasar MBMMBI Dasar Keciciran Sifar Dasar Integrasi Nasional.

6 Dasar-Dasar Kebajikan Dalam Pendidikan
Pendidikan merupakan hak asasi kanak-kanak kerana pendidikan merupakan agen perubahan dan sosialisasi. Pendidikan adalah ke arah mengubah tahap keilmuan, kemahiran dan kemanusian kepada tahap yang lebih tinggi. Dasar ini berkaitan dengan usaha memperbaiki kebajikan & perkhidmatan. Oleh itu , memerlukan peruntukan kewangan. Contoh perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar-dasar pendidikan jenis ini ialah Yuran pendidikan percuma, Pemberian pinjaman buku teks secara menyeluruh, Biasiswa RMT

7 Dasar-Dasar Inovasi Dalam Pendidikan
Bertujuan membawa pembaharuan dalam masyarakat menerusi pendidikan, cuba membawa masyarakat kepada keadaan yang lebih baik dari yang sedia ada. Contoh perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar-dasar pendidikan jenis ini ialah Jenis sekolah: Sekolah Bestari, Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi Tumpuan sekolah: Sekolah Sukan, Sekolah Seni Bahan pengajaran: Berasaskan IT dan multimedia Kurikulum: ICT dalam pendidikan Pentaksiran: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

8 Dasar-dasar berkaitan pendidikan di Malaysia:
Pembangunan Insan Guna tenaga Perpaduan Bahasa Pengantarabangsaan Teknologi Pembentukan Negara Bangsa Dasar Pendidikan Holistik

9 1. Pembangunan Insan Dasar Pendidikan Wajib
Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib. 1 Murid 1 Sukan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

10 2. Guna Tenaga Selepas merdeka wujud keperluan untuk membangunkan negara. Guna tenaga banyak diperlukan dalam pelbagai bidang (pendidikan, teknik/vokasional, perubatan, kejuruteran dll). Dasar 60:40 Menggalakkan murid yang memperolehi sekurang-kurangnya C dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam PMR mengambil aliran Sains &Teknikal. Dasar Pendidikan Seumur Hidup Memberi penekanan kepada usaha membangunkan tenaga manusia berpendidikan tinggi Membuka peluang mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

11 3. Perpaduan Dasar Pelajaran Kebangsaan
Dasar Pelajaran Kebangsaan: Pendidikan menggunakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama bagi tujuan perpaduan Sekolah Wawasan Sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama.

12 4. Bahasa Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia.
Dasar Bahasa Kebangsaan diperkenalkan pada 1970an untuk menyumbang kepada perpaduan negara. Penghapusan sekolah aliran Inggeris secara berperingkat Dasar MBMMBI Murid sekolah rendah dan sekolah menengah telah mengikuti PPSMI pada atau sebelum 2010 boleh meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Ting 5 berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah.

13 5. Pengantarabangsaan Konsep globalisasi : dunia sudah menjadi tanpa sempadan Globalisasi selaras dengan kehidupan pascamoden. Pendidikan Bertaraf Dunia Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia Sekolah-sekolah dijenamakan semula Penggredan universiti Pengkoporatan universiti Peranan Sekolah: Melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri tertentu bagi menghadapi persaingan global:

14 6. Teknologi Cabaran Keenam Wawasan 2020:
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang memendang ke depan yang bukan menjadi pengguna teknologi malah penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan Dunia berkembang pesat kerana perkembangan pesat dalam bidang teknologi. Politeknik, ITM, UTM ditubuhkan selaras dengan kehendak perkembangan teknologi. Mata pelajaran KDP Penawaran mata pelajaran Teknologi Maklumat MP Sains diperkenalkan semula di Tahap 2 SR pada 1994 dan di Tahap 1 pada 2001 selaras dengan keperluan sains dan teknologi.

15 7. Pembentukan Negara Bangsa
Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar RIMUP menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan menerapkan budi bahasa dan adab dalam kalangan pelajar.

16 8. Dasar Pendidikan Holistik
Sistem pendidikan tidak berasaskan peperiksaan semata-mata untuk menilai pencapaian murid. Menerusi sistem ini pengumpulan mata dilaksanakan. Markah murid dari tahun 1 – tahun 6 dikumpul dan dikira bagi menentukan pencapaian. Markah keseluruhan akan digabungkan dari markah empat penilaian psikometrik (kecenderungan & sikap) kokurikulum, peperiksaan sekolah peperiksaan kementerian (Kepentingan UPSR hanya 30%).

17 Kesimpulan Dasar digubal dan dilaksanakan untuk tujuan disiplin/ kawalan, inovasi, solusi dan kebajikan/ perkhidmatan. Bermatlamat keharmonian, keadilan, penambahbaikan dan pemantapan. Proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik demi mencapai matlamatnya. Perubahan dasar & hala tuju dalam sistem pendidikan adalah selaras dengan - arus perubahan global - modenisasi


Download ppt "DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google