BAB 4 SISTEM PERNAFASAN
Pendahuluan Oksigen adalah penting dalam kehidupan. Setiap sel dalam tubuh memerlukan oksigen bagi aktiviti metabolisma. Tanpa oksigen yang mencukupi sel-sel tidak boleh berfungsi dengan sempurna
Definasi Sistem pernafasan ialah pengambilan oksigen dari udara dengan menyedut masuk ke dalam tubuh untuk diedarkan keseluruh tubuh badan dan proses metabolisma akan berlaku di dalam sel, karbon dioksida disingkirkan dari tubuh.
Organ-Ogan Terlibat Salur udara Paru-paru Otot Pernafasan
Salur udara Rongga hidung Naso-faring Larinks Trakea Bronkus Bronkiol
Fungsi-fungsi salur udara Berfungsi menapis, memanas serta melembapkan udara yang masuk (rongga hidung), juga berkomunikasi dengan saluran eusthasia ke telinga, peti suara untuk mengeluarkan bunyi dan mengawal epiglotis supaya makanan tidak masuk ke saluran pernafasan
Mempunyai otot-otot yang berbentuk gegelang bagi menetapkan bentuk dan saiz untuk mengawal kemasukan dan peningkatan isipadu udara yang tetap.
Paru-paru Terdapat sepasang paru-paru. Paru-paru kanan mempunyai tiga cuping dan paru-paru kiri mempunyai dua cuping sahaja kerana kedudukan jantung sedikit ke sebelah kiri. Terletak diruang toraks dan dilindungi oleh tulang rusuk, otot-otot interkosta, tulang vertebra, otot interkosta, tulang vertebra, sternum dan selaput pelura.
Terdapat berjuta-juta alveolus iaitu gelembung udara yang disaluti kapilari, lokasi berlakunya petukaran gas.
Otot-otot Pernafasan Otot-otot interkosta Diafragma Kedua-duanya berkomunikasi dengan otak dan sistem saraf untuk membantu pergerakan rongga toraks mengembang dan menguncup.
Fisiologi Pernafasan Pernafasan luar (pernafasan paru-paru) Berlaku di dalam paru-paru. Oksigen yang didapati di dalam udara dibawa masuk ke dalam darah dan karbon dioksida disingkirkan keluar. Pertukaran gas berlaku secara resapan. Udara biasamengandungi lebih kurang 21% oksigen manakala tubuh manusia memerlukan 5% sahaja.
Pernafasan dalam (pernafasan sel) Berlaku di dalam sel-sel tubuh dimana oksigen digerakkan untuk proses metabolisma. Karbon dioksigen yang dihasilkan di dalam sel-sel disingkirkan melalui salur darah.
Pernafasan Dalaman
Mekanisme Pernafasan Tarikh nafas (inspirasi). Hembus nafas (ekspirasi). Rehat (pause).
Tarikh Nafas Satu gerakan positif, ruang toraks berkembang dan diafragma mengecut untuk menerima isipadu oksigen. (otot interkosta kontraks menyebabkan tulang rusuk ditarik ke arah luar, ke atas dan dari depan ke belakang) Semasa proses ini, tekanan udara di dalam paru-aru menjadi kurang dan udara disedut melalui salur udara.
Hembus Nafas Satu pergerakan pasif, paru-paru mengucup menyebabkan ruang toraks mengecil. (tulang rusuk ditarik ke bawah oleh otot interkosta dalam dan otot diafragma naik ke atas) Semasa proses ini tekanan udara menjadi tinggi dan mendesak udara keluar dari paru-paru.
Rehat Peringkat akhir pada setiap hembusan, iaitu sebelum tarikan nafas yang seterusnya
Kadar Pernafasan Dewasa : 12-18 kali seminit Kanak-kanak : 15-20 kali seminit Bayi : 20-30 kali seminit Kadar pernafasan ini dikawal oleh pusat pernafasan yang terletak di otak
Rumusan Pernafasan biasa bergantung kepada : Kandungan oksigen dalam udara Saluran udara yang tiada halangan Pergerakan otot pernafasan yang sempurna Darah yang mencukupi untuk membekal oksigen ke sel-sel tubuh badan.
Salur pernafasan Berfungsi untuk menyalur, menapis, memanas dan melembabkan udara yang masuk dan Ia mengawal isipadu udara yang masuk. Saluran pernafasan terdiri Rongga hidung Nasofaring Larinks Trachea Bronkus bronkial
Paru-paru Adalah struktur yang berspam mengandungi berjuta-juta karung-karung udara (ovelus) yang halus. Di avelus terdapat rangkaian salur rerambut yang halus dan mempunyai dinding yang nipis membolehkan oksigen diserap masuk ke dalam saluran darah dan karbon dioksida dikeluarkan. Paru-paru orang dewasa boleh menampung kira-kira 6 liter udara. Terdapat dua bahagian paru-paru kiri dan tiga bahagian di sebelah kanan.
Otot interkosta dan diafragma Kedua-dua oto ini yang membantu pergerakan rongga toraks untuk mengembang dan mengucup semasa kita bernafas
Orang dewasa bernafas antara 12-18 kali seminit Kandungan Udara % Udara % Pernafasan Masuk % Pernafasan keluar Oksigen 21 5 16 Karbon dioksida 0.03 Nitrogen 78 Wap air 1 Orang dewasa bernafas antara 12-18 kali seminit Kanak-kanak 15-30 kali seminit Bayi 20-30 kali seminit