CIRI-CIRI BENTUK MUKA BUMI PINGGIR LAUT
TANJUNG Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli Terbentuk di bahagian batuan keras yang tahan hakisan ombak
TELUK Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang seli Terbentuk di bahagian batuan lembut yang dihakis oleh ombak
TEBING TINGGI Terbentuk apabila ombak menghakis kaki cerun tebing pantai semasa air pasang Apabila batuan atau lekukan yang terbentuk runtuh, maka tebing tinggi terbentuk
PENTAS HAKISAN OMBAK Merupakan bentuk muka bumi yang terbentuk berlanjutan daripada pembentukan tebing tinggi Hakisan ombak yang berterusan menyebabkan tebing tinggi mengundur dan membentuk pentas hakisan ombak di kaki tebing tinggi tersebut.
GUA Merupakan kesan hakisan ombak di tanjung tinggi Hakisan tersebut akan menghakis batuan di tebing pantai dan membentuk gua laut
GERBANG LAUT Terhasil daripada hakisan gua laut Hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding dua buah gua laut yang bertentangan akan membentuk gerbang laut
BATU TUNGGUL Terhasil akibat tindakan penggondolan terhadap gerbang laut Apabila bumbung gerbang laut runtuh, batu tunggul terbentuk
TUNGGUL SISA Batu tunggul yang terhakis akan membentuk tunggul sisa secara lambat laun Tunggul sisa hanya boleh kelihatan ketika air laut surut
ANAK TANJUNG Merupakan permatang berupa tanduk yang dibentuk oleh pemendapan pasir di hujung teluk atau muara sungai Anak tanjung menganjur ke laut manakala bahagian hujungnya bersambung dengan pinggir pantai Juga dikenali sebagai tetanjung
LAGUN Merupakan kesan pembentukan anak tanjung yang paling ketara Lagun ialah kawasan perairan yang terlindung oleh tetanjung (anak tanjung)
BETING PASIR Merupakan penimbunan pasir yang merentangi sesebuah teluk Terbentuk samada selari dengan garisan pantai atau bersudut tepat dengannya