SISTEM URINARI.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
SELAMAT DATANG DI DUNIA BIOLOGI Sedang memuat… FAKULTAS KEGURUAN DAN ILMU KEPENDIDIKAN UNIVERSITAS AHMAD DAHLAN 2012.
Advertisements

SISTEM EKSKRESI LOADING
Learning More Biology 3 Unit 1 Sistem Ekskresi.
ULANGAN HARIAN PERTAMA SISTEM EKSKRESI PADA MANUSIA
SISTIM URINARIA.
SISTEM EKSKRESI PADA MANUSIA
Ruang Lingkup Fisiologi Hewan Air
Peredaran darah manusia
SISTEM PENGELUARAN (SISTEM EKSKRESI )
ANNYEONG HASEO Menu Kompetensi Materi Video Soal.
SISTEM EKSKRESI Materi Kelas 9 Semester 1 Oleh: Agustaman, S.Si.
PERJALANAN FILTRAT MENJADI URIN
BAB 8 Sistem Ekskresi.
Fera Sartika, skm.,m.sI Analis kesehan um palangkaraya
Sistem Peredaran Darah
EKSKRESI DAN HOMEOSTASIS
FISIOLOGI SISTEM PERKEMIHAN.
SISTEM EKSKRESI PADA MANUSIA KAMIS, 18 Agustus 2011
SISTEM EKSKRESI PADA MANUSIA
Struktur Dan Fungsi Sistem Peredaran Darah
MATA KULIAH : ANATOMI FISIOLOGI
ANATOMI SISTEM PERKEMIHAN RAHMADIA B.
Sistem peredaran darah pada manusia
DIREKTORAT JENDERAL MANAJEMEN PENDIDIKAN DASAR DAN MENENGAH
Dipresentasikan oleh: KELOMPOK I
SISTEM EKSKRESI PADA MANUSIA
Sistem Ekskresi Manusia
Sistem Ekskresi Manusia
SEMINAR HASIL RIA MARESTY.
SISTEM EKSKRESI PADA Hewan Avertebrata
pembuluh darah & limfatik
Sistem Ekskresi.
ANATOMI FISIOLOGI Pengampu : 1. Moh. Nur Ihsan 2. Dr. Tri Eko Susilorini, MS Penilaian : UTS, Kuis, UAS dan praktikum.
SISTEM EKSKRESI PARU HATI KULIT GINJAL.
SISTEM PENGELUARAN (SISTEM EKSKRESI )
ANATOMI & FISIOLOGI SISTEM PERKEMIHAN OLEH : WITRI HASTUTI, S.Kep, Ns
SISTEM EKSKRESI PADA MANUSIA
SISTEM EKSKRESI PADA MANUSIA
SISTEM EKSKRESI PADA MANUSIA
SISTEM EKSKRESI PADA MANUSIA
ANATOMI & FISIOLOGI.
BAB 8 Sistem Ekskresi.
SISTEM EKSKRESI PADA MANUSIA
Sistem Ekskresi Kelompok 2 Delis amala
SISTEM EKSKRESI BAB VIII EKSKRESI :
ANATOMI - FISIOLOGI SISTEM PERKEMIHAN.
Rijalul Fikri Sistem Urinaria.
BIOLOGI B 2013 R.ADITIAS HERMAWAN ( )
SISTEM EKSKRESI PADA MANUSIA
ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA
URINARIA I Kelompok 2 Gupita Laksmi P. Humila Ainun N.
ORGAN TARGET.
EKSKRESI DAN HOMEOSTASIS
BAB 4 SISTEM PERNAFASAN.
BAB 2 STRUKTUR TUBUH.
SISTEM EKSKRESI MASUK KELUAR.
APA ITU SISTEM PERKEMIHAN ????? KALIAN MUNGKIN ENGGAK SADAR... DAN TIDAK PEDULI DENGAN KEBERADAANNYA, BUT YOU KNOW ? DIA MEMEGANG PERANAN PENTING DALAM.
Sistem Ekskresi Manusia
SISTEM PEREDARAN DARAH
SISTEM PEREDARAN DARAH
Sistem Respiratori DISEDIAKAN OLEH: ABDUL LATIF AHMAD
APA ITU TEKANAN (STRES) ?
Keseimbangan Cairan, elektrolit, dan Asam Basa
JANTUNG PENGENALAN STRUKTUR DENYUTAN SALUR DARAH.
Sistem Ekskresi Manusia
KELAS MAKANAN KARBOHIDRAT LEMAK GARAM MINERAL PELAWAS PROTEIN VITAMIN
BAB 2: PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTAN
SISTEM EKSRESI GINJAL. STRUKTUR GINJAL A. Ginjal merupakan organ eksresi manusia, berjumlah sepasang, dan terdapat dalam rongga perut di sebelah kanan.
Transcript presentasi:

SISTEM URINARI

KONSEP Makanan yang dimakan dicernakan oleh sistem pencernaan melalui enzim dan hormon yang dirembeskan tubuh. Molekul-molekul makanan dipecahkan kepada unit-unit yang lebih ringkas dan diserap ke sel-sel tertentu untuk menghasilkan sel-sel yang baru, molekul-molekul pengatur yang baru seperti enzim dan molekul dan tenaga untuk menyokong proses kehidupan. Manakala bahan yang tidak boleh digunakan lagi (bahan buangan) dikeluarkan bersama-sama air dan karbon dioksida sebagai hasil terakhir. Makanan yang tidak diserap akan dikeluarkan dari trek gastrousus sebagai feses melalui najis. Karbon dioksida dibawa balik ke paru-paru oleh darah dan dikeluarkan melalui proses ekspirasi oleh sistem pernafasan. Sebahagian daripada bahan larut dalam air dan disingkirkan oleh kulit melalui peluh. Bahan toksik dan bahan asas yang berlebihan dikeluarkan dari badan sebagai air kencing melalui sistem urinari.

Disingkir keluar melalui anus – najis(feses) Kulit – peluh Bahan makanan yang dimakan Disingkir keluar melalui anus – najis(feses) Kulit – peluh Paru-paru – karbon dioksida & wap air Sistem urinari – urea ( air kencing) Tidak diserap oleh tubuh Dicerna oleh sistem pencernaan hasilkan Unit-unit lebih ringkas yang dibawa oleh darah untuk menghasilkan sel yang baru. molekul-molekul pengatur seperti hormon dan enzim tenaga yang menyokong proses hidup

FUNGSI-FUNGSI SISTEM URINARI Menyingkirkan bahan kumuh ( bahan toksik) daripada darah Mengawal isipadu dan komposisi bahan kimia Mengimbangi paras asid dan alkali dalam darah

ORGAN-ORGAN SISTEM URINARI 2 Ginjal (renal) 2 ureter - ( tiub yang membawa air kencing dari ginjal ke pundi kencing) 1 pundi kencing - (alat penakung air kencing) 1 uretra - (terusan yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar untuk disingkirkan

STRUKTUR SISTEM URINARI

GINJAL Organ berbentuk seperti kacang merah. Terletak di bahagian atas dinding abdomen posterior, di antara aras tulang vertebra toraks ke-12 dan tulang vertebra lumbar ke-3. Tisu lemak mengelilingi ginjal dan melindunginya. Ginjal kanan terletak di bawah sedikit berbanding ginjal kiri kerana hati menggunakan bahagian luas di sebelah kanan abdomen. Kedua-dua ginjal mempunyai arteri renal dan vena renal. Arteri renal membawa darah beroksigen dari jantung ke ginjal manakala vena renal membawa darah terdeoksigen dari ginjal kembali ke jantung. Air kencing dibawa ke pundi kencing melalui ureter. Ginjal mengandungi lebih dari sejuta unit berfungsi asas yang disebut nefron Setiap ginjal orang dewasa berukuran : - 10 – 12 cm panjang - 5 – 7 cm lebar - 2.5 cm tebal

KEDUDUKAN GINJAL DALAM TUBUH DARI PANDANGAN SISI

STRUKTUR GINJAL Setiap ginjal diliputi oleh tiga lapisan: Lapisan dalam dinamai kapsul renal atau kapsul sebenar. Lapisan luar terdiri daripada tisu perantara padat yang disebut fasia renal atau kapsul palsu. Diantara kedua-dua lapisan tisu ini ialah lapisan berlemak yang dikenali sebagai lemak perirenal. Apabila ginjal dipotong dua secara longitudinal, kelihatan kawasan yang pucat berhampiran dengan kapsul yang dikenali sebagai korteks. Korteks mengelilingi kawasan dalam yang lebih gelap yang disebut medula. Medula terdiri daripada banyak kawasan segi tiga gelap yang dinamai piramid. korteks yang pucat masuk kedalam di antara piramid membentuk kolum-kolum renal.

STRUKTUR GINJAL Dasar setiap piramid menghadap ke korteks, manakala apeknya yang dinamai papila renal menghadap ke hilum. Setiap papila renal membuka ke dalam ruang kecil berbentuk corong yang disebut kaliks minor. Gabungan kaliks minor membentuk kaliks major Gabungan dua tiga kaliks major membentuk pelvis ureter, iaitu bahagian atas ureter yang melebar.

STRUKTUR GINJAL (POSISI BELAHAN LONGITUDUDINAL)

NEFRON – UNIT YANG MEMBINA GINJAL

Ginjal mempunyai 2 fungsi utama; iaitu: Perkumuhan Pengosmokawalaturan FUNGSI GINJAL Ginjal mempunyai 2 fungsi utama; iaitu: Perkumuhan Pengosmokawalaturan Sebagai organ perkumuhan, ginjal menyingkirkan bahan kumuh toksik seperti: Urea Asid Urik Ammonia Kreatinina Sebagai organ pengosmokawalaturan, ginjal mengawal: Jumlah isipadu air dalam bendalir badan Kepekatan ion dalam bendalir badan Tekanan osmosis iaitu kepekatan zat terlarut dan isipadu darah serta bendalir badan Kandungan elektrolit dan ph darah serta bendalir badan

FISIOLOGI PEMBENTUKAN AIR KENCING Fisiologi pembentukan air kencing boleh dibahagikan kepada 3 peringkat : Ultraturasan (Penapisan oleh gumpalan rerambut) Penyerapan semula di tubul uriniferus Rembesan dari salur halus kecil.

ULTRATURASAN (PENAPISAN) Peringkat pertama dalam pembentukan air kencing. Proses ini berlaku diantara glomerulus dan kapsul Bowman. Kandungan darah di dalam rerambut yang membina glomerulus itu tertapis keluar secara mekanikal ke dalam kapsula Bowman. Proses ultraturasan dapat berlaku glomerulus kerana: tekanan darah di dalam salurnadi ginjal dan cabangnya adalah tinggi (ginjal terletak berhampiran aorta) Salung di dalam salurnadi halus penghantar adalah lebih besar daripada salung di dalam salur nadi halus pengeluar. Rerambut atau kapilari darah yang membina gumpalan rerambut mempunyai liang-liang halus yang banyak. Oleh itu, air dan bahan-bahan habluran( bahan yang mudah larut) ditapis keluar dari gumpalan rerambut ke dalam kapsula Bowman. Bahan-bahan koloid( iaitu bahan yang bermolekul besar) seperti protien tidak ditapis keluar.

PENYERAPAN SEMULA Hasil tursan glomerulus akan mengalir masuk ke dalam tubul berlingkar proksimal, liku Henle, tubul berlingkar distal dan duktus pengumpul. Disepanjang tubul, hasil turasan glomerulus, iaitu air dan zat terlarut diserap semula ke dalam aliran darah melalui kapilari darah (kapilari peritubul) yang melingkari tubul uriniferus. Proses penyerapan semula adalah perlu kerana bahan yang berguna perlu dikembalikan ke dalam aliran darah

PROSES ULTRATURASAN

PEREMBESAN ATAU PENGELUARAN Perembesan ialah pergerakan bahan dari kapilari yang melingkari tubul ( kapilari peritubul) ke dalam tubuh ginjal. Bahan yang dirembes masuk ke dalam tubul merupakan bahan yang tidak terturas ke dalam kapsul Bowman. Bahan yang dirembes secara aktif ke dalam tubul ginjal ialah ion hidrogen, ion kalium, bahan toksik seperti dadah dan bahan bernitrogen. Proses rembesan membolehkan badan mengawal atur ph bendalir badan dan menyingkirkan bahan toksik atau bahan yang tidak diperlukan. Lazimnya, air kencing terdiri daripada air,urea, garam natrium klorida, asid urik dan ammonia.

PENGOSMOKAWALATURAN Proses pengosmokawalaturan merupakan proses keseimbangan kandungan air dan garam mineral. Komposisi bendalir badan lebih dipengaruhi oleh isipadu air kencing yang disingkirkan oleh ginjal berbanding kuantiti air yan diambil oleh badan. Pengosmokawalaturan dikawal oleh hormon: Hormon antidiuresis (ADH) yang dirembeskan oleh cuping posterior kelenjar pituitari. Hormon aldosteron yang dirembeskan oleh bahagian korteks kelenjar adrenal. Perembesan hormon aldosteron juga dikawal oleh kelenjar pituitari. Hormon ADH mengawal ketelapan membren tubul berlingkar distal dan duktus pengumpul terhadap air. Hormon ADH memyebabkan kedua-dua menjadi lebih telap kepada air.Akibatnya, lebih banyak air diserap ke dalam aliran darah. Hormon Aldosteron mengawal atur penyerapan semula ion natrium di liku Henle.

Mekanisme pengawalan air kencing oleh hormon

Dalam proses pengosmokawalaturan, penyerapan semula air adalah lebih penting daripada penyerapan semula ion natrium. Proses pengosmokawalaturan oleh ginjal adalah berasaskan kepada mekanisme suap balik negatif. Air dalam darah diimbangi seperti berikut:

Tekanan osmosis darah kembali ke aras normal Minum terlalu banyak air Minum air sedikit / mkn makanan masin / terlalu byk berpeluh Impuls saraf Impuls saraf Tekanan osmosis darah turun Tekanan osmosis darah meningkat Kelenjar pituitari Osmoreseptor dlm hipotalamus kurang diransang Osmoreseptor dlm hipotalamus diransang Hormon ADH Kurang dirembeskan Rembesan hormon ADH ditingkatkan Tubul liku distal &duktus pengumpul bersifat tidak telap air Tubul liku distal & duktus Pengumpul menjadi lebih telap air Kurang air diserap Lebih banyak air diserap Air kencing banyak& cair dihasilkan Tekanan osmosis darah kembali ke aras normal Air kencing sedikit dan pekat dihasilkan

IMBANGAN ELEKTROLIT,ASID DAN ALKALI. Ginjal merupakan organ hemoestatis penting dalam tubuh. Fungsi ini dikawal oleh nefron melalui 3 proses utama, iaitu penapisan,penyerapan semula, dan rembesan. Pada proses: (a) Penapisan Menapis dan mengasingkan molekul-molekul besar dan kecil Proses berlaku di antara gomerulus dan kapsul Bowman H2O,glukosa, asid amino, dan urea dipaksa masuk ke Kapsul Bowman Sel darah merah, putih dan platlet kekal dalam kapilari glomerulus

(b) Penyerapan Semula Proses penyerapan semula berlaku disepanjang tubul proximal, liku Henle dan tubul Distal H2O diserap semula melalui proses osmosis, dan nutrien serta mineral diserap melalui poses pengangkutan aktif Penyerapan di tubul proximal adalah seperti berikut: - 100% glukosa, asid amino, vitamin dan hormon - 80% hasil penapisan diserap di sini - 75% ion mineral diserap - 70% air juga diserap di sini Tubul proximal menyebabkan penyerapan efektif kerana: - Membren sel tubul proximal terdiri daripada mikrovilus- ini menambahkan permukaan penyerapan - Mengandungi banyak mitokondria untuk menjana tenaga ATP bagi membantu pengangkutan aktif

Penyerapan semula di liku Henle -Di liku Henle menurun, air diserap melalui osmosis dan di liku Henle menaik natrium diserap. Penyerapan di tubul Distal -Air diserap melalui proses osmosis, ion natrium dan ion bikarbonat diserap melalui pengangkutan aktif Penyerapan di duktus pengumpul -Air diserap melalui osmosis (c) Rembesan Berlaku di tubul proximal.nitrogen, dadah, dan antibiotik yang dicerna oleh hati dirembes keluar Ion kalium dan hidrogen dalam darah juga dirembes keluar di tubul distal