CPR (CARDIOPULMONARI RESUSITASI/ RESUSITASI KARDIOPULMONARI)
Semasa kursus ini, anada akan mempelajari cara-cara melakukan CPR: Bila dan bagaimana bantuan pernafasan diberi untuk membekalkan udara ke paru-paru mangsa nafas terhenti Bila dan bagaimana tekanan dada dilakukan untuk mengalirkan darah mangsa jantung terhenti
Teknik-Teknik CPR CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada. CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas (ABCs of CPR): Saluran pernafasan (Airway) Pernafasan (Breathing) Edaran darah (Circulation)
Saluran Pernafasan (Airway)
Saluran Pernafasan (Airway) Paling utama ialah membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa Belakang lidah dan epiglotis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang tidak sedar diri Oleh kerana lidah dan epiglotis tercantum di bahagian bawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu ke atas, anda boleh mengangkat lidah dan epiglotis daripada bahagian belakang tekak dan saluran pernafasan terbuka
Pernafasan (Breathing)
Pernafasan (Breathing) Apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan akan mati sekiranya tiada oksigen simpanan dalam paru-paru dan darah Bantuan pernafasan mulut ke mulut adalah cara yang tercepat untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru mangsa Udara yang dihembus mengandungi cukup oksigen untuk sekurang-kurangnya menampung sebahagian daripada keperluan mangsa Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri
Jika jantung mangsa masih berdenyut, anda perlu: Sekiranya mangsa tidak sedar tetapi bernafas dan tiada tanda-tanda trauma, letak mangsa mengiring dalam posisi pemulihan. Jika jantung mangsa masih berdenyut, anda perlu: Pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan Berikan pernafasan bantuan Jika jantung mangsa tidak berdenyut, pernafasan bantuan dan tekanan dada perlu dimulakan
Posisi pemulihan
Edaran Darah (Circulation)
Edaran Darah (Circulation) Tekanan dada mengekalkan tekanan darah ke paru-paru, otak, arteri koronari, dan organ-organ penting lain Apabila tekanan dada dijalankan pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resutisasi, letak mangsa dalam posisi pemulihan