Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Sijil Pengajian Ugama (SPU) Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Sijil Pengajian Ugama (SPU) Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri"— Transcript presentasi:

1 Sijil Pengajian Ugama (SPU) Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri
SIRAH RASUL SAW (Minggu pertama) Sijil Pengajian Ugama (SPU) Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri

2 PENDAHULUAN Matlamat modul ini bertujuan untuk memberi suatu gambaran dan penjelasan yang jelas mengenai perjuangan dan perjalanan sejarah dakwah Nabi Muhammad s.a.w. hingga zaman kewafatannya. Pendekatan modul ini adalah dengan mengambil muatan topik-topik utama sebagai bahan pengajian dan pengajaran di sepanjang sejarah Rasulullah saw.

3 TOPIK PENGAJARAN Peranan dan pentingnya riwayat hidup Rasulullah s.a.w. dalam memahami Islam Peristiwa hidup Rasulullah s.a.w. sebelum diutus menjadi Rasul Peristiwa hidup Rasulullah s.a.w. di Mekah setelah diutus menjadi Rasul Hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah Keadaan semasa di Madinah ketika Hijrah Pembentukan masyarakat yang makmur di Madinah - Struktur masyarakat baru - Mempersaudarakan kaum muslimin - Carta Persefahaman Islam - Perjanjian dengan kaum Yahudi dan butirannya Ghazwah Badr dan pengajarannya Ghazwah Uhud dan pengajarannya Perjanjian al-Hudaibiyah dan faedah-faedah dari perjanjian Dakwah dan risalah Rasulullah s.a.w. kepada raja-raja dan gabenor-gabenor Pembukaan Kota Mekah Haji al-Wida’ Kewafatan Rasulullah s.a.w Muhammad s.a.w. nabi yang terakhir

4 PENTINGNYA SIRAH NABAWIYAH
Pentingnya Sirah Nabawiyah untuk memahami Islam Tujuan mengkaji Sirah Nabawiyah adalah agar setiap Muslim memperoleh gambaran tentang hakikat Islam secara menyeluruh, yang tercermin di dalam kehidupan Nabi Muhammad saw, sesudah ianya difahami secara konsepsional sebagai prinsip, kaidah dan hukum. Memahami peribadi kenabian Rasulullah saw melalui celah-celah kehidupan dan kondisi-kondisi yang pernah dihadapinya, untuk menegaskan bahawa Rasulullah saw bukan hanya seorang yang terkenal genius di antara kaumnya, tetapi sebelum itu baginda adalah seorang Rasul yang didukung oleh Allah dengan wahyu dan taufiq dariNya.

5 PENTINGNYA SIRAH NABAWIYAH
Agar manusia mendapatkan gambaran al-Matsalul al’a’la (contoh ideal) menyangkut seluruh aspek kehidupan yang utama untuk dijadikan undang-undang dan peduman kehidupannya. Tidak diragukan lagi betapa pun manusia mencari contoh ideal mengenai salah satu aspek kehidupan, dia pasti akan mendapatkan di dalam kehidupan Rasulullah saw contoh secara jelas dan sempurna. Kerana itu, Allah menjadikannya qudwah bagi seluruh manusia. Firman Allah swt: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi bagimu…” (QS al-Ahzab: 21) Melalui kajian Sirah Rasulullah saw, seorang Muslim dapat mengumpulkan sekian banyak tsaqofah dan pengetahuan Islam yang benar, baik menyangkut aqidah, hukum ataupun akhlak. Sebab tidak diragukan lagi bahawa kehidupan Rasulullah saw merupakan gambaran yang konkrit dari sejumlah prinsip dan hukum Islam. Agar setiap pembina dan da’i islam memiliki contoh hidup menyangkut cara-cara pembinaan dan dakwah. Adalah Rasulullah saw seorang dai’ pemberi nasihat dan pembina yang baik, yang mencari cara-cara pembinaan dan pendidikan terbaik selama beberapa periode dakwahnya.

6 SUMBER SIRAH NABAWIYAH
1. Kitab Allah Kitab Allah merupakan rujukan pertama untuk memahami sifat-sifat umum Rasulullah saw dan mengenal tahapan-tahapan umum dari Sirahnya yang mulia ini. Ia mengemukakan Sirah Nabawiyah dengan menggunakan salah satu dari dua uslub: Pertama: Mengemukakan sebahagian kejadian dari kehidupan dari sirahnya. Seperti ayat-ayat yang menjelaskan tentang perang Badar, Uhud, Khandaq, dan Hunain, serta ayat-ayat yang mengisahkan perkahwinan dengan Zainab binti Jahsyi. Kedua: Menghurai kasus-kasus dan peristiwa-peristiwa yang terjadi untuk menjawab masalah-masalah yang timbul atau mengungkapkan masalah yang belum jelas, atau untuk menarik perhatian kaum Muslim kepada pelajaran dan nasihat yang terkandung di dalamnya.

7 SUMBER SIRAH NABAWIYAH
2. Sunnah nabawiyah yang shahih Apa yang terkandung di dalam kitab-kitab para imam hadith yang terkenal jujur dan amanah. Seperti kitab-kitab enam, Muwaththa’ Imam Malik, dan Musnad Imam Ahmad. Sumber kedua ini lebih luas dan lebih detail. Hanya saja belum tersusun secara berurutan dan sistematis dalam memberikan gambaran kehidupan Rasulullah saw sejak lahir hingga wafat. Hal ini disebabkan oleh dua hal: Pertama: Sebahagian besar kitab-kitab ini disusun hadith-hadithnya berdasarkan bab-bab fikih atau sesuai dengan pembahasan yang berkaitan dengan syari’at Islam. Oleh kerana itu hadith-hadith yang berkaitan dengan sirahnya yang menjelaskan bahagian dari kehidupannya terdapat pada berbagai tempat diantara semua bab yang ada. Kedua: para imam hadith, khususnya penghimpun al Kutub as-Sittah, ketika mengumpulkan hadith-hadith Rasulullah saw tidak mencatat riwayat sirahnya secara khusus, hanya mencatat dalil-dalil syari’ah secara umum yang diperlukan.

8 SUMBER SIRAH NABAWIYAH
3: Kitab-kitab Sirah Kajian-kajian Sirah di masa lalu diambil dari riwayat-riwayat pada masa sahabat yang disampaikan secara turun-temurun tanpa ada yang memperhatikan untuk menyusun atau menghimpunnya dalam satu kitab, walaupuon sudah ada beberapa orang yang memperhatikan secara khusus Sirah Nabi saw secara detail. Hanya pada generasi Tabi’in, Sirah Rasulullah saw diterima dengan penuh perhatian dengan banyaknya di antara mereka yang mulai menyusun data tentang Sirah Nabawiyah yang didapatkan dari lembaran-lembaran kertas. Di antara mereka ialah : Urwah bin Zubeir yang meninggal pada tahun 92 Hijriyah, Syurahbil bin Sa’d (123 Hijriyah), Wahab bin Munabbih (110 Hijriyah) dan Ibnu Syaihab as-Zuhri (wafat tahun 124 H). Namun semua yang pernah mereka tulis sudah lenyap, tidak ada yang tersisa kecuali beberapa bahagian yang sempat diriwayatkan oleh Imam ath-Thabari. Ada yang mengatakan bahawa sebahagian tulisan Wahab bin Munabbih sampai sekarang masih tersimpan di Heidelberg, Jerman.

9 SUMBER SIRAH NABAWIYAH
Kemudian muncul generasi penyusun Sirah berikutnya, tokoh generasi ini ialah Muhammad Ishaq (wafat 152H). Lalu disusul oleh generasi sesudahnya dengan tokohnya al-Waqidi (wafat 203H) dan Muhammad bin Sa’d, penyusun kitab ath-Thabari al-Kubra (wafat 130H). Para ulama sepakat, bahawa apa yang ditulis oleh Muhammad bin Ishaq merupakan data yang paling terpercaya tentang Sirah Nabawiyah (pada masa itu). Namun kitabnya al-Maghazi termasuk kitab yang telah musnah dalam waktu sejarah. Sesudah Muhammad bin Ishaq, muncul Abu Muhammad Abdul Malik yang terkenal dengan Abi Hisyam. Ia meriwayatkan Sirah tersebut dengan berbagai penyempurnaan. Kitab Sirah Nabawiyah dinisbatkan kepada Ibnu Hisyam yang sekarang ini hanya merupakan duplikat dari Maghazi Ibnu Ishaq.

10 SUMBER SIRAH NABAWIYAH
Ibnu Khalikan berkata: Ibnu Hisyam adalah orang yang menghimpun Sirah Rasulullah saw dari al-Maghazi dan as-Siyar karangan Ibnu Ishaq. Ia telah menyempurnakan dan meringkasnya. Kitab inilah yang ada sekarang dan yang terkenal dengan Sirah Ibnu Hisyam. Selanjutnya, lahirlah kitab-kitab Sirah Nabawiyah. Sebahagiannya menyajikan secara menyeluruh, tetapi ada pula yang memperhatikan segi-segi tertentu, seperti al-Asfahani di dalam kitabnya Dala’il an Nubuwah, Tirmizi di dalam kitabnya Asy-Syama’il dan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitabnya Zad al-Ma’ad.

11 PERISTIWA HIDUP RASULULLAH S.A.W. SEBELUM DIUTUS MENJADI RASUL
SIRAH RASUL SAW PERISTIWA HIDUP RASULULLAH S.A.W. SEBELUM DIUTUS MENJADI RASUL

12 PERISTIWA SEJAK LAHIR RASULULLAH SAW SEHINGGA SEBELUM BI’TSAH
KELAHIRAN NABI BERTEMU PENDETA BAHIRA KE PANGKUAN IBUNYA YANG PENYAYANG KE PANGKUAN DATUK YANG AMAT MENYAYANGI KE PANGKUAN BAPA SAUDARA YANG MENGASIHANI PEPERANGAN AL-FIJAR PERJANJIAN AL-FUDUL PERKAHWINAN BAGINDA DENGAN KHADIJAH (R.A) MEMBANGUN KAABAH & MENYELESAIKAN PERTIKAIAN MELALUI KEHIDUPAN DGN KERJA KERAS MENYENDIRI DI GUA HIRA

13 NASAB KELAHIRAN NABI Nasabnya ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib (namanya Syaibatu al-Hamid) bin Hasyim bin Abdi Manaf (namanya al-Mughirah) bin Quraisy (namanya Zaid) bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nazar bin Mu’iddu bin Adnan. Muslim meriwayatkan dengan sanadnya dari Rasulullah saw, beliau bersabda: “Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah dari anak Isma’il dan memilih Quraisy dari Kinanah, kemudian memilih Hashim dari Quraisy dan memilihku dari Bani hasyim.” Nabi Muhammad saw dilahirkan pada tahun gajah, yakni tahun di mana Abrahah al-Asyram berusaha menyerang Mekkah dan menghancurkan Ka’bah. Lalu Allah menggagalkannya dengan mu’jizat yang mengagumkan, sebagaimana diceritakan di dalam al-Quran. Menurut riwayat yang paling kuat jatuhnya pada hari Senin malam 12 Rabi’ulawal. Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim ketika ibunya mengandungkannya dua bulan. Lalu ia diasuh oleh datuknya Abdul Muthalib, dan disusukannya sebagaimana tradisi Arab waktu itu kepada seorang wanita Bani Sa’d bin Bakar, bernama Halimah binti Dzu’aib.

14 NASAB KELAHIRAN NABI Para perawi Sirah telah sepakat bahawa pedalaman Bani Sa’d pada waktu itu sedang mengalami musim kemarau yang menyebabkan keringnya ladang ternakan dan pertanian. Tidak lama setelah Muhammad berada di rumah Halimah, tinggal di kamarnya dan menyusu darinya, menghijaulah kembali tanaman-tanaman di sekitar rumahnya, sehingga kambing-kambingnya pulang kandang dengan perut kenyang dan sarat air susu. Selama keberadaan Nabi saw di pedalaman Bani Sa’d terjadilah peristiwa pembelahan dada sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim kemudian ia dikembalikan kepada ibunya setelah genap berumur lima tahun. Ketika sudah berumur enam tahun, ibunya, Aminah meninggal dunia. Kemudian berada dalam asuhan datuknya, Abdul Muthalib. Tetapi setelah genap berusia delapan tahun, datuknya meninggal dunia. Setelah itu dia diasuh oleh pakciknya Abu Thalib.

15 PERJALANAN KE SYAM Ketika berusia 12 tahun, Rasulullah saw diajak pamannya Abu Thalib ke Syam dalam suatu kafilah dagang. Pada waktu kafilah berada di Basyra, mereka melewati seorang pendeta bernama Bahira. Ia adalah seorang pendeta yang banyak mengetahui Injil dan ahli tentang masalah-masalah kenasranian. Bahira melihat Nabi saw. dan mengamati Nabi dan mengajak berbicara. Bahira menyuruh Abu Thalib membawa Nabi pulang ke negerinya, dan berjaga dari dilihat orang-orang Yahudi kerana pasti akan dijahati. Abu Thalib segera membawanya kembali ke Mekkah. Memasuki masa remaja, Rasulullah saw mulai berusaha mencari rezeki dengan menggembala kambing. Rasulullah saw pernah bertutur dengan dirinya, bahawa beliau dahulu mengembalakan kambing penduduk Mekkah dengan upah beberapa qirath. Selama masa mudanya, Allah telah memeliharanya dari penyimpangan yang biasanya dilakukan oleh pemuda seusianya.

16 PEPERANGAN FIJAR Ketika Nabi berusia dua puluh lima tahun, bangsa Quraisy dikejutkan oleh serangan Banu Qois. Dalam peperangan tersebut Nabi ikut membantu tentera Quraisy dengan mengambilkan tombak dan anak panah yang dilemparkan oleh musuh untuk diberikan kepada tentera Quraisy agar dapat dilemparkan kembali ke arah musuh. Kerana itulah sejak kecil baginda telah mengenal medan perang dan taktik peperangan. Dalam sejarah peperangan tersebut disebut peperangan Fijar.

17 PERJANJIAN AL-FUDHUL Perjanjian Al-Fudhul adalah sumpah yang diikrarkan oleh sebahagian orang Quraisy yang berjanji untuk membela hak-hak orang yang dianiaya. Perjanjian Al-Fudhul tersebut dihadiri oleh Nabi sebelum diutus. Perjanjian Al Fudhul terjadi kerana ada seorang badui dari dusun Zubaid datang ke kota Mekkah untuk menjual barangannya. Barang tersebut di jual kepada seorang pemuka Quraish yang bernama Ash bin Wail ayah kepada Amru bin Ash. Namun harang-barang itu tidak dibayar oleh Ash bin Wa’il walaupun dia tergolong orang kaya; dan kerana tidak ada yang berani menegur kepadanya. Orang badui tersebut berusaha sekuat tenaga untuk meminta pertolongan dari beberapa orang pemuka Quraisy namun gagal. Lalu beliau meminta belas dari sesiapa yang mengasihani. Beberapa orang berkumpul di rumab Abdullah bin Jud’an dan bersumpah untuk membela hak orang yang dianiaya. Mereka bersumpah dan berjanji akan menuntut kepada Ash bin Wa’il sampai mahu melunasi pembayaran. Perjanjian tersebut dinamakan Perjanjian Fudhul. Akhirnya Ash hin Wa’il terpaksa melunasi pembayaran hutang tersebut .

18 PERDAGANGAN HARTA KHADIJAH
Khadijah, menurut riwayat Ibnu al-Atsir dan Ibnu Hisyam adalah seorang wanita pedagang yang mulia dan kaya. Beliau sering mengirim orang kepercayaannya untuk berdagang. Ketika beliau mendengar khabar kejujuran Nabi saw, dan kemuliaan akhlaknya, beliau mencuba mengamati Nabi saw dengan membawa dagangannya ke Syam. Khadijah membawakan barang dagangan yang lebih baik dari apa yang dibawakan kepada orang lain. Dalam perjalanan dagang ini Nabi saw ditemani Maisarah, seorang kepercayaan Khadijah. Nabi berhasil membawa keuntungan yang berlipat ganda, sehingga kepercayaan Khadijah bertambah terhadapnya. Khadijah menyatakan hasratnya untuk menikah dengan Nabi saw, dengan perantaraan Nafisah binti Muniyah. Nabi saw menyetujuinya, kemudian Nabi menyampaikan hal itu kepada paman-pamannya. Mereka meminangkan Khadijah untuk Nabi saw dari paman Khadijah, Amr bin Asad. Ketika menikahinya, Nabi berusia 25 tahun.

19 PEMBINAAN KAABAH Ka’bah adalah “rumah” yang pertama kali dibangun atas nama Allah, untuk menyembah Allah dan mentauhidkanNya. Dibangun oleh bapa para Nabi, Ibrahim as. Membangunkan berdasarkan wahyu dan perintah dari Allah swt: “Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah berserta Isma’il (seraya berdo’a).. Ya Rabb kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (QS al-Baqarah : 127) Setelah itu Ka’bah mengalami beberapa kali serangan yang mengakibatkan kerapuhan bangunannya. Di antaranya adalah serangan banjir yang menenggelamkan Mekkah beberapa tahun sebelum bi’tsah, sehingga menambah kerapuhan bangunannya. Hal ini memaksa orang-orang Quraisy harus membangun Ka’bah kembali demi menjaga kehormatan dan kesucian bangunannya. Penghormatan dan pengagungan terhadap Ka’bah merupakan sisa atau peninggalan syari’at Ibrahim as. yang masih terpelihara di kalangan orang Arab.

20 PEMBINAAN KAABAH Rasulullah saw sebelum bi’tsah pernah ikut serta dalam pembangunan Ka’bah dan pemagarannya. Baginda ikut serta secara aktif mengusung batu di atas bahunya. Pada waktu itu Rasulullah saw berusia 35 tahun, menurut riwayat yang paling shahih. Nabi saw memiliki pengaruh besar dalam menyelesaikan kemelut yang timbul akibat perselisihan dalam menyelesaikan tentang siapa yang berhak mendapatkan kehormatan meletakkan hajar aswad di tempatnya. Semua pihak tunduk kepada usulan yang diajukan Nabi saw, kerana mereka semua mengenalnya sebagai al-amin (terpecaya) dan mencintainya.

21 MENYENDIRI DI GUA HIRA Mendekati usia empat puluh tahun, mulailah tumbuh pada diri Nabi saw kecenderungan untuk melakukan ‘uzlah. Allah menumbuhkan pada dirinya rasa senang untuk melakukan ikhtilaa’ (menyendiri) di gua Hira’ (Hira’ adalah nama sebuah gunung yang terletak di sebelah barat laut kota Mekkah). Ia menyendiri dan beribadah di gua tersebut selama beberapa malam. Kadangkala sampai sepuluh malam, kadangkala lebih dari itu, sehingga satu bulan. Kemudian beliau kembali ke rumahnya sejenak hanya untuk mengambil bekal baru untuk melanjutkan Ikhtilaa’nya di gua Hira’. Demikianlah Nabi saw terus melakukannya sampai turun wahyu kepadanya ketika beliau sedang melakukan ‘uzlah.

22 PERMULAAN WAHYU Imam Bukhari di dalam Sahihnya dalam bab permulaan wahyu meriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan cara permulaan wahyu yang mafhumnya: “Wahyu pertama diterima oleh Rasulullah saw dimulai dengan suatu mimpi yang benar. Dalam mimpi itu baginda melihat cahaya terang laksana fajar menyingsing di pagi hari. Kemudian baginda digemarkan (oleh Allah) untuk melakukan khalwah (‘uzlah). baginda melakukan khalwat di gua Hira’ melakukan ibadah selama beberapa malam, kemudian pulang kepada keluarganya (Khadijah) untuk mengambil bekal. Demikianlah berulang kali hingga suatu saat baginda dikejutkan dengan datangnya kebenaran di dalam gua Hira’. Pada suatu hari datanglah Malaikat lalu berkata, “Bacalah”, Baginda menjawab, “aku tidak dapat membaca”. Rasulullah saw menceritakan lebih lanjut, Malaikat itu lalu mendekati aku dan memelukku sehingga aku merasa lemah sekali, kemudian aku dilepaskan. ia berkata lagi, “Bacalah” Aku menjawab, “Aku tidak dapat membaca.” Untuk yang ketiga kalinya ia mendekati aku dan memelukku hingga aku merasa lemas, kemudian aku dilepaskan. Selanjutnya ia berkata lagi, “Bacalah dengan nama Rabbmu yang telah menciptakan… menciptakan manusia dari segumpal darah…” dan seterusnya. Sahih Bukhari - hadith nombor 3

23 PERMULAAN WAHYU Rasulullah saw segera pulang dalam keadaan gementar sekujur badannya menemui Khadijah lalu berkata, “Selimutilah aku… selimutlah aku…” Kemudian baginda diselimuti hingga hilang rasa takutnya. Setelah itu baginda berkata kepada Khadijah, “Hai Khadijah, tahukah engkau mengapa aku tadi begitu?” Lalu baginda menceritakan apa yang baru dialaminya. Selanjut baginda berkata: “Aku sesungguhnya khawatir terhadap diriku (dari gangguan makhluk jin). Siti Khadijah menjawab: Tidak! Bergembiralah! Demi Allah sesungguhnya tidak akan membuat anda kecewa. Anda seorang yang suka menyambung tali keluarga, selalu menolong orang yang susah, menghormati tamu dan membela orang yang berdiri di atas kebenaran.

24 PERMULAAN WAHYU Beberapa saat kemudian Khadijah mengajak Rasulullah saw pergi menemui Waraqah bin Naufal, salah seorang anak paman Siti Khadijah. Di masa jahiliyah ia memeluk agama Nasrani. Ia dapat menulis huruf Ibrani, bahkan pernah menulis bahagian-bahagian dari Injil dalam bahasa Ibrani. Ia seorang yang sudah lanjut usia dan telah kehilangan penglihatannya. Kepadanya Khadijah berkata: “Wahai anak pamanku, dengarkanlah apa yang hendak dikatakan oleh anak-lelaki saudaramu (yakni Muhammad saw)”. Waraqah bertanya kepada Muhammad saw, “ Hai anak saudaraku, ada apakah gerangan?” Rasulullah saw kemudian menceritakan apa yang dilihat dan dialami di dalam gua Hira’. Setelah mendengar keterangan Rasulullah saw, Waraqah berkata: “Itu adalah malaikat yang pernah diutus Allah kepada Musa. Alangkah bahagianya seandainya aku masih muda perkasa! Alangkah gembiranya seandainya aku masih hidup tatkala kamu diusir oleh kaummu! Rasulullah saw bertanya, “Apakah mereka akan mengusir aku?” Waraqah Menjawab, “Ya” Tak seorangpun yang datang membawa seperti yang kamu bawa kecuali akan diperangi. Seandainya kelak aku masih hidup dan mengalami hari yang akan kamu hadapi itu, pasti kamu ku bantu sekuat tenaga ku.” Tidak lama kemudian Waraqah meninggal dunia, dan untuk beberapa waktu lamanya Rasulullah saw tidak menerima wahyu. Sahih Bukhari - hadith nombor 3

25 PERMULAAN WAHYU Terjadi perselisihan tentang berapa lama wahyu tersebut terhenti. Ada yang mengatakan tiga tahun, dan ada pula yang mengatakan kurang dari itu. Pendapat yang lebih kuat ialah apa yang diriwayatkan oleh Baihaqi bahawa masa terhentinya wahyu tersebut selama enam bulan. Tentang kedatangan Jibril yang kedua, Baihaqi meriwayatkan sebuah riwayat dari Jabir bin Abdillah, ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw berbicara tentang terhentinya wahyu. Beliau berkata kepadaku: “Di saat aku sedang berjalan, tiba-tiba aku mendengar suara dari langit. Ketika kepala ku angkat, ternyata malaikat yang datang kepadaku di gua Hira’, ku lihat sedang duduk di kursi antara langit dan bumi. Aku segera pulang menemui isteriku dan ku katakan kepadanya, “Selimutilah aku, selimutilah aku.. Selimutilah aku…Sehubungan dengan itu Allah kemudian berfirman: “ Hai orang yang berselimut, bangunlah dan beri peringatan. Agungkanlah Rabb-mu, sucikanlah pakaianmu, dan jauhilah perbuatan dosa…” Sejak itu wahyu mulai diturunkan secara berterusan. Sahih Bukhari - hadith nombor 4

26 Sesi perbincangan dan soal jawab
Sekian dahulu Terima kasih Sesi perbincangan dan soal jawab


Download ppt "Sijil Pengajian Ugama (SPU) Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google