Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSuryadi Setiawan Telah diubah "7 tahun yang lalu
1
AQIDAH UNIT 9 Kelas Bimbingan Dewasa
2
BERIMAN KEPADA QADHA’ & QADAR
3
PERKARA YANG AKAN DIPELAJARI
Perbezaan Qadha’ dan Qadar. Manusia disuruh berusaha dan berdoa jika inginkan sesuatu yang dihajati. Qadha’ dan Qadar Allah menunjukkan bahawa manusia itu amat memerlukan pertolonganNya dan kuasa manusia amat terbatas.
4
PENGERTIAN QADHA’ & QADAR
Qadha’ ialah ketentuan Allah yang azali untuk setiap makhluknya. Ketentuan tersebut ialah Allah menciptakan sesuatu baik, jahat, bermanfaat, malapetaka dan semupamanya dengan kehendaknya.
5
PENGERTIAN QADHA’ & QADAR
Qadar (takdir) adalah keputusan atau perlaksanaa terhadap segala sesuatu yang telah ditentukan dalam Qadha’Nya. Semua kejadian yang terjadi di dunia ini sesuai dengan Qadha’ dan Qadar. Tiada seorang pun yang mengetahuinya kecuali Allah.
6
PENGERTIAN QADHA’ & QADAR
Sebagai seorang Islam, wajib kita mempercayai dan menyakini dengan sepenuh hati bahawa segala yang terjadi sudah ditentukan Allah. Semuanya sudah ditulis di Lauh Mahfuz.
7
PENGERTIAN QADHA’ & QADAR
Firman Allah Ta’ala: مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّـهِ يَسِيرٌ “ Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum kami menciptakan perkara itu berlaku. Sesungguhnya yang berlaku itu adalah mudah bagi Allah.” (al-Hadid:22)
8
PENGERTIAN QADHA’ & QADAR
Firman Allah Ta’ala: إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ “ Sesungguhnya Kami telah menciptakan segala sesuatu dengan qadar.” (al-Qamar:49) Sebelum terjadinya sesuatu di dunia ini, Allah telah menentukan dan menetapkannya terlebih dahulu.
9
PENGERTIAN QADHA’ & QADAR
Setiap yang berlaku dan yang akan berlaku tidak menyimpang dari ketentuan yang telah ditetapkan Allah.
10
IKHTIAR, QADHA’ & QADAR IKHTIAR usaha manusia untuk memperolehi sesuatu yang menguntungkan baginya. Meskipun Allah telah menetapka qadha’ dan qadar bagi setiap sesuatu, manusia tidak boleh bergantung kepada takdir semata-mata. Manusia harus terus berusaha dan berdoa.
11
IKHTIAR, QADHA’ & QADAR Manusia hanya berusaha dan Allah yang menentukan. Manusia wajib berusaha sesuai dengan kekuatan yang diberikan Allah dan tidak boleh berdiam siri dengan alasan segala sesuatu telah ditentukan.
12
IKHTIAR, QADHA’ & QADAR “ Bagaimana tekunnya seseorang itu beribadah, jika Allah menentukan dia adalah ahli neraka, maka dia akan masuk ke dalam neraka. Sebaliknya jika Allah menentukan seseorang itu ahli syurga maka ia akan masuk syurga walaupun tidak pernah beribadah kepadaNya.” Ini adalah satu tanggapan yang salah.
13
يَمْحُو اللَّـهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِندَهُ أُمُّ الْكِتَابِ
IKHTIAR, QADHA’ & QADAR Firman Allah Ta’ala: يَمْحُو اللَّـهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِندَهُ أُمُّ الْكِتَابِ “Tuhan menghapuskan apa yang dikehendaki dan menetapkan; dan pada sisiNya ada Ummul Kitab (lauh Mahfuz)” (ar-Ra’ad: 39)
14
IKHTIAR, QADHA’ & QADAR Usaha adalah daripada perintah agama. Firman Allah Ta’ala: وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّـهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ “ “ Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan RAsulNya serta orang-orang Mukmin akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (at-Taubah:105)
15
HIK AH BERIMAN KEPADA QADHA’ & QADAR
1) Tawaadhu’: tidak sombong apabila memperolehi kenikmatan dan kelebihan kerana itu semua disandarkan kepada qadha’ dan qadar Allah. Tidak dari hasil ikhtiar dan usaha semata-mata.
16
HIK AH BERIMAN KEPADA QADHA’ & QADAR
2) Tidak mudah putus asa apabila menemui kegagalan. Firman Allah Ta’ala: قُلْ مَن ذَا الَّذِي يَعْصِمُكُم مِّنَ اللَّـهِ إِنْ أَرَادَ بِكُمْ سُوءًا أَوْ أَرَادَ بِكُمْ رَحْمَةً ۚ “ “ Katakanlah Siapakah yang dapat melindungi kamu dari takdir Allah, jika Allah menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu.” (al-Ahzab:17)
17
HIK AH BERIMAN KEPADA QADHA’ & QADAR
Mendorong untuk bertawakkal setelah berusaha. Kemampuan manusia sangat terbatas. Usaha, doa dan kemudian Tawakkal. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : لا يُردّ القضاءَ إلا الدّعاءُ “ Tiada sesuatu yang boleh menolak (mengubah) qadha’ melainkan doa.” (HR Tirmizi)
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.