Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
ETIKA BERPAKAIAN RASMI
2
PAKAIAN WANITA BAGI MAJLIS RASMI
Baju kebaya labuhnya sehingga ke paras lutut Kain baju kebaya tidak boleh yg ada belah samada di tepi atau di belakang. Blaus bagi pakaian sari hendaklah yang ada lengan & tidak menunjukkan perut dan pusat. Pakaian cheongsam hendaklah labuh ke paras tumit kaki & ada lengan serta belahannya sampai ke paras lutut sahaja. Berkasut yang sesuai
3
KESESUAIAN PAKAIAN WANITA
Elakkan memakai kain berkilat / berkilau pada siang hari Elakkan memakai satu warna sahaja Jangan melebihi 4 warna pada satu masa Pilihan warna kain berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan Jangan terikut-ikut fesyen yg mungkin tidak sesuai Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang
5
KESESUAIAN PAKAIAN WANITA
Solekan jangan keterlaluan Gunakan bedak yang mempunyai bau tidak kuat Rambut disisir rapi Semua bahagian rambut tertutup dan kemas jika pakai tudung Warna tudung hendaklah bertentangan dgn warna baju Pilih sarung kaki warna kulit
6
KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI
Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang kolar) Jangan lipat bahagian lengan bagi kemeja lengan panjang
7
KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI
Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang Sesuaikan warna tali leher dengan baju Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet Sesuaikan warna stokin dengan seluar Kasut bersih dan berkilat (bertali halus bulat)
8
BLAZER, SPORT JACKET & SUIT
Blazer – kain kosong tanpa corak, mempunyai design tertentu dan biasanya berbutang emas Sport jacket – kain bercorak spt corak kotak kecil atau sebagainya, 3 atau 4 butang serta poket kiri & kanan Suit/lounge suit – set pakaian seluar dan ‘top’ yang lengkap hingga ke bawah
9
HIASAN Barang-barang kemas
Hiasan seperti cincin, jam, gelang tangan, rantai leher atau subang perlu dipakai, Pakai tidak lebih daripada 2 jenis rantai, Gunakan hiasan berlian yang berkilat, Tidak sesuai memakai hiasan yang keterlaluan, Tidak sesuai memakai terlalu banyak cincin di jari, Tidak sesuai hiasan di lengan jenis berbunyi.
10
HIASAN Beg tangan Sesuaikan warna dengan kasut dan pakaian
Jenis bertali atau jenis kepit bagi majlis rasmi, Jenis kecil bertali pendek bagi jamuan makan & dibawa bersama penyangkut, Berwarna-warni tidak sesuai untuk ke majlis penuh istiadat / majlis rasmi, Gunakan kasut sewarna, Warna gelap sangat sesuai untuk majlis rasmi.
11
HIASAN Tali pinggang Dari jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai, Kepala tali pinggang yang kecil untuk ke pejabat.
12
HIASAN Kasut : Wanita Elakkan tumit terlalu tinggi,
Pilih warna sesuai, Disyorkan warna hitam (pejabat) Sandal – kurung / kebaya Bertutup (court shoes) – skirt labuh, overcoat Paling penting : selesa
13
HIASAN Kasut : Lelaki Pilih warna sesuai,
Disyorkan warna hitam (sekolah/pejabat) Sesuai tempat dan acara, Paling penting : selesa
14
MINYAK WANGI Pewangi yang lembut sesuai untuk siang hari
Pewangi yang kuat baunya / daya tarikannya sesuai untuk sebelah malam Minyak wangi tulen (parfum) adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit sahaja Eau de toilette kurang pekat dan perlu dipakai beberapa kali sehari Semburan badan adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat
15
Web Khidmat Negara JENIS-JENIS PAKAIAN Pakaian kebangsaan rasmi
Pakaian kebangsaan hitam Pakaian kebangsaan Lounge suit Bush jacket Pakaian barat Web Khidmat Negara
16
Waktu Siang Hari Pakaian Kebangsaan Rasmi: Baju Melayu Cekak Musang, berseluar, bertanjak, berbengkong, berkeris, berstokin hitam dan berkasut kulit hitam. Pakaian Rasmi Yang DiPertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri. Pakaian-pakaian Rasmi Darjah Kebesaran bagi D.M.N., S.M.N., S.S.M., P.M.N., P.S.M., P.J.N. dan P.S.D. Pakaian Seragam (Uniform) Angkatan Tentera, Polis DiRaja Malaysia, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan yang mempunyai Pakaian Seragam (Istiadat) atau pakaian rasmi secara barat. Pakaian Pagi (Morning Suit) atau Lounge Suit warna kehitaman (Dark Lounge Suit) dengan baju kemeja putih berkolar dan berkasut kulit warna hitam. * Jika dipakai Darjah Lencana Leher bersama-sama dengan Pakaian Pagi atau lounge suit, tali lehernya hendaklah dipakai bow.
17
Waktu Malam Hari Pakaian Kebangsaan Rasmi seperti waktu siang berwarna hitam dan tiada berkeris. Mess Kit untuk Majlis Rasmi Malam atau Pakaian Petang Rasmi secara barat. Tail Coat hitam, Waist-coat putih, Kemeja putih berkanji di sebelah hadapan, Wing Collar, Bow putih, Seluar hitam, Stokin hitam dan Kasut kulit hitam atau; Shell Jacket putih, Kemeja putih berkanji di sebelah hadapan, Wing collar, Bow hitam, Waist-coat putih atau Cummerbund hitam, Stokin hitam dan Kasut kulit hitam. * Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat hendaklah dipakai apabila Pakaian Rasmi dikehendaki dipakai.
18
PAKAIAN ALTERNATIF BEKERJA & MAJLIS RASMI
22
SEKIAN, TERIMA KASIH Pekeliling
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.