Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSurya Iskandar Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Kemenjadian Guru Asas Pembentukan Kemenjadian Murid
Seminar IHES Kali ke-4 Kemenjadian Guru Asas Pembentukan Kemenjadian Murid Oleh: Hjh. Azimah Binti Haji Abdul Aziz SRA Taman Permata Gombak, Selangor
2
Definisi GURU “Bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh, pembimbing dalam proses pembelajaran” kamus dewan
3
Guru- Pendidik Al- Muallimin (Guru) Al- Mudaris (Pengajar)
Al- Muaddib (Pendidik) Al- Wallid (orang tua) Imam Al-Ghazali
4
Kemenjadian Guru Keberhasilan untuk membentuk sahsiah murid dan memastikan proses kemenjadian murid menjadi satu realiti. Guru mithali boleh menjadi contoh terbaik untuk murid-muridnya. Pensyarah Kanan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah (2014)
5
“Kemenjadian Guru Asas Pembentukan Kemenjadian Murid”
Membangunkan generasi Al-Quran sebagai khalifah dimuka bumi untuk melaksanakan ibadah semata-mata kepada Allah S.W.T
6
Falsafah Pendidikan Islam JAIS
Satu usaha berterusan ke arah membina potensi individu Berilmu, Beriman, Beramal, Berakhlak Mulia dan Berketerampilan secara seimbang dan sepadu berlandaskan wahyu Allah dan sunah Rasulullah bagi mendidik masyarakat muslim yang Bertakwa, Maju, Mampu Bersaing untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan kebahagian di akhirat.
7
5M: Menjana Tingkat Kemenjadian Guru bagi Merealisasikan FPJAIS
1) Mudarris Mengajar dan pengajaran. Guru membantu murid untuk memahami. 2) Muallim Menyampai, mengamal dan meningkatkan ilmu pengetahuan. Memasukkan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.
8
Melebihi tahap Muallim.
3) Murabbi Memperbaiki, memimpin, mentadbir, menyayangi, menasihati, membimbing dan menjadi contoh. Melebihi tahap Muallim. Guru Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekaligus membentuk peribadi, sikap dan tabiat anak didiknya.
9
4) Muaddib (Ta’dib) Bererti budi pekerti. Mendidik ke arah pembentukan akhlak dan peradaban murid. Hampir kepada istilah mentor. Pemupuk adab, akhlak, nilai, proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Guru Muaddib bukan sahaja mengajar, bahkan mengamalkan nilai-nilai murni tersebut.
10
5) Mursyid Menunjuk ke arah kehidupan yang benar dan petunjuk jalan yang lurus. Seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutama dalam bidang kerohanian. Bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur. Merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh guru.
11
4 Sifat Wajib Rasul sebagai Pengukuh Kemenjadian Guru
Firman Allah dalam Q.S. Al-Ahzab; 21 لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”.
12
SIDDIQ Benar dalam perkataan dan perbuatan. 2) AMANAH Di percayai jika satu urusan diserahkan kepadanya nescaya akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
13
3) TABLIGH Menyampaikan tidak ada yang disembunyikan 4) FATONAH Cerdas bijaksana
14
5M 4 Sifat Rasul Menuju ke arah 7 Ciri Generasi Al-Quran
Tawhid Aqidah sebagai asas kehidupan yang diredhai Allah Tazkiyah Hati/jiwa yang tulen dan kembali kepada fitrah Hikmah Kesesuaian dengan Al-Quran dan As-Sunnah 4) Istiqomah Berpendirian teguh, stabil dan mantap.
15
5) Muamalah Kemahiran komunikasi dan interaksi. 6) Deen Menjadikan Islam sebagai sistem kehidupan yang lengkap. 7) Amanah Jelas matlamat dan peranan hidup sebagai hamba dan khalifah Allah. Usaha dengan kesungguhan - melahirkan murid mengikut falsafah pendidikan JAIS.
16
Ciri – Ciri Generasi Al Quran
Generasi yang terbentuk mengikut acuan Al-Quran: Bersih pemikirannya, pandangan hidupnya, perasaannya hatinya dan murni jalan hidupnya Insan yang memiliki penuh keimanan, taqwa, memelihara hubungan dengan Allah dalam setiap tindaklakunya Menampilkan keperibadian Muslim yang terbina berasaskan Tauhid
17
Kemenjadian Guru Asas kepada Kemenjadian Murid
Objektif pendidikan adalah sama dengan objektif dakwah Rasulullah S.A.W, mengajarkan tentang : IMAN – Aqidah yang sahih (AQIDAH) ISLAM – Sistem kehidupan yang benar (IBADAH) EHSAN – Tingkah laku yang terpuji (AKHLAK) TANDA-TANDA HARI KIAMAT – Mengingatkan tentang matlamat kehidupan
18
IMAN : Penyucian Aqidah
Menyedarkan manusia tentang kewujudan satu-satunya Tuhan iaitu Allah S.W.T melalui ilmu Naqli; Wahyu Al Quran dan As Sunnah Aqli; pengkajian dalam menghayati ciptaan-Nya Menjadikan manusia lebih kenal dan lebih dekat kepada Allah S.W.T Hasilnya adalah peningkatan Iman yang sahih
19
ISLAM : Ikhlas Dalam Ibadah
Sistem Kehidupan Islam; semua perkara yang kita lakukan adalah ibadah dengan syarat : Niat yang tulus Tidak bercanggah dengan syariat Melahirkan manusia yang ikhlas dalam setiap perbuatannya; tidak mengharapkan balasan selain dari Allah S.W.T Hasilnya adalah peningkatan rasa kehambaan
20
EHSAN : Kesempurnaan Akhlak
Natijah daripada IMAN yang sahih dan RASA KEHAMBAAN yang tinggi, akan lahirlah AKHLAK yang terpuji. Akhlak yang terpuji adalah kunci kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia Akhlak yang terpuji juga adalah nilaian untuk kejayaan hidup di akhirat (syurga) selepas iman
21
TANDA-TANDA KIAMAT Manusia sentiasa sedar bahawa kehidupan dunia adalah sementara dan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal Dunia adalah tempat untuk mengumpul bekalan untuk akhirat Segala yang berlaku dalam kehidupan kita di dunia adalah ujian untuk meningkatkan tahap keimanan kita sebelum kembali kepada Allah S.W.T
22
Kriteria Guru yang Baik Menurut Imam Al-Ghazali
Kasih sayang kepada murid Menyayangi murid seperti anaknya sendiri. 2) Mengajar kerana mencari keredhaan Allah Mendekatkan diri kepada Allah.
23
3) Selalu Menasihat Murid
Tidak boleh membiarkan muridnya mempelajari pelajaran yang lebih tinggi sebelum menguasai pelajaran yang sebelumnya. Mengingatkan murid ilmu tujuannya mendekatkan diri kepada Allah, bukan untuk berbangga dan menyombong diri.
24
4) Mencegah murid dari akhlak yang buruk
Cara sindiran atau kiasan untuk mengelak murid sakit hati. Menggunakan cara yang halus. 5) Tidak memperlekehkan ilmu yang tidak dikuasai dihadapan murid-murid Perlu tampil sebagai teladan
25
6) Mencukupkan murid menurut kadar pemahamannya
Kadar pemahaman murid berbeza. 7) Memberi kefahaman kepada murid-murid dengan sejelas-jelasnya Memahami bakat dan jiwa murid
26
الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ
8) Guru mengamalkan ilmunya dan menjadi teladan bagi murid (Mursyid) Elak/awas diri guru dari termasuk dalam ancaman Allah. أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ “Mengapakah kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri....” Surah Al-Baqarah: 44
28
Sekian terima kasih
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.