Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
TEMA MENIKMATI KEMAKMURAN SEBENAR
PETIKAN ALKITAB Lukas 12: 13-21
2
PENDAHULUAN Peribadi dalam perumpamaan ini ternyata makmur (16) oleh kerana kebaikan Allah. Namun bila dia merancang untuk menambahkan lagi hartanya dia menjadi tamak dan mengabaikan Allah. Cerita ini menyentuh sikap kita bila Allah semakin memakmurkan kita dengan harta kekayaan. Sikap tamak membuat pertimbangan kita silap. Sikap seimbang memakmurkan.
3
1. KETAHUI DAN KEJAR PANDANGAN AKAN HIDUP SEBENAR (Ayat 15)
Yesus adalah jalan, kebenaran dan hidup. Cari dan kejar Yesus bukan harta kekayaan. Pandangan akan kehidupan sebenar menentukan kelakuan kita. Syarat untuk mati tidak harus di hari tua; maut boleh menghalang kita menikmati kemakmuran sebenar lebih awal.
4
2. GAYA HIDUP KITA SEJAJAR DENGAN ERTI KEHIDUPAN SEBENAR (Ayat 17-19)
Kemakmuran adalah bahagian kita (termasuk harta benda) dan Allah menyediakannya. Bila anda makmur jadilah berkat bagi orang lain. Tetapi harta kekayaan semata-mata tidak menjamin kepuasan hati atau istirehat yang sebenar dan kekal.
5
3. LEBIH BAIK CARI KEPUASAN DAN ISTIREHAT DALAM ALLAH (Ayat 20-21)
Minta, engkau mendapat. Cari, engkau menermukannya. Ketuk, peluang itu jadi milikmu. Dalam semua hal berpuas hatilah dengan apa yang Tuhan sediakan kerana kelimpahan harta kekayaan bukanlah kehidupan sebenar, meskipun kita dapat mengumpulkannya.
6
PENUTUP Jangan terpedaya dengan usikan harta kekayaan semata-mata sebab si kaya pun tidak pernah menyiapkan kain kafan buat dirinya meski hanya selembar.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.