Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Barangkali.....

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Barangkali....."— Transcript presentasi:

1 Barangkali....

2 Pada suatu hari, Seseorang mengetuk pintu rumah kita, Lalu kita membuka pintu tersebut.

3 Dan mendapati Rasulullah s.a.w menziarah
ke rumah kita.

4 Kita yang sangat gembira dan berbesar hati,
Menjemput junjungan besar kita ke rumah.

5 Barangkali kita akan teringat…
Mengenai cerita lucah yang sedang kita tonton di komputer.

6 Lalu kita meminta izin untuk menyimpannya dahulu,
Terlupa pula pada koleksi cd ‘XXX’ rated yang bertimbun di atas katil...

7 Barangkali kita tersedar…
Kita tidak mempunyai sejadah di rumah, Lalu kita mencari kain pelikat untuk dijadikan tikar sembahyang…

8 BARANGKALI

9 Barangkali… Kita juga terpaksa membersih sebuah kamar, Untuk dijadikan tempat sembahyang…

10 Barangkali… Kita akan mencabut poster-poster bintang bola sepak, Yang menghiasi rumah kita…

11 Dan menggantikan dengan hiasan-hiasan
ayat Al-Quran.

12 Barangkali kita tersedar…
Kakak kita tidak mempunyai koleksi pakaian yang sesuai, Untuk berjumpa dengan Rasulullah...

13 Barangkali kita menyedari…
Adik-adik kita tidak hafal zikir-zikir munajat, Tetapi ingat dalam kepala lagu Linkin Park dan Mawi.

14 Barangkali kita sedar…
Masa kecil kita dihabiskan, Dengan bermain playstation dan gameboy, Tanpa menyedari khasiat ilmu ketika muda...

15 Barangkali kita malu… Keluarga kita leka di depan tv semasa azan berkumandang, Sedangkan orang lain berpusu-pusu ke masjid….

16 Barangkali kita terdiam…
Jika Rasulullah bertanyakan nama imam, Yang bertugas di masjid berdekatan.

17 Barangkali kita berasa malu…
Jika Rasulullah bertanyakan nama tukang sapu, Yang tiap-tiap hari menyapu halaman rumah kita.

18 Barangkali kita terkedu…
Jika Rasulullah bertanyakan amalan-amalan kita semasa sihat.

19 Dan barangkali kita tidak tertahan lagi…
Jika Rasulullah menyoal, Tanggungjawab kita terhadap, Saudara-saudara Islam yang memerlukan.

20 Setelah apa yang terjadi, Adakah kita masih tergamak
Untuk menjemput Rasulullah masuk ke rumah? Ataupun, dengan rasa berat hati Akhirnya kita terpaksa menolak kedatangan baginda? Inilah HAKIKAT DIRI… Kita ini mudah alpa dan lemah....

21 Maafkan kami Ya Rasulullah Ampunkanlah kami wahai Tuhan kami...
“...Kan pasti mengalir air mataku, Kerna pancaran ketenanganmu, Ya Rasulullah Ya Habiballah, Terimalah kami sebagai umatmu, Kurniakanlah syafaatmu...” Maafkan kami Ya Rasulullah Ampunkanlah kami wahai Tuhan kami...

22 ..:: sekian ::.. -SAfAR pRoDuCtIoN-


Download ppt "Barangkali....."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google