Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak"— Transcript presentasi:

1 Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak

2 Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak
Perkembangan adalah satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan Lahir Matang

3 Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-kanak
Santrock mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Perkembangan bersifat kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal. Contohnya kematangan. Kita dapat lihat di sini bahawa kanak-kanak berumur 12 tahun lebih matang daripada kanak-kanak berumur 6 tahun.

4 Robert Havighurst Arnold Gesell John W. Santrock

5 Teori Perkembangan Arnold Gesell
Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia adalah sangat dipengaruhi oleh faktor kematangan. Beliau juga mengatakan bahawa perkembangan seseorang individu itu mengikut suatu jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. Beliau juga berpendapat bahawa kadar perkembangan adalah berbeza bagi setiap individu. Beliau juga berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk mereka berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu perkara hanya kerana usianya dikatakan sesuai untuk melakukan perkara tersebut.

6 Teori perkembangan Robert Havighurst
Robert Havighurst menerangkan tentang konsep tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu pada setiap peringkat perkembangan hidupnya. Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut akan membawa kepada rasa bahagia kepada individu tersebut manakala kegagalan menyempurnakan tugas akan menyebabkan individu tersebut menghadapi masalah dalam melaksanakan tugas-tugas berikutnya.

7 Pandangan Ahli psikologi
Perkembangan manusia adalah dari segi: - Semua perkara diatas di pengaruhi 2 faktor utama iaitu baka dan persekitaran Kognitif Jasmani Emosi Rohani Sosial

8 Faktor Baka Pengaruh Genetik Perbezaan individu
 Perbezaan Mental ( kognitif ) Perbezaan emosi

9 Faktor persekitaran Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Tambah beliau lagi, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut terhadap persekitaran.

10 Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan
Aspek Pertumbuhan Perkembangan Jasmani Pertumbuhan saiz,berat,gigi,organ deria,anggota Kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan,melihat, mendengar,membuat kerja Mental Bertambah keupayaan berfikir Kemahiran memikir,mengingat, menelaah,menganalisis Emosi Perasaan seronok, gembira,duka,takut, bimbang,sedih Kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu Sosial Meluaskan perhubungan,komunikasi dan pergaulan dengan orang lain Kemahiran mendisiplin dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain.

11 Prinsip – Prinsip Pertumbuhan & Perkembangan
1 pertumbuhan berlaku dalam 2 arah: Dari atas ke bawah Dari tengah ke tepi 2. Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya 3. Pertumbuhan secara menyeluruh mendahului secara khusus

12 4 .Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi pada kadar yang berbeza
5.Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, perkembangan berlaku secara berterusan hingga akhir hayat. 6.Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi.

13 7 .Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan ditentukan mengikut peringkat-peringkat;
Peringkat pralahir (kandungan) Peringkat bayi (0-2 tahun) Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun) Peringkat akhir kanak-kanak (6-12 tahun) Peringkat awal remaja (12-15 tahun) Peringkat akhir remaja (15-21 tahun) Peringkat dewasa (21-60 tahun) Peringkat tua (60 tahun ke atas)

14 8.Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak
9.Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pendapat orang lain

15 Sedikit Tambahan Peranan Guru dalam Proses Perkembangan Kanak-kanak 1.Menyiapkan diri sebagai seorang pendidik yang serba boleh. 2.Menyuburkan minat dan idea murid atau pelajar . 3.Berusaha menerapkan nilai-nilai murni dan penerapan rohani yang sepatutnya.

16 Sumber Rujukan Mok Soon Sang,Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah:Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi ,2003,Kuala Lumpur.


Download ppt "Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google