Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PUISI MODEN (SAJAK) Duhai Pentafsir
2
DUHAI PENTAFSIR Pentafsir, sebenarnya telah lama kucari
suaramu yang sarat ke mana jatuhnya gema itu? di manakah tempat istirahat setelah pengembaraan yang penat di manakah telah kau rakamkan pertemuan matahari, rimba dan lautan? Senja ini menemuiku dengan lusuh catatanmu angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku sedang aku belum ketemu surat yang kautuliskan padaku. Pentafsir, musim telah terlalu tua kaca jendela menjadi kelabu dan aku telah terlalu lesu untuk menari bersama bayang-bayangmu senja pun semakin larut lembar-lembar jadi semakin kuning apakah aku harus mengebumikan buku-buku ini di samping pusaramu yang sepi. Telah hilangkah ia atau kau tidak pernah menulisnya ah, aku tidak bisa tidur dan melupakan racun keresahan telah membunuh lenaku sejak kudahagai penawar dalam lautan nota-notamu kiranya terdampar dalam angin yang ragu yang tidak mengenal arah tiupannya angin tanpa sabar yang telah melunturkan kehijauan dalam keriangan masa kecilku. Hentikan ejekanmu biar kupecahkan kaca ini melihat keluar. Lalu mengenal rumpun-rumpun yang redup adalah pengakuanmu, Tuhanku! yang menjernihkan mataku.
3
MAKSUD SAJAK Pentafsir, sebenarnya telah lama kucari suaramu yang sarat ke mana jatuhnya gema itu? di manakah tempat istirahat setelah pengembaraan yang penat di manakah telah kau rakamkan pertemuan matahari, rimba dan lautan? Senja ini menemuiku dengan lusuh catatanmu angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku sedang aku belum ketemu surat yang kautuliskan padaku. Telah hilangkah ia atau kau tidak pernah menulisnya ah, aku tidak bisa tidur dan melupakan racun keresahan telah membunuh lenaku sejak kudahagai penawar dalam lautan nota-notamu kiranya terdampar dalam angin yang ragu yang tidak mengenal arah tiupannya angin tanpa sabar yang telah melunturkan kehijauan dalam keriangan masa kecilku. Penyajak mencari pentafsir (pembimbing) yang dapat memimpinnya ke jalan kebenaran. Dalam usia tua, penyajak menyedari segala kesilapannya tetapi dia belum menemui hidayah. Pentafsir, musim telah terlalu tua kaca jendela menjadi kelabu dan aku telah terlalu lesu untuk menari bersama bayang-bayangmu senja pun semakin larut lembar-lembar jadi semakin kuning apakah aku harus mengebumikan buku-buku ini di samping pusaramu yang sepi. Kehidupan penyajak penuh dengan keresahan. Dia melakukan kesilapan kerana tidak mendapat didikan agama yang cukup semenjak kecil. Penyajak sedar bahawa dirinya semakin tua dan keadaan fizikalnya pun telah berkurang. Keadaan itu menyukarkannya mendalami ilmu agama. Hentikan ejekanmu biar kupecahkan kaca ini melihat keluar. Lalu mengenal rumpun-rumpun yang redup adalah pengakuanmu, Tuhanku! yang menjernihkan mataku. Selama ini, penyajak terpengaruh oleh pelbagai pengaruh jahat, tetapi kini dia telah sedar dan ingin mendekatkan dirinya kepada Allah.
4
TEMA & PERSOALAN Tema sajak Duhai Pentafsir ialah orang yang kehilangan arah setelah lama menikmati kehidupan di dunia ini. Persoalan-persoalan yang diselitkan oleh penyajak dalam sajak ini ialah: Penyesalan terhadap kesilapan yang pernah dilakukan. Kepentingan ilmu agama dalam kehidupan manusia. Kesedaran untuk mendekatkan diri kepada Allah atau mendalami ilmu agama setelah menyedari kejahilan diri sendiri. Kegigihan usaha dalam mencari kebahagiaan hidup.
5
BENTUK & NADA SAJAK 5 rangkap Nada: Melankolik 5-9 baris serangkap
2-6 patah kata sebaris 6-10 suku kata sebaris Rima akhir R1: abcbbdd Rima akhir R2: aaaa Rima akhir R3: aabccabc Rima akhir R4: abbcdee Rima akhir R5: abcdaa Nada: Melankolik Perasaan sedih kerana kesukaran mencari ketenangan dan kebahagiaan hidup. Rasa sayu kerana apa-apa yang diusahakan pada masa lalu adalah sis-sia sahaja.
6
GAYA BAHASA Kata ganda Inversi Metafora Sinkope Personifikasi
mengoyak-ngoyakkan, lebar-lebar, bayang-bayangmu, bukan-bukan Inversi dengan lusuh catatanmu Metafora racun keresahan, lautan nota-notamu Sinkope senja itu menemuiku Personifikasi angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembaran buku Hiperbola pertemuan matahari, rimba dan lautan Asonansi (pengulangan vokal) Dan aku telah terlalu lesu Aliterasi (pengulangan konsonan) di samping pusaramu yang sepi
7
NILAI Gigih berusaha. Cinta akan agama. Keinsafan.
Penyajak berusaha menimba ilmu yang dapat menjadi panduan hidupnya. Cinta akan agama. Penyajak berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah. Keinsafan. Penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya dan dia berazam untuk mengatasi segala kelemahan itu serta berharap akan mendapat hidayah daripada Allah.
8
PENGAJARAN Kita hendaklah menginsafi segala kesilapan yang pernah kita lakukan pada masa lalu. Kita hendaklah mempelajari ilmu agama semenjak kecil supaya dapat terus mengamalkannya apabila dewasa atau sudah tua. Kita mestilah berusaha mengukuhkan semangat dan iman untuk melawan pengaruh negatif. Kita mesti mencari orang yang arif untuk membantu kita kembali ke jalan yang benar.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.