Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Persampelan
2
Persampelan Sampel merupakan satu set kes yang dipilih oleh penyelidik daripada satu populasi. Sampling element (unsur persampelan) – unit analisis yang digunakan dalam kajian. Sampling frame (rangka persampelan)- senarai semua unsur dalam populasi yang dikaji.
3
Persampelan rawak (probability sampling)
Simple random sampling (persampelan rawak mudah) Penyelidik membuat rangka persampelan dan memberi nombor kepada setiap kes atau unsur dalam populasi. Dengan menggunakan jadual nombor rawak (random number table) penyelidik memilih sampel yang dikehendaki. Setiap unsur dalam populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih
4
Persampelan sistematik (systematik sampling)
Juga merupakan persampelan rawak. Penyelidik membuat rangka persampelan. Penyelidik menentukan selang persampelan (sampling interval). Penyelidik memilih unsur pertama secara rawak dan memilih unsur-unsur seterusnya berdasarkan selang persampelan.
5
Contoh
6
Jadual nombor rawak
7
Persampelan berlapis (stratified sampling)
Penyelidik membahagikan populasi kepada beberapa kategori yang saling ekslusif (mutually exclusive). Penyelidik memilih sampel secara rawak daripada setiap kategori. Bilangan yang dipilih daripada setiap kategori adalah berdasarkan nisbah dalam populasi.
8
Persampelan kelompok (cluster sampling)
Sering digunakan bila rangka persampelan tidak lengkap dan apabila populasi merangkumi kawasan geografi yang besar. Populasi dibahagikan kepada kelompok-kelompok dan seterusnya kelompok-kelompok ini dipilih secara rawak. Sering dilakukan dalam 2 atau tiga peringkat.
9
Contohnya: Peringkat pertama: penyelidik memilih kelompok secara rawak. Peringkat kedua: penyelidik memilih di dalam kelompok (yang telah dipilih secara rawak dalam peringkat pertama) secara rawak.
10
Saiz sampel Banyak faktor perlu diambil kira dalam menentukan saiz sampel. Seringkali sample yang besar adalah baik namun begitu ia tidak menjamin bahawa sampel itu akan mewakili ciri-ciri yang wujud dalam populasi.
11
Sumber Neuman, W. L. (2006). Social Research Methods: qualitative and quantitative. Wadsworth: Thomson Bailey, K. D. (1992). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: DBP.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.