Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA."— Transcript presentasi:

1 BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA

2 KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA

3 (b) Nyatakan teori-teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan
huraikan bukti-bukti yang dikemukakan oleh sejarawan bagi menyokong teori mereka itu. ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms ) (1) Teori Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab Arab Islam berkembang di Asia Tenggara dari Semenanjung Arab Crawford Dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas. Canton Catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi mempunyai penempatan di Canton. Perdagangan – Sejak awal lagi pedagang Arab menguasai perdagangan dari Mesir hingga ke China. Singgah Pedagang Arab yang berdagang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara.

4 Kampung - Wujud sebuah perkampungan Islam di Utara Sumatera pada
Kesusasteraan -Wujud persamaan bahan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab. Sheikh Karya tempatan menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh sheikh dari Semenanjung Tanah Arab.

5 (ii) Teori Islam dari China
China - Islam tersebar di Asia Tenggara menerusi China Eridia - Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eridia dan S.Q.Fatimi. Peniaga - Bukti yang dikemukakan ialah peniaga Arab mengembangkan Islam di kalangan peniaga China di Canton. Sebar Apabila peniaga China Islam berdagang ke Asia Tenggara,mereka menyebarkan Islam kepada masyarakat di Asia Tenggara. Pindah Berlakunya perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang di Canton ke Asia Tenggara sekitar tahun 876 M. Batu Penemuan Batu Tersurat Terengganu yang ditemui di Sg. Tersat di Kuala Berang mencatatkan wujudnya hubungan perdagangan antara Terengganu dengan China. Seni bina- Unsur-unsur seni bina masjid di nusantara ada persamaan dgn unsur seni bina China.

6 (iii) Teori Islam datang dari India
India Islam dikemukakan di Asia Tenggara menerusi India. Hungronje - Dikemukakan oleh Snouck Hungronje. Hubungan - Hubungan perdagangan telah lama wujud antara India dgn Asia Tenggara. Nisan Batu nisan Malik Ibrahim di Gerisik,Jawa dan Malik al-Salih di Pasai mempunyai ciri buatan India. Kebudayaan- Wujudnya unsur kebudayaan India di Asia Tenggara.

7 PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA
Apakah faktor-faktor yang membantu penyebaran Islam di Asia Tenggara ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.179 ) Perdagangan - Disebarkan oleh pedagang-pedagang yang datang berdagang. Sikap Sikap terbuka dan kesediaan masyarakat Asia Tenggara. Perkahwinan - Melalui perkahwinan siasah dan perkahwinan biasa. Raja Pengislaman raja dan golongan bangsawan menjadi ikutan rakyat. Kerajaan Kerajaan Islam menyebarkan Islam ke tanah jajahan dan negeri naungan. Intelek Kerajaan islam juga berperanan sebagai pusat kebudayaan dan keintelektualan Islam. Pendakwah - Pendakwah dihantar ke kawasan tertentu menyebarkan Islam. Istimewa Keistimewaan Islam menarik minat masyarakat.

8 (b) Bagaimanakah Islam boleh tersebar di Asia Tenggara melalui
perdagangan ? ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms & ) Pedagang – Dakwah islamiah disebarkan oleh pedagang Islam berketurunan Arab,China dan India yang berdagang ke Asia Tenggara. Singgah Mereka singgah di pelabuhan Asia Tenggara menunggu perubahan angin monsun. Bual Menjadikan kepercayaan dan agama Islam sebagai tajuk perbualan dengan pedagang tempatan. Bawa Pedagang Islam membawa ulama bersama-sama mereka untuk menyebarkan Islam. Menetap Mereka menetap dan membina perkampungan. Kampung - Perkampungan Islam menjadi pusat perbincangan agama Islam. Kahwin Ada di antara mereka yang mengahwini wanita tempatan. Nilai Nilai-nilai Islam yang yang diperlihat menarik minat penduduk tempatan mendalami Islam. Terpuji Sifat terpuji yang dimiliki oleh pedagang Islam menarik minat penduduk tempatan memeluk Islam.

9 Baik - Pedagang Islam mempunyai hubungan yang baik dengan
pemerintah tempatan. Istimewa Pedagang Islam menggunakan keistimewaan yang diberikan oleh pemerintah untuk berdakwah. Syahbandar - Mereka menggunakan jawatan syahbandar yang dianugerah oleh pemerintah untuk menyebarkan Islam. [14 x 2m = Mak.12 markah ]

10 PENGARUH ISLAM DI ASIA TENGGARA
Apakah unsur-unsur baru yang diperkenalkan oleh Islam dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran kerajaan di Asia Tenggara? ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms ) Institusi Institusi kesultanan yang diwarisi daripada kerajaan Abbasiyah dan kerajaan Turki Uthmaniyah diperkenalkan. Ketua Sultan diletakkan sebagai ketua negara. Mufti Mufti dilantik sebagai penasihat sultan. Pegawai - Pegawai dan petugas seperti kadi,khatib,bilal,pemungut zakat, penyelia baitulmal dan penjaga harta wakaf diwujudkan. Sultan Pemerintah menggunakan gelaran Sultan. Gelaran - Raja-raja diberi gelaran Khalifatul Mukminin dan Zilullah fil Alam Agama Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam. Khalifah - Sultan dianggap khalifah Allah dan harus adil. Pentadbiran - Sultan menerapkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran. Nama Nama raja juga menggunakan nama Islam. Syariah Kerajaan Islam memperkenal undang-undang syariah. Praktik Undang-undang Islam dipraktikkan dengan tegas. Jihad Islam menggerakkan semangat jihad menentang penjajah.

11 (b) Berikan kegunaan tulisan jawi
( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms ) Tulisan rasmi dalam pentadbiran Untuk membaca dan menulis bahan kesusasteraan Menjadi bahasa lingua franca / bahasa perantaraan antara pedagang Bahasa ilmu Tulisan dalam seni khat dan seni ukir [5 x 1m = Mak. 2 markah ]

12 (c) Nyatakan perubahan-perubahan dalam cara hidup masyarakat selepas
kedatangan Islam ke rantau Asia Tenggara. ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms ) Kepercayaan animisme berubah kepada kepercayaan kepada Allah Cara hidup Islam diasimilasikan ke dalam budaya masyarakat Islam dijadikan ad-din Cara berpakaian berorientasikan Islam Sistem sosial berkonsepkan persaudaraan dan persamaan taraf Nilai akhlak Islam menjadi panduan dalam kehidupan harian Amalan bersatu-padu digalakkan dalam masyarakat [7 x 1m = Mak.3 markah ]

13 (d) Apakah perubahan yang dibawa oleh islam dalam bidang ekonomi
masyarakat Asia Tenggara? ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.190 ) Institusi Baitulmal diperkenalkan Konsep mencari rezeki yang halal Galakan menceburi bidang perniagaan Amalan riba,penindasan dan penipuan adalah satu kesalahan Nilai-nilai murni dalam ekonomi digalakkan [5 x 1m = Mak. 2 markah ]

14 (b) Bagaimanakah pengaruh Islam memberi kesan terhadap perkembangan
sistem pendidikan di Asia Tenggara ? ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms ) Peluang - Peluang mendapatkan pendidikan terbuka kepada golongan awam Sikap Sikap mementingkan ilmu pengetahuan dapat ditanam ke dalam jiwa masyarakat. Formal Wujudnya institusi pendidikan formal seperti istana,pondok, pesantren,madrasah dan surau. Terjemah - Munculnya pusat penterjemahan karya agama. Pondok Pendidikan pondok meluas di negara-negara Asia Tenggara. Sistematik - Wujudnya sistem pendidikan yang lebih sistematik yang berasaskan peringkat pendidikan. Luar Institusi pendidikan di Asia Tenggara menerima pelajar dari luar. Wanita Wanita mendapat peluang belajar dan memegang jawatan. [8 x 2m = Mak.8 markah ]

15 PENGARUH ISLAM DI ASIA TENGGARA
Nyatakan kesan-kesan kedatangan Islam terhadap perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu di Nusantara. ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms ) Kewujudan tulisan jawi Tulisan jawi menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran Bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran dan perdagangan Bahasa Melayu menjadi lingua franca Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu Bahasa Melayu meminjam istilah bahasa Arab Gaya bahasa Melayu dipengaruhi gaya dan tatabahasa Arab Kesusasteraan melayu dipengaruhi bentuk sastera Islam Fungsi sastera sudah berubah daripada hiburan kepada tujuan mengkritik [9 x 1m = Mak.3 markah ]


Download ppt "BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google