Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
ISLAM HADHARI DAN HUBUNGAN ETNIK
BAB 9 ISLAM HADHARI DAN HUBUNGAN ETNIK
3
Objektif pengajaran 1. Memahami pendekatan Islam Hadhari dalam kehidupan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum. 2. Memastikan agar pendekatan Islam Hadhari dalam konteks perhubungan etnik tidak seharusnya dijadikan polimik dalam kalangan para ilmuwan dan cendekiawan yang cintakan kebenaran. 3. Mendedahkan bahawa pendekatan Islam Hadhari sentiasa sesuai dalam konteks hidup bermasyarakat. 4. Mengutara konsep toleransi yang dibenarkan Islam.
4
LIPUTAN KULIAH 1. Pengenalan 2. Makna hadhari
3. Pendekatan Islam Hadhari 4. Ke Arah pembentukan masyarakat hadhari 5. Masyarakat dan Hubungan Etnik 6. Asas-asas Hubungan Etnik daam konteks Islam Hadhari 7. Aplikasi hubungan etnik dalam masyarakat hubungan etnik 8. Kesimpulan
5
PENGENALAN Malaysia terdiri daripada masyarakat multi-etnik namun negara mampu mengekalkan perpaduan semenjak mencapai kemerdekaan dengan mengambil pelbagai langkah bagi mengekalkan hubungan yang harmoni sekalipun pernah menghadapi peristiwa 13 Mei 1969. Selepas peristiwa tersebut kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pendidikan Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan pelbagai lagi bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan negara.
6
Perbezaan etnik, kepercayaan dan budaya seharusnya tidak menjadi halangan untuk hidup bersatu padu dan harmoni. Kerajaan Malaysia memperkenalkan “Islam Hadhari” sebagai satu pendekatan baru dalam memacu agenda pembangunan negara. Antaranya membawa kemajuan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik dan anutan agama mereka. Justeru ia perlu difahami leh semua lapisan masyarakat.
7
sambungan Prinsip Islam Hadhari seperti Kerajaan Adil dan Beramanah, Rakyat Berjiwa Merdeka, Pengusaan Ilmu Pengetahuan, Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif, Kehidupan Berkualiti, Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita, Keutuhan Budaya dan Moral Pemuliharaan Alam Semulajadi perlu dihayati bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.
8
MAKNA HADHARI “Hadhari” diterjemahkan sebagai kemajuan ketamadunan.
Menurut pemikir dan ahli teori sosial Islam Malik Bennabi, beliau mendapat pendidikan di Algeria dan Prancis, istilah “hadharah” membawa maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dan spiritual.
9
Ia juga ditakrifkan sebagai Islam yang mempunyai sifat-sifat kemajuan ketamadunan tinggi yang menekankan peri pentingnya kedua-dua aspek fizikal dan spiritual yang menekankan nilai-nilai positif; keadilan, keamanan, berkasih sayang selaras dengan makna hadhari.. Ia berbeza dengan agenda pembangunan tamadun Barat.
11
Aspek hadhari juga menekankan asas-asas Islam yang merangkumi semua perkara termasuk memberikan perhatian penting mengenai pembangunan masyarakat serta membina peradaban dan ketamadunan insan meliputi jasmani dan rohani.
12
PENDEKATAN ISLAM HADHARI
Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan pembangunan dan urus tadbir masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam Ia selari dengan kenyataan YAB Dato Seri Abullah Ahmad Badawi yang menjelaskan berhubung Islam Hadhari yang berasaskan kepada pembangunan dan pembinaan peradaban dengan mengamalkan Islam sebagai satu pegangan yang memfokuskan kepada mempertingkatkan kualiti kehidupan yang seimbang dalam semua aspek.
14
KE ARAH MEMBENTUK MASYARAKAT HADHARI
Kini globalisasi merupakan satu fenomena yang telah membentuk wajah baru dunia, seakan-akan menjadi semakin sempit dan tanpa batasan sempadan. Malaysia perlu menangani cabaran globalisasi dalam pelbagai dimensi hidup dengan penuh berhati-hati dan bijaksana agar agenda negara tidak pincang dengan cara memantapkan kestabilan ekonomi dan politik, mengukuhkan ketahanan budaya dan ikatan sosial di kalangan masyarakat dan komuniti.
15
Matlamat utama pembentukan masyarakat Hadhari
Pembinaan masyarakat Hadhari tidak seharusnya hanya menumpukan kepada usaha memperkasa ekonomi semata-mata, tetapi perlu bergerak untuk membina keutuhan moral dan akhlak bangsa yang mantap,progresif, aman dan makmur dengan keadilan yang merata dengan acuan kita sendiri melalui Sepuluh Prinsip Utama yang telah digariskan Perdana Menteri, iaitu;
17
Prinsip yang ke-vii di atas sangat berkaitan dengan topik yang sedang dibincangkan. Justeru Malaysia akan menjadi negara contoh yang utama di dunia di dalam merealisasikan keharmonian hubungan multi-etnik jika prinsip ini dihayati sepenuhnya oleh seluruh warganegara Dalam buku “konsep Islam hadhari: satu penjelasan” yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hasrat pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita dinyatakan sebagaimana berikut:
18
“…Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu kepada setiap individu tanpa diskriminasi,sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam Maqasid as-Syariah. Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang”.
19
Dalam prinsip ke-vii ini juga menekankan penghormatan besar perlu diberikan kepada setiap agama yang sama-sama berkongsi ruang di dalam negara ini. Penganut setiap agama wajib hidup di dalam suasana saling menghormati di antara sesama agama dan tidak ada pihak yang boleh memandang rendah kepercayaan dan amalan agama orang lain kerana bertentangan dengan pokok ajaran Islam itu sendiri. Prinsip ini ditekankan oleh al-Quran di dalam surah al-Hujuraat ayat 13.
20
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”.
21
Dalam usaha mencapai cita-cita murni tersebut, banyak perkara yang perlu kita lakukan dan kadangkala terpaksa kita korbankan. Umpamanya, berfikiran terbuka dan bersedia menerima pandangan orang lain dan saling berlapang dada.
22
TUJUAN ISLAM HADHARI Merangsang ke arah perubahan minda umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan bahkan memerlukan satu perubahan global umat Islam. Menekankan konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan khususnya dalam memenuhi prinsip tujuan-tujuan syariat Islam yang sentiasa berkembang iaitu dengan cara menjaga, memartabat dan memperkasakan : Agama Akal Nyawa Keturunan Harta
23
MASJID BERCIRIKAN HADHARI
24
REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT KINI DAN KAITANNYA DENGAN ISLAM HADHARI SERTA HUBUNGAN ETNIK
Seluruh umat manusia perlu mempelajari dan memahami mengenai hubungan etnik dan sosio-budaya sesuatu kaum dan bangsa lain secara lebih mendalam. Ia menjadi faktor penting yang boleh menyatukan Dunia Timur dan Dunia Barat. Bahkan kecemerlangan ilmu di Baghdad dan di Andalusia pada suatu ketika dahulu, tidak hanya dimonopoli oleh bangsa Arab sahaja tetapi juga oleh bangsa-bangsa lain.
25
Prinsip Islam Hadhari yang menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, bukan hanya untuk kelompok tertentu sahaja, malah ia juga perlu dikuasai oleh semua bangsa dan warna kulit tanpa dibatasi oleh sempadan geografi yang menunjukkan toleransi Islam dalam mendapatkan ilmu. Prinsip ini perlu ditekankan memandang sikap tamak dan mementingkan diri sendiri sesetengah pihak boleh mencetuskan pergeseran, permusuhan dan perpecahan.
26
Selain itu prinsip kerajaan yang adil dan amanah menjadi instrumen penting dan pemangkin dan pendorong ke arah tercetusnya sistem ekonomi apabila kekayaan negara dapat diagihkan secara adil dan saksama serta melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu. Manakala prinsip keimanan dan ketakwaan kepada Allah yang ditekankan dalam masyarakat Hadhari itu tidak menyekat kebebasan beragama kerana manusia yang berilmu tahu membezakan di antara kebenaran dan kebatilan.
27
Kefahaman terhadap konsep patriotisme perlu dihayati dalam konteks hubungan etnik agar dapat mengelakkan daripada berlakunya penindasan dan penjajahan ekonomi dan politik demi mengekalkan kedaulatan negara yang dicintai Ia selari dengan prinsip rakyat yang berjiwa merdeka sebagaimana saranan Islam Hadhari. Apabila masyarakat tidak memiliki jiwa yang merdeka, akan menyebabkan berlakunya penjajahan sama ada secara langsung atau tidak ke atas sesebuah negara. Ini memudah lagi untuk mewujudkan kekacauan kaum, perang saudara serta kehadiran kerajaan yang merupakan boneka penjajahan dengan segala kekejaman dan dasar kuku besinya
28
MASYARAKAT DAN HUBUNGAN ETNIK
Fokus perbincangan penulisan ini adalah hubung kait antara Islam Hadhari dan Hubungan Etnik yang lebih mengfokuskan kepada peranan Islam Hadhari dalam konteks penyatuan masyarakat berbilang kaum khususnya di Malaysia serta mengambil pengajaran daripada sejarah Islam dan penyatuan masyarakat pada zaman Nabi Muhammad SAW.
29
Brownell’s dalam bukunya The Human Community telah merumuskan bahawa masyarakat itu mempunyai lima kriteria: Masyarakat itu ialah satu kelompok jiran yang mengenali antara satu dengan yang lain. Kelompok itu menyeluruh dirangkumkan dalam kaedah umur, jantina, kepintaran, fungsi dan pertolongan, sifat gotong royong antara satu dengan lain. Ia terbendung dalam kelompok berkerjasama, terdapat kebanyakan daripada aktiviti-aktiviti besar dalam penghidupan dianjurkan bersama. Mempunyai perasaan kasih atau ‘sense of belonging’, di samping mempunyai identiti kelompok (group identity) serta perpaduan. Ia juga adalah kelompok kecil seperti keluarga, desa atau pecan kecil di mana seseorang itu dapat berkenalan rapat sesama mereka.
30
Dalam konteks Malaysia, masyarakatnya bersifat multi-etnik dengan kebiasaannya kita menyebut :
Orang Melayu; masyarakat Melayu Orang Cina; masyarakat Cina Orang India; masyarakat India Orang Iban; masyarakat Iban Orang Kadazan; masyarakat Kadazan Lain-lain; komuniti berasaskan etnik
31
Setiap masyarakat mempunyai pelbagai suku kaum seperti masyarakat Melayu mempunyai kaum Jawa, Bugis, Banjar, Mendailing dan sebagainya. Mereka mengamalkan budaya masing-masing berasaskan agama atau adat tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang secara turun menurun. masyarakat tersebut dikenali sebagai masyarakat Malaysia berasaskan semuanya berada di dalam lingkungan geografi yang sama di Malaysia. Mereka terikat dengan dasar kerjasama dan saling perlu memerlukan antara satu sama lain
32
ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS ISLAM HADHARI
Kehidupan yang berteraskan aqidah, syariah dan akhlak Islam merupakan satu tuntutan dalam ajaran Islam Hadhari. Umat yang memenuhi hak, tanggungjawab sosial perlu mengatur hubungan dan pergaulan hidup yang sesuai dengan peraturan dan tujuan syariat demi melahirkan keharmonian dalam masyarakat, terutama dengan jiran tetangga. yang telah ditetapkan oleh Islam.
33
Peraturan, adab dan asas tersebut antaranya ialah:
Berkenal-kenalan Persefahaman Berkerjasama Persaudaraan Berkasih Sayang Saling Menjamin; Peringkat Individu, Keluarga dan Masyarakat
34
APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT HADHARI
Kemesraan Dalam Berkomunikasi Budaya Ziarah Menziarahi Mengambil Berat Memulia Dan Menghormati Seseorang Menghormati Jiran
35
Hubungan sosial dalam kehidupan kini banyak terjalin melalui hubungan menerusi.....
Tempat kerja Institusi. Adat istiadat Aktiviti politik Aktiviti kebajikan Aktiviti sosial Aktiviti rekreasi
36
Aktiviti yang membawa kepada integrasi sosial adalah penting dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Penyediaan kemudahan sosial yang baik juga penting dalam memberi sumbangan kepada integrasi sosial dan pembinaan negara bangsa. Ahli sosiologi lebih menekankan nilai dalaman aspek budaya daripada faktor sosial.
37
Contoh toleransi Nabi Muhammad SAW dalam pergaulan hidup bermasyarakat:
Baginda mengajar umatnya agar bersikap toleransi terhadap sesama jiran tetangga. Sikap toleransi ini dilakukan baginda dengan cara: Berziarah Bermurah hati Bersikap mulia Melakukan kebaikan Mengambil sikap memberi dan menerima antara satu sama lain.
38
Sikap Banginda tersebut seharusnya menjadi ikutan terutama dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum dan pelbagai etnik dalam negara ini agar melahirkan masyarakat harmoni dan bersatu padu Konsep inilah yang dituntut dalam Islam Hadhari seperti mana yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia supaya Islam tidak dilihat dalam bentuk keganasan dan pelampau agama
39
KEPENTINGAN HIDUP MAJU MELALUI PERHUBUNGAN DAN KERJASAMA PELBAGAI ETNIK
Kehidupan bermasyarakat bukanlah tuntutan sosial semata-mata tetapi juga menjadi fitrah manusia secara semula jadi. Perhubungan dan kerjasama pelbagai etnik akan dapat melahirkan satu suasana kehidupan yang aman dan harmonis.
40
Kehidupan dalam konteks pelbagai etnik adalah penting kerana:
1. Memenuhi keperluan hidup manusia Satu tuntutan bagi yang menuntut mereka bekerjasama antara satu dengan yang lain. Kerjasama tersebut bagi memenuhi keperluan hidup sama ada dalam bentuk kebendaan atau memenuhi keperluan bagi mendapatkan perkhidmatan. Faktor-faktor penempatan, kepakaran dan kebolehan manusia mendapat keperluan tersebut perlu menjadi pertimbangan yang memaksa manusia tidak boleh hidup dalam kelompok yang bersifat tertutup.
41
2. Tidak Bergantung Kepada Orang Lain
Pendekatan Islam Hadhari menganjurkan agar manusia berlumba-lumba mengerjakan kebaikan. Keamanan dan keharmonian adalah tuntutan naluri manusia, tiada manusia suka kepada perkelahian, pembunuhan, kehancuran dan kemusnahan, walaupun gejala tersebut itu sentiasa wujud dan kadang-kala berterusan dan berpanjangan. Perkara ini berlaku kerana ada pihak yang kerap memanipulasi demi kepentingan sendiri dan sikap terlalu bergantung dengan pihak yang lain.
42
Pendekatan Islam Hadhari menjelaskan tujuan peradaban Islam adalah semata-mata untuk menjalin hubungan kasih sayang dan membebaskan manusia walau pun berlainan bangsa, etnik dan warna kulit daripada belenggu penjajahan fizikal dan mental.
43
PENGALAMAN SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK MELALUI PIAGAM MADINAH
Beberapa fasal dalam Piagam Madinah yang berkaitan hak dan tanggungjawab rakyat terhadap negara, membuktikan bahawa Negara Islam Madinah yang diasaskan Nabi Muhammad SAW menerima pelbagai etnik. Setiap rakyat dalam negara sama ada muslim atau tidak, mempunyai hak masing-masing dari segi kebebasan bergerak, bersuara, beragama dan keadilan sivil. Demikian juga mereka bertanggungjawab memelihara keharmonian negara Madinah, mengawal dan mempertahankannya daripada gangguan dan serangan musuh dalam dan luar.
44
Isi kandungan perjanjian Nabi Muhammad SAW dengan kaum Yahudi di Madinah:
Bahawa kaum Yahudi daripada bani Auf adalah satu umat bersama orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka dan orang-orang Islam dengan agama mereka, begitu juga dengan orang-orang yang bersekutu dengan mereka, termasuk diri mereka sendiri. Bahawa orang Yahudi hendaklah membiayai Negara sama seperti orang Islam. Maka hendaklah mereka sama-sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai piagam ini.
45
Maka hendaklah mereka saling nasihat menasihati, membuat kebajikan dan bukan membuat dosa.
Sesiapa sahaja tidak boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya. Pertolongan hendaklah diberi kepada orang-orang yang kena zalim. Bahawa orang Yahudi hendaklah bersepakat dengan orang mukmin selama mana mereka tidak berada dalam keadaan perang. Bahawa kota Yathrib adalah terpelihara sepenuhnya; tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini.
46
Bahawa apa jua kemungkaran (bunuh) atau pertelingkahan sesama peserta piagam ini, sekiranya dikhuatiri membawa kepada bencana, hendaklah dirujuk kepada hukum Allah dan penyelesaian oleh Nabi Muhammad SAW. Bahawa tidak boleh diberi perlindungan kepada orang Quraisy (musuh) dan kepada orang-orang yang membantu. Bahawa hendaklah ada perjanjian pertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya. Setiap pihak berkewajipan mengambil BAB untuk mewujudkan kedamaian. Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan bersalah.
47
Piagam Madinah jelas memperlihatkan Islam amat mengambil berat mengenai kehidupan masyarakat majmuk dengan berbagai-bagai etnik dan agama di kota Madinah. Walaupun Nabi Muhammad SAW berasal dari kota Mekah, namun keperibadian unggul dan budaya hidup Islam yang ditunjukkan itu mengkagumkan masyarakat Yathrib, sekaligus menjadi tarikan untuk menerima baginda SAW sebagai seorang pemimpin bagi kota Madinah.
48
LANGKAH-LANGKAH YANG DI AMBIL UNTUK MENYATUKAN MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DI MADINAH
1. Pembentukan Ummah Ummah bermakna masyarakat atau umat manusia. Perkataan “ummah” disebut sebanyak 40 kali dalam al-Quran. Umat-umat yang disebut dalam al-Quran termasuklah umat Nabi Isa AS, Nabi Ibrahim AS dan umat Nabi Muhammad SAW. Manakala orang-orang Ansar merupakan penduduk asal Madinah terdiri daripada suku Aus dan Khazraj. Mereka banyak membantu Nabi sebelum dan selepas peristiwa hijrah. Melalui peristiwa Bai’ah al-Aqabah dua tahun sebelum hijrah, mereka telah menjemput Nabi Muhammad SAW dan para sahabat ke Madinah dengan sambutan yang baik dan sangat meriah. Mereka telah mengorbankan harta, tenaga dan jiwa raga untuk mengembangkan ajaran Islam. Maka mereka dianggap sebagai golongan terawal memeluk Islam dan paling banyak berjasa dalam menegakkan ajaran tauhid.
49
Dalam konteks umat Nabi Muhammad SAW di Madinah, ia tidak sahaja terhad kepada umat Nabi Muhammad sahaja, tetapi juga umat bukan Islam seperti orang-orang Yahudi yang berada di Madinah ketika itu. Ummah Nabi Muhammad SAW itu ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang Islam sama ada mereka itu seagama ataupun tidak. Berlaku penyingkiran orang Yahudi daripada lingkungan ummah adalah kerana keengganan mereka mematuhi sahifah Madinah.
50
Sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW ke Madinah, agama Islam telah tersebar di Madinah menerusi Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua. Pada tahun ke-11, 12 dan 13 kerasulan, 12 orang guru dilantik oleh Rasulullah SAW dan mereka yang menyebarkan ajaran tersebut. Manakala agama berhala semakin tidak mendapat tempat dan ramai ketua-ketua qabilah memeluk Islam.
51
Sambutan terhadap Islam di Madinah adalah lebih baik dari Madinah
Sambutan terhadap Islam di Madinah adalah lebih baik dari Madinah. Jika di Mekah 13 tahun Nabi Muhammad SAW berdakwah hanya lebih kurang 150 orang yang menerima Islam tetapi semasa Nabi Muhammad SAW sampai di Madinah terdapat lebih 500 orang telah memeluk Islam. Pengikut-pengikut Nabi Muhammad SAW yang berhijrah dari Mekah ke Madinah dikenali sebagai Muhajirin.
52
Penghijrahan ini tidak bermakna lari dari Mekah ke Madinah seperti yang biasa ditafsirkan oleh orientalis. Semasa di Madinah, orang Muhajirin mendapat pertolongan dan sokongan yang besar daripada orang Ansar. Orang-orang Muhajirin dikatakan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT kerana pengorbanan yang besar meninggalkan kampung halaman mereka kerana Allah.
53
Penyatuan Masyarakat Madinah Melalui:
1. Pembangunan Masjid Langkah pertama dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW bagi membentuk Negara Islam Madinah ialah menyapadukan masyarakat Madinah khususnya masyarakat Islam melalui masjid. Perkataan masjid dalam bahasa Arab bermaksud “tempat menyembah”. Masjid adalah nama tempat ibadah yang mulia. Kata asalnya ialah al-Sujud bererti ketaatan, kesetiaan sepenuhnya kepada Allah SWT.
54
Masjid awal yang dibina dalam sejarah Islam ialah masjid Quba yang dibina semasa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Masjid ini dibina atas asas ketaqwaan. Fungsi masjid sangat besar dalam kehidupan umat Islam, iaitu sebagai pusat kebudayaan Islam, pusat kegiatan kemasyarakatan Islam dan sebagai simbul penyatuan mereka. Mereka yang datang ke masjid terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa.
55
Melalui pertemuan ini mereka dapat berinteraksi dan berkenalan antara satu dengan lain tanpa mengira bangsa, bahasa, etnik atau warna kulit. Oleh itu masjid bukanlah bertujuan untuk ibadah dan beriktikaf sahaja, tetapi ia juga sebagai tempat mengukuhkan tali persaudaraan tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
56
2. Usaha Menyatukan Pelbagai Etnik
Masyarakat Islam Madinah terdiri daripada dua kumpulan utama iaitu Muhajirin dan Ansar. Orang-orang Muhajirin bukanlah penduduk asal Madinah, mereka berhijrah dari Mekah ke Madinah. Manakala Orang-orang Ansar merupakan penduduk asal Madinah. Orang-orang Ansar berasal daripada dua kumpulan iaitu puak Aus dan Khazraj. Nabi Muhammad SAW telah menyatukan golongan tersebut di bawah naungan Islam.
57
3. Perjanjian Dengan Masyarakat Pelbagai Etnik
Bagi mewujudkan perpaduan di Madinah, Nabi Muhammad SAW juga telah mengikat perjanjian bersama-sama orang-orang bukan Islam terutama kaum Yahudi yang ada di Madinah. Di antara isi perjanjian itu ialah bagi memastikan orang-orang bukan Islam bersama-sama mempertahankan kota Madinah daripada diserang oleh musuh-musuh daripada luar terutama orang Quraish Mekah dan mereka juga tidak bekerjasama dengan pihak musuh bagi menyerang kota Madinah. Jika dilihat fasal-fasal dalam “Sahifah Madinah” iaitu sebanyak 47 fasal, 24 fasal adalah berkait rapat dengan orang-orang bukan Islam.
58
4. Penyusunan Masyarakat Pelbagai Etnik Di Madinah
Baginda menyusun masyarakat Madinah terutama yang tinggal di sekitar Masjid Nabawi yang terdiri daripada orang-orang Muhajirin. Mereka datang dengan meninggalkan hampir keseluruhan harta benda dan keluarga mereka di Mekah. Baginda membahagi-bahagikan tanah di sekitar Madinah kepada mereka berdasarkan kesuburan tanah. Bagi kawasan yang subur lebih kecil keluasannya berbanding tanah yang kurang subur terutama bagi tujuan pertanian.
59
ISLAM HADHARI DAN HUBUNGAN ETNIK: PENGALAMAN DI MALAYSIA
Kesepakatan tiga etnik terbesar negara ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 membolehkan rakyat menikmati kuasa politik yang sama rata dengan dasar perkongsian kuasa. Dasar pengagihan kekayaan, pembangunan masyarakat yang adil di sisi undang-undang, amalan demokrasi serta kontraks sosial di antara kepelbagaian kaum menghasilkan keharmonian masyarakat Malaysia.
60
Konsep peluang pendidikan yang sama di antara kaum, kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan negara, perlindungan terhadap kaum minoriti dan terkini Islam Hadhari serta dasar-dasar yang lain, telah dapat menjamin keharmonian rakyat berbilang kaum dan etnik di negara kita. Elemen tersebut merupakan dasar yang selari dan sesuai dengan pendekatan Islam Hadhari.
61
Usaha kerajaan dalam memperkenalkan konsep Islam Hadhari juga seharusnya diperjelaskan dengan sebaik-baiknya agar dapat diterima dengan kefahaman yang jelas dalam kalangan para pelajar khasnya dan rakyat Malaysia umumnya. Termasuk juga kefahaman tentang relevensi ajaran Islam dalam konteks hubungan etnik dengan keadaan semasa melibatkan pelbagai kaum di Malaysia.
62
KESIMPULAN 1.Pendekatan Islam Hadhari dalam kehidupan masyarakat pelbagai etnik khususnya Malaysia, boleh dijadikan suatu usaha kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum. 2. Islam Hadhari dalam konteks perhubungan etnik tidak seharusnya menjadi polimik dalam kalangan para ilmuwan dan cendekiawan yang cintakan kebenaran. 3. Pendekatan Islam Hadhari sentiasa sesuai dalam konteks hidup bermasyarakat. 4. Konsep toleransi yang dibenarkan Islam terbatas selagi tidak melanggar batas-batas aqidah, syariah dan akhlak yang ditetapkan Islam
63
5. Salah satu kekuatan Islam Hadhari yang menghendaki kemajuan sama ada bersifat kebendaan atau spiritual. 6. Islam Hadhari juga menekankan kemajuan ilmu yang menjadi teras kepada kehidupan manusia untuk maju tanpa memilih bangsa dan warna kulit. 7. Umat Islam juga disuruh menyebarkan ilmu yang dimilikki dan mereka juga tidak dihalang menuntut ilmu daripada siapa sahaja asalkan ilmu yang dituntut itu mendatangkan kebaikan yang sebenar.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.