Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Bengkel Penyelesaian Kulit Lanjut

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Bengkel Penyelesaian Kulit Lanjut"— Transcript presentasi:

1 Bengkel Penyelesaian Kulit Lanjut
penjagaan kulit

2 Matlamat bagi Bengkel ini:
MEMAHAMI Masalah-masalah Kulit Menawarkan PENYELESAIAN tersuai Belajar cara aplikasi yang BETUL Memudahkan pengambilan TINDAKAN

3 Penyelesaian Kulit Lanjut
Setelah anda menentukan jenis kulit pelanggan anda melalui cara menanya soalan, langkah seterusnya adalah memahami keadaan kulit mereka. Terdapat beberapa masalah kulit yang biasa yang membimbangkan kebanyakan lelaki dan perempuan. Memahami jenis kulit pelanggan anda, dan apakah masalah kulit mereka yang penting sekali. Kemudian, anda perlu belajari apakah produk yang boleh dipadan bersama, dan apakah manfaatnya terhadap kulit, dan turutan untuk menggunakan mereka agar anda boleh pilih rutin penjagaan kulit terbaik untuk pelanggan anda.

4 Penyelesaian Kulit Lanjut
Menyesuaikan satu program untuk pelanggan anda yang mereka mampu tanggung dan juga mengambil kira situasi unik setiap individu. Berbeza dengan kedai beli-belah yang biasa, anda boleh menawarkan perkhidmatan personal dan mengesyorkan program sasaran berdasarkan jenis kulit, gaya hidup, latar belakang pelanggan dan etnik. Mengambil kira semua perkara dan menasihatkan pelanggan bahawa mereka dapat menjangkakan penambahbaikan terhadap kulitnya.

5 Keadaan Kulit Biasa Terdapat beberapa keadaan kulit biasa yang anda harus dapat mengenalpasti dan memahami: Hiperpigmentasi Akne Rosasea Penuaan

6 HIPERPIGMENTASI

7 Apa itu Hiperpigmentasi?
Hiperpigmentasi adalah peningkatan melanin, melanin, adalah satu pigmen yang terdapat pada kulit, mata dan rambut. Ia adalah bahan semula jadi yang memberikan warna dan pigmen kepada kulit, dan peningkatan bahan ini akan menyebabkan penggelapan kulit. Pada dasar Epidermis adalah sel Melanosit yang merupakan sel yang menghasilkan melanin pada kulit anda. Sel ini melepaskan melanin apabila kulit mengalami trauma, contohnya: selaran matahari, atau memicit jerawat juga akan menyebabkan kulit mengalami trauma, yang kemudiannya melepaskan melanin untuk melindungi dirinya, dan seterusnya meninggalkan bintik perang dan tona kulit yang tidak sekata pada kulit anda.

8 Pembentukan Hiperpigmentasi
Hiperpigmentasi timbul dalam beberapa bentuk yang berbeza: Melasma adalah tompok perang tidak sekata yang timbul atau pendedahan kepada cahaya matahari pada bahagian muka, biasanya berlaku ketika waktu penghamilan atau sebagai akibat pengambil pil-pil hormon seperti kawalan kelahiran. Hiperpigmentasi selepas keradangan menyebabkan bintik hitam timbul apabila kulit radang disebabkan akne, ekzema, psoriasis atau keadaan radang yang lain, terutamanya pada jenis kulit gelap. Lentigin. Juga dikenali sebagai bintik hati atau bintik penuaan. Mereka dijumpai pada 90% orang yang berumur 60 tahun ke atas, dan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran UV. Akhirnya, kerosakan kulit akibat pendedahan kepada cahaya matahari merupakan pembentukan hiperpigmentasi yang paling biasa, merangkumi bintik hitam dan tetua pada kulit disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari yang terlampau.

9 Hiperpigmentasi

10 Sebab-sebab Hiperpigmentasi
Dalaman lawan Luaran Hiperpigmentasi akan timbul akibat kedua-dua faktor dalaman dan luaran. Faktor-faktor dalaman seperti hormon, tekanan, pemakanan, rawatan perubatan dan faktor lain yang mengubah fungsi kawal atur semula jadi badan akan menyebabkan pigmentasi berlebihan pada kulit. Faktor-faktor luaran adalah disebabkan oleh persekitaran dan termasuk pendedahan kepada keadaan cuaca teruk, pendedahan kepada cahaya matahari dan penyentuhan/penggosokan kulit, semua ini boleh menyebabkan hiperpigmentasi. Oleh itu, perkara-perkara seperti alahan, cuaca, pakaian, bahan kimia, dan haba boleh menyebabkan kesan negatif terhadap pigmentasi kulit.

11 Penyelesaian Hiperpigmentasi
Pengelupasan + Pencerahan Untuk mengurangkan hiperpigmentasi, pilih bahan-bahan pengelupasan berkesan yang dapat memecahkan sel-sel bintik perang dan sel kulit mati. Produk-produk yang mencerahkan kulit adalah sangat berkesan dalam meminimumkan tampilan bintik perang dan tona kulit yang tidak sekata. Ia adalah lebih berkesan jika anda dapat menggabungkan produk-produk pengelupasan dan pencerahan kulit ke dalam regimen penjagaan kulit biasa anda. Untuk memberikan dasar insurans terhadap kulit anda, anda MESTI menggunakan pelindung matahari setiap hari.

12

13 Lumière de VieTM Volcanic Exfoliating Mask

14 Faedah & Ramuan Ramuan Faedah
PerfectionPeptide P3™: Tripeptida dengan teknologi canggih dan unik yang menggalakkan pengelupasan sel kulit mati secara semula jadi untuk menyokong kulit sihat. Ujian klinikal menunjukkan Perfection Peptide P3 menambahbaikan kemunculan garisan halus dan kedut, memberi kulit penampilan yang lebih lembut dan berseri. Selain itu, ia membantu mengurangkan ketidaksempurnaan dan permukaan yang tidak sekata. Pumis: Serbuk yang sangat halus yang memberi pengelupasan mineral semula jadi untuk menjadikan kulit kelihatan bersinar dan berseri. Faedah Mengelupas kulit untuk permukaan yang lebih halus, lembut dan berseri Menyokong kulit kelihatan segar dan lebih cerah. Mengurangkan kemunculan garisan halus dan kedut Mengurangkan penampilan yang tidak sempurna, tidak sekata dan tanda penuaan.

15 Lumière de VieTM Illuminating Fading Fluid

16 Faedah & Ramuan Faedah Ramuan
Membantu mengurangkan kemunculan bintik hitam Menyokong tona kulit yang kelihatan lebih sekata dengan mengurangkan kemunculan kontur bintik hitam Mencerahkan rupa kulit secara menyeluruh untuk kulit yang lebih berseri Ramuan Illumiscin®: Kombinasi ekstrak daun buah zaitun, vitamin C terstabil, dan PCA zink yang mengurangkan kemunculan bintik hitam dan penuaan. Ia turut menggalakkan tona kulit yang sekata dengan mengurangkan kontur bintik hitam untuk memberi kulit anda seri wajah yang sihat. Synovea® HR Bahan pencerahan kulit yang dapat mengurangkan kemunculan bintik hitam. Selain kesan pencerahan kulit, Synovea® HR membantu mengurangkan kemerahan dan menggalakkan kulit lebih halus dan lembut untuk kelihatan muda.

17 Lumière de VieTM Serum Concentrate

18 Faedah & Ramuan Ramuan Faedah
Synovea® HR: Bahan pencerahan kulit yang dapat mengurangkan kemunculan bintik hitam. Selain kesan pencerahan kulit, ia membantu menyokong sistem antioksidan semula jadi kulit bagi melindungi kulit daripada tekanan oksidatif. Juvenessence®: Ekstrak alga perang asli yang membantu melindungi kulit daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh persekitaran dan menyokong fungsi perlindung kulit untuk mengekalkan kulit terhidrat. Juvenessence® membantu kulit rasa lebih anjal dan lembut. Ia mengurangkan penampilan penuaan kulit pramatang. Faedah Membantu mencerahkan kulit untuk kulit yang lebih berseri Menyokong elastin yang normal dan sihat untuk membantu kulit rasa lebih anjal dan lembut. Menggalakkan kulit yang cerah dan kelihatan sihat

19 PentaxylTM

20 Faedah & Ramuan Faedah Ramuan
Mengurangkan kemunculan kedut dan kerut (khususnya pada bahagian kening, dahi dan kawasan mata) Menggalakkan rupa kulit yang anjal dan tebal Mengurangkan warna kulit yang tidak sekata dan meningkatkan penghidratan kulit Membantu mengurangkan tanda regang yang timbul Menyokong tekstur dan warna kulit yang licin Ingat, sentiasa sapu Pentaxyl terlebih dahulu, kemudian memakai pelembap di atasnya. Sapu dalam gerakan berpusing. Ramuan Ekstrak Bearberi & Akar Manis: Bearberi ialah tumbuhan kayu yang juga dikenali sebagai Uva ursi. Daunnya mengandungi banyak bahan aktif. Bahan yang paling penting adalah arbutin. Bahan ini adalah sumber dalam ekstrak Bearberi yang berupaya mencerahkan kulit dan membantu mengekalkan warna kulit yang sihat. Akar manis: menggalakkan pencerahan kulit untuk mengurangkan rupa kulit yang bertompok-tompok dan hiperpigmentasi. Ia juga membantu melegakan kulit kering dan gatal dan membantu memberi lembapan dan penyuburan kulit.

21 Sebab-sebab Hiperpigmentasi
Untuk MENGELAKKAN Hiperpigmentasi selanjutnya: Mengehadkan pendedahan kulit anda kepada sinaran UV. Pendedehan kepada sinaran UV adalah salah satu sebab yang paling biasa bagi kewujudan hiperpigmentasi. Walaupun mengehadkan pendedahan tersebut tidak akan mempengaruhi hiperpigmentasi yang telahpun timbul pada kulit anda, tetapi ia dapat mengelakkan tona kulit yang tidak sekata dengan selanjutnya. Jangan guna katil penyamakan. Mengehadkan masa anda di luar bangunan dan jangan jemur di bawah matahari. Selalu memakai pelindung suria. Di bawah cahaya matahari terik, pakai topi dan baju lengan panjang.

22 AKNE

23 Apa itu Akne? Akne adalah salah satu masalah penjagaan kulit yang paling biasa dan membimbangkan. Walaupun biasanya ia kerap kali dikaitkan dengan remaja dan permulaan puberti, sebenarnya anda masih akan mengalami masalah akne dalam mana-mana kumpulan umur, ia memang merunsingkan. Kulit manusia mempunyai pori-pori (lubang yang sangat kecil) yang berhubung dengan kelenjar minyak yang bertempat di bawah kulit. Kelenjar minyak berhubung dengan pori-pori melalui folikel - salur kecil. Kelenjar minyak ini menghasilkan Sebum, satu cecair berminyak. Sebum membawa sel-sel kulit mati melalui folikel ke permukaan kulit.   Akne wujud apabila folikel-folikel ini tersumbat oleh gabungan minyak dan sel-sel kulit mati dan seterusnya memberi peluang kepada bakteria untuk bertumbuh.

24 Sebab-Sebab Pertumbuhan Akne
Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan pertumbuhan akne. Hasil daripada faktor-faktor ini adalah pembentukan akne. Ketiga-tiga faktor ini mesti hadir bersama-sama bagi penghasilan akne. Kelenjar Minyak Giat Terlampau Kelenjar minyak menghasilkan sebum, atau minyak, yang diperlukan untuk melincirkan permukaan kulit. Mereka yang cenderung kepada akne mempunyai kelenjar minyak yang menghasilkan lebih banyak sebum daripada yang diperlukan. Minyak berlebihan tertinggal dalam pori-pori, menyumbatkan duktus kelenjar minyak dan menyebabkan penyumbatan dalam folikel.

25 Sebab-Sebab Pertumbuhan Akne
Penanggalan Sel-sel Kulit Tidak Normal Epidermis sentiasa menanggalkan sel-sel kulit mati melalui satu proses yang dikenali sebagai pendeskuamaan. Kulit akne menghasilkan lebih banyak sel kulit mati daripada kulit biasa, dan sel kulit tersebut tidak ditanggalkan dengan baik. Tambahan pula, sel-sel tersumbat dalam folikel menghasilkan komedo.  Pengembangbiakan Bakteria Dalam keadaan di mana bakteria akne bertumbuh luar daripada kawalan anda. Ia disebabkan sel mati dan minyak tersumbat dalam pori-pori dan menghasilkan satu persekitaran anaerob di mana oksigen tidak dapat memasuki pori-pori. Bakteria dapat hidup dalam persekitran sebegini. Apabila anda mempunyai minyak, sel mati dan bakteria tersumbat dalam pori-pori, ia akan menghasilkan bahan buangan asid lemak. Bahan buangan ini akan merengsakan lapisan pori-pori, menyebabkan kemerahan dan keradangan.

26 Jenis Akne Jenis Akne Akne boleh timbul di mana-mana bahagian badan, termasuk muka, leher, dada, belakang badan, bahu, dan tangan, ia boleh timbul dalam beberapa bentuk, sepertimana yang dihuraikan berikut: Bebintik Hitam: Jenis akne ini timbul dalam dua cara: bintik putih (whitehead) atau jerawat hitam (blackhead). Apabila lesi-lesi ini tertutup pada permukaan kulit, warnanya adalah seperti daging, bonggol sedikit, dan ia dikenali sebagai bintik putih (whitehead). Apabila mereka terbuka, terdedah kepada udara dan membenarkan palam dalam folikel bulu mengalami pengoksidaan, ia akan menyebabkan bintik gelap atau hitam timbul pada kulit, dikenali sebagai jerawat hitam (blackhead). Bintik hitam ini bukan kotoran di permukaan kulit! Papul: Ia adalah bonggol kecil yang menunjukkan bahawa terdapat keradangan sedang berlaku dalam folikel-folikel bulu. Pustul: Lebih besar daripada papul, bonggol merah, lembut ini mempunyai nanah putih pada hujungnya dan merupakan satu tanda keradangan yang lebih lanjut, mendalam. Nodul: Salah satu bentuk akne yang paling sakit, bonggol-bonggol ini akan kekal di bawah permukaan kulit dan adalah lebih besar dan keras. Ia akan berkembang apabila bahagian dalaman folikel bulu tersumbat dengan serius. Sista: Gumpulan yang penuh dengan nanah, dan menyakitkan yang terbentuk di bawah kulit, dan menimbulkan risiko berparut disebabkan potensi merosakkan kolagen dan kedalamannya.

27 Gred Akne Terdapat gred-gred (tahap keterukan) akne yang berbeza. Ahli Dermatologi mengklasifikasikan jenis akne kepada empat gred. Penentuan gred akne dilakukan berdasarkan pemeriksaan kulit secara visual yang mudah. Memahami tentang gred akne pelanggan anda adalah satu langkah yang penting. Semua gred akne memerlukan regimen penjagaan kulit yang berbeza. Memahami tentang gred akne pelanggan anda dapat membantu anda memilih jenis regimen penjagaan kulit yang paling berkesan. Ia dapat membantu anda dalam memilih produk-produk. Ia akan membantu anda membuat keputusan sama ada anda boleh membantu masalah akne mereka dengan penjagaan di rumah atau pun mereka perlu berjumpa dengan seorang ahli dermatologi.

28 Gred Akne GRED 1 Huraian: Ini adalah bentuk akne yang paling tidak teruk. Gred 1 merangkumi jerawat hitam (blackhead) yang biasanya tumbuh pada hidung dan beberapa papul yang kecil, jerawat merah yang biasanya terdapat di pipi. Jerawat ini adalah minimum dan hanya berlaku sekali sekala. GRED 2 Huraian: Ini dianggap sebagai akne sederhana dan dikategori dengan jerawat hitam (blackhead), milia (bintik putih/whitehead), keradangan, kemerahan, papul dan pustul. Biasanya mereka boleh didapati di bahagian hidung, pipi, dan dagu/garisan rahang. Lebih daripada sekali sekala, akne Gred 2 perlukan penjagaan yang lebih.

29 Gred Akne GRED 3 Huraian: Sangat serupa dengan Gred 2 tetapi dengan kebengkakan, dan bilangan papul dan pustul meningkat dengan ketara. Parutnya juga akan tampil dengan ketara. Dalam keadaan ini, ia boleh didapati di seluruh muka dan leher serta kawasan yang biasanya tumbuh akne seperti dada, belakang badan, bahagian lengan tangan. Seorang ahli dermatologi diperlukan untuk merawat akne pada tahap ini. GRED 4 Huraian: Ia adalah jenis akne yang paling teruk dan jarang sekali berlaku. Biasanya kulit diliputi oleh bilangan pustul dan edema (kebengkakan) yang banyak. Mereka mempunyai lebih banyak tisu yang tidak sihat daripada tisu yang sihat. Keadaan ini hanya boleh dirawat oleh seorang ahli dermatologi.

30 Akne

31 Penyelesaian Akne Pertama sekali, akne merupakan satu penyakit keradangan. Apa-apa yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan keradangan ini dapat membantu akne memulih dengan cepat, akan tetapi terlampau mengeringkan kulit atau mengelupas kulit dengan produk yang agresif juga akan memburukkan keadaan akne! Untuk memulihkan keadaan akne, anda bukan sahaja perlu fokus pada produk luaran, anda juga PERLU bergabung dengan produk dalaman. Apa yang kelihatan di luar adalah tanda ketidakseimbangan yang sedang berlaku di dalam badan. Terdapat beberapa pilihan tersedia yang dapat membantu pelanggan menjaga kulit dari segi luaran dan dalaman dengan baik.

32 SELECTTM Aloe Vera Plus

33 Pencegahan Akne Kitaran haid - akne cenderung bertambah teruk pada satu atau dua minggu sebelum kitaran haid anda bermula disebabkan perubahan hormon yang sedang berlaku. Sesetengah orang berkata mereka akan makan lebih banyak coklat pada waktu ini dan sedang tertanya-tanya sama ada terdapat hubungan dengan perkara ini. Walau bagaimanapun, perkara yang memburukkan keadaan akne bukan disebabkan coklat, tetapi ia lebih kepada perubahan hormon. Kebimbangan dan tekanan - tekanan mental akan mempengaruhi sesetengah tahap hormon anda, seperti kortisol dan adrenalina, sebagai hasilnya akan memburukkan keadaan akne. Cuaca yang panas dan lembap - apabila cuaca adalah panas dan lembap, kita akan berpeluh. Ia akan memburukkan keadaan akne. Solekan berasaskan minyak - krim pelembap, losen pelincir, dan semua solekan yang mengandungi minyak akan mempercepatkan proses sumbatan pori-pori anda. Rambut berminyak - sesetengah produk rambut adalah sangat berminyak dan mungkin mempunyai kesan yang sama seperti solekan berasaskan minyak. Memicit jerawat - jika anda cuba memicit jerawat anda , akne mungkin bertambah buruk, tambahan pula, ia mungkin berparut.

34 PENUAAN KULIT

35 Apakah yang menyebabkan penuaan?
Banyak perkara yang boleh menyebabkan penuaan kulit kita. Kita tidak dapat membuat apa-apa terhadap sesetengah perkara ini, tetapi kita boleh mempengaruhinya. Satu perkara yang kita tidak dapat tukar adalah proses penuaan semula jadi. Apabila kita semakin berusia, muka kita akan timbul garisan-garisan yang ketara. Ia adalah proses semula jadi bahawa muka kita kehilangan volum kulit yang muda. Kita mendapati bahawa kulit kita menjadi semakin tipis dan kering. Gen-gen kami kebanyakannya mengawal perubahan ini. Istilah perubatan bagi jenis penuaan ini adalah “penuaan intrinsik”. Kita boleh mempengaruhi faktor penuaan lain yang mempengaruhi kulit kita. Persekitaran dan pilihan gaya hidup kami juga akan menyebabkan penuaan kulit secara pramatang. Istilah perubatan bagi jenis penuaan ini adalah “penuaan ekstrinsik”. Dengan mengambil beberapa tindakan pencegahan, kita boleh melambatkan kesan bagi jenis penuaan ini terhadap kulit kita.

36 Perubahan Kulit dengan UMUR
Apabila kita semakin berusia, perubahan kulit seperti berikut akan berlaku secara semula jadi: Kulit menjadi lebih kasar. Kulit menjadi tidak tegang. Kehilangan tisu elastik (elastin) dalam kulit kerana penuaan akan menyebabkan kulit semakin kendur. Kulit menjadi lebih pudar. Ini disebabkan penipisan epidermis (lapisan permukaan kulit). Kulit menjadi lebih lemah. Ini disebabkan oleh pendataran di bahagian di mana epidermis dan dermis (lapisan kulit di bawah epidermis) berlaku pada masa yang sama. Kulit menjadi lebih mudah lebam. Ini disebabkan penipisan dinding pembuluh darah.

37 Penuaan Kulit

38 Rawatan untuk Penuaan Kulit
Membersih kulit anda dengan lembut. Skrub kulit anda semasa membersih juga akan merengsakan kulit anda. Merengsakan kulit anda akan mempercepatkan penuaan kulit. Pembersihan lembut dapat menghapuskan pencemaran, solekan, dan bahan-bahan lain tanpa merengsakan kulit anda. Mengguna produk-produk khusus. Pilih produk-produk yang dapat membantu dalam meningkatkan penghasilan kolagen dan menyokong keanjalan kulit. Memakai pelembap muka setiap hari. Pelembap dapat mengekalkan tahap air dalam kulit kita, memberikan kulit tampil lebih muda. Berhenti mengguna produk-produk penjagaan kulit yang merengsakan atau memedihkan. Apabila kulit anda rasa memedih, ia bermaksud kulit anda direngsa. Merengsa kulit anda akan membuatkan ia tampak lebih tua.

39 Lumière de VieTM Needle-Free Serum

40 Faedah & Ramuan Faedah Ramuan Membantu kulit kelihatan anjal
Mengurangkan kedutan yang timbul Memberi kesan penegangan segera untuk kulit kelihatan tegang Membantu melegakan kulit lembut Menghidrat kulit supaya ia kelihatan lebih lembut dan lebih gebu Ramuan Neodermyl®: kombinasi sebatian berasaskan glukosa, asid amino dan kuprum. Kombinasi unik ini membantu kulit kelihatan lebih tegang dan gebu serta membantu mengurangkan garisan halus dan kedut yang timbul. Liftonin®-Xpress: campuran matriks polimer ini telah dioptimumkan untuk memberi kesan penegangan fizikal yang pantas dan dapat dilihat. Kesan penegangan ini mengurangkan garisan halus dan kedutan yang timbul supaya kulit kelihatan lebih lembut. Zanthalene®: sifat unik dalam ekstrak ini membantu melegakan kulit dan mengurangkan kedut yang timbul secara sementara untuk kulit kelihatan lembut dan licin.

41

42 Advanced Firming Neck Creme
Lumière de VieTM Advanced Firming Neck Creme

43 Faedah & Ramuan Faedah Ramuan
Membantu kulit kelihatan tegang dan lebih gebu Mengurangkan kedutan yang timbul Memberi kesan penegangan yang pantas kepada kulit supaya ia rasa lebih tegang Melembap agar rasa terhidrat, lebih licin Ramuan Essenskin™: ialah “sumber kalsium pelengkap dan asid amino penting melalui penyatuan bersinergi antara kalsium hidroksimetionina dan homotaurin.” Bahan unik ini membantu kulit kelihatan lebih tegang dan lebih gebu dan mengurangkan kekasaran kulit untuk kulit yang lebih halus dan kelihatan lebih licin. Liftonin®-Xpress: campuran matriks polimer ini telah dioptimumkan untuk memberi kesan penegangan fizikal yang pantas dan dapat dilihat. Kesan penegangan ini mengurangkan garisan halus dan kedutan yang timbul supaya kulit kelihatan lebih lembut.

44 PentaxylTM

45 Faedah Ramuan Faedah & Ramuan
Mengurangkan kemunculan kedut dan kerut (khususnya pada bahagian kening, dahi dan kawasan mata) Menggalakkan rupa kulit yang anjal dan tebal Mengurangkan warna kulit yang tidak sekata dan meningkatkan penghidratan kulit Membantu mengurangkan tanda regang yang timbul Menyokong tekstur dan warna kulit yang licin Ingat, sentiasa sapu Pentaxyl terlebih dahulu, kemudian memakai pelembap di atasnya. Sapu dalam gerakan berpusing. Ramuan Ekstrak Bearberi & Akar Manis: Bearberi ialah tumbuhan kayu yang juga dikenali sebagai Uva ursi. Daunnya mengandungi banyak bahan aktif. Bahan yang paling penting adalah arbutin. Bahan ini adalah sumber dalam ekstrak Bearberi yang berupaya mencerahkan kulit dan membantu mengekalkan warna kulit yang sihat. Akar manis: menggalakkan pencerahan kulit untuk mengurangkan rupa kulit yang bertompok-tompok dan hiperpigmentasi. Ia juga membantu melegakan kulit kering dan gatal dan membantu memberi lembapan dan penyuburan kulit.

46

47 PENYELESAIAN TERSUAI

48 Penyelesaian Tersuai Semasa membuat keputusan tentang apakah produk yang paling sesuai untuk setiap pelanggan, anda harus: 1) menentukan jenis kulit pelanggan anda. Kemudian anda boleh mencari pembersih, penyegar (toner) dan pelembap yang sesuai. 2) menentukan keadaan kulit pelanggan anda.

49 Sistem Penjagaan Kulit
Penyelesaian Tersuai Sistem Penjagaan Kulit Rangkaian Produk Jenis Kulit Faedah Lumière de VieTM Semua Jenis Kulit, terutamanya sesuai untuk antipenuaan Menggunakan bahan-bahan berkualiti tertinggi dan rumusan paling berkuasa yang dapat melegakan, melembap dan melindungi kulit. SkintelligenceTM Semua Jenis Kulit, terutamanya kulit sensitif Produk-produk yang mudah dan berkesan, direka untuk lelaki dan perempuan dari semua kumpulan umur. Membantu mengimbangkan dan mengekalkan kesihatan kulit.

50 Cara Pemakaian yang Betul
Langkah Pertama Membersih Langkah Kedua Menyegar dan mengimbangkan Langkah Ketiga Pengelupasan (1-3 kali seminggu) Rawat dan Penjagaan Khas Langkah Keempat Melembap dan Melindung

51 ITEM DIPERLUKAN

52 Penyelesaian Tersuai Berunding dengan rakan anda untuk menentukan jenis kulit mereka dan 1-2 keadaan kulit mereka dan tuliskan produk-produk yang sesuai pada borang penjagaan kulit.

53 Berlatih memakai produk-produk
PENYELESAIAN TERSUAI

54 Bengkel Penyelesaian Kulit Lanjut
penjagaan kulit


Download ppt "Bengkel Penyelesaian Kulit Lanjut"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google