Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PERANG DUNIA PERTAMA
2
Faktor Perang Dunia Pertama (PD1)
Kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi. Negara kecil di Eropah bersatu dan membentuk sebuah negara bangsa yang besar, contohnya, Jerman dan Itali. Kedua-dua negara ini turut sama menjadi kuasa besar seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary, Rusia dan berusaha mendapatkan jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa besar ini bersaing untuk mencari pengaruh dan mendapatkan bahan mentah serta memasarkan barangan siap mereka.
3
Faktor Perang Dunia Pertama (PD1)
Perikatan Kuasa Tengah dibentuk dan dianggotai oleh Jerman, Austria-Hungary dan Itali. Kemudiannya disertai oleh Turki dan Bulgaria. Pakatan Bertiga dianggotai oleh Britain, Perancis dan Rusia. Kemudian disertai Itali dan Jepun. Pembunuhan Franz Ferdinand, iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang pengganas Serbia. Akibatnya, Austria dan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia. Serbia pula disokong oleh Rusia dan Perancis. Seterusnya serangan Jerman terhadap Perancis melalui negara berkecuali (Belgium) menimbulkan kemarahan Britain. Britain yang bermusuh dengan Jerman turut campur tangan dalam peperangan ini. Britain kemudiannya meminta bantuan USA. Jerman juga menyerang kapal dagang USA, maka USA turut sama terlibat dalam perang ini.
4
Kesan Perang Dunia Pertama (PD1)
PD1 menamatkan pemerintahan beraja di Eropah. Persidangan Damai 1919 yang membawa kepada pemeteraian Perjanjian Versailles pula telah mengubah peta Eropah dan membentuk beberapa negara baru. Perjanjian ini juga membawa kepada pembentukan Liga Bangsa. Matlamatnya untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa di samping menjamin keselamatan bersama. Keahlian liga ini termasuk negara-negara bersekutu (kecuali Amerika Syarikat) dan negara-negara berkecuali. Liga ini gagal menghalang kuasa besar daripada melakukan pencerobohan. Liga ini akhirnya dibubarkan.
5
Kesan Perang Dunia Pertama (PD1)
Kesan PD1 antaranya, negara yang berperang mengalami inflasi dan hutang yang tinggi disebabkan perbelanjaan perang yang besar. Ini membawa kepada masalah inflasi dan pengangguran. Pasaran dunia pula mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Ini amat dirasai oleh negara-negara Eropah terutama Britain, iaitu sebuah kuasa industri dunia. PD1 juga menyebabkan Britain kehilangan satu per tiga daripada perdagangan luarnya. PD1 turut menyebabkan kehilangan nyawa yang begitu ramai.
7
Faktor Perang Dunia Kedua (PD2)
PD2 berlaku kerana kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah PD1. Ia juga terjadi kerana perubahan politik berlaku di Jerman, Soviet Union, Itali dan Jepun. Dari segi ekonomi PD2 berlaku disebabkan kemelesetan ekonomi. Perjanjian Versailles menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa orang pemimpin negara, terutamanya Jerman kerana mereka kehilangan jajahan. Jerman juga dipaksa membayar pampasan perang yang tinggi dan diarah mengurangkan saiz angkatan tenteranya. Pada masa ini muncul seorang pemimpin baru di Jerman, iaitu Adolf Hilter yang berjaya menguasai Jerman melalui partinya National Socialist. Hilter telah mengingkari Perjanjian Versailles apabila beliau membina sebuah angkatan tentera yang besar.
8
Faktor Perang Dunia Kedua (PD2)
Di Rusia, perang saudara telah berlaku. Pihak komunis berjaya mengalahkan pihak lawan yang dibantu oleh tentera USA, Britain, Perancis dan Jepun. Vladimir Lenin telah mengukuhkan ideologi komunis di Rusia yang kemudiannya dikenali sebagai Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR). Apabila Lenin mati, ia digantikan oleh Joseph Stalin. Itali dengan Pemimpin Benito Mussolini pula menjajah Ethiopia, kemudiannya Itali menceroboh Perancis. Di Timur, Jepun muncul sebagai kuasa yang ingin menguasai negara-negara di Timur dan berasa bertanggungjawab untuk membebaskan negara-negara ini daripada penjajahan Barat. Kemelesetan ekonomi pula telah melanda USA dan seterusnya merebak ke seluruh dunia. USA tidak mampu lagi menyediakan pinjaman untuk Jerman dan ini menyebabkan Jerman tidak berupaya membayar hutang peperangan.
9
Faktor Perang Dunia Kedua (PD2)
Masalah ekonomi ini, menyebabkan negara Eropah lain termasuk Britain, Perancis dan Itali mengurangkan peruntukan ketenteraan. Sebaliknya Jerman mengukuhkan ketenteraannya. Jerman menjalankan perluasan kuasa bagi mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah ekonomi. Perkara sama berlaku di Jepun. PD2 meletus apabila Jerman menyerang Poland dari barat manakala USSR menyerang Poland dari timur. Serangan ini menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour dan berjaya memusnahkan angkatan perang USA di Lautan Pasifik. Jepun mengalahkan British di Tanah Melayu termasuk Singapura. Seperti dalam PD1, muncul pakatan yang berasingan. USA memilih untuk menyertai Kuasa Bersekutu yang terdiri daripada Britain, Perancis dan Soviet Union manakala Kuasa Paksi terdiri daripada Jerman, Itali dan Jepun.
10
Kesan Perang Dunia Kedua (PD2)
Pihak Jerman kalah di Eropah dan Presiden USA, Harry Truman, mengarah bom atom yang pertama digugurkan di Hiroshima atas alasan ingin mengelak tempoh peperangan yang lama dan ramai kehilangan nyawa. Dua hari kemudian, bom kedua dijatuhkan di Nagasaki. Selepas tamat PD2 lahir negara-negara baru yang merdeka dan Perang Dingin. PD2 juga telah menyebabkan negara Jerman terbahagi kepada dua, iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur. PD2 turut mengakibatkan jumlah korban nyawa yang tinggi dan menimbulkan kesedaran tentang kedamaian dunia. Ini membawa kepada pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggantikan Liga Bangsa
12
Blok Dunia dan Perang Dingin
Kebuntuan dalam siri rundingan selepas PD2 menimbulkan pepecahan dan akhirnya membawa kepada kemunculan blok dunia dan Perang Dingin. Blok dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan yang berusaha untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli. Blok dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan geopolitik. Perang Dingin berlaku sehinggalah sistem komunis Soviet Union hancur. Perang Dingin berlaku disebabkan ideologi dan fahaman politik yang berbeza. Persaingan kuasa berlaku antara blok kapitalis diketuai oleh USA dan blok komunis diketuai oleh Soviet Union. Perang ini dikenali sebagai Perang dingin kerana tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung antara kedua-dua blok ini. Mereka berusaha menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan juga di Asia melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan.
13
Blok Dunia dan Negara Dunia Ketiga
Negara Dunia Ketiga tidak bersekongkol dengan mana-mana negara blok komunis (negara Dunia Kedua) mahupun blok kapitalis (negara Dunia Pertama) dan mengamalkan sikap berkecuali. Blok Kapitalis ialah negara Demokratik, pemilihan kerajaan melalui pilihan raya, peluang perniagaan dan pemilikan persendirian, dan kebebasan individu sepenuhnya. Blok Komunis pula ialah pemerintahan oleh diktator, Parti Komunis sahaja diiktiraf, perniagaan pula dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan dan kebebasan individu dilindungi dan dikawal. Namun, semasa Perang Dingin blok komunis dan blok kapitalis ini berusaha mempengaruhi pegangan negara-negara Dunia Ketiga dengan menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi. Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan kuasa besar, iaitu USA dan Soviet Union yang kemudiannya disertai oleh China. Kesan Perang Dingin ini juga turut menyebabkan tertubuhnya NATO, Pakatan Warsaw dan SEATO serta perlumbaan senjata.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.