Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

DISEDIAKAN OLEH NURUL UMAIRAH BINTI MOHAMAD DI

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "DISEDIAKAN OLEH NURUL UMAIRAH BINTI MOHAMAD DI"— Transcript presentasi:

1 DISEDIAKAN OLEH NURUL UMAIRAH BINTI MOHAMAD DI
TAHUN 4 TAJUK 5: TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA UNIT 8: TOKOH TERBILANG UNIT 9: PARAMESWARA PENGASAS MELAKA DISEDIAKAN OLEH NURUL UMAIRAH BINTI MOHAMAD DI

2 UNIT 8: TOKOH TERBILANG

3 Maksud Tokoh Terbilang
Tokoh yang mempunyai keistimewaan dan memberikan sumbangan kepada kegemilangan sesebuah negara dan bangsa. Sumbangannya dikenang sepanjang zaman. Sumber : Buku teks Sejarah Tahun 4

4 Ciri-ciri Tokoh Terbilang
Boleh dicontohi Berpengaruh Dihormati Disegani Amanah dan berwibawa Sumber : Buku teks Sejarah Tahun 4

5 Kedudukan Tokoh Terbilang
Sultan dan Kerabat Raja Pembesar: - Bendahara Penghulu Bendahari - Laksamana - Temenggung Rakyat biasa Hamba Sumber : Buku teks Sejarah Tahun 4

6 Peranan Sultan Melaka Berbincang dengan para pembesar bagi melaksanakan sistem pentadbiran yang sistematik. Menerima sembah demi mengukuhkan kedaulatan raja. Menerima kedatangan pedagang luar bagi memajukan perdagangan di Melaka. Menjadi imam semasa sembahyang bagi memartabatkan agama Islam. Memanggil ulama ke istana untuk mengajar agama Islam bagi menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan. Sumber : Buku teks Sejarah Tahun 4

7 Peranan Pembesar Bendahara Penghulu Bendahari Laksamana Temenggung
Menasihati Sultan Laksamana Mengetuai angkatan tentera laut Penghulu Bendahari Mengurus kewangan negeri Temenggung Menjaga keamanan negeri Melaka Sumber : Buku teks Sejarah Tahun 4

8 Peranan Bendahara Penasihat Sultan dalam pentadbiran dan pengurusan Melaka. Penasihat peribadi Sultan. Pemimpin angkatan perang. Ketua diplomat. Penjaga keselamatan Sultan. Pemangku Sultan apabila Sultan gering atau ke luar negara. Pembantu Sultan dalam mengembangkan agama Islam. Sumber : Buku teks Sejarah Tahun 4

9 Peranan Laksamana Menjaga keselamatan perairan Kesultanan Melayu Melaka. Menjadi utusan atau diplomat. Menjadi pengawal peribadi Sultan. Menjamin keselamatan pedagang yang berdagang di Melaka. Melaksanakan perintah Sultan pada bila-bila masa. Sumber : Buku teks Sejarah Tahun 4

10 Keistimewaan Tokoh Terbilang: Sultan
Menjadikan Melaka sebagai pusat pengembangan agama Islam. Menjalinkan hubungan antarabangsa untuk kemajuan Melaka. Berpandangan jauh Sentiasa memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat. Membina banyak pondok pengawal dan mengadakan kawalan keselamatan terutamanya pd waktu malam. Bertanggungjawab Memastikan pembesar Melaka bersatu padu bagi membolehkan Melaka menjadi sebuah kerajaan yang kuat. Mementingkan perpaduan Sumber : Buku teks Sejarah Tahun 4

11 Bendahara Bijaksana Jujur dan amanah Taat setia
Meluaskan kekuasaan Kesultanan Melayu Melaka sehingga menjadi sebuah empayar. Bijaksana Membantu mengembangkan agama Islam sehingga Kesultanan Melayu Melaka menjadi pusat agama Islam. Jujur dan amanah Menenteramkan keadaan pengikutnya supaya tidak menderhaka kepada Sultan Melaka. Contohnya semasa peristiwa pembunuhan Tun Besar oleh Raja Muhammad. Taat setia Sumber : Buku teks Sejarah Tahun 4

12 Laksamana Mahir ilmu persilatan Berani Bijaksana Taat setia
Menyelamatkan cubaan membunuh Sultan Melaka. Mahir ilmu persilatan Menyelamatkan Bendahara daripada orang mengamuk. Berani Makan sayur kangkung yang tidak dipotong untuk melihat muka Maharaja China. Bijaksana Taat setia Setia menurut perintah Sultan demi mempertahankan kedaulatan Melaka daripada serangan musuh. Sumber : Buku teks Sejarah Tahun 4

13 Nilai Murni Masyarakat Melaka
Taat setia kepada Sultan dan Kesultanan Melayu Melaka. Menghormati pembesar. Bermuafakat dan berunding semasa membuat keputusan. Hormat-menghormati antara satu sama lain. Bergotong-royong membina istana Sultan Melaka. Mempelajari ilmu pertahanan. Menuntut ilmu agama. Terdapat pelbagai agama di Melaka yang diamalkan tanpa perselisihan. Sumber : Buku teks Sejarah Tahun 4

14 UNIT 9: PARAMESWARA PENGASAS MELAKA
Sumber :

15 PENGEMBARAAN PARAMESWARA
Menurut sumber China dan Portugis, pengasas Kesultananan Melayu Melaka dikenali sebagai Parameswara. Buku Sejarah Melayu pula menyebut pengasas Melaka ialah Sultan Iskandar Syah. Majapahit merupakan sebuah kerajaan yang besar di Jawa Timur. Ia muncul pada abad ke-12. Temasik ialah nama asal Singapura. Sumber: Sumber: Buku teks Sejarah Tahun 4

16 KRONOLOGI PEMBUKAAN MELAKA OLEH PARAMESWARA
1 Parameswara merupakan seorang raja kerajaan Melayu dari Palembang. Parameswara cuba melepaskan kerajaannya daripada pengusaan Majapahit tetapi gagal. Parameswara bergerak ke Temasik bersama para pengikutnya. Parameswara menyerang Temagi, pemerintah Temasik kerana dia ingin menjadi pemerintah di situ kerana Temasik berkembang maju. Temagi terbunuh dalam serangan tersebut dan Parameswara berjaya menjadi pemerintah Temasik. Kerajaan Siam berasa marah dengan peristiwa tersebut lalu ingin menyerang Parameswara lantas dia berundur ke Muar. Sumber: Buku teks Sejarah Tahun 4

17 2 Parameswara menetap di Muar. Namun begitu, baginda mendapati Muar tidak begitu sesuai dijadikan kerajaan. Parameswara bersama pengikutnya meneruskan perjalanan ke utara sehingga sampai ke Sening Ujung. Parameswara meletakkan seorang menteri di situ dan meneruskan perjalanannya ke arah utara. Sumber: Buku teks Sejarah Tahun 4

18 3 Parameswara dan pengikutnya tiba di Sungai Bertam.
Parameswara mendapati kawasan petempatan itu sesuai dijadikan sebuah negeri. Parameswara menamakan negeri tersebut sebagai Melaka. Sumber: Buku teks Sejarah Tahun 4

19 Di Sungai Bertam, Parameswara berburu bersama-sama para pembesarnya.
Baginda kemudian berhenti berehat dan bersandar pada sepohon pokok yang rendang. Tiba-tiba muncul seekor pelanduk putih yang dikejar oleh anjing perburuan baginda. Baginda amat terkejut melihat pelanduk tersebut menendang anjing perburuannya sehingga jatuh ke dalam sungai. Parameswara percaya bahawa tempat tersebut amat bertuah dan ingin menjadikannya sebagai sebuah negeri. Baginda menamakan negeri tersebut sebagai Melaka bersempena mana pokok tempat baginda bersandar tadi. Sumber: Buku teks Sejarah Tahun 4

20 ASAL USUL NAMA MELAKA Menurut Sejarah Melayu, nama Melaka diberi sempena nama pokok Melaka. Menurut Bahasa Sanskrit, Melaka mendapat nama daripada sejenis pokok iaitu Amalaka yang bermaksud buah yang masam. Mengikut mitos Hindu, Amalaka ialah pokok yang pertama tumbuh di alam semesta. Sumber: Buku teks Sejarah Tahun 4

21 Pedagang Arab memanggil Melaka sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang. Mereka juga memanggil Melaka sebagai mulaqah yang bermaksud pertemuan. Menurut Suma Oriental, nama Melaka berasal daripada perkataan Malaqa yang bermaksud tempat perlindungan. Seorang penulis Sejarah Portugis bernama Gasper Correa menyatakan Melaka dikenali sebagai malagas. Malagas bermaksud tempat membuat ikan masin. Sumber: Buku teks Sejarah Tahun 4

22 KEPIMPINAN PARAMESWARA
Parameswara sentiasa bermuafakat dengan para pembesar sebelum mengambil sesuatu keputusan. Bermuafakat Parameswara mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam dan China. Berpandangan jauh Parameswara gigih membangunkan Melaka melalui aktiviti perdagangan. Gigih Sumber: Buku teks Sejarah Tahun 4

23 WARISAN PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Gelaran Sultan – Pemerintah Melaka ialah pemerintah pertama yang menggunakan gelaran sultan Sistem pentadbiran kerajaan – Pentadbiran bermula dengan kerajaan, negeri, jajahan, mukim dan kampung. Sistem pentadbiran istana – Parameswara mewujudkan jawatan pembesar, bentara, dan biduanda kecil. Pembesar bertanggungjawab dalam hal ehwal balairung seri. Bentara menjalankan perintah raja manakala biduanda kecil membawa alat kebesaran raja. Agama Islam – Merupakan agama rasmi semasa Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan diplomatik – Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kepulauan Melayu, Kalinga, China dan Siam. Sumber: Buku teks Sejarah Tahun 4

24 WARISAN KEAGUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Identiti negara – Warisan Kesultanan Melayu Melaka menjadi identiti negara kita. Contohnya sistem beraja dijadikan asas pemerintahan negara kita. Kesetiaan kepada raja dan negara - Konsep kesetiaan ini dapat dilihat dalam prinsip kedua Rukun Negara. Permuafakatan – Semasa Kesultanan Melayu Melaka, pemerintah dan pembesar berbincang bersama-sama untuk membuat keputusan. Keamanan – Melalui undang-undang, keamanan dan kesejahteraan rakyat terjamin. Bertaraf dunia – Pencapaian Kesultanan Melayu Melaka telah memasyhurkan kedudukan Melaka di mata dunia. Sumber: Buku teks Sejarah Tahun 4

25 SUMBER RUJUKAN Buku teks Sejarah Tahun 4
Tokoh terbilang part 1 Tokoh terbilang part 2 Parameswara pengasas Melaka Parameswara Pembukaan Melaka


Download ppt "DISEDIAKAN OLEH NURUL UMAIRAH BINTI MOHAMAD DI"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google