Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI"— Transcript presentasi:

1 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
Di gubal untuk memenuhi keperluan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif

2 MATLAMAT PENDIDIKAN JASMANI
Bertujuan membantu pelajar menjadi cergas dan berdisiplin melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan

3 OBJEKTIF Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. Membentuk sahsiah dan disiplin diri Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

4 ORGANISASI KURIKULUM Kecergasan sesuai dengan ciri dan keperluan murid. Pendekatan melalui aktiviti. Murid berpeluang mempelajari pengetahuan , kemahiran dan nilai dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif SETIAP murid. Berpeluang meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan selamat.

5 ASPEK PENTING PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Penglibatan murid secara aktif dan selamat Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan. Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pembelajaran telah berlaku.

6 KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
3 Tunjang utama Kecergasan Kemahiran Kesukanan

7 KECERGASAN Berasaskan kesihatan. Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan otot Kekuatan Kelenturan Komposisi badan

8 KECERGASAN Berasaskan perlakuan. Koordinasi Imbangan Ketangkasan Kuasa
Masa tindak balas Kepantasan

9 KEMAHIRAN Pergerakan asas Permainan Olahraga Gimnastik
Pergerakan kreatif Rekreasi Kesenggangan

10 KESUKANAN Keselamatan. Pengurusan Kerjaya
Isu pendidikan jasmani dan sukan Etika

11 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Dalam proses pengajaran P. Jasmani, guru merancang apa yang hendak diajar dan bagaimana hendak diajar. Kaedah yang berkesan dapat membantu pelajar mencapai kemahiran, perubahan sikap yang positif, mendalami serta meluaskan kefahaman tentang diri sendiri dan orang lain, serta dapat mempraktikkan dalam kehidupan sebenar.

12 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah Tradisi Kaedah Selesai Masalah Kaedah Gabungan

13 KAEDAH TRADISI Guru menentukan dahulu kemahiran.
Guru memberi penerangan dan tunjuk cara kemahiran (boleh minta pelajar yang mahir membuat tunjuk cara). Murid akan melakukan kemahiran (Secara kelas, kumpulan atau individu) . Guru menunjukkan semula gerak kerja sekiranya ada kesalahan yang dilakukan. Murid melakukan berulang-ulang sehingga menguasainya.

14 KAEDAH SELESAI MASALAH
Guru mendedahkan satu masalah. Murid meneliti dan mencara cara mengatasi. Murid diberi peluang menunjukkan bagaimana mereka mengatasi masalah. Latihan dan latih tubi dilakukan untuk memperbaiki cara mengatasi kesalahan. Panduan diberikan disamping mengemukakan soalan untuk diatasi sendiri oleh murid.

15 KAEDAH GABUNGAN … Gabungan kaedah tradisi dan penyelesaianmasalah.
Menyatukan kebaikan dari kedua kaedah tersebut. Memberi kelonggaran kepada guru memilih kaedah yang sesuai dengan situasi tertentu. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan bakat dan kebolehan sendiri.

16 …KAEDAH GABUNGAN Menggalakkan murid berfikir danmenggunakan proses pemikiran secara lojik dalam menyelesaikan masalah. Sekiranya murid bingung untuk menyelesaikan masalah, kaedah terus atau tradisi diteruskan

17 Bimbingan Secara Individu Tunjuk Cara TEKNIK PENGAJARAN Mengesan ( diagnosis ) Arahan

18 TEKNIK TUNJUK CARA Pembelajaran melalui pemerhatian dan pendengaran.
Pelajar cuba membuat dan meniru pergerakan yang dilihat walaupun berlaku kesilapan. Guru perlu melakukan tunjuk cara seberapa baik yang mungkin untuk dicontohi oleh pelajar. Gantikan dengan pelajar yang berkebolehan sebagai ganti. Gunakan gambar, slaid, filem dan lain-laian sebagai membantu penerangan.

19 TEKNIK MENGESAN Ada pelajar yang mengalami masalah dalam mencapai kemahiran. Disebabkan oleh tekanan emosi, masalah koordinasi, bentuk badan dan fizikal. Guru hendaklah tahu mengesan masalah tersebut. Kemahiran ini dapat dikuasai jika guru: Boleh melakukan kemahiran dengan betul. Mengetahui tiap-tiap bahagian corak pergerakan. Mengetahui tentang cara mengesan kesilapan.

20 TEKNIK ARAHAN Kemahiran yang boleh dipelbagai.
Guru menimbulkan suasana yang sesuai dan murid tidak ragu untuk mencuba. Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami. Bagi memgalakkan murid mencuba secara sendiri dan lebih kreatif. Bandingkan dengan pergerakan kemahiran tertentu (permainan atau acara tertentu).

21 TEKNIK BIMBINGAN INDIVIDU
Perhatikan setiap murid untuk mengetahui masalah pembelajaran. Gunakan beberapa pendekatan untuk membantu murid mencapai matlamatnya dan matlamat guru. Gunakan banyak gerak kerja yang berbentuk penyelidikan dan selesaikan masalah yang timbul dalam program yang dirancang. Beri peluang untuk melakukan pergerakan dari yang mudah kepada susah dan kompleks. Kenalpasti secara cepat bagi menentukan pelajar yang mampu menguasai kemahiran dalam masa singkat dan memerlukan masa yang lebih lama.

22 PERKARA YANG PATUT DIELAKKAN…
Secara syarahan Elakkan daripada mengajar secara syarahan. Kurang persediaan Peralatan mestilah lengkap supaya semua murid terlibat secara aktif. Arahan yang meleret. Arahan guru hendaklah tepat, ringkas dan tegas. Pakaian yang tidak kemas dan tidak sesuai. Pakaian hendaklah sentiasa kemas dan sesuai untuk gerak kerja Pendidikan Jasmani.

23 …PERKARA YANG PATUT DIELAKKAN
Rancangan pelajaran yang tidak lengkap. Rancangan pelajaran mestilah lengkap dan cukup masa yang diperuntukkan. Penglibatan murid yang cergas sahaja. Semua murid hendaklah diberi peluang yang sama melibatkan diri dalam pergerakan Pendidikan Jasmani selain daripada mereka yang cergas dan berbakat. Guru hendaklah memberi perhatian, dorongan dan bantuan yang lebih kepada murid yang kurang aktif dan yang mempunyai masalah.

24 PENGELOLAAN DAN KAWALAN KELAS…
Pembahagian murid kepada kumpulan kecil adalah penting.sebolehnya maksima 3 orang satu kumpulan. Perkembangan seorang individu hendaklah diambil kira. Murid hendaklah bergerak secara teratur semasa keluar dan masuk kelas. Pergerakan murid semasa pengajaran perlu diperhati dengan teliti. Penerangan dan arahan guru hendaklah jelas, terang dan pendek.

25 …PENGELOLAAN DAN KAWALAN KELAS
Guru hendaklah berdiri di tempat yang boleh dilihat oleh murid dan pelajar hendaklah tidak menghadap matahari. Pembahagian tugas hendaklah diberi kepada semua murid secara bergilr. Pastikan disiplin pelajar sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal.

26 KAWASAN DAN TEMPAT Keselamatan hendaklah dipentingkan semasa memilih tempat untuk pengajaran Pendidikan Jasmani. Kawasan untuk kegiatan Pendidikan Jasmani hendaklah diberi tanda dengan alatan yang selamat. Keseluruhan tempat yang dipilih mestilah membolehkan guru mengawasi semua kegiatan yang dilakukan oleh murid.

27 KESELAMATAN… Guru hendaklah memberhentikan pengajaran apabila keadaan murid terancam. ( tolak menolak, memukul, tendang menendang ) guru hendaklah mengetahui unsur yang membahayakan seperti lantai licin, pokok yang rapuh, serangga berbahaya, padang yang berlubang serta berbatu dan lain-lain. Pastikan alatan dalam keadaan selamat dan tidak membahayakan. Guru hendaklah sentiasa tenang jika berlaku kecemasan dan kemalangan.

28 …KESELAMATAN Elakkan pelajar berebut-rebut terutama semasa mengambil alatan. Segera laporkan kepada guru yang bertugas atau guru besar jika berlaku sebarang kemalangan. Berikan tumpuan yang lebih dan peraturan yang ketat untuk aktiviti yang membahayakan.

29 PENGELOLAAN ALATAN… Alatan hendaklah cukup untuk membolehkan murid menjalankan kegiatan dengan sepenuhnya. Jika perlu berkongsi pastikan setiap kumpulan tidak melebihi 3 orang. Sebolehnya alatan hendaklah sama bagi semua pelajar. Alatan diletakkan di tempat yang mudah diambil oleh pelajar.

30 …PENGELOLAAN ALATAN Pastikan seorang murid bertanggungjawab terhadap alatan itu dalam gerak kerja kumpulan. Alatan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya selepas tamat gerak kerja dilakukan. Tentukan alatan yang digunakan sesuai untuk pelajar.


Download ppt "KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google