Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Objektif 1.Untuk memahami konsep pluraliti dan masyarakat plural.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Objektif 1.Untuk memahami konsep pluraliti dan masyarakat plural."— Transcript presentasi:

1 BAB 3 PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURAL DI MALAYSIA: Dulu, Kini dan Masa Depan.

2 Objektif 1.Untuk memahami konsep pluraliti dan masyarakat plural.
2. Memahami pembentukan pluraliti di Alam Melayu 3. Memahami kesan sekularisme penjajah dan pembentukan masyarakat plural. 4. Memahami perkembangan pembentukan masyarakat plural selepas era penjajahan.

3 Liputan Kuliah Dari Pluraliti Ke Masyarakat Plural.
Pembentukan Pluraliti Di Alam Melayu. Puncak Pluraliti. Pengasasan Masyarakat Plural. Pembentukan Masyarakat Plural. Dasar-Dasar Pentadbiran, Ekonomi dan Pendidikan. Pasca Penjajahan. Federalisme Berlapis. Perlembagaan dan Pembangunan Politik. Pembangunan Berencana. Dasar-Dasar Khas. Kesimpulan.

4 3. Dari Pluraliti Ke Masyarakat Plural.
3.1 Ciri Pluraliti dan Masyarakat Plural A. Konsep pluraliti alam Melayu perlu difahami sbg asas utk memahami masayarakat plural. B. Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian.

5 Masyarakat plural wujud pelbagai bangsa mendiami sesuatu kawasan di Alam Melayu seperti Melayu, Cina, India, Eropah, Jepun dan lain-lain lagi Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan orang Eropah terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial, politik dan agama telah sedia ada dalam dunia baru mereka. Mereka secara suka rela sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan. Contohnya, masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina telah berkahwin dengan masyarakat tempatan

6 Orang-orang Cina dan India terutamanya dibawa masuk ke Alam Melayu adalah demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris. Mereka didatangkan khas untuk berkerja sebagai buruh. Buruh Cina dikerah berkerja di lombong bijih timah dan lombong emas. Mereka dibawa masuk oleh Inggeris tanpa disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak mereka. Oleh kerana tumpuan dan hasrat kedatangan mereka ialah untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik Inggeris maka asimilasi budaya dan cara hidup di antara masyarakat tidak berlaku. Masing-masing menjalankan kehidupan di dalam kelompok masyarakat masing-masing. Namun, ini tidak bermakna tiada kehidupan yang harmoni.

7 Samb.. C. Realitinya, Malaysia adalah sebuah negara unik yang memiliki keistimewaan wujudnya masyarakat plural yang ketara.

8 3.2 Persamaan & Perbezaan A. Proses pembentukan masyarakat plural adalah berbeza dahulu dan sekarang. B. Pembentukannya di zaman sebelum penjajahan adalah berbeza berbanding selepas penjajahan.

9 3.3 Penjajahan: Titik Pemisahan Antara Pluraliti dan Masyarakat Plural
A. Ketibaan Inggeris adalah titik pemisah antara pluraliti dan masyarakat plural. B. Berbeza dengan penjajah eropah yang lain, Inggeris menggunakan senjata serampang dua mata dalam misi penjajahan mereka iaitu imperialisme dan kolonialisme.

10 Dari aspek imperialisme, mereka menjajah secara fizikal di mana segala kekayaan hasil bumi negara jajahan akan diperah demi kepentingan ekonomi negara mereka sendiri seperti bijih timah dan emas

11 Dari segi kolonialisme, mereka memperkenalkan sistem sosial, politik dan agama mereka kepada penduduk tempatan. Sistem sosial dan politik tempatan perlahan-lahan ditukar ganti dengan sistem sosial dan politik mereka. Hasilnya, menerusi imperialisme budaya digunakan sebagai alat kerana mereka berjaya menjajah dan mengawal kehidupan masyarakat peribumi seperti mana yang berlaku di India di mana hanya 120,000 orang Inggeris berjaya memerintah 600 juta orang India

12 3.4 Pembentukan Pluraliti Di Alam Melayu
1. Hubungan Dengan Cina dan India. A. Faktor perdagangan menjadi punca wujud hubungan dua hala antara Cina dan India. B. Alam Melayu telah menjadi tempat utama persinggahan bagi kedua-dua pihak. C. Keadaan ini tanpa disengajakan telah mewujudkan pluraliti di Alam Melayu. D. Kemuncaknya, Alam Melayu pada abad ke 7M, telah menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu pengetahuan

13 2. Zaman Hinduisme dan Buddhisme.
A. Menurut al-Attas, pengaruh Hindu-Budhaa tidaklah begitu mendominasi masyarakat di Alam Melayu berbanding dengan kekuatan pengaruh ajaran Islam. B. Antara bukti bagi perkara ini, tiada kitab-kitab klasik mereka yang membincangkan secara meluas dan mendalam aspek-aspek falsafah, metafizik, sistem sosial dan sebagainya.

14 Samb.. Namun, dalam beberapa aspek pengaruhnya agak jelas, seperti dalam aspek kesusasteraan dan pemerintahan.

15 3. Penjelmaan Material dan Non Material.
A. Sebelum kedatangan Inggeris, ilmu pengetahuan di Alam Melayu lebih banyak berasaskan epistemologi bersifat metafizik. B. Kedatangan mereka telah menukar dari bersifat metafizik kepada material rasional sainstifik.

16 3.5 Puncak Pluraliti 1. Empayar Melaka
A. Pemerintahan: Era Melaka adalah kemuncak keagungan kerajaan Melayu. -Melaka dianggap The Venice of The East. -Masyarakat plural yang wujud dapat hidup dengan aman dan damai, hasil dari sistem pemerintahan yang adil.

17 Samb. - Perlaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang berteraskan Islam mampu memberi keadilan kepada masyarakat plural M’ka pada waktu tersebut. B.Perdagangan: Aktiviti perdagangan antarabangsa juga berjalan dengan baik hasil dari sistem urus tadbir berteraskan Islam.

18 C. Kependudukan:Masyarakat M’ka pada waktu tersebut terdiri dari pelbagai etnik antarabangsa yang hidup dalam suasana aman dan damai. D. Kebudayaan: Kedatangan para pedagang antarabangsa ke M’ka juga telah menyumbang kepada multi budaya yang tersendiri.

19 3.6 Pengasasan Masyarakat Plural
1.Penjajah British: Prinsip,Sistem, Struktur & Dasar Prinsip:Pemisahan Agama dan Negara, Agihan Kuasa, Federalisme. A. Kedatangan Inggeris ke Alam Melayu membawa konsep pemikiran pemisahan negara dan agama. B. Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan, manakala sains dianggap penyumbang kepada kemajuan.

20 Samb.. C.Dasar ini diditerapkan oleh penjajah Inggeris di Alam Melayu dalam semua sistem masyarakat. D. Inggeris turut memperkenalkan sistem pentadbiran berasaskan 3 unsur penting, iaitu:Kehakiman,Eksekutif dan Perundangan

21 3.7 Pembentukan Masyarakat Plural
1.Berasaskan idelogi kolonial:Perubahan Aspek Spiritual, Tradisi Intelek dan Aturan Sosial A. Walaupun Islam mendominasi dalam sistem kepercayaan dan sosial masyarakat, namun masih terdapat kesan-kesan Hindu-Budhaa dalam kehidupan.

22 Samb.. C. Maka berlaku penyulaman dan percampuran antara ajaran Islam dan Hindhu-Budhaa. D. Penjajah Inggeris pula datang ke Alam Melayu dengan membawa idelogi sekular yang diterapkan dalam dalam pelbagai sistem masyarakat.

23 Samb.. E. Akibatnya, berlaku pertentangan antara Islam dan sekular di Alam Melayu. F. Secara lebih tepat, perubahan corak dalam sistem sosial di Alam Melayu adalah hasil dari kolonialisme barat sekular.

24 Samb.. G. Konsep kerajaan yang diperkenalkan oleh kolonialisme barat bersifat pemisah antara dunia dan agama. H. Konsep kolonialisme dilihat bukan hanya melibatkan penaklukan aspek fizikal bahkan mencakupi aspek epistemologi penduduk.

25 Samb.. H. Dalam hal ini, kesan kolonialisme barat ke atas masyarakat negara ini adalah sangat besar. Kerakusan mereka dapat dilihat dalam: 1. Penguasaan Inggeris terhadap P.Pinang pd tahun 1786. 2. Perjanjian Pangkor 1874.

26 Samb.. Umat Islam di Alam Melayu sebelum penjajahan memandang tinggi terhadap institusi pondok dan madrasah sebagai instrumen penting pembinaan bangsa cemerlang. Untuk menyekat pengaruh tersebut, penjajah telah menyerapkan sistem sekular dalam pendidikan.

27 I. Barat menyerapkan unsur sekular dalam sekolah-sekolah Melayu dengan cara:
i.Al-Quran tidak dibenarkan menjadi subjek. ii.Al-Quran diajar diluar waktu sekolah. iii.Tiada elaun diberi kepada para pengajar al-Quran.

28 Samb... J.Kemuncak sistem sekular dilihat dalam penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1905 di Kuala Kangsar, Perak. K. British turut membina sekolah-sekolah muballigh kristian. -Akibatnya,sekolah beraliran melayu dipandang rendah berbanding sekolah aliran Inggeris.

29 Samb.. L. Kolonialisme Barat memperlihatkan bagaimana proses pertukaran sistem masyarakat Islam di Alam Melayu ditukar kepada sistem sekular.

30 3.8 Dasar Dasar Pentadbiran,Ekonomi dan Pendidikan
A. Fahaman yang dibawa oleh Kolonial British telah menukar sistem pentadbiran bersepadu kepada sekular, sistem ekonomi pertanian kepada industri dan sistem pendidikan integerasi kepada sekular.

31 3.9 Pasca Penjajahan 1. Pluraliti Baru dalam Masyarakat Plural.
- Ia terbentuk melalui proses dan lingkungan yang berbeza.

32 3.10 Federalisme Berlapis 1. Persekutuan T.Melayu dan Persekutuan Malaysia. Federalisme:wujud dua jenis persekutuan dalam masa yang sama iaitu Persekutuan T.Melayu dan Persekutuan Malaysia. Kemerdekaan 31 Ogos 1957 hanya melibatkan Persekutuan T.Melayu. Sedangkan Persekutuan Malaysia adalah pada tahun 1963.

33 Samb.. 2. Perlembangaan dan Pembangunan Politik
Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah penerusan daripada Perlembangaan Persekutuan T.Melayu. Ia adalah undang-undang tertinggi negara dan sebagai rujukan kepada segala undang-undang yang digubal.

34 Samb.. Dalam konteks sosial,perlembagaan telah mencatatkan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum di negara ini tanpa sebarang pertikaian. Terdapat 2 peringkat kontrak sosial: i.Melibatkan raja dan rakyat, dikenali sebagai wa’ad. ii. Berlaku dalam masyarakat plural hasil daripada syarat yang dikenakan oleh Inggeris untuk memperolehi kemerdekaan.

35 Samb.. Setiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan mencapai persepakatan untuk hidup dalam aman dan damai. Dengan itu terbentuklah CLC (Communities Liason Commitiee/Perhubungan Antara Kaum) pada tahun 1948.

36 3.11 Pembangunan Berencana
1. Rancangan Pembangunan 5 Tahun A. Bagi menuju ke arah pembangunan beberapa perancangan di negara dibentuk, iaitu: Pelan Pembangunan Berencana ( ). Rancangan Pembangunan 5 Tahun ( ). Dasar Ekonomi Baru ( ). Dasar Pembangunan Negara ( ).

37 3.12 Dasar Dasar Khas Dasar Pendidikan Kebangsaan,Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Negara. Kesemua dasar-dasar tersebut secara tidak langsung telah dibincangkan semenjak CLC ditubuhkan pada tahun 1948. Perbincangan dasar-dasar tersebut lebih serius dibincangkan selepas peristiwa 13 Mei 1969.

38 Pembentukan dasar-dasar tersebut telah mengambil kira kepentingan kaum di negara ini.
Dasar Pendidikan Kebangsaan fokus kearah mewujudkan keseimbangan dalam kehidupan sosio ekonomi dikalangan masyarakat Malaysia berbilang kaum.

39 Samb.. Dasar Kebudayaan Kebangsaan pula memfokuskan kearah pembentukkan sikap menghormati dan menghargai setiap budaya. DEB pula bertujuan untuk mengimbangi ekonomi bumiputera dengan etnik lain secara adil.

40 3.13 Kesimpulan Memahami pluralti adalah asas penting kearah memahami pembentukan masyarakat plural. Pluraliti telah sedia wujud di Alam Melayu. Ideologi sekular telah mempengaruhi perubahan dalam sistem masyarakat sepadu. Plurati masyarakat Malaysia diperkukuhkan melalui dasar-dasar negara yang dibentuk berteraskan persetujuan bersama.

41 Sekian.


Download ppt "Objektif 1.Untuk memahami konsep pluraliti dan masyarakat plural."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google