Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
MORFOLOGI (Pembentukan Kata)
2
Apakah morfologi? Satu cabang ilmu linguistik yang merujuk kepada kajian tatakata yakni bagaimana kata dibentuk.
3
Kajian terbahagi kepada dua:
morfem: bebas terikat kata: akar terbitan
4
KATA TUNGGAL Kata dasar, yakni kata yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Contoh: itu, bakal, ke.
5
JENIS KATA TUNGGAL i. Unit bebas Contoh: saya ii. Kata tugas
Contoh: di, ke, pada. iii. Kata akronim Kata yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan utuh. Contoh: pawagam (panggung wayang gambar)
6
TIGA CARA MENULIS AKRONIM
i. Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan keseluruhan tulisannya dengan huruf besar. Contoh: ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
7
TIGA CARA MENULIS AKRONIM
ii. Gabungan huruf awal dan atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan nama khas. Contoh: tabika - taman bimbingan kanak- kanak lurang - lubang orang
8
TIGA CARA MENULIS AKRONIM
iii. Gabungan huruf awal dan atau suku kata itu menjadi nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh: Mara - Majlis Amanah Rakyat
9
2. KATA TERBITAN Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan. Contoh: berlari memasak
10
3. KATA MAJMUK Kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Contoh: bumiputera, air mata.
11
JENIS-JENIS KATA MAJMUK
i. rangkaian kata bebas: biru laut jalan raya ketua menteri nasi minyak Raja Muda
12
JENIS-JENIS KATA MAJMUK
ii. istilah khusus model linear telefon dail terus pita suara
13
JENIS-JENIS KATA MAJMUK
Iii. kiasan buah hati manis mulut ringan tulang berat tangan
14
PENJAMAKAN KATA MAJMUK/KATA GABUNG
Hanya perkataan pertama yang terlibat. Contoh: alat tulis menjadi alat-alat tulis pasar raya menjadi pasar-pasar raya
15
KEKECUALIAN Penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa dan kata yang telah mantap, penggandaan melibatkan keseluruhan kata. Contoh: anak emas-anak emas tandatangan-tandangan
16
PENGGUNAAN PENANDA JAMAK
Semua, banyak, sekumpulan, para. Semua guru besar bukan semua guru-guru besar Mereka bukan mereka-mereka
17
PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
Kata gabung berimbuhan awalan atau akhiran. Contoh: bercampur aduk daya serapan mengambil alih
18
PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
Kata gabung berimbuhan apitan. Contoh: pengambilalihan mengehaknegarakan ketidakstabilan
19
4. KATA GANDA Kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Contoh: kanak-kanak, rumah-rumah.
20
Penggandaan penuh Ayat-ayat Kereta-kereta Bunga-bungaan
Kementerian-kementerian Setiausaha-setiausaha
21
Penggandaan separa Lelangit Lelaki Pepohon
22
Penggandaan berentak Sayur-mayur Warna-warni Saudara-mara
23
Awalan Kata Nama PeN- Pe- PeR- Ke- Juru-
24
Awalan PeN- Pe- bergabung dengan huruf-huruf m,n,ny,r,l dan w. Contoh:
Penyanyi Pelayan pewangi
25
P, T, K dan S Huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan menjadi bentuk sengau. Pukul - pemukul Takut - penakut Karang - pengarang Sayang - penyayang
26
PeN- menjadi pem- Kata dasar bermula dengan huruf b, dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f dan v dan gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. Contoh: baca menjadi pembaca. Boikot menjadi pemboikot, veto menjadi pemveto, fatwa menjadi pemfatwa, blok menjadi pemblok, dan proses menjadi pemproses.
27
PeN – menjadi pen Kata dasar bermula dengan huruf d, c, j sy, dan z dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s. Contoh: dapat - pendapat curi pencuri jaja penjaja syarah - pensyarah tauliah - pentauliah swasta - penswasta
28
PeN- menjadi peng- Kata dasar bermula dengan huruf g, kh dan h dan a, e, i o, u. Hadir juga bentuk-bentuk pengecualian yang kata dasar bermula dengan huruf k. Contoh: gulung - penggulung khianat - pengkhianat elak pengelak
29
Kata pinjaman kabul - pengkabul katalog - pengkatalog
kategori - pengkategori kritik - pengkritik
30
Kekecualian Kata dasar kaji – pengkaji.
Catatan: Kata kaji bukan kata pinjaman. Tujuannya untuk membezakan dengan kata pengaji.
31
Peng- menjadi penge- Apabila bergabung dengan kata dasar bereka suku kata. Contoh: bom - pengebom cat - pengecat had - pengehad
32
Pe- digabungkan dengan kata dasar tanpa melibatkan perubahan bunyi.
Pe + sakit - pesakit Catatan:Sebagai perbezaan makna antara kata terbitan berawalan pe- dengan kata terbitan berawalan peN-. peN- + sakit - penyakit
33
Awalan peR- Pada kata dasar jenis kata nama dan kata kerja tanpa melibatkan perubahan bunyi pada awal kata dasar. Contoh: Per + asap perasap Per + buru perburu
34
Awalan ke- dan juru- Tanpa melibatkan perubahan bunyi. Contoh:
Ke + kasih kekasih Juru + tari jurutari
35
Apitan Ke-…-an Pe-…-an
PeN…-an:pem-…-an,pen-…-an,peng-…-an,penge-…-an, peny-…-an. PeR-…-an:pe-…-an, per-…-an.
36
Sisipan -el telunjuk -em gemuruh -er kerlip -in sinambung
37
Imbuhan Rangkap mempeR-: memperisteri, mempersuami, memperbesar.
dipeR-: diperalat. terpeR-: terperinci.
38
Imbuhan Awalan Maha,pra-,swa-tuna-eka-dwi-,tri-panca.Contoh:
Tunanetra, tunakarya. Swalayan, pramusaji.
39
Sekian, terima kasih. Salam “Bahasa Jiwa Bangsa”
40
Pascakursus:Ejaan, Penulisan Kata dan Pembentukan Kata.
Bunyi:tiga:vokal, konsonan, diftong. Pemisahan suku kata. Pola suku kata. Keselarasan huruf vokal. Ejaan kata bahasa Inggeris.
41
Penulisan Kata Kata berawalan Kata majmuk Kata ganda Kata nama
Kata ganti nama diri singkat Kata bilangan/angka Singkatan
42
Pembentukan Kata Imbuhan: Awalan Akhiran Apitan Imbuhan pinjaman
Akronim
43
Kueja betul, bahasaku terampil
Pokok kari di tepi pekan, Lebah bersarang di hujung pohon; Ilmu kuberi harap dimanfatkan, Andai terkurang maaf kumohon.
44
Betulkan jika perlu: Dia yakin bahawa rakyat di negara itu akan menyatupadu. Melaka terkenal dengan bukit yang mereka mengenalikan sebagai Bukit China. Pelajar itu gagal dalam akauntasi kerana dia tidak berminat dengan subjek tersebut. Haslina melapor berita dari London.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.