Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Beriman Kepada Allah Dan Sifat-Sifatnya

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Beriman Kepada Allah Dan Sifat-Sifatnya"— Transcript presentasi:

1 Beriman Kepada Allah Dan Sifat-Sifatnya

2 BERIMAN KEPADA ALLAH Dengan Ijmal (Ringkas) *Fardu Ain
- Mempercayai kewujudan Allah - Allah bersifat sempurna dan suci dari sifat kekurangan Dengan Tafsil (Terperinci) *Fardu Kifayah - Mengetahui 20 sifat wajib bagi Allah, 20 sifat mustahil bagi Allah dan 1 sifat harus bagiNya.

3 MENGIMANI SIFAT RUBUBIYAH-NYA
Rab ertinya dzat yang memiliki hak untuk mencipta, berkuasa dan hak untuk memerintah serta tiada selainnya yang mempunyai hak tersebut Orang musyrik mengakui sifat rububiyah ini tetapi menyembah selain daripada-Nya 2009 KBM 1 AQIDAH ISLAMIAH BAB 3 3

4 BERIMAN KEPADA SIFAT ULUHIYAH-NYA
Uluhiyah bererti Allah sahaja yang berhak disembah dan tiada selain-Nya Sembahan lain hanyalah nama-nama yang diberikan oleh orang-orang terdahulu Sembahan itu tidak mampu memberi manfaat atau mengelak daripada kemudharatan 2009 KBM 1 AQIDAH ISLAMIAH BAB 3 4

5 PEMBAHAGIAN SIFAT ALLAH
WAJIB (20) Wujud (Nafsiah) Qidam (Salbiyyah) Baqa’ Mukhalafatuhu Li al-Hawadith Qiyamuhu Binafsihi Wahdaniyyah Qudrah (Ma’ani) Iradah Ilmu Hayyu Sama’ Bashar Kalam Kaunuhu Qadiran (Ma’nawiyyah) Kaunuhu Muridan Kaunuhu ‘Aliman Kaunuhu Hayyan Kaunuhu Sami’an Kaunuhu Bashiran Kaunuhu Mutakalliman MUSTAHIL (20) ‘Adam Huduth Fana’ Mumathalatuhu Laha Ihtiyaj Li Ghairihi Ta’addud ‘Ajzu Karahah Jahlu Mautu Ashammu ‘Ama Abkam Kaunuhu ‘Ajizan Kaunuhu Karihan Kaunuhu Jahilan Kaunuhu Mayyitan Kaunuhu Ashamma Kaunuhu ‘Ama Kanuhu Abkam HARUS (1) Harus melakukan apa sahaja yang dikehendaki Allah Tidak ada yang wajib dan mustahil bagi Allah

6 PEMBAHAGIAN SIFAT WAJIB
1) Sifat Nafsiyyah: (Wujud) - Sifat diri - Keadaan yang terdapat pada zat Allah dan tidak boleh dipisahkan daripadaNya 2) Sifat Salbiyyah: (Qidam, Baqa’, Mukhalafatuhu Li al-Hawadith, Qiyamuhu Binafsihi, Wahdaniyyah) - Sifat penolak dan menafikan segala sifat yang tidak layak bagi Allah - Sifat salbiyyah hanya ada pada sebutan sahaja tetapi tidak dapat digambarkan seperti sifat ma’ani

7 PEMBAHAGIAN SIFAT WAJIB
3) Sifat Ma’ani: (Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayyu, Sama’, Bashar, Kalam) - Keadaan yang tetap pada zat dan mempunyai makna serta bukti - Dapat digambarkan hasil daripada bukti penciptaan - Sifat yang benar ada pada Zat Allah dan dapat dilihat 4) Sifat Ma’nawiyah: (Kaunuhu Qadiran, Muridan, ‘Aliman, Hayyan, Sami’an, Bashiran, Mutakalliman) - Sifat yang bergantung dengan sifat ma’ani

8 Sifat-Sifat Wajib Dan Mustahil

9 1) WUJUD (ADA) X ‘ADAM (TIADA)
Adanya alam dengan adanya pencipta iaitu Allah Kewujudan Allah berbaza dengan manusia KewujudanNya bukan kerana ada yang menjadikanNya Kewujudan zatNya tidah ada permulaan dan tidak ada kesudahan

10 2) QIDAM (SEDIA ADA) X HUDUTH (BARU)
Allah telah wujud sejak dahulu lagi sebelum adanya penciptaan lain Tiada yang lebih dahulu dari Allah Allah adalah pencipta yang menjadikan dan Allah tidak dijadikan (hasil ciptaan) Sekiranya Allah tidak bersifat sedia ada sudah tentu Allah bersifat baru yang mempunyai permulaan dan kesudahan

11 3) BAQA’ (KEKAL) X FANA’ (BINASA)
Allah bersifat abadi; tidak akan berakhir dan tidak ada penghabisannya Kalau Allah tidak kekal sudah tentu akan binasa Dan sekiranya Allah akan binasa sudah tentu ada yang membinasakannya Sekiranya ada yang membinasakan maka sudah tentu ada kuasa yang lebih tinggi dariNya dan itu adalah sesuatu yang mustahil

12 4) MUKHALAFATUHU LI AL-HAWADITH (BERLAINAN DARI MAKHLUKNYA) MUMATHALATUHU LAHA (SERUPA)
Allah tidak serupa dengan mana-mana makhluk Manusia tidak akan pernah dapat membayangkan zat rupa Allah Semamngnya manusia juga mempunyai sifat melihat, mendengar, berilmu dan sebagainya akan tetapi ianya tidak sama seperti Allah Sekiranya Allah mempunyai zat atau sifat yang sama dengan Allah, maka tiada perbezaan antara pencipta dan yang diciptakan

13 5) QIYAMUHU BINAFSIHI (BERDIRI DENGAN SENDIRI) IHTIYAJ ILA GHAIRIHI (BERHAJAT KEPADA LAINNYA)
Allah tidak berhajat kepada pertolongan sesiapa dari urusan yang sekecil-kecilnya hinggalah urusan yang besar Tuhan tidak memerlukan kepada pencipta dan tidak pula memerlukan pujian serta sembahan daripada hambaNya Sekiranya Allah berhajat kepada pertolongan lain maka Dia dianggap lemah dan Allah tidak layak untuk bersifat kekurangan

14 6) WAHDANIYYAH (ESA) X TA’ADDUD (BERBILANG)
Allah idak mempunyai sekutu, kawan, keluarga dan saudara mara Sekiranya Allah ada dua pasti akan ada perselisihan antara satu sama lain Selain itu akan terjadi perebutan kuasa

15 7) QUDRAH (BERKUASA) X ‘AJZU (LEMAH)
Allah mempunyai kekuasaan yang paling sempurna Berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang diinginiNya Tidak ada sesiapa yang boleh menghalang perbuatan dan kekuasaannya Kalau Allah tidak berkuasa, maka Allah akan bersifat lemah dan tidak mampu untuk mencipta dan mentadbir alam ini

16 8) IRADAH (BERKEHENDAK) X KARAHAH (DIPAKSA)
Segala apa yang terjadi dan tidak terjadi adalah di atas kehendak Allah Semua yang berlaku adalah kerana kemahuan Allah dan bukan kerana ada yang menyuruhNya atau memaksaNya ataupun secara tidak sengaja Jika Allah tidak berkeinginan apa-apa maka tiadalah hasil ciptaanNya seperti yang kita lihat hari ini. Sifat tidak sengaja atau tidak sedar ataupun disuruh adalah sifat yang kekurangan dan Allah tidak layak bersifat dengan sifat kekurangan

17 9) ILMU (BERILMU) X JAHLU (BODOH)
Allah maha mengetahui setiap benda yang zahir mahupun yang batin Ilmu Allah bukanlah hasil pengalamannya ataupun hasil daripada mempelajarinya Ilmu Allah lahir bersama dengan zatNya yang sempurna yang tidak boleh dipertikai Kalau Allah tidak berilmu, maka Allah bersifat dengan sifat kekurangan dan itu adalah sesuatu yang mustahil

18 10) HAYYU (HIDUP) X MAUTU (MATI)
Allah hidup selama-lamanya Sejak dari azali Tidak ada permulaan dan penghabisan Allah hidup tidak seperti kita yang memerlukan roh, nafas dan oksigen Allah tidak mempunyai masa kanak-kanak, masa muda dan masa tua Hidup Allah tidak sama dengan hidupnya manusia

19 11) SAM’U (DENGAR) X ASHAMMU (TULI)
Allah dapat mendengar tiap suara yang dibunyikan oleh makhluk di seantero alam yang dinyatakan atau yang disembunyikan Pendengaran Allah tidak sama dengan manusia Allah tidak memerlukan alat untuk mendengar meskipun halus bunyinya kerana Allah tidak perlu bergantung pada sesuatu pun Jika Allah tidak mendengar atau memerlukan alat (telinga) maka Allah mempunyai sifat kekurangan dan ini adalah mustahil

20 12) BASHAR (MELIHAT) X ‘AMA (BUTA)
Allah dapat melihat setiap sesuatu yang berda di alam ini Daripada yang sehalusnya sehingga yang sebesarnya, yang segelapnya sehingga yang seterangnya Allah tidak memerlukan alat (mata, kacamata, teropong) atau sebagainya untuk membantunya melihat Cara Allah melihat berbeza dengan manusia Apa yang ghaib bagi manusia atau makhluk lain tidak ghaib pada Allah

21 13) KALAM (BERKATA-KATA) X ABKAM (BISU)
Allah sentiasa berfirman dan bercakap dengan makhlukNya (malaikat/manusia) Percakapan Allah berbeza dengan manusia Tidak menggunakan sebarang alat (eg. Bibir, lidah, suara, huruf dsb) Tidak dapat dibayangkan bagaimana Allah berkata-kata kerana sekiranya dapat dibayangkan maka ianya telah sama dengan malkhluk dan itu adalah mustahil kerana Allah tidak bersifat seperti makhluk

22 14) Kaunuhu Qadiran (Keadaan berkuasa)
15) Kaunuhu Muridan (Keadaan berkemahuan) 16) Kaunuhu ‘Aliman (Keadaan berilmu) 17) Kaunuhu Hayyan (Keadaan hidup) 18) Kaunuhu Sami’an (Keadaan mendengar) 19) Kaunuhu Bashiran (Keadaan melihat) 20) Kaunuhu Mutakalliman (Keadaan berkata)

23 Sifat Harus

24 SIFAT HARUS BAGI ALLAH Harus: Tidak wajib dan tidak mustahil
Tidak wajib bagi Allah menjadikan makhluk dan tidak pula mustahil bagi Allah untuk tidak menciptakan manusia Jika Allah berkehendakan sesuatu tiada siapa dapat menghalangnya Harus bagi Allah untuk menciptakan makhlukNya dalam pelbagai sifat Terpulang kepada kemahuan Allah menjadikan semua perkara menurut kehendakNya


Download ppt "Beriman Kepada Allah Dan Sifat-Sifatnya"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google