Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL"— Transcript presentasi:

1 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

2 PENGENALAN Perpaduan:
Proses penyatuan dari semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik tetapi bukan biologikal. Integrasi: Penyatuan dari semua aspek dan termasuk khasnya aspek biologikal. Berkahwin dengan pasangan di luar kelompok dipanggil exogamy. Tun Abdul Razak: “perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian.

3 KEPELBAGAIAN Semenanjung: Melayu, Cina dan India. Sarawak:
Dayak Iban, Melayu, Dayak, Bidayuh, Dayak Orang Ulu dan Cina. Sabah: Kadazan Dusun, Cina dan Melayu. Ethnik dikategorikan: cara hidup pola petempatan pekerjaan pendidikan

4 KEPELBAGAIAN Ciri-ciri Bumiputera: Tinggal di luar bandar.
Mundur dari segi ekonomi, Rendah taraf pendidikan. Ciri-ciri Bukan Bumiputera: Duduk di bandar. Menguasai bidang ekonomi khususnya di sektor maju dan berteknologi. Jurang antara: Bumiputera dan bukan bumiputera. Bumiputera kaya dan miskin. Bukan bumiputera kaya dan miskin. Wilayah bandar dan luar bandar.

5 CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK FURNIVAL
Terdapat pelbagai jenis manusia. Mereka bercampur tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri. Mereka bertemu di pasar tetapi kemudian balik ke kelompok masing-masing. Pekerjaan dibahagikan mengikut garis perkauman.

6 DIMENSI INTEGRASI Membina konsensus antara rakyat.
Prinsip asas untuk mencapainya: Integrasi melalui kepelbagaian. Saling hormat-menghormati. Bersedia bekerjasama dan bertolak ansur. Sederhana dalam tuntutan. Konsensus bermaksud persetujuan tentang nilai asas yang patut dipegang atau dipanggil budaya sivik. Merapatkan jurang antara pemerintah dengan diperintah. Dikenali sebagai integrasi elit-massa. Keperluan bermesyuarat - demokrasi. Pemimpin punya gaya sendiri dan tiada masa untuk rakyat. Merapatkan jurang pembangunan antara wilayah. Antara wilayah maju dan wilayah mundur.

7 BENTUK INTEGRASI Asimilasi Amalgamasi: A+B+C=D Pluralisme
Asimlasi Budaya: A+B+C=A Asimilasi Struktur: Ai+B+C=Ai+Bi+Ci Amalgamasi: A+B+C=D Pluralisme Pluralisme Kebudayaan: A+B+C=A+B+C Pluralisme Ubahsuaian: A+B+C=Al+Bl+Cl

8 1. ASIMILASI Akan membentuk kelompok yang seragam mempunyai satu budaya, bahasa dan agama. A+B+C=D Jika kelompok minoriti ialah 10%, proses asimilasi mudah dijalankan. Contoh: orang Cina di Indonesia, di Kelantan, Melaka, Kapit, Song dan Kanowit di S’wak.

9 PROSES KECIL ASIMILASI
Asimilasi Budaya: Dikenal juga sebagai akulturasi. Minoriti mempelajari budaya dominan. Contoh: orang Cina dan India. Mereka tidak kehilangan ciri2 budaya mereka. Asimilasi Struktur: Minoriti menyertai institusi dominan. Contoh: usaha kerajaan menyatukan sistem persekolahan, penglibatan semua dalam Barisan Nasional. Ai+B+C=Ai+Bi+Ci (I mewakili institusi).

10 AMALGAMASI D ialah amalgam hasil percantuman.
Proses percantuman dari segi biologikal. Melahirkan etnik bary yang mempunyai ciri-ciri baru termasuk kebudayaan. Diamalkan dalam masyarakat yang mengamakan kahwin campur. Di Amerika Syarikat ia dipanggil teori periuk cair. Ia memperkayakan lagi warisan masyarakat. Formula: A+B+C=D D ialah amalgam hasil percantuman.

11 PLURALISME 1. Pluralime Kebudayaan. Formula algebra: A+B+C=A+B+C
Tidak perlu meninggalkan ciri2 mereka. Digalakkan terus menagamalkan budaya dan agama masing2. 2. Pluralisme Ubahsuaian Oleh Nathan Glazer dan Daniel P. Moyhihan. Kajian di NewYork - etnik terpengaruh oleh budaya orang lain sehinggakan budaya mereka terubah. Contoh: orang Nigeria di New York tidak sama dengan orang Nigeri di Nigeria. Sama di Amerika, Itali, Jerman, Afrika, Latin Amerika dan Cina., Formula : A+B+C=Al+Bl+Cl

12 MASALAH Kemuncak masalah perpaduan pada 13 Mei 1969.
Parti Perikatan tidak mendapat2/3 majoriti. Orang2 Cina mengeluarkan kata2 kesat. Orang2 Melayu juga buat perarakan. Sebab-sebab rusuhan: Perubahan imbangan kuasa. Tidak mendapat dua pertiga kerusi Parlimen. Dasar pecah dan perintah pihak penjajah.

13 GARIS-GARIS PEMISAH 1. Tempat Tinggal
Orang-orang Melayu dibiarkan tinggal di luar bandar dan pedalaman dengan alasan mengekalkan corak hidup mereka yang unik dan menarik. Etnik2 pendatang mendirikan rumah di lomboh timah dan estet getah. 2. Pendidikan Setiap etnik mempunyai sukatan pendidikan sendiri. Di Sabah Sarawak tidak diberi pendidik kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semulajadi iaitu budaya lisan orang Dayak yang sungguh kaya dan diturunkansecara lisan tanpa cacat. 3. Pekerjaan Dasar pecah dan perintah pecahkan semua etnik. Melayu bertani, Cina bekerja di lombong dan sebagai peniaga, dan India bekerja di estet.

14 PENILAIAN SELEPAS 3 MEI Parti Perikatan menang 67 daripada 104 kerusi Parlimen di 11 negeri di Semenanjung. Kurang satu kerusi membolehkan Parti Perikatan mendapat 2/3 majoriti. Ketidakseimbangan pendapatan: pendapatan tinggi - sektor moden bandar seperti pengangkutan, komunikasi dan perkhidmatan moden. pendapatan sederhana - sektor kerajaan dan moden luar bandar seperti rancangan2 FELDA. pendapatan rendah sektor tradisional bandarseperti peniaga kecil dan runcit.

15 PENILAIAN SELEPAS 3 MEI Pemilikan syer syarikat 1969:
Rakyat asing % Orang Cina % Orang Melayu % Orang India % Tenaga kerja di Sabah dan Sarawak: Dayak Iban - 98% Bidayuh % orang Ulu - 90% Melayu - 73% Melanau - 87% Cina - 52%

16 LANGKAH-LANGKAH SOSIAL
1. Rukun Negara Dilancarkan pada 1971. Untuk memupuk muafakat di kalangan masyarakat pelbagai kaum. 2. Dasar Pelajaran Kebangsaan Penggunaan Bahasa Melayu. Sediakan sukatan pelajaran yang sama. 3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan Mengambil kira kebudayaan asal rakyat, Unsur2 budaya yang sesuai untuk diambil pakai Islam menjadi unsur penting.

17 LANGKAH-LANGKAH SOSIAL
1. Pindaan Akta Hasutan dikeluarkan daripada perbincangan umum tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu. 2. Barisan Nasional ditubuhkan pada 1976 dengan penyertaan PAS dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)

18 BARISAN NASIONAL Di Semenanjung
UMNO – Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu MCA – Persatuan Cina Malaysia MIC – Kongres India Malaysia PPP – Parti Kemajuan Rakyat Gerakan – Parti Gerakan Rakyat Malaysia

19 BARISAN NASIONAL Di Sarawak PBDS – Parti Bangsa Dawak Sarawak
SNAP – Parti Kebangsaan Malaysia PBB – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu SUPP – Parti Sa’ati Rakyat Sarawak

20 BARISAN NASIONAL Di Sabah PBS – Parti Bersatu Sabah
PDS – Parti Demokratik Sabah SPP – Parti Kemajuan Sabah

21 LANGKAH-LANGKAH EKONOMI
Dasar Ekonomi Baru Dilancarkan pada 1971 melalui Ramcamgam Malaysia Kedua ( ) Matlamat utama: Membasmi kemiskinan. Menyusun semula masyarakat. Bertujuan: Merubah ketidakseimbangan – contoh syer Melayu. Meningkatkan bilangan profesional Melayu. Kejayaan: Profesional Melayu syer Melayu meningkat. (20% pada 1990. Kesemua parti mengikut etnik menyertai Barisan Nasinal. Kesan sosial bergantung kepada: Ada ke tidak pergaulan antara kelompok.? Ada ke tidak yang merasa tertindas oleh kelompok lain? Da ke tidak persahabatan melintasi garis entiti?

22 NEGARA BANGSA Bermula selepas program perpaduan dan integrasi nasional. Sambutan lembap dari bukan Melayu dan bukan Islam. Bangsa Malaysia dengan satu bahasa iaitu Bahasa Melayu boleh diterima. Dari sudut agama, budaya dan cara hidup, mungkin agak gagal. Kalau kepelbagaian dikekalkan, pembangunan bangsa boleh diwujudkan,

23 KESIMPULAN Perpaduan dan integrasi nasional adalah cabaran yang besar yang akan menentukan keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi. Kaedah asimilasi tidak akan berjaya kerana setiap kelompok tidak mahu kehilangan ciri2 dan budaya mereka. Kaedah amalgamasi, asimilasi struktur, pluralisme kebuudayaan dan pluralisme ubahsuaian mundkin boleh berjaya. Walaupun berjaya, terdapat jurang – antara kaya dengan miskin, pemimpin dengan dipimpin dan pembangunan antara wilayah. Tidak sukar kerana Malaysia sudah berjaya mengawal perbezaan etnik. Semua masalah seharusnya ditangani oleh semua rakyat,


Download ppt "PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google