Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
BAHAYA MEROKOK DAN ALKOHOL
2
BAHAYA MEROKOK !!! APAKAH ITU ROKOK? KESAN-KESAN MEROKOK.
BERHENTI MEROKOK. (langkah mengatasi) ROKOK DAN REMAJA GO! GO! GO! GO!
3
ROKOK DAN REMAJA 2.sifat Ingin tahu.
jumlah perokok, khususnya kanak-kanak dan remaja semakin bertambah. Hari ini, kira-kira 20 peratus atau 1.2 juta perokok adalah remaja berusia 12 tahun hingga 18 tahun! Remaja merokok kerana 1.dipengaruhi oleh rakan. 2.sifat Ingin tahu. 3.dipengaruh ahli keluarga yang juga seorang perokok.
4
APAKAH ITU ROKOK Ini adalah satu contoh sebatang rokok. Batang rokok
Puntung rokok
5
Asal Usul Rokok Amalan merokok dipercayai diperkenalkan oleh golongan Indian Amerika Utara.Ia disebarkan ke benua Eropah, seawal kurun ke-16, oleh Christopher Columbus.
6
Tahukah Anda? Separuh dari para perokok hari ini akan maut sebelum usia tua, akibat tabiat merokok. Di Malaysia, 50% lelaki dewasa adalah perokok.
7
Kandungan Rokok Kembali ke Menu Rokok
8
KANDUNGAN UTAMA ROKOK!!! Mengandungi banyak bahan kimia antaranya:
Dadah nikotin. Tembakau. Tar. Karbon Monoksida (CO) Perengsa (irritant)
9
KESAN-KESAN MEROKOK
11
CIRI - CIRI PEROKOK! lemah badan, tidak bermaya dan mengantuk.
Rasa gelisah, gundah, tidak dapat mengawal perasaan marah. Masalah tidur. Gangguan psikologi. Mulut akan berbau. Jangkitan pelbagai jenis penyakit.
12
KESAN MEROKOK PADA KESIHATAN
Seseorang perokok boleh menderita akibat penyakit: · Kanser Paru-paru · Penyakit jantung · Ampus · Bronkitis · Jangkitan paru-paru · Kanser kerongkong · Kanser pundi air kencing · Kanser pankreas · Penyakit selsema, batuk, Iaringitis, pening kepala,sakit tekak serta infeksi virus. · Gangguan Kehamilan · Kanser Osefagus · Tekanan darah tinggi
13
Sakit kepala Tumbesaran bayi Asma Usia Kepintaran (terutamanya kanak-kanak) Mati pucuk Pencemaran udara Menyebabkan ketagihan (nikotin) Kembali ke menu
14
BERHENTI MEROKOK Sesiapa yang ingin berhenti merokok boleh cuba langkah-langkah berikut: Dapatkanlah sokongan daripada rakan,isteri dan keluarga,untuk berhenti merokok. Penuhilah masa dengan kegiatan berfaedah.menyibukkan diri,akan dapat melupakan rasa ingin merokok. Jujurlah kepada diri sendiri.belajar untuk menolak tawaran merokok daripada rakan. Mengikuti rahsia 4M atau 6M. Rawatan secara kaunseling.
15
Rahsia 4M atau 6M Melengahkan keinginan untuk merokok.Cth,melambatkan mencari rokok. Menarik nafas panjang.Usahakanlah untuk menarik nafas panjang dengan perlahan. Minum air.Berusaha meminum air yang banyak. Membuat sesuatu.Membuat sesuatuuntukmengalihkanfikiran anda daripada merokok. Mengunyah makanan.Amalan mengunyah makanan (gula-getah) dapat membantu.
16
Rawatan secara kaunseling
-Dijalankan semasa pesakit pergi ke mereka dimasukan ke wad kerana menghidap penyakit fizikal atau mental. -Dibuat bergantung kepada kemampuan dan tenaga kerja yang ada di sesuatu unit.
17
Mengesorkan ubat gantian nikotin
Kaunseling individu Boleh dilakukan dalam jangka masa antara,15 hingga 20 minit. Membimbing pesakit agar berhenti merokok buat selama-lamanya. Mengesorkan ubat gantian nikotin Memberi ubat gantian nikotin untuk menghilangkan kesengsaraan penagih apabila menghadapi sindorm tarikan ketagihan. Kembali ke menu
18
BAHAYA ALKOHOL!!! Pengenalan Alkohol.
Kesan – Kesan Alkohol terhadap manusia. Ketagihan Alkohol. Cara mengatasi pengambilan alkohol
19
ALKOHOL Telah digunakan untuk tujuan sosial.
Pengambilan alkohol yang berlebihan menyebabkan peminumnya hilang keupayaan mengawal diri atau mabuk Alkohol juga dapat mengurangkan keupayaan jantung untuk berfungsi secara normal sehingga mengganggu penghantaran oksigen.
20
KETAGIHAN ALKOHOL Bagi remaja,mengambil alkohol kononnya merupakan simbol kedewasaan. Mereka yang mempunyai pendapatan diri,bebas daripada kongkongan orang tua,ditambah pula dengan kurangnya didikan agama akan mudah terikut-ikut budaya dan gaya hidup yang tidak sihat ini.
21
Kesan Alkohol pada Manusia
22
Kesan Penagihan Alkohol
Kesan pada otak Alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus dibawa ke jantung dan mengepam darah beralkohol ke seluruh tubuh dari sini meresap ke dalam otak dan seterusnya ke seluruh urat saraf. Menyebabkan ketidak warasan pemikiran,fikiran bercelarau,dan pergerakan agak tidak terkawal.Peminum juga kurang keupayaan dari segi belajar,menumpukan fikiran dan membuat pertimbangan yang teliti. Alkohol yang berlebihan akan menyebabkan kematian.
23
Kesan pada Hati Kesan alkohol yang paling bahaya adalah kesan pada hati. Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut. Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah.
24
Kesan pada perut Alkohol juga menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk.
25
Kesan pada saraf Kerosakan saraf boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi, dan kecenderungan membunuh diri.
26
Kesan pada janin Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.
27
Lain-lain kesan terhadap badan Manusia
Peminum alkohol juga didapati lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing. Peminum alkohol juga mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin. Bagi perokok yang meminum alkohol boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak. Selain daripada kesan ke atas kesihatan ia boleh juga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan sebagainya
28
Cara Mengatasi Pengambilan Alkohol
Mengurangkan pengambilan alkohol secara ansur maju. Kesedaran masyarakat terhadap pengambilan alkohol. Sokongan dari keluarga. Jauhi dari pengaruh rakan. Kempen anti alkohol sebagai minuman. Pendidikan dari sekolah.
29
Remaja –remaja yang merokok
30
Sekian Terima Kasih……. Terima kasih Terima kasih Terima kasih
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.