Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Pengenalan Asas Pantun

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Pengenalan Asas Pantun"— Transcript presentasi:

1 Pengenalan Asas Pantun
PT013 Kursus Kesusasteraan Negara Nama Organisasi

2 Objektif Kursus Di akhir kursus ini, anda akan dapat:
Menerangkan maksud pantun Membezakan jenis pantun Mahir berpantun Tidak ramai orang kita yang tahu sebenar-benarnya tentang pantun kita. Sering disalah anggap, bahawa jika di setiap penghujungnya kedengaran sama dan berima, itulah seni pantun. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pantun? Di akhir kursus ini, anda akan dapat: Menerangkan maksud pantun Mengetahui asal-usul pantun Memahami ciri-ciri pantun Menguasai kemahiran berpantun

3 Maksud Pantun Menurut Kamus Dewan
“Sejenis puisi lama yang terdiri daripada baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud ." Menurut Kamus Dewan, (1986:813) "sejenis puisi lama yang terdiri daripada baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud ."

4 Asal Usul Pantun Pertama kali muncul dalam kurun ke-13 di dalam karya Sulalatus Salatin. Kini diajar di sekolah-sekolah kerana ia merupakan khazanah negara berbilang bangsa. Asal Usul Pantun Dalam kesusasteraan, pantun pertama kali muncul dalam karya Sulalatus Salatin semenjak kurun ke-13 dan hikayat-hikayat popular yang sezaman. Kini pantun diajar di semua sekolah di Malaysia merupakan khazanah negara yang harmoni dan berbilang bangsa.

5 Contoh Pantun Sila klik untuk lihat contoh: Contoh Pantun
Terdapat dua jenis pantun – pantun 2 kerat dan pantun 4 kerat

6 Fungsi Pantun Mendidik Meluahkan kasih sayang Menyampaikan penghargaan Sindiran Menguji Minda Hiburan Pantun yang dicipta \mempunyai beberapa fungsi. Antaranya ialah untuk mendidik, meluahkan rasa kasih sayang dan rindu, menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih, sindiran dan tempelak, menguji minda dan sebagai hiburan.

7 Kemahiran Berpantun Sila klik Karakter Teruna atau Dara untuk lihat kemahiran mereka berpantun Teruna: Akar memanjat pohon ara Nampaknya cantik berseri laman Besarnya hajat tidak terkira Hendak memetik bunga ditaman Dara: Pohon cempedak ditepi titi Pohon nangka buah sebiji Kalau sudah berkenan dihati Marilah kita mengikat janji

8 Lagu Pantun Burung Merbok Membuat Sarang Ketam Bengkok Di Balik Tiang
Anak Enggang Meniti di Paya Tembaga Buruk Di Mata Orang Intan Berkarang Di Hati Saya Ketam Bengkok Di Balik Tiang Ayam Berkokok Hari Nak Siang Secupak Padi Setahil Berangan Tersepak Kaki Terkehel Tangan

9 Video Pantun Pulau Pandan Jauh ke Tengah Gunung Daik Bercabang Tiga Hancur Badan Dikandung Tanah Budi Yang Baik Dikenang Juga


Download ppt "Pengenalan Asas Pantun"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google