Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN"— Transcript presentasi:

1 CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
UNIT 3 CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN Ciri utama usahawan merupakan set tingkah laku yang menyumbang ke atas kejayaan seseorang usahawan berjaya. Individu yang cenderung untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan perlu memahami profil usahawan berjaya, menghayati dan mengamalkan ciri utama usahawan berjaya

2 CIRI-CIRI UTAMA USAHAWAN
Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan CIRI-CIRI UTAMA USAHAWAN KREATIF INOVATIF BIJAK MENGAMBIL PELUANG BERWAWASAN ATAU BERPANDANGAN JAUH MEMILIKI DORONGAN DALAMAN TIDAK MUDAH PUTUS ASA BERANI MENGAMBIL RISIKO

3 1. KREATIF Bermaksud : mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu produk atau idea baru dan asli. Contoh : * berkemampuan mencipta kereta yang boleh terbang bila diperlukan. * penciptaan mesin Automatic Teller Machine (ATM).

4 Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan
2. INOVATIF Bermaksud: kebolehan untuk melakukan pembaharuan atau pengubahsuaian untuk mempertingkatkan atau memperbaiki mutu sesuatu produk Kehendak manusia yang sentiasa berubah merupakan penggerak kepada inovasi Inovasi yang dilakukan akan mengandungi elemen kreativiti di dalamnya.

5 Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan
Sambungan…………. Contoh: ketidakselesaan membawa pelbagai jenis kad seperti lesen, kad pengenalan, kad ATM dan lain-lain dapat diatasi dengan mencipta satu kad serba guna iaitu kad pintar Matlamat inovasi ialah untuk melakukan sesuatu dengan efisyen dan berkesan

6 3. BIJAK MENGAMBIL PELUANG
Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan 3. BIJAK MENGAMBIL PELUANG Peluang bermaksud kesempatan yang datang atau dicari untuk direbut dan dimanfaatkan oleh seseorang bagi mendapatkan hasil atau pulangan yang menguntungkan Contoh: pembangunan kawasan perumahan baru akan mewujudkan pelbagai peluang perniagaan seperti peruncitan, pengangkutan dan komunikasi. Oleh itu usahawan perlu bijak merebut peluang dan menjalankan perniagaan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak penduduk

7 Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan
4. BERWAWASAN Wawasan ialah matlamat jangka panjang Wawasan memberi hala tuju yang menjadi panduan kepada seorang usahawan Wawasan yang diimpikan perlu diisi dengan usaha yang gigih dan realistik Contoh: Tan Sri Azman Hashim mempunyai wawasan untuk mewujudkan satu rangkaian bank sendiri

8 5. MEMILIKI DORONGAN DALAMAN
Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan 5. MEMILIKI DORONGAN DALAMAN Dorongan dalaman : desakan yang terbit dari dalam diri usahawan untuk mencapai kejayaan Usahawan yang mempunyai dorongan dalaman yang kuat dapat membuktikan kemampuan dirinya Dorongan dalaman meliputi keyakinan diri untuk melakukan sesuatu tugas serta menghadapi cabaran dengan jayanya.

9 Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan
6. TIDAK MUDAH PUTUS ASA Bermaksud: cekal menghadapi pelbagai halangan dan cabaran Usahawan yang berjaya tidak mudah putus asa apabila menghadapi kegagalan, berusaha berulang kali untuk mengatasi cabaran yang menghalang pencapaian matlamat Apabila gagal dia akan terus mencuba kerana setiap kegagalan akan memberi pengajaran yang sangat berguna

10 PROFIL USAHAWAN YANG BERJAYA
Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan PROFIL USAHAWAN YANG BERJAYA Profil usahawan yang berjaya adalah satu gambaran yang menerangkan tentang latar belakang dan faktor yang membawa seseorang usahawan kepada kejayaan Usahawan yang berjaya boleh ditakrifkan sebagai seorang usahawan yang telah berjaya mendirikan dan memperluaskan perniagaannya

11 PROFIL USAHAWAN YANG BERJAYA
Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan PROFIL USAHAWAN YANG BERJAYA LATAR BELAKANG FAKTOR DORONGAN KEGAGALAN DAN HALANGAN CARA MENGATASI KEGAGALAN DAN HALANGAN KEJAYAAN PRINSIP HIDUP

12 Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan
LATAR BELAKANG Usahawan yang berjaya mempunyai faktor latar belakang yang berbeza Antaranya: latar belakang keluarga sama ada dari segi keluarga perniagaan atau makan gaji, kedudukan di dalam keluarga sama ada anak sulung atau tidak, pengalaman kepimpinan dan pengurusan, kemahiran teknikal dan kemahiran hubungan manusia (interpersonal)

13 Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan
FAKTOR DORONGAN Dorongan: rangsangan dalaman dan luaran yang diperlukan oleh usahawan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang Dorongan dalaman menjadi pemangkin untuk berusaha bersungguh-sungguh – desakan dari dalam diri sendiri Dorongan luaran adalah daripada ahli keluarga, masyarakat, kerajaan, dewan-dewan perniagaan dan tokoh korporat yang berjaya

14 KEGAGALAN DAN HALANGAN
Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan KEGAGALAN DAN HALANGAN Terdapat 2 jenis halangan iaitu halangan dalaman ( kelemahan diri sendiri) dan luaran (faktor persekitaran, undang-undang dan kebudayaan) Faktor yang menyebabkan kegagalan : pengurusan kewangan yang tidak cekap, tidak peka kepada maklumat sekeliling, ketidakcekapan dalam pengeluaran dan produk yang tidak kompetitif

15 Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan
Sambungan…… Usahawan perlu menjadikan kegagalan sebagai pengajaran, perlu memperbaiki kesilapan dan mengelakkan dari melakukan kesilapan yang serupa di masa hadapan

16 CARA MENGATASI KEGAGALAN DAN HALANGAN
Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan CARA MENGATASI KEGAGALAN DAN HALANGAN Mengatur strategi perniagaan yang lebih mantap Melengkapkan diri dan sumber-sumber kawalannya seperti tenaga kerja, teknologi pengeluaran, mesin, peralatan dan bahan mentah Contoh: kegagalan menyiapkan projek perumahan pada tempoh masa yang ditetapkan boleh diatasi dengan perancangan yang rapi

17 Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan
KEJAYAAN Bermaksud: suatu kemajuan ke arah pencapaian matlamat cemerlang Setiap individu mempunyai takrif kejayaan yang tersendiri Seseorang usahawan akan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan

18 Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan
PRINSIP HIDUP Bermaksud: asas pegangan yang dijadikan sebagai panduan dalam hidup seseorang Usahawan berjaya biasanya mempunyai prinsip hidup sebagai pegangan mereka Contoh: jujur dalam urusniaga, amanah, cekap, sederhana, telus mengendalikan perniagaan dan lain-lain

19 Sekian Berjumpa lagi di Unit 4


Download ppt "CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google