Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

CHINA VIETNAM BURMA LAOS THAILAND FILIPINA KEMBOJA SABAH TANAH MELAYU

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "CHINA VIETNAM BURMA LAOS THAILAND FILIPINA KEMBOJA SABAH TANAH MELAYU"— Transcript presentasi:

1 CHINA VIETNAM BURMA LAOS THAILAND FILIPINA KEMBOJA SABAH TANAH MELAYU
Peta menunjukkan wilayah-wilayah imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914 CHINA VIETNAM BURMA LAOS THAILAND FILIPINA KEMBOJA SABAH TANAH MELAYU SARAWAK PETUNJUK: BRITAIN PERANCIS BELANDA SEPANYOL PORTUGIS INDONESIA TIMOR-TIMUR

2 KESAN IMPERIALISME

3 MAKSUD IMPERIALISME Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya untuk kepentingan tertentu Berlaku sejak semenjak zaman Empayar Yunani dan Rom Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15, di mana kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia

4 EMPAYAR YUNANI/ROM

5 Imperialisme Barat di Asia Tenggara
Terdiri daripada Portugal, Sepanyol, Belanda, Britain, Peranchis dan Amerika Syarikat 1511 Portugis berjaya menawan Melaka dan Timor Laste Sepanyol dan Amerika Syarikat menjajah Filipina Belanda menjajah Indonesia British menjajah Myanmar, Tanah Melayu,Sabah, Sarawak dan Brunei Peranchis menjajah IndoChina Pada awalnya, imperialisme Barat bertujuan untuk menguasai perdagangan rempah sahaja. Kesan Revolusi Perindustrian, berlaku persaingan kuasa Barat semakin sengit untuk menguasai ekonomi & politik tanah jajahan. Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand telah dijajah oleh imperialis Barat

6 Faktor-faktor imperialisme Barat
Geografi Revolusi Perindustrian Sistem perhubungan dan pengangkutan Persaingan kuasa-kuasa Barat Beban Orang Putih

7 Geografi Kedudukan yang strategik yang terletak di laluan China dan India Menjamin pasaran yang lebih luas Tanah yang subur Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah seperti Tanah Melayu dan Indonesia- bijih timah, Thailand- bijih timah dan kayu jati Burma- kayu jati Filipina- tebu dan kelapa

8 Revolusi Perindustrian
Menyebabkan dasar imperialisme berubah. Peringkat awal dasar kuasa barat menguasai barang dagangan mewah Selepas revolusi perindustrian, pelbagai barang kilang dikeluarkan secara besar-besaran Ini meningkatkan keperluan bahan mentah dan pasaran baru Kesannya imperialisme Barat pesat di China, India dan Asia Tenggara.

9

10 Sistem perhubungan dan pengangkutan
Kapal wap menyebabkan muatan lebih banyak diangkut Mempercepatkan perjalanan Timur – Barat Pembukaan Terusan Suez 1869 yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah memendekkan jarak perjalanan antara Barat dan Timur Penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan Terusan Suez menjadikan perjalanan lebih selamat & menjimatkan kos

11 TERUSAN SUEZ

12 Penciptaan telegraf- kuasa imperialis dapat memberi arahan kepada pegawai-pegawai di tanah jajahan dengan lebih cepat Ahli-ahli perniagaan dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur dan urusan perniagaan menjadi lebih mudah Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat

13 Persaingan kuasa-kuasa Barat
Kesannya negara di Asia Tenggara menjadi rebutan tanah jajahan Semakin luas jajahan, semakin tinggi sanjungan diterima Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa barat.

14 Beban kulit putih dan tugas sebarkan tamadun
Mendakwa kuasa barat lebih maju dan bertamadun Bertanggungjawab membantu dan memajukan penduduk di Asia British & Belanda – beban kulit putih Peranchis – tugas sebarkan tamadun Mubaligh Kristian bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan.

15 TERUSAN SUEZ

16 Perubahan Sistem Politik Asia Tenggara
Sebelum kehadiran barat – pemerintahan beraja. Selepas kedatangan barat- digantikan dengan sistem birokrasi Barat.

17 Ciri-Ciri Birokrasi Barat

18 Filipina Sebelum penjajahan
Terdiri daripada daerah-daerah kecil – barangay yang diperintah oleh golongan Datu. Di Selatan Filipina wujud kerajaan Islam. Selepas penjajahan Sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan Gabenor General sebagai pemerintah tertinggi peringkat pusat Pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil

19 Barangay disatukan menjadi encomienda yang ditadbir oleh encomiendaro
Tugas encomiedaro: Menjaga keamanan Mengutip cukai Mengkristiankan penduduk barangay Penyatuan barangay menjejaskan kuasa Datu Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga

20 Indonesia Sebelum penjajahan
Wujud kerajaan berasingan seperti Mataram dan Bantam Diperintah oleh raja dan pembesar Pemerintahan tempatan diketuai Bupati/pembesar daerah Selepas penjajahan(Belanda) Pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan diperkenalkan Pentadbiran pusat diketuai oleh gabenor General yang bertanggungjawab kepada kerajaan Belanda

21 Pentadbiran tempatan dijalankan oleh pembesar tempatan tetapi dikawal oleh pegawai Belanda
Ditubuhkan jabatan kerajaan –Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian. Dewan Tempatan dibentuk berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa undang-undang Majlis Rakyat “Volksraad” ditubuhkan atas desakan Parti Sarekat Islam.

22 Burma Sebelum penjajahan
Mengamalkan pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung Raja dibantu oleh Majlis diraja [Huttaw] Pegawai kerajaan [wun] Ketua Bandar [myothugyi] Pegawai diraja[Ahmudan] Pembesar tradisional [Athi] Raja penaung sami Buddha

23 Selepas penjajahan Perang Inggeris-Burma menyebabkan Burma dikuasai oleh British Kesannya dinasti Konbaung, institusi raja dan pembesar dihapuskan Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi Akta Kampung Ulu Burma(1887) dan Akta Perkampungan Burma(1889) melenyapkan pemerintahan tradisional Pentadbiran Daerah diketuai oleh Pegawai bandaran [Myo-ok]

24 Undang-undang Barat diperkenalkan
Pengaruh golongan agama merosot Fungsi raja sebagai penaung sami terhapus Majlis Perundangan ditubuhkan Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran diwujudkan.

25 Indochina Sebelum penjajahan
Wilayah Indochina ditadbir kerajaan pusat yang berkuasa mutlak tetapi memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan. Kerajaan Vietnam tua diperintah oleh raja berkuasa mutlak Birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin yang dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China

26 Selepas penjajahan (Perancis)
Pentadbiran diketuai oleh Gabenor general yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris. Dibantu oleh Leftenan Gabenor pemerintah wilayah naungan/jajahan Leftenan Gabenor dibantu oleh Residen General Leftenan General dibantu oleh Residen Wilayah Kerajaan pusat ditubuhkan dikenali sebagai Union Indochinoise (1887)

27 Merupakan Persekutuan Indochina yang terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
Laos menyertainya pada tahun 1904 Semua undang-undang di Indochinoise diluluskan oleh Parlimen Perancis. Pentadbiran tempatan tidak diganggu oleh kerajaan pusat tetapi perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga

28 Tanah Melayu Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan Penaklukan Portugis terhadap Melaka meruntuhkan institusi raja di Melaka Semasa pemerintahan Belanda, institusi raja terus terhapus Semasa pemerintahan British, Melaka,Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat(NNS). Gabenor menjadi pemerintah tertinggi NNS dan dibantu oleh Residen Kaunselor. Pentadbiran peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB), Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, British telah memperkenalkan Sistem Residen

29 Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB), Kedah, Kelantan,Terengganu, Perlis dan Johor, British memperkenalkan Sistem Penasihat Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor NNS Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu

30 Thailand Birokrasi Barat diperkenalkan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn Dasar Raja Mongkut: Melantik 80 penasihat Barat mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai tempatan Bidang Kewangan, Pelabuhan dan Polis dari Britain

31 Raja Chulalongkorn Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi (merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran negeri) serta Kabinet Menteri(terdiri daripada golongan bangsawan berpendidikan Barat yang mengetuai kementerian) Juruaudit Britain dilantik berkhidmat di bahagian perbendaharaan negara Pada 1932 Sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan menggantikan raja berkuasa mutlak. Perubahan ini telah mengurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja. Pemodenan pentadbiran yang dilakukan merupakan antara faktor penting dalam mengekalkan kemerdekaan Thailand.

32 RAJA CHULALONGKORN

33 Rumusan Pada keseluruhannya, perubahan sistem politik yang diperkenalkan oleh imperialis Barat terhadap negara yang dijajah menjadi faktor kejayaan mereka menguasai ekonomi tanah jajahan untuk kepentingan mereka. Walaupun institusi-institusi pemerintahan beraja masih kekal di beberapa tanah jajahan tetapi peranannya berkurangan. Birokrasi Barat yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan raja dan pembesar yang akhirnya membawa kepada tercetusnya gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.


Download ppt "CHINA VIETNAM BURMA LAOS THAILAND FILIPINA KEMBOJA SABAH TANAH MELAYU"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google