Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

EKOSISTEM NAMA & NO. MATRIK: Muhammad Zafrullah bin Sahudin 99326

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "EKOSISTEM NAMA & NO. MATRIK: Muhammad Zafrullah bin Sahudin 99326"— Transcript presentasi:

1 EKOSISTEM NAMA & NO. MATRIK: Muhammad Zafrullah bin Sahudin 99326
Norhidayah binti Zahari EKOSISTEM

2 Pelajar dapat memahami ekosistem hutan hujan tropika. Objektif Khas:
Mata Pelajaran: Geografi Tingkatan: 4 Bakti Masa: a.m. Hari: 25 Ogos 2009 (Selasa) Objektif Am: Pelajar dapat memahami ekosistem hutan hujan tropika. Objektif Khas: Pelajar dapat mentakrifkan konsep ekosistem hutan. Pelajar dapat menerangkan ekosistem hutan hujan tropika. Pelajar dapat membina rantaian makanan dan siratan makanan dalam ekosistem hutan hujan tropika.

3 Isi Kandungan Tayangan Video 1.0 Konsep Ekosistem
2.0 Komponen-komponen Ekosistem 3.0 Ekosistem Hutan Hujan Tropika 4.0 Rantaian dan Siratan Makanan 5.0 Keseimbangan Ekosistem 6.0 Kesimpulan Tayangan Video

4 Konsep Ekosistem Ekologi ialah cabang sains yang mengkaji saling kaitan yang erat di antara benda hidup dengan persekitarannya. Ekosistem pula merupakan unit yang dikaji oleh ahli-ahli ekologi. Bumi kita boleh dianggap sebagai satu ekosistem yang besar.

5 Konsep Ekosistem Ekosistem merujuk kepada suatu sistem di mana dua komponen iaitu komponen biotik dan komponen abiotik saling bertindak balas. Kajian ekosistem adalah berkaitan dengan pola interaksi antara komponen biotik dan komponen abiotik dalam sesuatu kawasan atau unit ruang.

6 Komponen-komponen Ekosistem

7 Komponen Biotik Contoh
Biotik merupakan komponen-komponen organisma yang hidup. Komponen-komponen yang hidup ini terdiri daripada semua tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan manusia, termasuk haiwan seni. Contoh

8 Komponen Abiotik Contoh
Abiotik merupakan komponen-komponen persekitaran fizikal. Komponen-komponen persekitaran ini terdiri daripada unsur-unsur udara, cahaya, air, dan tanih. Contoh

9 Komponen Biotik Manusia Haiwan Tumbuhan

10 Komponen Abiotik

11 Ekosistem Hutan Hujan Tropika
Komponen Biotik dalam Hutan Hujan Tropika tumbuh-tumbuhan berbunga burung manusia (orang asli) ular serangga pelbagai jenis haiwan Komponen Abiotik dalam Hutan Hujan Tropika unsur-unsur iklim tanah-tanih mineral

12 Di dalam sebuah hutan hujan tropika, tumbuh-tumbuhan sebagai pengeluar yang terdiri daripada pokok tualang, meranti, cengal, bunga-bungaan hutan, pokok renek, dan memanjat iaitu rotan dan liana yang sentiasa bersaing untuk mendapat punca tenaga iaitu cahaya matahari. Hasil hutan seperti buah, daun, bunga, atau kayu akan menjadi sasaran kepada pengguna primer seperti ulat, rama-rama, labah-labah, tupai, dan banyak lagi. Pengguna primer juga dikenali sebagai herbivor.

13 Seterusnya, pengguna primer akan menjadi mangsa kepada pengguna sekunder.
Pengguna sekunder terdiri daripada haiwan seperti ular, harimau, dan burung helang. Seterusnya, agen pengurai atau pereputan berperanan dalam mengurai dedaun mati yang berguguran dan haiwan yang telah mati. Agennya seperti semut, anai-anai, kulat, dan bakteria. Agen-agen pereputan ini akan menguraikan dan mengembalikan nutrien-nutrien seperti karbon, nitrogen ke dalam tanah, udara, dan air.

14 Setiap perlakuan kerja memerlukan tenaga contohnya ekosistem hutan yang memperolehi tenaga daripada matahari. Komponen bukan hidup seperti air, udara, tanah, matahari, dan nutrien mineral akan digunakan oleh pengeluar dalam proses fotosintesis.

15 Rantaian Makanan Contoh
Merupakan kaedah pemakanan komponen hidup yang berperingkat-peringkat. Proses aliran tenaga berlaku melalui rantaian makanan. Contoh

16 Siratan Makanan Contoh
Kebanyakan ekosistem mempunyai beberapa rantaian makanan yang saling berkaitan antara satu sama lain. Rantaian-rantaian makanan yang bertindih lapis ini dikenali sebagai siratan makanan. Contoh

17 Rantaian Makanan

18 Siratan Makanan

19 Piramid Makanan

20 Keseimbangan Ekosistem
Ekosistem dalam keadaan semula jadi wujud dalam keadaan yang seimbang. Sekiranya terdapat kekurangan pada mana-mana satu komponen, komponen-komponen lain dalam sistem itu akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.

21 Keseimbangan Ekosistem
Ekosistem hutan hujan tropika yang seimbang dapat menghasilkan makanan secukupnya untuk menampung keperluan sebilangan besar hidup-hidupan liar sebagai penggunanya. Kehadiran manusia dalam sesuatu ekosistem telah membawa bersama perubahan-perubahan yang nyata kerana sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan masing-masing. Ini telah mengubah keadaan persekitaran semula jadi.

22 Kesimpulan Pada akhir pelajaran ini, pelajar haruslah memahami :
konsep ekosistem komponen-komponen biotik dan abiotik ekosistem hutan hujan tropika rantaian dan siratan makanan keseimbangan ekosistem

23 Kuiz 1 Komponen biotik ialah komponen yang terdiri daripada benda bukan hidup. B S Burung helang, harimau, dan ular merupakan pengguna sekunder dalam ekosistem. B S Tenaga matahari merupakan asas kepada sesuatu rantaian makanan. B S

24 Kuiz 2 Sebutkan dua komponen yang terdapat dalam sesuatu ekosistem.
i) Biotik ii) Abiotik Berikan 2 contoh agen pengurai yang terdapat dalam sesuatu ekosistem. i) Bakteria ii) Kulat Apakah yang terdapat dalam peringkat terbawah piramid makanan? Tumbuh-tumbuhan

25 Sekian, Terima Kasih Tamat Nikmatilah


Download ppt "EKOSISTEM NAMA & NO. MATRIK: Muhammad Zafrullah bin Sahudin 99326"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google