Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Teknologi Maklumat (dum 1213)
KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (marsah) Teknologi Maklumat (dum 1213)
2
Teknologi Maklumat Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Merujuk segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
3
Komponen Teknologi Maklumat
Komponen tersebut adalah :- Teknologi, Organisasi Pengguna
4
Teknologi Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.
5
Teknologi Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows. Perisian aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat.
6
Teknologi Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice. Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office.
7
Sistem Telekomunikasi
Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti: Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP. Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth. Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit
8
Organisasi Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut.
9
Pengguna Pengguna teknologi maklumat: Pengguna sistem yang tidak mentadbir sistem tersebut seperti kerani, jururuwang, pengurus, dsb Pentadbir teknologi maklumat: Juruteknik komputer, pengurus teknologi maklumat, juru analisa sistem , pengaturcara program , dsb
10
Sejarah teknologi maklumat
Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981.
11
Sejarah teknologi maklumat
Empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama - tiub vakum, Generasi kedua & ketiga - transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat (terkini) - menggunakan sistem- sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI).
12
Teknologi Maklumat Mengikut Bidang
Sistem Maklumat Grafik & Multimedia Kejuruteraan Perisian Rangkaian Komputer
13
Pengenalan Kepada Komputer
Komputer mula digunakan semenjak tahun 1940-an untuk membantu manusia di dalam melaksanakan kerja – kerja seharian. Istilah komputer berasal dari perkataan Latin iaitu Computare yang bermaksud menghitung. Kira – kira 3000 tahun lalu, sebuah alat yang diberi nama abacus atau sempoa telah dicipta bagi tujuan pengiraan.
14
Asas Sistem Komputer Komputer ialah sebarang peralatan, mesin atau alat yang digunakan untuk memproses maklumat, berpandukan kepada prosedur/arahan yang ditetapkan.
15
Arithmetic Logic Unit (ALU)
Asas Sistem Komputer Pemproses Control Unit Arithmetic Logic Unit (ALU) Unit Kawalan Unit Arithmetik dan Logik (ALU) Instructions Data Information Ingatan Peranti Input Data Maklumat Peranti Output Instructions Data Information Peranti Storan
16
Pemprosesan Unit Aritmetik dan Logik (ALU), ialah alat yang melaksanakan operasi asas, seperti operasi aritmetik (tambah, tolak, darab, dan sebagainya), operasi logik (AND, OR, NOT) dan membandingkan operasi.
17
Ingatan Di dalam sistem komputer, ingatan ialah jujukan bait (seperti sel), di mana setiap satunya mengandungi sebutir maklumat. Maklumat tersebut mungkin adalah arahan untuk komputer, dan setiap sel menyimpan serpihan data yang diperlukan komputer untuk menjalankan arahan.
18
Input-Output Unit Input-Output membenarkan komputer menerima maklumat dan memproses maklumat dan memaparkan maklumat yang telah diproses. Komponen yang terlibat dalam Unit Input-Output adalah perkakasan komputer.
19
Fungsi dan Bahagian Utama Komputer
20
Perkakasan dalam case komputer
Papan sistem/Papan induk Simpanan kekal Pemacu liut Pemacu keras Pemacu CD-ROM Bekalan kuasa Papan litar CMOS (most CPUs) TTL (Transistor-to-Transistor Logic) Kabel
21
Perkakasan dalam case komputer
22
Papan induk (Mainboard)
26
Line In Audio Microphone
28
Kabel IDE & Kabel Floppy Disc
29
Peranti Input Peranti yang membolehkan pengguna memasukkan data ke dalam komputer. Ia berperanan sebagai penyalur bagi membolehkan pengguna memberi arahan dan maklumat kepada sistem komputer. Maklumat yang dimasukan ke dalam komputer untuk diproses akan melalui peranti input boleh berbentuk teks, data, grafik, imej dan bunyi. Di antara contoh-contoh peranti input ialah: kayu ria / joystick tetikus / mouse papan kunci / keyboard kad tebuk menyentuh skrin monitor / touch screen
30
Peranti Input - Keyboard
Peranti yang berbentuk mesin taip diguna untuk memasuk data atau teks ke dalam kenyataan untuk diproses. Terdapat tiga jenis papan kekunci: 84 kekunci 101 kekunci 102 kekunci
31
Peranti Input - Mouse Sesuatu peranti penuding yang disambungkan pada komputer berupa seakan-akan seekor tikus yang mempunyai ekor yang panjang. Tetikus ini sering digunakan dengan animasi, grafik dan program desktop publishing. Dengan menggunakan tetikus, kita dapat meletakkan penunding di mana-mana kawasan pada skrin. Terdapat 3 jenis tetikus: Tetikus 1 butang Tetikus 2 butang Tetikus 3 butang
32
Peranti Output Peranti Output ialah dimana data dapat dikeluarkan atau dibaca daripada komputer. Contohnya: Monitor Pencetak Pembesar suara Maklumat-maklumat yang dibaca melalui peranti input akan diproses oleh CPU dan dihantar kepada peranti output. Maklumat yang dihasilkan boleh berbentuk: Teks Data Grafik / imej Bunyi / suara
33
Peranti Output - Monitor
Monitor juga dikenali dengan berbagai nama seperti VDU (Video/Visual Display Unit), Console, CRT ( Cathode Ray Tube ) atau skrin. Fungsi monitor adalah untuk memaparkan maklumat. Apa yang ditaipkan pada papan kekunci akan dipaparkan pada skrin monitor.
34
Peranti Output - Monitor
Terdapat 3 jenis monitor iaitu: monokrom monitor warna skrin rata Ketiga-tiga monitor ini memerlukan kad adapter yang disambungkan pada unit sistem sebelum ia dapat berfungsi sebagai unit paparan. Berikut adalah beberapa jenis monitor warna yang terdapat di pasaran: CGA (Color Graphic Adapter) EGA (Enhanced Graphic Adapter) VGA (Video Graphic Array)
35
Peranti Output - Pencetak
Pencetak adalah suatu peranti yang digunakan untuk menghasilkan maklumat di kertas. 3 jenis pencetak: Pencetak Matriks Bintik (Dot Matrix Printer) Pencetak Pancutan Dakwat (Ink jet Printer) Pencetak Laser (Laser Printer) Pencetak laser paling mahal harganya berbanding pencetak matriks bintik.
36
Peranti Output - Pencetak
Output daripada pencetak ini terdiri daripada bintik-bintik halus yang dicetak di kertas. Pencetak ini sesuai untuk kerja-kerja yang tidak memerlukan kehalusan. Pencetak Matriks Bintik (Dot Matrix Printer ) Pencetak Pancutan Dakwat ( Ink jet Printer ) Output daripada pencetak ini adalah hasil daripada pancutan dakwat daripada katrij. Pencetak Laser ( Laser Printer )
37
Peranti Storan Peranti storan boleh berfungsi sebagai input dan output. Contohnya setiap kali peranti storan menghantar data, arahan dan maklumat dari perantara storan ke memori - proses ini dipanggil 'read' maka ia berfungsi sebagai input. Sebaliknya bila peranti storan menghantar data dari memori ke perantara storan - proses ini dipanggil 'writing' maka ia berfungsi sebagai output. 2 jenis storan / memori: Primer Sekunder
38
Peranti Storan - Primer
Storan primer digunakan oleh CPU untuk memproses data dan arahan. RAM (Random Acces Memory) Cip memori yang boleh dibaca dan ditulis oleh pemproses. Kebanyakan RAM adalah volatile iaitu data akan hilang apabila bekalan kuasa komputer diputuskan. 2 jenis RAM: DRAM SRAM
39
Peranti Storan - Primer
ROM (Read Only Memory) - Cip memori yang menyimpan data dan arahan tetap dalam komputer. Nonvolatile memory, iaitu data tidak akan hilang walaupun komputer telah ditutup. 2 jenis yang utama: EEPROM PROM Memori Cache - menyimpan operasi dan data komputer yang selalu digunakan supaya dapat mempercepatkan proses komputer.
40
Peranti Storan - Sekunder
Dalam storan sekunder, data kekal disimpan walaupun bekalan kuasa telah diputuskan. Contoh peranti storan sekunder yang sering digunakan ialah: Cakera liut (Disket) Cakera keras (Hard Disk) Cakera Zip CD-ROM / CD-R / CD-RW Pita magnetik Handy Drive / pendrive / thumbdrive
41
DISKET Cakera liut atau disket ialah perantara storan yang mudah dibawa dan murah. Ia boleh digunakan dari satu komputer dengan komputer yang lain. Sebelum menyimpan data dalam disket ia mestilah di format dahulu. 'Formatting' ialah proses memformat sesuatu disket atau cakera keras dengan aplikasi tertentu.
42
PENDRIVE Memberikan lebih ruang saiz kapasiti storan berbanding disket atau cakera zip Jenis pendrive yang terdapat pasaran:- Kingston Kingmax Toshiba
43
CAKERA KERAS Memberikan lebih ruang saiz kapasiti storan berbanding USB flash drive atau disket Cakera keras terletak dalam unit sistem utama Terdapat portable hardisk yang lebih ringan dan kecil yang boleh dibawa ke mana-mana tetapi penggunaannya masih kurang.
44
CD - ROM Compact Disc Read-Only Memory
Ianya tidak boleh dipadamkan atau diubahsuai. Oleh itu namanya hanya untuk baca sahaja. CD - ROM boleh menyimpan 650 MB data hingga 100 GigaByte, pengajaran dan maklumat. Saiz CD adalah bergaris pusat 4.6”
45
Zip disk External Zip drive Disk Video Digital ( DVD )
Jenis DVD mengikut versi: DVD-ROM. Boleh mencapai 4.7 GBSaiz tertinggi sehingga 17 GB. DVD-R (recordable) boleh mencapai saiz 3.9 GB per side. DVD RAM boleh tulis dan baca seperti HD Zip disk Zip disk Zip Disk boleh menyimpan data sehingga 100MB hingga 750MB yang biasanya digunakan untuk menyimpan fail bagi tujuan backup External Zip drive
46
Kelebihan penggunaan peranti storan sekunder :
Ekonomi Lebih jimat menyimpan data pada media bermagnet berbanding kabinet atau pada storan utama Muatan Terdapat lebih ruang kapasiti muatan dalam storan sekunder berbanding storan utama Keselamatan Lebih selamat daripada gangguan pengguna yang tidak sah atau pencerobohan data dan maklumat
47
Unit Pemprosesan - CPU
48
Unit Pemprosesan - CPU CPU – central processing unit yang juga disebut sebagai pemproses Peranti perkakasan yang paling utama dalam motherboard Menerima input dan menghantar output Menyimpan data dan arahan serta melaksanakan pengiraan Terbahagi kepada 2 iaitu: unit kawalan unit aritmetik dan logik
49
Unit Pemprosesan - CPU UNIT KAWALAN UNIT ARITMETIK DAN LOGIK (ALU)
Mengandungi litar yang mengarahkan keseluruhan sistem untuk melaksanakan arahan Mengarah dan mengawal operasi dalam komputer Tidak menyimpan sebarang data dan aturcara UNIT ARITMETIK DAN LOGIK (ALU) Melaksanakan operasi aritmetik, logik dan perbandingan data berdasarkan arahan yang diterima dari unit kawalan Mengawal kelajuan pengiraan
50
Perisian Komputer Perisian adalah satu set susunan arahan yang dapat difahami oleh komputer. Ia dibuat untuk mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu operasi. Pengaturcara adalah orang yang mahir dalam pembangunan perisian. Terbahagi kepada 3 bahagian: perisian sistem pengoperasian perisian aplikasi perisian pengaturcaraan
51
Perisian Sistem Pengoperasian
Suatu aturcara yang menggerakkan sistem komputer kerana ia mengandungi rutin yang membolehkan komputer digunakan secara maksimum. Ia menghubungkan perisian aplikasi dengan komputer dan membantu menguruskan sumber dalaman dan luaran. Perisian ini diperlukan oleh semua komputer peribadi (PC). Contoh perisian sistem: MS-DOS UNIX LINUX WINDOWS 98, 2000, ME, XP
52
Perisian Aplikasi Merupakan perisian aplikasi yang telah dibina untuk membantu pengguna menjalankan pelbagai tugas dalam bidang seperti matematik, perakaunan, saintifik dan kejuruteraan. Contoh perisian aplikasi ialah: Microsoft Office Adobe Photoshop AutoCAD Lotus organizer Acrobat Reader Macromedia Dreamweaver
53
Perisian Pengaturaan Digunakan untuk membangunkan sesuatu aplikasi perisian yang lain. Contoh :- Notepad C++ – membangunkan aplikasi web Visual basic – membangunkan sistem maklumat pengkalan data
54
Tamat…………..
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.