Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 06 GOLONGAN KATA: KATA KERJA.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 06 GOLONGAN KATA: KATA KERJA."— Transcript presentasi:

1 UNIT 06 GOLONGAN KATA: KATA KERJA

2 HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti: * elemen kata kerja * ciri kata kerja * jenis kata kerja * pembentukan kata kerja

3 IMBUHAN AKHIRAN kan Bentuk imbuhan akhiran kan tidak berubah, di mana-mana posisi pun tetap kan Fungsi imbuhan akhiran kan untuk membentuk kata kerja sahaja Imbuhan akhiran kan dapat digunakan dengan semua golongan kata utama bahasa Melayu, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas

4 AKHIRAN kan kata nama + kan: ceritakan, institusikan, failkan, hadiahkan, sekolahkan, pasarkan, bukukan… kata kerja + kan: lukiskan, jualkan, gorengkan, bincangkan, berikan, gugurkan, mendapkan, mandikan… kata adjektif + kan: merahkan, rendahkan, cerdikkan, dalamkan, hijaukan, panaskan… kata tugas + kan: tidakkan, sertakan, sudahkan, benarkan, satukan, jangankan, dahulukan…

5 JENIS AKHIRAN kan Kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dalam ayat pasif awak hantarkan, saya tendangkan, kaugantungkan, kamu katakan,kukenangkan, engkau pendamkan, beta anugerahkan, hamba diamkan… Suruhan/Larangan masukkan, pejamkan, tidurkan, matikan, kejutkan, mandikan, basuhkan, keluarkan, biarkan, tutupkan, bukakan, hantarkan, perlahankan, turunkan, pelukkan… Dengan beberapa imbuhan lain memperisterikan, memperlahankan, menantikan, meningkatkan, berselimutkan, membesarkan, mempertahankan, mendekatkan, menghadiahkan, memasukkan, menaikkan, memajukan, dihadiahkan, diselimutkan, dianugerahkan…

6 MAKNA AKHIRAN kan Menyatakan maksud kausatif, iaitu membuat, menyebabkan sesuatu berlaku, atau menjadikan sesuatu: menerbangkan, melemparkan, menyeberangkan, mengandangkan, mengemukakan, menyakitkan, mengeratkan, membukukan… Menyatakan variasi daripada maksud kausatif, iaitu menggunakan objek sebagai alat, atau membuat sesuatu dengan…: menggunakan kapak, menikamkan keris, memukulkan tongkat… Melakukan sesuatu perbuatan untuk faedah orang lain: membelikan buku, meminjamkan kain, menajamkan pensil…

7 CATATAN Bentuk kan yang hadir dengan kata adjektif sebenarnya bentuk singkatan kata akan: sayangkan (sayang akan), mengharapkan (mengharap akan), kasihkan (kasih akan), cintakan (cinta akan), takutkan (takut akan) Bentuk akhiran kan dan i mempunyai fungsi yang sama, iaitu membentuk kata kerja, yang berbeda hanyalah objeknya Objek kan berada dalam keadaan bergerak, dan objek i berada dalam keadaan tidak bergerak: mengahwinkan Salmiah, mengahwini Salmiah, menempatkan rumah itu, menempati rumah itu, menaikkan basikal, menaiki basikal, membelakangi Ahmad, membelakangkan Ahmad…

8 AKHIRAN i kata nama + i: garami, hujani, kotai, kebuni, akhiri, jalani, contohi, namai, airi, belakangi… kata kerja + i: fahami, menangi, mungkiri, bantui, naiki, turuni, renungi, tangisi, duduki, kahwini, sirami… kata adjektif + i: adili, curigai, halusi, kasihi, cintai, kotori, dalami, dekati, jauhi… kata tugas + i: sertai, sudahi, atasi, bawahi, dapati…

9 JENIS AKHIRAN i Ayat pasif orang pertama dan kedua: saya hindari, kaumasuki, kamu selidiki, anda belakangi, engkau culiki, saya kagumi… Ayat suruhan/arahan: sayangilah, marahilah, teladanilah, jauhilah, cintailah, ceburilah… Dengan beberapa imbuhan lain melewati, menghendaki, menyayangi, disembahyangi, disakiti, dijelingi, disimbahi, melimpahi…

10 MAKNA AKHIRAN i kata kerja transitif Menyebabkan wujud: besarilah, halusilah, sudahi, kasihi, akhiri, ingati, renungi, nasihati, ulangilah, ekori, limpahi, sirami, hujani, jalani, marahi, hadiri, sinari… Unsur tempat: bersihi lantai, naiki tangga, jauhi sungai, harungi paya, masuki hutan, diami rumah, turuni bukit, duduki bangku, lompati parit, tanami ladang, tutupi lubang, terangi bilik, hiasi rumah…

11 PERBEDAAN AKHIRAN kan DENGAN i
> Fungsi: sama, iaitu pembentuk kata kerja transitif > Makna: sama, iaitu bermaksud kausatif: rendahkan/rendahi, basahkan/basahi, sudahkan/sudahi, baikkan/baiki, bersihkan/bersihi… > Makna: berbeda, iaitu bermaksud lokatif: pinjamkan, hadiahkan, masuki, jauhi… > Makna meN…kan objek bergerak dan meN…i objek tidak bergerak: mendekatkan meja, meminjamkan wang, membelikan kereta, mendatangkan pasukan, menanamkan benih, mendekati meja, membului ayam, menguliti kambing, menguliti buku, menyusui anak, mengelilingi kota, mendatangi pegawai…

12 APITAN meN…kan me…kan: melukiskan, merawatkan, mewartakan, mematikan, merendahkan… mem…kan: membelikan, membenarkan, membimbangkan, membawakan, membuangkan… men…kan: mencucikan, mentadbirkan, mendorongkan, menterbalikkan, menjadikan, menjanjikan… meng…kan: menggantungkan, menggantikan, menggugurkan, menghasilkan, menggusarkan… menge…kan: mengeramkan, mengehadkan, mengepinkan, mengeposkan, mengelapkan…

13 APITAN meN…kan + kata nama: mewartakan, menyekolahkan, mengepinkan, mencalonkan… + kata adjektif: meninggikan, mencantikkan, mewangikan, memerahkan… + kata kerja: mengajarkan, menunjukkan, memakaikan, menolakkan, memasukkan, menidurkan, menjatuhkan, menyampaikan… + kata tugas: membanyakkan, mendahulukan, menyatukan, membiasakan, menidakkan…

14 JENIS APITAN meN…kan Satu Objek – subjek + kata kerja + objek - : mendalamkan parit, menganugerahkan ijazah, menghadiahkan bunga… Dua Objek – subjek + kata kerja + objek1 + objek2 -: memberi ibu wang, mencarikan Ali isteri, menghadiahi buah hatinya bunga… Objek 1 sahaja yang boleh dipasifkan, sedangkan objek 2 tidak boleh dipasifkan. Jika Objek 2 mahu dipasifkan juga, maka objek 2 itu perlu dijadikan objek 1. Keadaan ini akan mewujudkan struktur: subjek + kata kerja + objek (baharu) + untuk/kepada + kata nama Ibu mencarikan isteri untuk Ali

15 MAKNA APITAN meN…kan Berbuat sesuatu: membangunkan kawasan, menenggelamkan taman, memusnahkan hutan, mencemarkan bahasa… Menjadikan/menyebabkan sesuatu: membenamkan tubuh, memantulkan cahaya, menaburkan benih, melucutkan kain, membersihkan bilik… Bermanfaat: mendapatkan hadiah, menghadiahkan senyuman, memberikan bunga, mencantikkan rumah, melebarkan jalan…

16 APITAN beR…kan kata kerja tak transitif
ber + kata dasar: berasaskan, berbantalkan, beristerikan, berbapakan, bertanyakan, beratapkan,bersenjatakan, berpandukan, berpagarkan, berbajukan, berjudulkan, berpedomankan, beribukan… be + kata dasar: berajakan, berakitkan, berumahkan, berakamkan, berangkapkan… Akhiran kan ialah kependekan KS akan yang dapat mewakili KS yang lain seperti dengan, pada, dan tentang Oleh itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang berapitan beR…kan: berdasarkan pada,* bertanyakan tentang,* bersenjatakan dengan,* berpandukan pada* * tidak gramatis

17 APITAN beR…kan + kata nama: bersuamikan, beratukan, bertuhankan, beralaskan, berbumbungkan, berpagarkan, beribukan, berjudulkan, berkajangkan… + kata kerja: berdatangkan, bermandikan, bertutupkan, berbancuhkan, berbantukan, berhiburkan, berharapkan, bermuntahkan, bertanyakan… + pelengkap: beratukan maharani, bertuhankan iblis, bermandikan peluh, berbantukan komputer, berbumbungkan langit, beralaskan tikar, bertanyakan khabar, berbancuhkan kopi, berdatangkan sembah, berkajangkan mengkuang layu…

18 MAKNA APITAN beR…kan Menjadikan sesuatu itu seperti makna kata dasar beratukan maharani = menjadikan maharani sebagai ratu bertuhankan iblis = menjadikan iblis sebagai tuhan bermandikan peluh = menjadikan peluh sebagai air mandi berbantukan komputer = menjadikan komputer sebagai alat bantu beralaskan tikar = menjadikan tikar sebagai alas berbumbungkan langit = menjadikan langit sebagai bumbung berbajukan kertas = menjadikan kertas sebagai baju

19 APITAN beR…an kata kerja tak transitif ber…an: berciciran, berdampingan, berguguran, bertaburan, bergelimpangan, berkesinambungan, berpacaran, berpeleseran, berselerakan, berduaan, bertepatan, berkasihan, bertempiaran, berkesudahan, berterusan, bercakaran dan berbunuhan… be…an: berebutan, beterbangan, bepergian, berentetan, beratapan, berembatan, berendaman, berantakan, berapatan, berasukan, berayapan, berebutan, berejaman, berenjisan…

20 APITAN ber…an + kata kerja: bertiupan, bertolakan, berpijakan, berciciran, berdatangan, berhinggapan, berjatuhan, bergelimpangan, beterbangan, berkejar-kejaran… + kata nama: bertalian, bermaafan, berduaan, bertombak- tombakan… + kata adjektif: berpanjangan, berkasihan, bertepatan, berkilauan, berkenalan, bercintaan… + kata tugas: bersungguhan, beribuan, berdapatan, berjutaan…

21 MAKNA APITAN beR…an Banyak yang berbuat/berlaku: bergayutan, berciciran, berguguran, berlarian, bergelimpangan… Berlaku merata-rata / ke mana-mana: berhamburan, berkaparan, beterbangan, bepergian, berpeleseran… Dalam keadaan tertentu antara dua pihak: bertumbukan, berasingan, berdekatan, berjauhan… Saling melakukan sesuatu: berasak-asakan, beratas-atasan, berdakap-dakapan, berpeluk-pelukan, bercium-ciuman, berbunuh-bunuhan, berpandang-pandangan, berhadap-hadapan…

22 APITAN di…kan Apitan di…kan ialah bentuk pasif daripada bentuk aktif meN…kan Bentuk aktif meN…kan: membesarkan, mengizinkan, menuliskan, meneguhkan, menemukan, memproseskan, menyanyikan, melagukan, memulihkan, memaksimumkan, menggambarkan, memikirkan, meramalkan, memasukkan, melahirkan,mengambilkan, memerlukan… Bentuk pasif di…kan: dibesarkan, diizinkan, dituliskan, diteguhkan, ditemukan, diproseskan, dinyanyikan, dilagukan, dipulihkan, dimaksimumkan, digambarkan, difikirkan, diramalkan, dimasukkan, dilahirkan, diambilkan, diperlukan…

23 APITAN meN…i me…i: melepasi, melupai, merenangi, merenungi, menyakiti, meneladani… mem…i: mempunyai, membebani, membasahi, membaharui, membantui, membakari… men…i: menjuarai, mencintai, menduduki, mendapati, mencumbui, mendasari… meng…i: mengakhiri, menggerami, menghalangi, menghakimi, menghubungi, menghantui…

24 APITAN meN…i + kata nama: mendepani, membintangi, menghadiahi, menggarami, membatui, mengongkosi… + kata adjektif: mencintai, memerahi, mengecewai, memanjai, memenuhi, menghormati… + kata kerja: menghinggapi, melalui, mencampuri, menjatuhi, mencernai, memaklumi, memudiki, mengalami… + kata tugas: memadai, menyertai, menidaki, menyungguhi…

25 APITAN meN…i Apitan meN…i dapat membentuk kata kerja transitif daripada kata lain dalam pelbagai kelas Awalan meN pada kata yang berapitan meN…i bertugas sebagai penanda ayat aktif Akhiran i pada kata yang berapitan meN…i bertugas untuk menggantikan kata sendi akan, atas, di, … Contoh: mengakui = mengaku akan/tentang mempercayai = percaya kepada Oleh sebab itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang berapitan meN…i: mempercayai pada,* menguasai akan,* mencurangi akan, * menghadiri di/dalam,* meragui terhadap,*… * tidak gramatis

26 subjek + kata kerja + objek: Dia tidak mengakui kesalahannya.
JENIS APITAN meN…i kata kerja transitif subjek + kata kerja + objek: Dia tidak mengakui kesalahannya. Siapakah yang meniduri tilam ini? Lumpur mengotori bajunya subjek + kata kerja + objek 1 + objek 2: Dia memberi ibu wang Objek 1 sahaja yang boleh dipasifkan. Jika objek 2 ingin dipasifkan, maka objek 2 itu mestilah dijadikan objek 1 terlebih dahulu: Dia memberi ibu wang Ibu diberi wang olehnya Dia memberikan wang kepada ibu Wang diberikannya kepada ibu

27 MAKNA APITAN meN…i meN…i + kata nama Mengadakan / memberikan / membubuh sesuatu di atau pada objek: membatui jalan, mengilhami penyair, menggulai kopi, menganugerahi graduan, menghutangi nelayan, mengongkosi aktiviti, menggarami gulai… Menjadi seperti maksud kata dasar terhadap objek: mengetuai fakulti, menggurui Ahmad, meracuni fikiran, membanjiri sawah, merajai Melaka, memagari kebun… Meniadakan / mengadakan sesuatu pada objek: menguliti kambing, menguliti buku, membului ayam, merumputi ladang…

28 MAKNA APITAN meN…i meN…i + kata kerja Melakukan perbuatan seperti kata dasar: mendatangi kota, melalui jalan berliku, meniduri tilam, menduduki bangku, mengetahui cerita, menumbuhi halaman rumah… Melakukan perbuatan berulang-ulang atau objeknya banyak: menutupi jendela, melempari batu, menghalangi demonstrasi, mencabuti rumput, memukuli suami… Menyebabkan objek mendapat kesan perbuatan kata dasar: mencucuri kita dengan rahmat, menanami kebun dengan buah-buahan, menjatuhi orang itu hukuman, mengirimi ibu hadiah… Menjadikan objek dalam keadaan seperti kata dasar: menghiasi rumah dengan bunga, melindungi kereta dengan kain, menenggelami jalan…

29 MAKNA APITAN meN…i meN…i + kata adjektif Mengalami sifat seperti kata dasar akan/kepada/terhadap: mencurigai kekasihnya, mengasihi anak, meragui guru, menyukai durian, mencintai negara, menggemari muzik, mengagumi pemimpin, menghormati orang tua… Memiliki dan memberikan sifat kata dasar kepada objek: mengeringi lantai, menyejuki bilik, memutihi baju, memerahi bibir, menghijaui kampus, memenuhi impian… Memperlakukan objek dengan sifat tertentu: melembuti isteri, mencurangi pasangan, membengisi orang gaji, mengerasi pekerja, mengasari pelanggan…

30 APITAN di…i kata kerja transitif Aktif: melalui, menemui, memanjai, membatasi, memarahi, mengatasi, memperingati, mencintai, menemani… Pasif Diri Pertama: kulalui, saya temui, kumanjai, saya batasi, kumarahi, kuatasi, saya ingati, kucintai, aku temani… Pasif Diri Kedua: kaulalui, kautemui, kaumanjai, kaubatasi, engkau marahi, kamu atasi, kauingati, awak cintai, kautemani… Pasif Diri Ketiga: dilalui (oleh)nya, ditemui (oleh) Ali, dimanjai (oleh) ibu, dibatasi (oleh) hakim, dimarahi (oleh) guru, diatasi (oleh) orang itu, diingati (oleh) kekasihnya, dicintai (oleh) maharani, ditemani (oleh) buah hatinya…

31 APITAN mempeR…kan kata kerja transitif mempe…kan: mempecerminkan, memperumahkan… mempel…kan: mempelbagaikan, mempelajarkan… memper…kan: memperlakukan, mempertidakkan, memperhambakan, memperbudakkan, mempersuamikan, memperisterikan, mempertunangkan, mempersuakan… KKTT yang berawalan beR menjadi sumber terbentuknya KKT berhati-hati memperhatikan berjuang memperjuangkan bersatu mempersatukan berlaga memperlagakan

32 APITAN mempeR…kan kata kerja transitif + kata nama: memperduakan, mempersetankan, memperkudakan, memperagakan, memperkatakan, memperanginkan, mempermadukan… + kata kerja: mempergunakan, memperbedakan, memperjuangkan, mempertaruhkan, memperhentikan… Apitan mempeR…kan memerlukan objek: Memperagakan pakaian, memperumahkan Salmah, memperduakan isteri, memperkatakan sesuatu, memperjuangkan kemerdekaan…

33 MAKNA APITAN mempeR…kan
+ kata nama – menjadikan objek berlaku seperti kata dasar: memperanginkan, mempertunangkan, mempermadukan, mempersatukan… + kata kerja – menjadikan objek berlaku seperti kata dasar: mempersuakan, mempelajarkan, memperlarikan, memperjumpakan… - menjadikan objek sebagai punca/sebab memperdebatkan, mempertengkarkan, memperkatakan, mempertikaikan… - menyebabkan objek dapat diperlakukan memperkenalkan, mempertontonkan, memperdengarkan, memperlihatkan…

34 CATATAN Terdapat beberapa perkataan berapitan mempeR…kan dan berawalan mempeR yang sama kata dasar tetapi berbeda makna: mempersuami = menjadikan seseorang suami mempersuamikan = menjadikan seseorang itu bersuami memperhamba = menjadikan seseorang hamba memperhambakan = menjadikan seseorang mempunyai hamba memperanak = menjadikan seseorang anak memperanakkan = menjadikan seseorang beranak Halimah mempersuami Hassan. Hassan mempersuamikan Halimah Dia telah memperanak Ali. Dia telah memperanakkan isterinya

35 APITAN mempeR…i kata kerja transitif mempeR – penanda kata kerja transitif: memperkawani, mempersuami, memperisteri, mempelajari, memperhambai, mempersenjatai, memperingati, mempersetujui… i – pengganti kata sendi yang menyertai KKTT: berkawan dengan, bersuami akan, beristeri akan, belajar tentang, berhamba kepada, bersenjata akan, beringat akan, bersetuju akan… Apitan mempeR…i membentuk kata kerja transitif daripada kata yang umumnya kata kerja tak transitif mempeR pada kata berapitan mempeR…i menjadi penanda kata kerja untuk ayat aktif

36 MAKNA APITAN mempeR…i + kata nama: - menjadikan objek beroleh sesuatu memperongkosi, mempersenjatai… - menjadi seperti maksud kata dasar kepada objek mempertuani, memperhambai… - menjadi objek seperti maksud kata dasar memperkebuni, memperladangi… + kata kerja: - berbuat seperti maksud kata dasar mempelajari, memperingati… + kata adjektif: - menjadikan objek memperoleh semula sifat kata dasar memperbaiki, memperbaharui, memperdalami, memperhiasi…

37 APITAN ke…an Makna kata kerja pasif kata kerja: keguguran, kecurian, kehabisan, kehilangan, kejatuhan, kemasukan, kelupaan, ketiduran, kematian, kedatangan… kata nama: kebanjiran, keairan, kehujanan, keracunan, kesiangan, ketulangan… kata adjektif: kedinginan, keberatan, kelaparan, keletihan, kemalangan, kepanasan, kesejukan, kesempitan, kesusahan, ketakutan…

38 MAKNA APITAN ke…an + kata nama: - Dikenai atau ditimpa akibat sesuatu keracunan, ketulangan, kesiangan… + kata adjektif: - Dikenai atau ditimpa rasa seperti kata dasar kesempitan, ketakutan, keberatan… + kata kerja: - Dikenai atau ditimpa akibat berlaku keadaan seperti kata dasar kehabisan, kematian, kemasukan, keguguran…

39 APITAN dipeR…kan kata kerja pasif + kata nama: dipertuankan (oleh), diperjodohkan (oleh), dipersuamikan (oleh), diperdagangkan (oleh), kupertuankan, kauperjodohkan, kamu persuamikan, daku perdagangkan… + kata kerja: diperturunkan (oleh), diperhitungkan (oleh), aku perturunkan, engkau perhitungkan… Apitan dipeR…kan membentuk kata kerja pasif Awalan di pada apitan dipeR…kan menjadi penanda pasif diri ketiga. Bentuk apitan dipeR…kan terhasil daripada perubahan bentuk transitif aktif mempeR…kan kepada bentuk transitif pasif dipeR…kan.

40 MAKNA APITAN dipeR…kan
+ kata nama: - Dijadikan sesuatu mengikut kata dasar diperdagangkan, dipercabangkan, diperabangkan, diperjodohkan, diperisterikan, dipertuankan… + kata kerja: - Menyebabkan sesuatu perbuatan seperti maksud kata dasar dipertontonkan, diperdengarkan, dipertemukan, diperhitungkan, diperlakukan…

41 CATATAN Awalan dipeR + kata adjektif untuk menunjukkan lebih atau dijadikan bertambah: diperkuat, diperkemas, diperhalus, diperbesar, diperpanjang… Apitan dipeR…kan + kata nama atau dipeR…kan + kata kerja membawa maksud dijadikan sesuatu mengikut kata dasar, dan menyebabkan sesuatu itu dilakukan oleh orang lain: diperbudak, diperlucutkan… Diper dan dipeR…kan membawa maksud yang berbeda: dipersuami/dipersuamikan, diperisteri/diperisterikan, diperhamba/diperhambakan… Kata nama berikut hanya menerima awalan diper bukannya apitan diper…kan: diperalat, diperdaya, diperkacang…

42 APITAN dipeR…i kata kerja pasif kata nama: diperongkosi (oleh), dipersenjatai (oleh), dipertuani (oleh), diperhambai (oleh), diperkebuni (oleh, kuperongkosi, kaupersenjatai… kata kerja: dipelajari (oleh), diperingati (oleh), dipertontoni (oleh), kupelajari, kauperingati… kata adjektif: diperbaiki (oleh), diperbaharui (oleh), dipersakiti (oleh), kuperbaiki, engkau perbaharui… Apitan dipeR…i membentuk kata kerja pasif Awalan di pada apitan dipeR…i menjadi penanda pasif diri ketiga Bentuk apitan dipeR…i terhasil daripada perubahan bentuk transitif aktif mempeR…i kepada bentuk transitif pasif dipeR…i

43 SISIPAN KATA KERJA el: getar, bergeletar, menggeletar, gabah, bergelabah, menggelabah, gembung, bergembung, menggelembung, serak, berselerak, menyelerakkan, tekan, menekan, menelekan, jajah, berjelajah, menjelajah… er: gigi, gerigi, begerigi, sabut, serabut, berserabut, ketap, keretap, berkeretap, godak, gerodak, bergerodak… em: kuncup, kemuncup, berkemuncup, guruh, gemuruh, bergemuruh, kuning, kemuning, berkemuning, gerlap, gemerlap, bergemerlap, sebab, semerbak, bersemerbak… ed: debuk, gedebuk, bergedebuk… in: sambung, sinambung, berkesinambungan… Tiada sisipan yang membentuk kata kerja. Namun, kata nama dan kata adjektif yang bersisipan dapat membentuk kata kerja melalui proses pengimbuhan

44 KATA KERJA MAJMUK kata kerja: beritahu, terima kasih, tolak ansur, hapus kira, kenal pasti, lalu lalang… kata kerja + awalan/akhiran/Apitan: berlatarbelakangkan, mengenalpastikan, menyatupadukan, berurus niaga, kenal pastikan, bekerjasama, bertanggungjawab, mengemaskinikan, memecahbelahkan…

45 KATA KERJA MAJMUK kata kerja: beritahu, terima kasih, tolak ansur, kenal pasti… kata kerja + awalan/apitan: memberitahu, mengemaskinikan, mereka bentuk, diuji kaji, berterima kasih, bertolak ansur, mengenal pasti, berurus niaga… Dalam bahasa Melayu, kata kerja majmuk terhad bilangannya Kata kerja majmuk kebanyakannya terbentuk daripada kata nama melalui proses pengimbuhan: latar belakang / berlatarbelakangkan, satu padu / menyatupadukan, kerjasama / bekerjasama, tanggungjawab / bertanggungjawab…

46 KATA KERJA GANDA penggandaan penuh: ada-ada, baring-baring, duduk-duduk, makan- makan, tidur-tidur, gelak-gelak… penggandaan separa: - gandaan kata dasar belakang berjalan-jalan, berada-ada, terkebil-kebil, meminta-minta, menggaru-garu… - gandaan kata dasar hadapan bantu-membantu, kalah-mengalah, kasih-mengasihi, tari-menari… penggandaan berentak: bolak-balik, cerai-berai, kumat-kamit, lalu- lalang, mandi-manda… Terdapat kata kerja asalnya, apabila digandakan berubah kelas katanya. Oleh itu, kata dalam golongan ini tidak dapat dianggap sebagai kata ganda kerana tiada kata dasar yang digandakan. Contohnya: jemput (KK), jemput-jemput (KN), layang (KK), layang-layang (KN)

47 MAKNA KATA KERJA GANDA Melakukan perbuatan untuk bersantai: duduk-duduk, baring-baring, berehat-rehat, berjalan-jalan… Sering atau berkali-kali: tergelak-gelak, bolak-balik, mandi-manda, menggaru-garu, pindah-randah, terhendap-hendap, ulang-alik, kumat-kamit… Perbuatan yang berlarutan: berangan-angan, bercita-cita, tergila-gila, mengada-ada… Perbuatan yang bersungguh-sungguh: bertungkus-lumus, bercerai-berai… Perbuatan saling berbalasan: berpeluk-pelukan, bercinta-cintaan, bersalam-salaman, berkasih-kasihan…

48 KESIMPULAN Kata kerja ialah kata yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja, dan dapat mewakili seluruh frasa kerja Ciri kata kerja dapat dirincikan melalui bentuk morfologi, perilaku sintaksis dan perilaku semantik Kata kerja bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif Kata kerja boleh dibentuk berasaskan kriteria kata kerja tunggal dan kata kerja turunan/jadian, iaitu kata kerja yang mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan

49 MADAH PUJANGGA SAKIT DALAM PERJUANGAN ITU HANYA BERLANGSUNG SEMENTARA. Bisa dalam satu minit, satu jam, satu hari atau satu tahun. Namun, jika anda menyerah, rasa sakit itu akan terasa selamanya Wahai anakanda mustika ayah dalam beriman janganlah goyah betulkan akal luruskan langkah mohonlah petunjuk daripada Allah


Download ppt "UNIT 06 GOLONGAN KATA: KATA KERJA."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google